SaHaBaT

11/22/2009

Tabik Rock @ Syaitan

Tabik yang diamalkan penyanyi rock barat ada yang tersiratnya. Menurut sumber-sumber dari internet, tabik tersebut merupakan tabik ahli-ahli gereja syaitan. Sebuah kumpulan yang merajakan dan memuja syaitan. Tabik ataupun tanda hormat tersebut dikenali sebagai Horned God Represents, Pan atau Cernunnos.Tabik hormat ini dibuat secara melipat ketiga-tiga jari tengah tangan kiri ataupun kanan dan membiarkan jari kelingking dan ibu jari dibiarkan tegak.











Anton LaVey, adalah ketua dan pengasas kepada kelompok penganut agama syaitan atau gereja syaitan. Si setan Anton ini juga telah mengarang sebuah kitab mengenai kepercayaan terhadap syaitan iaitu The Satanic Bible. Gambar Anton yang sedang menunjukkan cara melakukan tabik setan ini juga terdapat di bahagian belakang kitab Bible Syaitan ini. Tabik Witch Sign atau Moon Sign ini digunakan untuk memberi penghormatan kepada bulan yang baru mengambang.












Gambar di atas menunjukkan upacara ritual memuja syaitan yang dijalankan di gereja syaitan. Upacara ini dijalankan di atas altar Goat of Mendes atau Baphomet. Tabik syaitan yang dikenali sebagai The ‘Satanic Salute’, Horned Hand atau The Mano Cornuto merupakan tanda ketaatan dan penghormatan dalam kalangan ahli satanisme kepada tuhan mereka iaitu ‘horned god’. Namun malangnya masih terdapat umat islam sendiri yang mengamalkan budaya tabik syaitan ini yang kononnya simbol berjiwa rock. Mereka tidak mengetahui bahawa ianya adalah adaptasi dari tabik syaitan kumpulan penyembah syaitan ini. Nauuzubillah Min Zalik....






























Rujukan Tambahan : http://en.wikipedia.org/wiki/Satanism

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2 ulasan:

Budikolonjono berkata...

dapet info dari mana?

PaRaDoX eLaKSaMaNa berkata...

utk maklumat lanjut sila surf web yg tertera di bwh warkah...syukrn, wslm..