SaHaBaT

7/05/2010

KoPi DaRi TaHi MuSaNG

Kopi Luwak yang dibungkus rapi di pasaran dunia.

Harga minuman tahi musang cecah RM4,940 sekilogram

APA kaitan musang dengan kopi termahal dunia? Percaya atau tidak, haiwan inilah yang bertanggungjawab menjadikan harga Kopi Musang atau lebih dikenali Kopi Luwak mencecah RM2,298 (AS$600) hanya bagi 500 gram. Malah, sebuah majalah kewangan antarabangsa, Forbes, menyatakan kopi ini dijual sehingga RM4,940 (AS$1,300) sekilogram yang layak menjadikannya kopi termahal di dunia.

Biji kopi luwak yang dikumpulkan.

Biji kopi ini adalah campuran yang dituai daripada sisa najis musang di Indonesia dan mamalia ini diketahui tabiatnya hidup dengan menyelongkar biji kopi segar. Haiwan menyerupai kucing ini pemakan buah-buahan, serangga dan haiwan kecil lain untuk hidup. Ia juga makan biji kopi, malah musang menggemari biji kopi yang masak dan berwarna merah segar. Kopi luwak ini kebiasannya dihasilkan di kepulauan Sumatra, Jawa, Bali dan Sulawesi di Indonesian. Di Filipina, kopi yang serupa dikenali juga sebagai kopi motit bagi kawasan sekitar Cordillera dan kopi kape alamid bagi kawasan Tagalog. Manakala di negara Timor Leste, kopi ini dipanggil kopi laku.

Keistimewaan kopi, ini seperti kata penggemarnya, menghasilkan rasa kelat seperti campuran tanah dengan koko. Malah, hanya kira-kira 453 kilogram Kopi Luwak asli dihasilkan setiap tahun berikutan prosesnya yang rumit serta nilainya yang sangat tinggi.

Musang Asian Civet yang bertanggungjawab menghasilkan biji kopi luwak
melalui tahi yang dikeluarkannya.

Keluarga Diraja dan golongan ternama dilaporkan menggemarinya, malah penggemar kopi sejati boleh mendapatkannya dengan harga RM114 (AS$30) secawan di hotel bertaraf lima bintang di Hong Kong. Namun hati-hati, kerana ada yang sekadar menumpang nama Kopi Luwak tetapi ia sebenarnya biji kopi tiruan. Dan menurut pakar, kira-kira 40 peratus kopi yang terjual adalah tiruan. Kopi Luwak turut diberikan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono kepada PM Australia, Kevin Rudd, pada kunjungannya ke Australia di awal Mei 2010

Pada November 2006, Kafe terkemuka di Queensland Australia iaitu kafe Herveys Range Heritage Tea Rooms menjadikan kopi luwak coffee sebagai menu di kafenya dan dijual dengan harga AUD50.00 (US $33.00) secawan, mereka berjaya menjual sebanyak 7 cawan untuk seminggu, dan menjadi antara topik perbualan utama di media massa Australia. Pada April 2008 gerai brasserie milik Peter Jones di London's Sloane Square telah menjual kopi luwak dan kopi Blue Mountain yang dipanggil kopi Raro dengan harga £50 (US $99.00) secawan.

Hakikatnya, musang yang ditemui di Afrika dan Asia bertanggungjawab 'menghasilkan' kopi termahal ini dengan memakan biji kopi dan ketika proses penghadaman enzim haiwan ini bercampur dengan biji kopi sebelum ia dikeluarkan melalui proses perkumuhan. Inilah rahsia yang menjadikan setiap bijinya mengeluarkan rasa kelat yang unik.

Tahi Musang yang mengandungi biji kopi luwak yang tidak diproses dan bersedia untuk dipungut.

Di Asia Tenggara, musang ini lebih banyak menjadikan celah dedaun kebun kopi sebagai rumahnya. Namun, ada juga yang dipelihara khas untuk menjalankan tugasan penting sebagai pemilih kopi istimewa berkenaan. Ini disebabkan haiwan ini sememangnya agak cerewet kerana memilih hanya biji kopi yang terbaik dan masak. Enzim di dalam perut ketika proses penghadaman kemudian mengurai sebahagian daripada biji kopi berkenaan sebelum ia dikumuhkan.

Ketika inilah, gerombolan pekerja akan mengutip sisa najis yang bersepah di kebun kopi sebelum mencuci dan memanggang biji kopi berkenaan yang menghasilkan minuman unik yang enak sehingga ke titisan yang terakhir. Begitupun, di celah keistimewaan dan keunikannya itu ada juga yang meragui kesahihan khasiat Kopi Luwak dan menganggap ia suatu yang pelik dan sekadar gimik untuk tujuan pemasaran.

Namun bagi penggemarnya, Kopi Musang cukup dikenali kerana cukup matang, enak rasanya dan kurang pahit. Memandangkan rasa pahit kopi yang banyak membuat ramai orang tidak menggemari kopi, Kopi Luwak pula mengumpan semakin ramai orang untuk menikmatinya.

Tahi musang yang mengandungi biji kopi luwek bersedia untuk diekstrak.

Agak sukar untuk mencari sumber Kopi Musang yang tulen memandangkan caranya yang luar biasa untuk dihasilkan. Sebelum penternakan kopi musang popular, kebanyakan penternak akan keluar mencari kumuhan musang liar. Kini, penghasilan kopi ini lebih produktif sejak musang dibenarkan hidup bebas dalam kawasan tertentu menjadikan kumuhan musang lebih mudah dicari.

Akibat populariti kopi yang luar biasa ini, bagaimana Kopi Luwak dibuat secara tidak langsung memberi manfaat kepada jumlah populasi musang kerana menggalakkan lebih banyak habitat untuk musang ini diwujudkan di sekitar kebun kopi berkenaan.

Sumber :
http://en.wikipedia.org/wiki/Kopi_Luwak
http://id.wikipedia.org/wiki/Kopi_luwak
http://www.animalcoffee.com/

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4 ulasan:

izuan berkata...

Info yang sgt berguna. terima kasih ya! :)

Ku Nurasyiqin Ku Amir berkata...

Salam, bagaimana dengan status kehalalan kopi luwak?
Tidakkah ia bersifat syubhah kerana telah bercampur dgn najis musang?

PaRaDoX eLaKSaMaNa berkata...

Salam buat syiqin, berdasarkan ilmu sy yg tdk sberapa, sudah semestinya ianya haram, sbb dh bcampur dengn najis, stiap benda yhg halal yg telah bercampur dgn benda haram akan mnjadi haram, klu dari sudut logik akal, anda nk minum ke minuman yg berasal dari njis binatang? sudah semestinya tidk kcuali ssiapa yg minum & mkn tnpa mengambil kira asal usul dan cra pmbuatan makanan n minuman yg dia hadam itu.
Wslm

syikin berkata...

mmg **do* sape yg minum 2 klu najis mmglah haram.. Haram tetap lah haram.. Dunia dah nk kiamat.. Gerunnye dgr..