KOTA BHARU, 13 Sept: Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi ini di Istana Balai Besar di sini.
Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.
"Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.
"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.," katanya.
Di bawah ialah salinan surat pemasyhuran Sultan Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan ke-29.
Blog separa rasmi istana Kelantan, The Kelantan Insider, mengesahkan Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan tetapi bukan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru hari ini.
Menurut posting terbarunya malam tadi, pemasyuran itu akan diadakan hari ini manakala pada jam 2 petang ini satu sidang media khas akan diadakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias.
"Perincian mengenai kesemua perkara ini dijangka akan dijelaskan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 2 petang hari yang sama," kata posting itu.
"Dengan izin Allah, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan (tetapi bukan ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah.
"2. Pemasyhuran ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui warta kerajaan bertarikh 22 Julai 2010.
"3. Perkara 23A ini berbunyi:
"Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat 23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini."
"4. Kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)
"5. Perkara 3(2) ini berbunyi:
"Syarat-syarat mengenai -
(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;
(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;
(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;
(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan
(e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja, bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain."
Menurut posting itu, selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda Baginda, Tengku Faris telah memastikan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran Baginda kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Posting itu juga memberitahu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian.
"Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini," kata kenyataan itu.
Berhubung dengan permohonan yang dibuat oleh peguam Rashid Zulkifli di mahkamah bagi pihak ayahanda baginda, kenyataan ini meminta merujuk kepada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof, pada 29 Januari 2010 lalu.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru dapat menyelesaikan kemelut istana negeri ini.
Sehubungan itu, beliau meminta segenap lapisan rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa, agar mendoakan semoga negeri ini selamat zahir dan batin serta dunia dan akhirat.
Berikutan pemasyhuran itu juga, beliau tidak mahu ada lagi pihak yang mengungkit isu pelantikan Sultan Kelantan setelah Tuanku Ismail Petra gering sejak lebih setahun yang lalu, seperti kata pepatah “rumah siap pahat berbunyi”.
“Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing,” katanya kepada pemberita di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis penghadapan dan penyerahan watikah pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.
Nik Aziz (gambar), yang juga Mursyidul Am PAS, berkata selama lebih setahun beliau menghadapi masalah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kemelut yang melanda istana Kelantan kerana beliau amat menghormati institusi itu.
Sementara itu di Bachok, Umno Kelantan berharap pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru itu akan memakmur dan membangunkan Kelantan yang kini jauh ketinggalan berbanding negeri lain.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Umno menaruh harapan yang tinggi agar Sultan Kelantan dapat menjadikan Kelantan antara negeri yang termaju di negara ini.
“Bagi pihak Umno Kelantan kita menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku Sultan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di Dewan Haji Hussin, Perupuk di sini yang dihadiri lebih 5,000 penduduk Bachok, sebilangan besarnya kaum nelayan.
Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata kerajaan pusat akan terus menyalurkan pelbagai projek kepada Kelantan mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang sedang diperincikan dan akan diumumkan bulan depan.
Dalam pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias berkata pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan adalah selaras dengan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berikutan keadaan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra yanggering sejak lebih setahun lalu.
Kata beliau, mengikut peruntukan Perkara 23A,Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu.
“Majlis Perajaan Negeri dalam sidangnya hari ini berpendapat bahawa keadaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra sekarang ini memerlukan seorang pengganti dipilih dan dilantik untuk menjadi Raja bagi menggantikan baginda mengikut Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
“Keputusan Majlis Perajaan Negeri tersebut telah dibuat secara sebulat suara oleh 15 orang anggota majlis yang hadir pada pagi tadi yang mengikut peruntukan itu telah memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra menjadi Raja yang memerintah,” katanya pada sidang akhbar di Istana Negeri, Kubang Kerian selepas Majlis Penghadapan Penyerahan Watikah Pemasyhuran Kepada Sultan Kelantan yang baru itu.
Pada tengah hari ini, Nik Aziz telah mengumumkan pemasyhuran itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini yang turut dihadiri Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.
Mesyuarat Majlis Perajaan Negeri itu yang diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim bagaimanapun tidak dihadiri dua anggotanya iaitu Anggota Parlimen Gua Musang yang juga bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dan adinda bongsu Sultan Kelantan, Tengku Amalin A’Ishah Putri.
Aiseri berkata Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah peruntukan pindaan yang telah diwartakan pada 22 Julai lalu setelah Majlis Penasihat Raja bersidang pada 18 Julai bagi membolehkan pindaan Bahagian Yang Kedua undang-undang tersebut melalui Perwawai.
“Pindaan tersebut amat perlu bagi mengatasi kelompongan dalam Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berkaitan kegeringan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra yang bermula pada 14 Mei 2009 sehingga sekarang dan dikhuatiri ianya terus berlanjutan,” katanya.
Katanya antara kuasa dan syarat pada pindaan itu adalah berkaitan pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal Raja atau bakal-bakal Raja dan pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada takhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun anggota Majlis Pangkuan Raja bagi negeri.
“Saya berharap dengan kenyataan ini akan dapat memperjelaskan lagi tentang keputusan Majlis Perajaan Negeri sebagaimana yang disebutkan tadi,” katanya.
Apa yang melegakan rakyat kelantan adalah perlantikan ini menepati citarasa sebahagian besar rakyat Kelantan yang inginkan seorang raja memerintah negeri Kelantan yang alim, tahu agama, tidak kekok dengan hal ehwal rakyat, bersifat hamba Allah, seorang pendamping Ulama' mulia sluruh malaysia.
Agak2nya ada tak anak raja di seluruh Malaysia atau anak Yang Dipertua Negeri ke yang bleh sembelih lembu, sanggup turun padang jenguk rakyat sakit walaupun rumah kayu buruk, sanggup jajah surau & masjid 1 kelantan utk solat terawih bersama-sama rakyat. Atau paling senang pun ada tak anak raja or raja sendiri yang pernah jadi imam solat? Inilah Sultan Kelantan yang amat kami hargai dan sayangi. DAULAT TUANKU !
Kelihatan Sultan Muhammad Faris Petra sedang mengaminkan doa sebagai seorang imam solat dan dibelakangnya terdiri daripada beberapa tokoh agam terkenal dan alim iaitu MB Kelantan, Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdl Aziz, TMB Kelantan, YB berpendidikan agama islam dari timur tengah, dan paling jelas sekali adalah imam terawih jemputan kerajaan negeri Kelantan, Sheikh Rejab dari Mesir (paling kiri dalam gambar, bkopiah puteh merah)
Agaknya sifat merendah diri Sultan Muhammad Faris Petra ini disebabkan baginda mendapat biasan dari perwatakan MB Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz kot. Tengoklah tok guru pun makan kedai kopi mcm biasa je. Memang susah nk cari MB & Sultan lain macm MB & Sultan Kelantan kan. Bangga den menjadi rakyat Kelantan, he3x..
Tuanku rilek je melawat rumah rakyat walaupun buruk n xder kipas pun. Klu ader aircond n karpet tu sbb protokol istana, tuanku xnak pun tpi pgawai istana kne wat gak coz mmg keje diorg...Tuanku x kisah sgt pun. DAULAT TUANKU !
Gi mane2 dgn bjubah jer, gambar kt ats time tuanku sedang kluar dari solat fardhu di sbuah surau kecik, gambar bawah lak tuanku melawat sebuah pondok pengajian agama islam di Kelantan. Agaknya baju drebar tu lebih mahal kot dri jubah n kopiah tuanku. DAULAT TUANKU !
Sanggup mencemar duli turun padang melihat penderitaan rakyat jelata di segenap negeri. Kali ni diiringi MB Kelantan ke sebuah family yg tkna bencana kebakaran rumah. Tuanku pakai sempoi je, xder formal sgt kan. DAULAT TUANKU ! Patik kagum dengan keperibadian tuanku...
Sebenarnya perlantikan Tuanku Sultan Muhammad Faris Petra adalah disebabkan oleh kegeringan ayahanda tuanku iaitu Tuanku Ismail Petra yang sudah setahun lebih tidak dapat menjalankan tugas dengan baik akibat penyakit yang melanda baginda. Menurut sumber mengatakan baginda masih sihat namun tidak berupaya berjalan sendiri, bertutur dengan lancar, mengangkat anggota badan tanpa bantuan dan sebagainya. Jesteru berdasarkan undang-undang kerajaan negeri Kelantan, secara automatiknya menurut perlembagaan negeri, pemangku raja iaitu Sultan Muhammad Faris Petra akan menaiki takhta setelah setahun Sultan tidak mampu menjalankan tugas dengan baik.
Masih korang smua ingt tak peristiwa serbuan UTK ke atas konvoi Sultan Ismail pada 5 mei 2010 klu aku x silap la. Macam adegan gerakkhas gitu, siap ader sorg tu acu shotgun lgi kt pengiring Sultan, he3x... yg pkai shotgun n bju ader logo polis tu kuar dari keta Honda CRV kt bwh ni, mnkala ader 2 orang lagi polis dgn senjata HK MP5 kuar dari keta waja kt sbelah kiri keta pengiring tuh, he3x...
Ha, tu dia, korang nampk x? Sultan Ismail & Raja Perempuan ader kt dlm keta Toyota Alphard tuh. Sultan Ismail memang xleh nk gerak2 dah, Raja Perempuan ader kt sbelah dia. UTK ni dtg trus je bkak pintu MPV alphard ni n acu senjata pada smua yg ader dlm keta tuh....Sbelum insiden berlaku, ade sbuah keta perdana putih polis bersiren halus telah memintas diantara kreta Sultan n kreta pengawal pengiring sultan, yg leps tu bru ader keta UTK dtg himpit keta Sultan...Inilah kisahnya, dan ianya menjadi misteri apakah yang menyebabkan UTK bertindak demikian.
Buat Sultan Muhammad Faris Petra, Sultan Kelantan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darul Naim, hamba sebagai rakyat jelata Tuanku memohon sembah ketaatan kepada tuanku dan berikrar akan mempertahankan kedaulatan tuanku. DAULAT TUANKU !
IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1 ulasan:
Wajar pihak berkuasa kerajaan negeri membuat satu dokumentari khas untuk YM Sultan Kelantan iaitu berkisar kehidupan seharian beliau. Saya percaya jika di upload ke Youtube, pasti ramai akan menontonnya. INsyaAllah
Catat Ulasan