SaHaBaT

5/30/2011

DaGinG LeMBu TiRuaN ?

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia buat kalian yang sudi berkunjung ke laman blog berinformasi NuKiLaN KeHiDuPaN ini. Semoga segala ilmu yang didapati dari blog ini akan bermanfaat kepada kita semua dan dapat kita sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain yang tidak berkesempatan untuk membaca dan mengetahuinya. Sebarlah ilmu yang bermanfaat itu walaupun ianya hanya sepatah ayat sahaja. Pada kali ini kita akan berbicara mengenai sebuah kisah yang sungguh mengejutkan kita semua. Nasib baik kisah ini masih belum ada di Malaysia, di masa depan tidak dapat dipastikan kerana semuanya takdir Allah Taala.

Kalau di Malaysia baru-baru ini heboh cerita mengenai kisah penciptaan telur tiruan di pasaran dan telur tersebut dijual di pasaran oleh pihak tidak bertanggungjawab. Namun setelah diadakan siasatan termasuk oleh Kementerian Kesihatan, telah didapati bahawa telur itu bukan telur tiruan tetapi telur yang paling rendah gred kualitinya dan biasanya tidak dijual di pasaran awam. Diharapkan agar maklumat itu betul. Menurut Kementerian Kesihatan, telur tiruan yang menggunakan bahan kimia tiruan tidak mungkin dapat dijual dengan harga yang amat murah sebab proses kimian dan bahan kimia yang digunakan akan menelan belanja kos yang besar.

Tetapi maklumat terbaru, bukan sahaja telur telah cuba ditiru, malah terdapat sekelompok masyarakat di negara China telah berjaya membuat daging lembu tiruan iaitu dengan menjadikan daging babi/khindzir menjadi daging lembu. Di China, harga daging lembu sungguh mahal berbanding harga khindzir kerana tidak ramai yang menternak lembu kerana kos menternak lembu dan juga kaedah menternak lembu sugguh rumit tidak seperti menternak khindzir.

Melalui proses yang dijalankan hanya selama 90 minit sahaja, daging khindzir itu terasas seperti daging lembu malah baunya juga seakan-akan daging lembu. Jika sesiapa yang kurang mahir mengenai daging lembu, pasti akan terpedaya dengan memakan daging khindzir yang semacam daging lembu. Macam mana mereka buat? Mereka akan menggunakan beef extract yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan dibiarkan selama 90 minit supaya rempah tersebut sebati dan meresap masuk ke dalam daging khindzir tersebut. Setelah selesai prosesnya, daging khindzir yang dihidang rasanya seperti daging lembu. Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan barah kepada badan kerana tingginya tahap kandungan bahan kimia di dalam beef extract itu. Adakah teknologi ini sudah tiba di negara Malaysia? Fikirkanlah dan berhati-hati dalam memilih dan membeli daging. Pastikan ianya halal dari sudut sembelihan, sumber dan juga jenis binatang yang ingin dimakan. Selamat beramal, Wassalam….


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: