Bagi setiap mujahid Al-Qassam pasti mempunyai catatan sejarah yang cukup panjang menceritakan hari-harinya yang penuh dengan cerita kepahlawanan, pengorbanan dan keberaniannya. Sehingga ia diciptakan seolah-olah hanya untuk menerima kemuliaan dengan diberi kesempatan untuk berjihad di bumi Palestin.
Al-Syahid Ahmad Mansur adalah salah seorang komandan pemerintah Al-Qassam yang punya sifat khusus. Dengan kepahlawanan beliau mampu menciptakan kejayaan yang gilang gemilang dalam setiap pertempuran dengan tentera pengecut yahudi zionis israel. Catatan kehidupannya mengatakan beliau cemerlang dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sosial dan informasi. Beliau terkenal dalam bidang jihad dan mengkaderkan pejuang-pejuang baru dalam Briged Al-Qassam iaitu sayap ketenteraan HAMAS.
Logo Briged Izzudin Al-Qassam, sayap ketenteraan HAMAS yang giat
mempertahankan bumi palestin dari dijajah israel zionis Laknatullah.
mempertahankan bumi palestin dari dijajah israel zionis Laknatullah.
Kelahiran dan Perkembangannya
Al-Syahid Ahmad Mansur Abu Humaid atau dikenal dengan Abu Jihad, lahir pada 26 mei 1972 di Kampung penempatan pelarian Al-Syaburah kota Rafah.
Dia hidup di rumah seorang muslim yang taat. Ayahnya seorang sheikh dan da’ie, Mansur Abu Humaid, adalah salah seorang pemimpin gerakan Hamas di Rafah, disamping sebagai imam Masjid Al-Abrar sekaligus pengasas dan pengurus masjid tersebut. Ia juga ketua Organisasi Al-Shalah di Rafah yang wujud sehingga kini. Kemudian Ayahnya dipilih sebagai anggota parlimen HAMAS.
Sejak kecil Ahmad Mansur sudah terdedah dalam gerakan pemuda Masjid Al-Faruq di Al-Syaburah. Sikapnya yang ramah dan senyumnya yang selalu terkuntum membuat Ahmad Mansur selalu dikenang oleh setiap orang yang pernah berkenalan dengannya. Ahmad Mansur berkahwin dan dikurnia dua orang anak lelaki dan dua anak perempuan. Yang paling sulung sudah bersekolah menengah sewaktu ini.
Perjalanan Dakwah dan Jihadnya.
Al-Syahid Ahmad Mansur telah menyertai gerakan islam sejak umurnya beranjak dewasa. Sepanjang keterlibatanya dengan Hamas, Ahmad Mansur dikenali dengan paling rajin dan paling bersemangat dimanapun ia berada. Tidak sedikit operasi jihad yang pernah ia lakukan bersama teman-temanya di gerakan Hamas. Bahkan ia terlibat hampir di semua kegiatan Hamas.
Pada saat-saat pertama, ia bergabung dengan Hamas dalam kegiatan da’wah, penerangan, sosial dan gerakan mahasiswa. Seperti pergolakan Intifadhah pertama, sebelum ia bergabung dengan Al-Syahid Izzuddin Al-Qassam. As-Syahid telah bergabung dengan HAMAS sewaktu meletusnya intifadhah pertama di Gaza. As-Syahid Ahmad kemudian ditangkap dan dipenjarakan di penjara Israel sebanyak dua kali.
Setelah berdirinya pemerintah berautoriti di palestin, Ahmad kemudian ditangkap kembali sebanyak tiga kali serta ditahan selama beberapa bulan. Beberapa temannya yang merupakan perisik HAMAS dengan berbagai latar belakang politik dan organisasi juga ditangkap bersama Ahmad. As-Syahid cukup lama menyertai gerakan persenjataan HAMAS ini dan melakukan pelbagai kegiatan politik, jihad dan da’wah. Ia termasuk orang yang pertama menggerakkan kegiatan Hamas di Rafah ketika terjadinya intifadhah Al-Aqsha. Ia seorang yang jujur, ikhlas dalam berjuang. Tidak hairanlah beliau mendapat sokongan penuh dari rakyat Rafah, ketika beliau menyertai pemilihan anggota dewan perwakilan daerah dan parlimen sebagai wakil dari gerakan Hamas. Ia mendapatkan separuh lebih suara pada pemilihan perwakilan daerah. Dengan sokongan yang meluas dari rakyat menunjukan bahawa Hamas telah memenangi hati rakyat di wilayah tersebut, yang sebelumnya dikuasai pihak Fatah.
Semangat mempertahankan tanah air dan ilmu agama diterapkan
dalam diri setiap anak-anak kecil palestin.
dalam diri setiap anak-anak kecil palestin.
Berbagai Usaha Pembunuhan
Ahmad Mansur beberapa kali hampir terbunuh dalam usaha pembunuhan dari pihak Israel. Tidak kurang dari lapan kali percubaan pembunuhan terhadap dirinya. Diantaranya, usaha pembunuhan yang dilakukan pesawat Israel tatkala beliau berada di perkampungan Zalathah. Ketika beliau berada di suatu daerah, tiba-tiba kenderaan yang dinaikinya diserang roket Israel. Namun ia bersama beberapa temannya alhamdulillah selamat, dengan izin Allah.
Kesyahidannya
Setelah menempuhi pelbagai usaha pembunuhan dari pihak Israel, akhirnya Allah berkehendak memuliakan Ahmad Mansur sebagai pahlawan serta mengangkatkan ke darjat yang lebih tinggi. Allah menganugerahkan Ahmad Mansur dengan kemuliaan sebagai seorang Syahadah, sebagai ganjaran akibat kesungguhan, keberaniannya dan perjuanganya di jalan Allah.
Maka pada 3 November 2006 roket Israel yang ditembakan dari pesawat pengintip dari wilayah Khurbah Adas, kota Rafah telah berjaya mengenai kenderaan yang dinaiki Ahmad Mansur yang sedang menjawab panggilan telefon. Akibat tembakan tersebut, beberapa anggota tubuh As-Syahid Ahmad Mansur telah terputus dan beliau meninggal serta-merta. Tubuh As-Syahid Ahmad telah tercampak keluar akibat hentaman roket israel laknatullah itu.
Selepas peristiwa pembunuhan kejam israel itu, Briged Izzudin Al-Qassam iaitu sayap ketenteraan HAMAS telah mengumumkan kesyahidan Ahmad Mansur dan menggelarkannya sebagai “Pahlawan Roket dari Rafah”.
Dalam kenyataan Al-Qassam, hari demi hari membuktikan bahawa pahlawan Al-Qassam selalu mendapat gelaran As-Syahid kerana mereka berjuang di setiap tempat dan waktu tanpa bermegah-megah namun penuh dengan keikhlasan. Mereka tidak kelihatan namun hasil usahanya begitu berhasil. Mereka tidak mengenal erti berundur dalam menghadapi serangan Israel. Mereka sentiasa bersedia menghadapi setiap serangan yang dilancarkan musuh pengecut yahudi zionis.
Sementara itu, pihak Israel mengakui, bahawa Syahid Ahmad mansur adalah pejuang yang paling banyak menembakan roketnya dari Gaza. Oleh kerana itu, rumah Ahmad Mansur dimusnahkan terlebih dahulu oleh Israel, dua bulan sebelum beliau menemui kesyahidannya.
Operasi terakhir yang dilakukan Ahmad Mansur adalah menembak lapan roket Qassam ke wilayah Kerm Abu Salim, tiga hari sebelum kesyahidannya
Disebutkan, ayahnya sendiri yang mengimami solat jenazah As-Syahid Ahmad. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepadamu wahai As-Syahid Ahmad. Semoga engkau ditempatkan di surga Firdaus bersama para Nabi dan Syuhada.
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan