SaHaBaT

7/13/2010

ReD LiGHT DiSTRiCT

BARCELONA - Sebuah bandar peranginan terkenal Sepanyol di Salou dekat sini mewartakan undang-undang melarang pengunjung datang ke pantai Mediterranean itu dengan hanya memakai bikini.

Langkah itu dibuat ekoran tindakan liar lebih 8,000 pelajar dari 100 buah universiti Britain ketika festival musim bunga tahunan Saloufest pada Mac lalu yang mabuk dan melakukan hubungan seks bebas.

Majlis Bandaran Salou menetapkan pesalah boleh dikenakan hukuman denda antara 100 euro (RM406) sehingga 300 euro (RM1,218). - Agensi

Kemaksiatan yang terjadi sewaktu Salou Festival di Barcelona

Sistem Sekular tidak mempunyai sebarang penyelesaian tuntas terhadap masalah kehidupan
. Kebebasan untuk melakukan suatu perbuatan berdasarkan prinsip hak asasi dan kebebasan manusia menampakkan kepincangannya berdasarkan berita di atas. Apabila manusia diberikan kebebasan untuk melakukan suatu perbuatan tanpa kawalan maka inilah akibatnya - kerosakan dan kemusnahan di dalam masyarakat, yang mengakibatkan mereka yang percaya kepada prinsip tersebut terpaksa menutup sebahagian pintu-pintu kebebasan yang dibuka oleh tangan-tangan mereka sendiri.

Pelacur jalanan dipamerkan di sebalik cermin kaca di tepi jalan dan pelancong
yang berminat bolehlah memilih pelacur tersebut untuk dijadikan sebagai teman bermalam.

Perkara sebegini bukan sahaja terhada kepada peristiwa di atas. Di India dan Jepun, di mana jumlah pekerja wanita semakin meningkat, kesesakan di pengangkutan awam telah mengakibatkan pelbagai masalah di mana penumpang wanita sering membuat aduan mengenai gangguan seksual daripada penumpang lelaki semasa menaiki keretaapi yang penuh sesak dengan lelaki dan wanita. Akibatnya syarikat-syarikat keretapi di Jepun dan India telah menyediakan gerabak khas untuk penumpang wanita untuk mengasingkan mereka daripada penumpang lelaki.


Di Belanda, di mana pelacuran adalah sah di sisi undang-undang negara tersebut, kerajaan Belanda merancang untuk menutup kawasan Red Light District (RLD) yang merupakan pusat pelacuran untuk pelancung dari luar negara kerana aktiviti pelacuran di RLD telah mengundang pelbagai masalah seperti pemerdagangan manusia, pengedaran dadah dan sebagainya sepertimana yang dilaporkan di dalam Newsweek pada 7 Feb 2008, dan Daily Mail (akhbar Britain pada 21 Sep 2007).

Apabila manusia berlagak seolah-olah mempunyai kuasa penuh untuk mengatur masyarakat melalui sistem sekular, akan pasti timbul pelbagai permasalahan di dalam masyarakat yang tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas. Akibatnya manusia terpaksa menutup pintu-pintu kebebasan dan hak asasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hanya Islam sahaja yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini secara tuntas.

Sumber : Kosmo Online 04/07/10


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: