SaHaBaT

11/09/2009

Kisah Rasullullah dalam Kitab Hindu

Seorang pakar bahasa India dari Universiti Alahabad menulis dan menerbitkan buku berjudul Kalki Utar yang bererti Pembimbing Agung. Tulisan beliau dalam buku berkenaan jelas menyeru penganut-penganut agama Hindu memeluk Islam dan beriman dengan ajaran Nabi Muhammad utusan Allah, yang merupakan pengislah (reformis) kerohanian Hindu yang ditunggu-tunggu kerana Nabi Muhammad itulah yang dikatakan Kalki Utar.

Pengarang yang dikenali sebagai Ved Prakash buat masa ini menyandang jawatan paderi Hindu dari golongan Brahmin dan buku karangannnya telah dikemukakan kepada lapan orang2 tokoh paderi agama Hindu. Semuanya menyokong pendapat Ved Prakash. Penyelidikan beliau membuktikan ciri-ciri Kalki Utar yang terdapat dalam kitab suci Hindu Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.

Ved Prakash menegaskan di dalam ramalan Prophecy Hindus bahawa Kalki Utar akan muncul di sebuah pulau ( di dalam mana-mana kitab sejarah Arab/Islam dikenali sebagai Al-Jazirah Al Arabia, bermaksud Pulau Arab), bapanya bernama Vishnu Yehkat ibunya bernama Surmanab.

Perkataan Vishnu dalam bahasa Sanskrit membawa erti Tuhan dan Yehkat bermaksud hamba jadi Vishnu Yehkat bererti Hamba Tuhan dalam bahasa Arab Abdullah.

Adapun Sumanab dalam bahasa Sanskrit membawa erti aman dan terjemahannya dalam bahasa Arab Aminah. Semua dunia tahu bapa Nabi Muhammad Abdullah dan ibunya Aminah.

Tambah beliau lagi di dalam kitab suci Vidas juga menyebut bahawa Tuhan telah mengutus UtusanNya ke dalam gua untuk mengajar Kalki Utar. Peristiwa ini memang berlaku kepada Rasulullah s.a.w., Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi Jibril a.s. di Gua Hirak yang bertugas mengajar agama Islam kepadanya.

Bukti terakhir yang diperkatakan oleh pengarang berkenaan bahawa Tuhan telah menganugerahkan kepada Kalki Utar kuda terpantas mengelilingi bumi dan menjelajah tujuh petala langit, ini sebenar merujuk kembali kepada peristiwa Isra' Mikraj di mana Rasulullah s.a.w., menunggangi Buraq sejenis haiwan dari syurga.

(Artikel ini dipetik dari majalah Haluan yang memetik dari RISALAH-IKHWAN bil 79 Jumaat 9 Syawal 1418 bersamaan 6 Feb 1998)

IsLaM ThE WaY oF LiFe...