SaHaBaT

5/30/2011

HaLaL BeeR DiHaRaMKaN

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Dunia buat kalian yang sudi berkunjung lagi ke blog PaRaDoX Of eLaKSaMaNa ini. Pada kali ini elaksamana ingin berkongsi dengan kalian semua tentang sebuah berita yang sungguh mengejutkan kita. Jika segala maklumat ini benar, maka umat islam di seluruh Malaysia harus berhati-hati dengan minuman seperti ini. Sewaktu elaksamana sedang membaca berita dari Yahoo Malaysia, terpandang sebuah berita yang bertajuk Muslims advised against drinking halal beer. Rupanya memang betul ada orang berkata bahawa bir halal ni ada rasa macam bir betul sebab sekejap saje disimpan, bir tersebut akan rasa masam seperti bir.

Halal Beer ataupun bir halal ini telah diperkenalkan di Malaysia ‘negara islam’ sewaktu Festival Halal Malaysia ke-6 pada tahun 2010. Sewaktu festival ini berlangsung, masyarakat islam agak terkejut dengan pengenalan sebuah produk yang kelihatan sedikit pelik berbanding produk biasa di pasaran. Produk ini dinamakan Halal Beer yang menurut jurucakap syarikatnya, kandungan alkohol di dalam minuman tersebut sangat rendah dan tidak memberikan kesan kepada peminum. Dikatakan bahawa kandungan alkoholnya sekitar 0.01% kepekatan sahaja. Namun setelah beberapa bulan diperkenalkan, kewujudan dan pemasaran produk dari timur tengah itu menjadi sedikit keraguan. Pihak Jabatan Agama Islam Johor telah berusaha mengambil inisitif untuk mengkaji adakah benar kandungan alkohol di dalam minuman tersebut benar-benar sedikit.

Pengenalan Halal BEER di Festival Halal Malaysia Ke-6 2010

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, kandungan alkohol di dalam minuman atau makanan yang dibenarkan islam hanyalah pada kadar kurang dari 0.01 peratus kepekatan. Namun alkohol yang dibenarkan itu bukanlah alkohol yang ditambah, tetapi alkohol yang sudah semulajadi berada di dalam makanan/minuman tersebut. Sekiranya minuman/makanan itu mempunyai kandungan alkohol lebih dari 0.01 peratus, maka ianya menjadi haram untuk dimakan/diminum walaupun ianya dihasilkan secara semulajadi. Menurut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor melalui makmal swasta, didapati bahawa kandungan kepekatan alkohol didalam minuman Halal Beer pelbagai jenis ini adalah pada kadar 0.5 peratus kepekatan menjadinya haram untuk diminum oleh umat islam. Justeru, pihak JAIJ telah mengajukan persoalan ini kepada pihak JAKIM dan pihak Kastam Diraja Malaysia untuk menyekat penjualan dan pengimportan bahan minuman seperti ini.


Menggunakan Jurucakap Dari Negara Arab Bagi Meyakinkan Pengguna Islam

Menurut Wikipedia, minuman yang dibawah paras 0.5 % kepekatan alkohol ini dikenali sebagai minuman separa alkohol yang menghampiri alkohol dan kandungan alkoholnya dibawah paras 0.5 % kepekatan. Antara jenis minuman yang mengandungi paras alkohol bawah 0.5% kepekatan ialah slurpee, milkshake, sesetengah jenis tea, nestea dan sebagainya. Namun definisi ini merupakan definisi mengikut Wikipedia dan berdasarkan tempat kajiannya iaitu di negara luar bukannya di Malaysia. Di Malaysia, insyallah minuman yang dihalalkan JAKIM halal untuk diminum. Tetapi untuk mengelakkan kemaslahatan di masa hadapan, elakkan ambil minuman yang pelik dan jarang diminum orang islam. Malah menurut pakar perubatan, minuman berkarbonat juga tidak elok dan tidak sihat untuk diminum dan diamalkan pemakanannya oleh manusia. Pertama kerana paras gulanya yang tinggi dan mengandungi gas yang tidak elok dengan perut manusia.


Maka, wahai umat islam sekalian yang rasa dirinya betul-betul islam dan suka untuk mengamalkan cara hidup islam, marilah sama-sama kita mengambil tindakan dengan tidak cuba meminum minuman seperti ini. Banyak jenis lagi minuman berkarbonat yang boleh kita minum. Tidak perlulah mengambil benda syubhah dalam hidup kita, kerana Rasullullah S.A.W dan Allah Taala telah memerintahkan umat islam untuk mengelak benda-benda syubhah tambahan lagi yang melibatkan makan, minum dan rezeki kita. Semoga kita sentiasa di dalam rahmatNya, insyallah. Di bawah ini merupakan petikan berita dari Yahoo News berkenaan dengan kandungan alkohol berlebihan di dalam Halal Beer ini. Artikel ini dialih bahasa dari english ke Bahasa Melayu.
Wassalam….
'Ustaz' Najib Sedang Minum Halal BEER

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata bahawa menurut penyataan syarikat minuman tersebut, minuman ini hanya mengandungi 0.01 peratus kandungan alkohol. Walhal menurut kajian yang dijalankan oleh makmal swasta mengenalpasti bahawa kandungan alkohol di dalam minuman ini melebihi 0.5 peratus alkohol.


Beliau telah mengarahkan kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan juga majlis agama di setiap negeri untuk mengadakan sekatan dan larangan minuman jenis ini dijual secara terbuka dan bebas di semua kedai-kedai.

"Pihak kerajaan turut telah mengarahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menyiasat mengenai hal ini," beliau berucap di dalam sidang akhbar selepas perasmian penutup program "Juara Rakyat" di padang permainan Sungai Karangan pada petang kelmarin.

Sebuah akhbar perdana menyatakan bahawa beer "halal" ini popular di kalangan sesetengah orang melayu islam (di dalam ICnya) dan penjualannya secara meluas telah dikenalpasti oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini.

Menurut sumber yang dikenalpasti, pihak JAIJ telah mengambil contoh minuman tersebut dan setelah dijalankan kajian, pihak JAIJ dapat mengenalpasti bahawa minuman yang mempunyai pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi lebih 0.5 peratus kandungan Alkohol aktif.

JAIJ telah mengajukan laporan berkenaan dengan hal ini kepada pihak Jakim dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut, termasuk memberhentikan penjualan minuman tersebut secara terbuka kepada umat islam.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsuddin telah menyatakan bahawa pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanya membenarkan paras alkohol di dalam makanan pada tahap 0.01 peratus sahaja iaitu tidak memabukkan seandainya diminum atau dimakan.

Beliau turut memberikan kenyataan bahawa kandungan alkohol di dalam makanan hanya dibenarkan oleh agama islam pada tahap yang amat sedikit, iaitu apa yang ada di dalam kandungan minuman atau makanan itu secara semulajadi dan tidak ditambah alkohol tambahan.

Beer "halal" ini telah diimport dari negara-negara dari timur tengah, dan boleh didapati di mana-mana kedai dan diklasifikasikan sebagai minuman halal. Harganya dijual sekitar RM3 hingga RM5 sebotol.

“Untuk mengelakkan perkara syubhah dari masuk ke dalam perut, umat islam di seluruh Malaysia dinasihatkan tidak meminum minuman ini buat seketika ini sebelum keputusan muktamad dikeluarkan oleh pihak Jawatankuasa Fatwa Malaysia.

Susah Nak Membezakan Arak & Halal Beer,
Maka Berleluasalah Peminum Arak di Khalayak Umum

Sumber Rujukan :

http://news.malaysia.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=4884507
http://www.asia-consulting-advice.com/beer.html
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/29/dont-drink-halal-beer-muslims-told/
http://en.wikipedia.org/wiki/Non-alcoholic_beverage


P/S : Memang dari awal lagi dah diragui kesahihan 'halal' minuman ni, kadang-kadang pengeluar mengeksploitasikan logo halal, nama syarikat ala2 islamik dan nama negara islam sebagai pengeluar untuk menarik pembeli dari kalangan umat islam. Yang pasti ni semua agenda yahudi supaya kita biasa dengan perkataan Beer dan jika berterusan, umat islam tidak akan pelik melihat orang islam minum arak di khalayak ramai kerana mereka akan beranggapan mereka meminum beer halal sedangkan arak yang sedang mereka minum. Sungguh licik permainan yahudi laknatullah. Banyak lagi minuman lain yang boleh diminum dan tidak kurang sedapnya berbanding beer halal ni.


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah...