SaHaBaT

7/28/2010

Red Devil, Jersi Bola, Salib & Hukum Fiqh

Sebuah soalan dari seorang saudara seislam kepada seorang arif hukum agama...

Assalamualaikum ustaz, saya adalah salah seorang peminat bola sepak dunia.. saya meminati banyak pasukan Eropah. ini kerana ada lambang Salib Setan .. saya mahu tahu adakah saya sebagai seorang muslim boleh memakai jersi tersebut. Saya hanya meminati pasukan tersebut, sekiranya tidak boleh dipakai, adakah dalil yang melarang kita memakainya. Saya ada berbincang bersama rakan - rakan, mereka beritahu saya bahawa kita boleh memakai asalkan kita tidak mengagungkan lambang tersebut. Saya memang ragu - ragu dalam hal ini. Tolonglah selesaikan masalah saya ini ustaz. sekian, wassalam.

JAWAPAN

Wa'alaikumussalam,

Apa-apa sahaja logo jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim. Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam. Dalilnya adalah cukup mudah iaitu firman Allah:-

وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya ( Al-Maidah : 2)

Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan member apa jua bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam. Hadisnya

ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalaha hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit ( Riwayat Muslim & Ibn Majah )

RED DEVIL, CARLSBERG & CHEVROLET

Jika ia bukan lambang salib, tapi hanya dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri, maka tiada masalah untuk memakainya, contohnya seperti kereta Chevrolet. Lambang kereta ini, seseorang individu mungkin menganggapnya sebagai salib namun individu yang lain mungkin merasakan sebaliknya termasuk orang kristian sendiri. Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta tersebut bukanlah salib.

Satu persoalan berkaitan adalah lambang Red Devil pada logo Manchester United. Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk Syatitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Tatkala itu lambang Red Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam antara logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh seorang Muslim sama ada ditampal di dinding mahupun digunakan di atas pakaiannya.

Justeru, apa-apa logo jika telah diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan, heavy metal dihiasi amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal). Logo itu telah menjadi haram untuk digunapakai.

Berbalik kepad Red Devil, jika ia benar-benar membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti kesyaitanan dan dosa. Tatkala itu sudah termasuk dalam kategori Black Metal dan sememangnya tidak terlepas dari hukum haram.

LOGO MANCHESTER UNITED HARUS DAN MAKRUH BILA ?

Tetapi jika imej kesyaitanan dan aktviti dosa besar seperti Black Metal tersebut tidak berkait dengan Red Devil, kerana ia lebih membawa imej umum kepada hal bola sepak dan sukan, tatkala itu ia masih boleh digunakan.

Begitu juga jika ada individu tertentu boleh menyongsang arus lalu mendakwa ia berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya dari mengakui ia sebuah lambang syaitan, dan kekal merasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu BOLEH dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya.

Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan fitnah di kalangan orang lan yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada makruh. Kesimpulannya, dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud.

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah menyokong pasukan tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi-jersi dan barang berlogo sebegitu.

Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool yang dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg adalah muktamad hukumnya adalah HARAM menurut hukum Islam berdasarkan dalil-dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah.


Pengharaman juga adalah MUKTAMAD bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank-bank konvensional yang menawarkan produk Riba. Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah dan RasulNya serta berzina 36 kali. Baca di SINI dan SINI.

Hujah dan tulisan ini bukan semata-mata TERHAD kepada kumpulan dan logo yang disebutkan, namun meliputi logo-logo dan jersi-jersi mana-mana pasukan dan kumpulan lain di dunia.

LAGI DALIL HADIS

Selain dalil Al-Quran di atas, sebahagian dalil lain kepada pengharaman mengguna termasuk memakai sesuatu yang diharamkan untuk Muslim adalah hadis :-

نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشرب في آنية الذهب والفضة وأن نأكل فيها، وعن لبس الحرير والديباج وأن نجلس عليه، وقال: هو لهم (أي للكفار) في الدنيا ولنا في الآخرة

Ertinya : Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari sutera dan juga menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu semuanya untuk orang kafir di dunia, dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak. ( Riwayat Al-Bukhari)

Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :-

وما حرم استعماله حرم اتخاذه تحفة وزينة

Ertinya : dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya sebagai baranngan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi)

Kaedah ini menjawab persoalan sama ada ia diagungkan atau tidak, hakikatnya pemakaian, menjadikan hiasan sama ada sebagai pakaian, hiasan di rumah dan ditontonkan kepada orang ramai itu adalah sebenarnya secara langsung merupakan satu bentuk pengagungannya.

KESIMPULAN

Hukumnya memakai baju kumpulan bola berlambang salib secara jelas dan berlogo apaapa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan dan masterpiece yang dibanggai.

Mankala hukum memakai pakaian yang berlambang Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan situasi berbezanya di atas. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram.

Manakala menggunakan kereta berlogo Chevrolet adalah harus.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

7/25/2010

KaEDaH MeNCuRi KaD ATM

Assalamualaikum wbt shbatku sekalian, kali ni patik yang pachal ingin men'share'kan informasi ttg bgaimana pencopet (pencuri) brusaha sdaya upaya nak amik kad ATM anda bserta dgn no PIN kad ATM anda, beware shbatku sekalian. Walaupun smua gmbar ni mnunjukkan pristiwa d luar negara, tidak mustahil persidangan pencuri antrabgnsa akn sme2 bkongsi ilmu mencuri ini dn mungkin ader pencuri dri malay akn cube wat sme mcm dlm pic ni. Tujuan didedahkan gambar ni bukan utk mngajar para pencopet aka pencuri bgaimana cra nk mencuri tpi nk didik kalian smua mcm mne nk cam kaedah yg serba stealth ni. Tray tgk pic kt ats, nmpk x mat saleh kepala botak ngah tunduk2 tuh? Dia ngah pasang perangkap la tu utk dptkn kad korang smua.

Kebiasaannya nk wat benda ni mesti ada semngt bpasukan sbb bukn snang nk wat keje sorg2 tau, tmbh2 keje jahat gni. Dalam pic ni ader 2 org sepasukan iaitu 1 tukang jolok perangkap dlm lubang sumbat kad ATM n sorng lgi akn cover line lak, he3x...takut2 ader pak polisi yg lalu kt situ...

Dah siap buat perangkap diorg pn dok relaks kt luar tunggu mangsa. tibe2 msuk sorg pakcik tua nk cucuk duit pencen dia. Agak2 skit je kot duit dia, tpi kita tgk la gane, he3x...dia pun wat msukkan kad ke dlm slot ATM tuh...

Tiba2 pakcik pelik npe lak xleh nk draw duit, kad dh msuk tpi mesin x detect lgi, he3x...dia pn pelik la...konfius gk la...dia pn tekan2 punat kt ATM tu takut ATM jam ke, he3x...

Pastu msuk la si pencuri aka maling tu, wat2 muke suci gitu. Pakcik tu dok kobek2 (korek) mesin tu lagi ingt kad dia dh kne telan ATM, dia pn mintk tolong dgn si maling (pencuri) tu, pencuri tu dengan muka macho ala2 akon lonely pn konon2 la tolong pakcik tu...

Si pencuri tu pun wat lolok (tipu2) nk tolong, hbis smua punat n panel yg ader kt mesin ATM tu ditekan, tpi nk wat mcm ner coz kad tu dh tperangkap kt perangkp yang si maling ni wat. Si pencuri ni pun kononnya nk tolong n smbil2 tu tray tnye pakcik tu ape nombor pin kad kononnya takut bleh wat la...Last skali si maling ni pun wat ksimpulan kt pakcik tu yg kad ATM dia dh kne telan, so pakcik tu kne dtg nnt wktu pejbt utk mohon balik kad ATM dia tuh....Pencuri tu pun pandai, wat keje jhat ni wktu hari pejbt cuti, ye la klu x rmai org n pakcik tu pun trus bleh report kt guard yag ader kt situ, kantoi la dia nnt kan..

Lepas line clear & clean, si maling (pencuri) tu pun dtg balik kt mesin ATM tu n tarik perangkp yg dia buat keluar dari slot mesin ATM, tgk2 ader kad sebijik yg pakcik tdi punye, punye la hepi dia, ibarat dunia ana yang punye, ha2x....no PIN kad tu pun dia dh ader gk, he3x...so draw duit je la sblm ader sape2 perasan kgiatan x sihat dia tuh...

Lepas dpt kad tuh, nombor PIN ader dlm otak dia, si fulan ni pun wat kuar la duit $4000 dari akaun pakcik yang nak amik duit pencen tdi, ksian kt pakcik tu kan, xder dh duit dia, hu3x...aper punye pencuri la, duit pakcik tua pn nk amik gk ker...

Ni la perangkap yg di maling@pencuri tu letak kt dlm slot kad ATM kt mesin tuh, diperbuat dari plastik X-Ray tu sbb x nmpk dgn mata kasar, kan kbiasaannya slot utk masukkan kad tu warna hitam, so sush nk beza la ader perangkp ke tak, klu ader pn x nmpk sgt coz hitam gk...

Lepas tu si maling@pencuri tu pun msukkan perangkap tu dlm slot kad ATM tuh, tgk warnya slot tu dgn perangkp yg warnanya same jer, so sush nk beza gk kan...perangkap ni dh disapu dengan gam yang boleh membuatkan kad ATM kite tu tlekat kt perangkap tnpa msuk ke dalam mesin, licik kan..?

Ha, bile dh siap, msukkan ke dlm slot kad ATM tuh, tray tgk agaknya bleh cam ke....slot kad tu wrna hitam n perangkp tu pn warna hitam gk, kita tgk x teliti mmg sangka xder pape, tpi rupanya ader perangkap tau, air yang tenang jangan disangka tiada ikan jaws...beware...

Bile umpan dh mengena, diorg pn kluarkan perangkap tu dari tmpat slot kad ATM tuh, tgk ader kad kt situ, kad pakcik tdi kot, he3x...diorg siap gunting skit kt pangkal perangkap coz nnt klu mesin reject kad tu dari slot kad, kad tu xkan kluar dari slot coz dh lekat kt perangkap tuh, bahaya tau...

Ha, bile dh dpt kad tu, nombor pin pun dh ader, so si pencopet@maling@pencuri tu pun kuarkn duit pakcik tu dari bank, maka ilanglah $4000 duit pakcik tu, hbis duit pencen dia, ksiannya pakcik tu...

Way of problem solving? ceewah cakap mat saleh lak, he3x... cara penyelesaianya adlh bile kad korang mcm dh kne telan dgn mesin, tray tgk kt slot tu btul2, takut ader perangkap gk, korek2 skit slot kad ATM tu takut2 ader, klu xder takpe la, tpi klu ader bala la jawabnya. Kalau check pn x jmpe perangkap gk, cpat2 report kt guard yag ader or tepon ke pusat aduan bank segera n bgtau masalah korang yer...

Secara kesimpulannya, korang smua kne lebih hati2 tau, byk sgt taktik yg digunakan utk mencuri duit anda, so jaga keselamatan n kesihatan....eh ape lak jg kesihatan ni...jaga keselamatan ek...
Syukran, Wassalam...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

7/24/2010

KiSaH KuCiNG & BuRuNG NuRi

di suatu petang yg nyaman....sedang saya syok2 tidor terasa ada sesuatu melompat atas kepala saya..

kendian, benda tu bergerak ke badan

rasa cam kena patuk kat perut..... takkan kutu kot?

bila toleh.... rupenyer si ijou, burung tecik yg tuan saya baru beli semlm

saya suruh ijou gi main jauh2, saya xmau kawan ngan dia....lagipun saya ngantuk giler ni

tapi dia xmau, and masih patuk2 saya

pastu masih nak naik atas bdn saya, berat gak si ijou ni.

tak lama kendian, saya dengor dia tgh patuk benda lain lak... rupanye mengerjakan hp tuan saya

saya pun jerit "Oi! rosak nanti, tuan marah lah".

dia melawan lak tu

masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan saya lalu lak

akibatnye saya dihukum tanpa dipanggil utk membela diri

oh.... di manakah keadilan? bukan saya yg wat tuan

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

7/22/2010

KoPi EmuLSiFiER BaBi

Assalamualaikum wbt

Kalau dulu kita berbicara berkenaan dengan kopi dari tahi musang. Kali ni tentang kopi yang emulsifiernya adalah bersumberkan dari haiwan yang bernama khindzir@babi. Apakah emulsier ini? Emulsifier bermaksud bahan yang dimasukkan ke dalam sesuatu ramuan bertujuan untuk menstabilkan ramuan yang telah dibuat. Kalau tengok dari luaran bungkusan kopi ni, kita dapat tengok siap ader tanda halal lagi. Bagi umat islam yang tidak peka mungkin akan termakan dengan logo palsu ini. Menurut sumber, bahan emulsifier E471 merupakan bahan pengemulsifier yang didapati dari khindzir@ babi iaitu lemak babi itu sendiri. Maka saudara seislamku, berhati-hatilah ketika memilih makanan yang ingin dimakan. Ingatlah kenapa generasi masa kini semakin jauh dari agamanya, salah satu sebabnya adalah disebabkan pemakanan yang tidak dijaga lantas menjadi darah daging dalam diri masing-masing.


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

BaHaYa NeSCaFe 3 in 1

Sebuah emel dari seorang saudara seislam :

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperBahti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

7/17/2010

KiSaH RaSuLLuLLaH

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya humaira?' (humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'

Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

7/13/2010

ReD LiGHT DiSTRiCT

BARCELONA - Sebuah bandar peranginan terkenal Sepanyol di Salou dekat sini mewartakan undang-undang melarang pengunjung datang ke pantai Mediterranean itu dengan hanya memakai bikini.

Langkah itu dibuat ekoran tindakan liar lebih 8,000 pelajar dari 100 buah universiti Britain ketika festival musim bunga tahunan Saloufest pada Mac lalu yang mabuk dan melakukan hubungan seks bebas.

Majlis Bandaran Salou menetapkan pesalah boleh dikenakan hukuman denda antara 100 euro (RM406) sehingga 300 euro (RM1,218). - Agensi

Kemaksiatan yang terjadi sewaktu Salou Festival di Barcelona

Sistem Sekular tidak mempunyai sebarang penyelesaian tuntas terhadap masalah kehidupan
. Kebebasan untuk melakukan suatu perbuatan berdasarkan prinsip hak asasi dan kebebasan manusia menampakkan kepincangannya berdasarkan berita di atas. Apabila manusia diberikan kebebasan untuk melakukan suatu perbuatan tanpa kawalan maka inilah akibatnya - kerosakan dan kemusnahan di dalam masyarakat, yang mengakibatkan mereka yang percaya kepada prinsip tersebut terpaksa menutup sebahagian pintu-pintu kebebasan yang dibuka oleh tangan-tangan mereka sendiri.

Pelacur jalanan dipamerkan di sebalik cermin kaca di tepi jalan dan pelancong
yang berminat bolehlah memilih pelacur tersebut untuk dijadikan sebagai teman bermalam.

Perkara sebegini bukan sahaja terhada kepada peristiwa di atas. Di India dan Jepun, di mana jumlah pekerja wanita semakin meningkat, kesesakan di pengangkutan awam telah mengakibatkan pelbagai masalah di mana penumpang wanita sering membuat aduan mengenai gangguan seksual daripada penumpang lelaki semasa menaiki keretaapi yang penuh sesak dengan lelaki dan wanita. Akibatnya syarikat-syarikat keretapi di Jepun dan India telah menyediakan gerabak khas untuk penumpang wanita untuk mengasingkan mereka daripada penumpang lelaki.


Di Belanda, di mana pelacuran adalah sah di sisi undang-undang negara tersebut, kerajaan Belanda merancang untuk menutup kawasan Red Light District (RLD) yang merupakan pusat pelacuran untuk pelancung dari luar negara kerana aktiviti pelacuran di RLD telah mengundang pelbagai masalah seperti pemerdagangan manusia, pengedaran dadah dan sebagainya sepertimana yang dilaporkan di dalam Newsweek pada 7 Feb 2008, dan Daily Mail (akhbar Britain pada 21 Sep 2007).

Apabila manusia berlagak seolah-olah mempunyai kuasa penuh untuk mengatur masyarakat melalui sistem sekular, akan pasti timbul pelbagai permasalahan di dalam masyarakat yang tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas. Akibatnya manusia terpaksa menutup pintu-pintu kebebasan dan hak asasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hanya Islam sahaja yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini secara tuntas.

Sumber : Kosmo Online 04/07/10


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

AhLuS SuNNaH WaL JaMaaH

Perkataan Ahlus Sunnah wal Jamaah secara harfiahnya (bahasanya) bermaksud orang yang berpegang dan mengikuti tuntunan (bimbingan) dan kelompok Nabi SAW. Ini adalah kerana, secara harfiahnya, perkataan sunnah bermaksud thariqah (tuntunan), maslak (laluan yang dilalui) dan mawrid (sumber air). Ia juga bererti thariqah mahmudah mustaqimah (tuntunan yang terpuji dan lurus). Oleh kerana itu, seseorang yang disebut sebagai Ahlus Sunnah adalah orang yang menjadi pengikut tuntunan yang terpuji dan lurus. Mereka inilah yang juga disebut sebagai ahl al-haq (pengikut kebenaran) yang berlawanan daripada maksud ahl al-ahwa' (pengikut hawa nafsu)

Ahlus Sunnah juga bermaksud orang yang mengikuti sunnah Nabi SAW, yang berlawanan daripada maksud ahl al-bid`ah (pengikut bida'ah). Penggunaan istilah Ahlus Sunnah kemudian mengalami perubahan setelah istilah ini digunapakai oleh Ahli Kalam (mutakallimin) sehingga ia membawa kepada tujuan untuk mengiktiraf tiga kumpulan pengikut iaitu Maturidi, Asy'ari, Thahawi, dan ditambah dengan Salafi (pengikut Ibn at-Taimiyah). Profesor Rawwas Qal'ah Ji di dalam Mu`jam Lughat al-Fuqaha' menyatakan bahawa Ahlus Sunnah adalah orang-orang yang di dalam akidahnya terikat dengan al-Quran dan as-Sunnah, bukan kepada pandangan para ahli falsafah. Mereka dirujuk kepada tiga kumpulan iaitu para pengikut Maturidi al-Hanafi (wafat 333 H), para pengikut Asy'ari (wafat 330 H) dan pengikut Salafi yang digagas oleh Ibn Taimiyah (wafat 728 H) [4].

Sebab itulah istilah Ahlus Sunnah telah mengalami perpindahan daripada istilah umum yang asalnya untuk semua orang (termasuk semua mazhab yang mengikuti tuntunan Nabi SAW dan para sahabat) menjadi istilah khas (khusus) yang hanya dibatasi untuk mazhab tertentu dalam akidah, fiqh dan siyasah (politik). Dalam teori usul fiqh, istilah tersebut boleh dikategorikan sebagai haqiqah `urfiyyah (hakikat kebiasaan). Ada juga yang khas atau terdapat kebiasaan tertentu seperti halnya kebiasaan ahli kalam, sehingga istilah tersebut disebut sebagai haqiqah `urfiyyah khashah `inda al-mutakallimin (hakikat kebiasaan secara khusus golongan ahli kalam). Namun, ada juga yang bersifat `ammah atau umum, sehingga boleh disebut sebagai haqiqah `urfiyyah `ammah (hakikat kebiasaan umum).

Imam Ahmad bin Hanbal pernah menyatakan bahawa sifat orang Mukmin yang disebut sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah:

"Sesiapa sahaja yang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah SWT, tiada sekutu bagiNya, serta Muhammad SAW adalah hamba dan RasulNya. Dia juga mengakui semua yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul, tidak ada sedikitpun keraguan dalam keimanannya. Dia tidak mengkafirkan satu pun orang yang masih bertauhid kerana sesatu dosa (yang dibuat). Dia mengharapkan semua perkara yang hilang daripadanya kepada Allah `Azza wa Jalla dan menyerahkan urusannya hanya kepadaNya. Dia meyakini bahawa apa sahaja yang berjalan menurut qadha' dan qadar Allah, semuanya mempunyai baik dan buruknya. Dia juga mengharapkan kebaikan untuk umat Muhammad dan mengkhuatiri keburukan menimpa mereka. Tidak seorang pun umat Muhammad masuk syurga dan neraka kerana amal kebaikan yang dilakukannya dan amal dosa yang dilakukannya, sehingga Allah SWTlah yang memasukkan makhlukNya sebagaimana yang Dia kehendaki. Dia mengetahui hak orang salaf (terdahulu) yang telah dipilih oleh Allah untuk menyertai NabiNya. Dia mendahulukan Abu Bakar, Umar dan Utsman serta mengakui hak Ali bin Abi Thalib, Zubair, Abdurrahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, Said bin Zaid bin Amr bin Nufail atas para sahabat yang lain. Merekalah sembilan orang yang telah bersama-sama Nabi SAW berada di atas Gunung Hira'. Dia menceritakan keutamaan mereka dan menahan diri terhadap apa yang mereka perselisihkan sesama mereka. Dia solat `Idul Fitri dan Adha, Khauf, solat berjamaah dan Jumaat bersama semua pemimpin, baik yang taat mahupun yang zalim. Dia mengusap kedua-dua kasutnya semasa bermusafir ataupun tidak, mengqasarkan solat ketika bermusafir. Dia mengimani al-Quran sebagai kalam Allah (perkataan Allah), dan ia diturunkan, bukan makhluk. Dia meyakini bahawa iman adalah ucapan dan perbuatan, boleh bertambah dan berkurangan.

Dia meyakini juga bahawa jihad tetap berlangsung sejak Allah mengutus Muhammad SAW sehingga generasi terakhir yang memerangi Dajjal, ketika mana tidak akan ada yang mampu mencelakakan mereka termasuk kezaliman orang yang zalim. Dia menyatakan bahawa jual-beli halal sehingga Hari Kiamat sesuai dengan hukum Kitab dan Sunnah. Dia solat jenazah dengan empat takbir dan menguruskan umat Islam dengan baik. Dia tidak melakukan penentangan terhadap mereka dengan pedang anda. Jangan berperang kerana fitnah. Tinggallah di rumah Allah. Dia mempercayai azab kubur, mengimani Malaikat Munkar dan Nakir, meyakini adanya telaga, syafaat, meyakini bahawa orang-orang yang mempunyai tauhid akan keluar dari neraka setelah mereka diuji, sebagaimana sejumlah hadis telah menyatakan hal ini daripada Nabi SAW. Kita mengimaninya, dan tidak perlu banyak contoh untuk semuanya tadi. Inilah yang disepakati oleh para ulama dari pelbagai penjuru dunia."


Dengan demikian, Ahlus Sunnah wal Jamaah itu tidak sama atau bukan khusus untuk mazhab tertentu, tetapi sebaliknya ia untuk sesiapa sahaja yang memenuhi kriteria di atas. Maksud daripada Imam Ahmad di atas, menurut Qadhi Iyadh, adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah dan sesiapa sahaja yang meyakini mazhab ahli hadis. Menurut Ibn Abd al-Barr, mereka (Ahlus Sunnah) adalah para ahli hadis dan fiqh. Bahkan menurut Ibn Hajar, mereka adalah semua ahli ilmu syariah. An-Nawawi juga menyatakan bahawa boleh jadi kumpulan ini berselerakkan dalam kepelbagaian ragam kaum Muslimin. Ada yang pemberani dalam pasukan perang, ada yang ahli fiqh, ahli hadis, zuhud dan orang-orang yang memerintah kepada kemakrufan serta mencegah kemungkaran, ada juga ahli kebaikan yang lain. Tidak semestinya mereka semua berkumpul di sesuatu tempat tertentu (serentak). Sebaliknya, mereka boleh jadi berselerakkan di pelbagai belahan bumi.

Sumber :
1-Ibn Manzhur, Lisân al-'Arab, Dar al-Fikr, Beirut, t.t., XIII/226.
2-Ibid, 226.
3-Al-Jurjani, At-Ta`rifât, Dar al-Bayan li at-Turats, ed. Ibrahim al-Abyari, t.t., 57-58.
4-Prof. Dr. Rawwas Qal'ah Ji, Mu`jam Lughât al-Fuqahâ': `Arabi-Injelizi-Ifrinji, Dar an-Nafa'is, Beirut, cet. I, 1996, hlm. 76.
5-Burhanuddin Ibrahim bin Muhammad, al-Maqshad al-Arsyad fi Dzikr Ashhab al-Imam Ahmad, Maktabah ar-Rusyd, Riyadh, cet. I, 1990, II/336-339.
6-Ibn `Abd al-Barr, at-Tamhid li Ibn `Abd al-Barr, ed. Mustafa `Alawi, Wizarah `Umum al-Auqaf, Maroko, 1387, V/115.
7-Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bâri fî Syarh Shahîh al-Bukhârî, ed. Muhammad Fuad Abd al-Baqi, Dar al-Ma'rifah, Beirut, 1379, XIII/316.
8-Muhammad bin Abdurrahman al-Mubarakfuri, Abu al-Ala, Tuhfah al-Ahwadzi, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut, t.t., VI/360.


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

PaNTuN OTRoMeN

Pulau Hokkaido Jauh Ketengah
Gunug Fuji Bercabang Tiga
Hancur Raksaser Dikandung Tanah
Ultraman Yang Baik Dikenang Jua

Dua Tiga Raksaser Berlari
Maner Nak Samer Raksaser Kero
Dua Tiga Ultraman Boleh Kucari
Maner Nak Samer Ultraman Taro

Kalau Roboh Kota Narita
Papan Di Tokyo Ultraman Dirikan
Kalau Sungguh Itu Keje Raksasa
Badan Dan Kepaler Dier Ultraman 'Fire'kan

Kajang Atromen Kajang Berlipat
Kajang Raksaser Mengkuat Layu
Kalau Otromen ACE Tak Cukup Kuat
Otromen NEOS Datang Membantu

Buai Laju-Laju
Sampai Pokok Sena
Apa Dalam Baju?
Lampu Otromen Punya

Mengata Dulang Paku Serpih
Mengata Raksaser
Otromen Pulak Yang Lebih-lebih

Sudah Gaharu Cendana Pula
Sudahlah Kalah Di'Fire' Pula

Owang Berbudi Kite Berbahase
'Fire' Diberi Pada Raksaser

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

LaWaK CiNa & BeRg

Justify FullSeorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya
terdapat Steven Spielberg!

Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"

Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?"

Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, korang semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada
Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

7/12/2010

RaHSiA BiNTaNG 6 BuCu IsRaeL

Simbol Bintang Bucu Enam Yang Diciplak Israel

Sebuah catatan perjalanan seorang insan di bumi palestin yang diterima melalui emel....


Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.

Simbol Berbucu Enam Kana'an Yang Terdapat Pada Bendera Israel Laknatullah

Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa dua mimbar dari Halab (Aleppo) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula


Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)

BaitulMaqdis yang Terletaknya Masjidil Al-Aqsa perlahan-lahan
sedang ditakluki Israel secara halus

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambang negara Israel.
Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampiri saya, memberi salam dan memegang bahu saya.

"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.

'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan"? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

Simbol Bintang Bucu 6 yang terdapat di Mimbar Masjid Al-Aqsa yang Menyerupai
Lambang Israel

"Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.


"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

"Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "

"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

Wajah sebenar masjid Al-Aqsa, ramai orang terkeliru diantara
Masjid Al-Aqsa dengan Kubah Batu atau Dome Of The Rock

"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".


Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel." Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.


Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, seseorang akan hilang jati dirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan.

Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza. Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.

Benarlah kata hukama':-

"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa,
racunlah sejarah mereka"


Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

BaRaNGaN YaHuDi di DuNiA

Antara 'barangan yahudi' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5 . Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.


6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Kembalilah kepada sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. Amalkanlah pemakana n sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. Dapat menambahkan darah..dapat mengurangkan kolestrol dalam darah.dapat mengelakkan penyakit2 lain. Dan untuk mengelakkan tubuh badan kita, anak-anak kita dipengaruhi oleh Yahudi ni.

Salah satu makanan berkhasiat untuk umat islam.

Kurma nabi, kurma madu, madu, kismis, buah tiin, buah delima, buah zaitun, habbatus sauda, zaffran, air zam zam. Dan banyak lagi pemkanan sunnah yang lain..yang terang2 mempunyai khasiat dan kelebihan yang tak dpt ditandingi oleh makanan lain di dunia ni. Di samping badan kita sihat.kita dah amalkan sunnah-sunnah Nabi setiap hari...

Alhamdulillah.InsyaAllah diselamatkan dunia akhirat.

McDonald yang mengandungi kadar MSG dan kolesterol yang tinggi.

Amalkanlah walaupun sebiji kurma.iringi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Jika kita belajar dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita seharian, InsyaAllah kita akan berjaya di dunia dan di Akhirat.Hadis mengatakan "Bar ang siapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W pada zaman kerosakan umat, Allah akan bagi ganjaran 100 pahala mati syahid"

Alhamdulillah. ..anda adalah salah seorang daripada mereka insyaAllah.. .aamin..

Kurma : Buah kegemaran Rasullullah dan mengandungi 1001 khasiat.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...