SaHaBaT

2/15/2008

Kehebatan Kelantan...

Keratan artikel (Akhbar The Star Weekender) yg ditulis oleh Leong Siok Hui



















Leong Siok Hui adalah seorang
penulis bebas dan gemar meneroka dan menikmati dunia luar. Kebanyakan penulisan beliau adalah mengenai pengalaman penerokaan beliau itu. Semalam beliau telah menulis dua buah artikel dalam The Star Weekender, bertajuk:

The contrary in reality
Hakikat yang berbeza

dan

Insider information
Maklumat dalaman


Kali ini berkenaan kunjungan beliau sekali lagi ke Negeri Serambi Mekah, Kelantan. Saya melihat tulisan beliau agak objektif, penuh bersandarkan pengalaman peribadi beliau yang tidak ditokok-tambah.

Yang menarik perhatian saya beliau menulis:

Where else in Malaysia can you find Malays and Chinese mingling in Chinese coffee shops?

At the White House kopitiam next to Istana Jahar, Malay and Chinese patrons sip thick Hainanese coffee, enjoy kaya and butter on toast, and tuck into nasi berlauk and nasi dagang for breakfast. At a popular Malay restaurant below the Craft Museum, we saw Malay and Chinese locals relishing their nasi ulam budu (rice with raw vegetables and fermented anchovy sauce).

Menurut beliau hanya di Kelantan orang Melayu dan Cina boleh bercampur dalam satu kedai kopi. Dan kedua-dua bangsa ini boleh sama menikmati nasi ulam budu.

Dalam artikel kedua beliau Leong pergi lebih mendalam lagi dengan mewawancara rakyat Kelantan, Melayu dan Cina bagi mencungkil pengalaman dan kehidupan mereka. Seorang yang beliau temui, Shukri Abdullah 34 tahun telah berkata:



(The present government is more conservative) but they bring good things like the emphasis on family and spritual values.

(Kerajaan negeri sekarang ini lebih konservatif) tetapi mereka membawa perkara-perkara yang baik dengan penekanan pada nilai-nilai kekeluargaan.
Shukri turut menyatakan pengalaman raka-rakannya yang berbangsa Cina di Kelantan:

Shukri non-Muslim friends say the current government grants the Chinese legal title to Malay reserved land and permit trading and licences without discrimination. Kawan-kawan Shukri yang bukan Islam menyatakan bahawa kerajaan negeri yang ada memberikan mereka geran ke atas tanah Rizab Melayu dan mengeluarkan permit perniagaan dan lesen tanpa diskriminasi.

Tambah Shukri lagi:

They try to be fair to the Chinese, allow them to hold their religious celebrations and practise their cultures. Whats good about Islam is it teaches you to respect other religions. Mereka (kerajaan negeri) berusaha untuk memberikan keadilan kepada masyarakat Cina, membenarkan mereka menganjurkan perayaan-perayaan keagamaan dan mengamalkan budaya mereka. Apa yang baik berkenaan Islam adalah ia mengajar umatnya agar menghormati kepercayaan lain.

Ramai lagi yang diwawancaranya yang telah memberikan INSIDER INFORMATION yang berguna bagi mereka di luar Kelantan yangs entiasa diasak dengan momokkan terhadap negeri yang diperintah PAS ini.

Propoganda yang selalu digembar-gemburkan terhadap Kelantan bahawa kononnya tiada pekerjaan di sana, dan orang-orang mudanya ramai terpaksa berhijrah keluar. Cuba kita perhatikan apa yang dikatakan ole Lee Kee Teck, 29, yang ditemui Leong. Lee yang sebelum ini pernah bekerja selama 3 tahun di KL kini telah kembali ke Kelantan.

Kata beliau:

The cost of living is so high in KL so it didnt matter if you made more money (Kos hidup di KL terlalu tinggi, walaupun anda berpeluang buat duit lebih)

Tambah Lee lagi:

But what I find most disturbing is that different races in KL dont mix with each other and people are unfriendly.
(Tetapi apa yang saya tidak selesa di KL adalah bahawa masyarakat pelbagai kaum di sana tidak bercampur dan mereka tidak mesra)

Dan seorang lagi, Yiap Soon Cheng, 23 yang juga pernah bekerja di KL dan kini kembali ke Kelantan berkata:

I missed everything about Kelantan, my family, my friends and the food like budu, nasi kerabu
(Saya merindui segala-galanya berkenaan Kelantan, keluarga saya, kawan-kawan dan masakannya seperti budu dan nasi kerabu)

Tak kenal maka tak cinta, itulah perumpamaan yang paling cocok yang boleh diberikan terhadap pengalaman yang cuba ditonjokan oleh Leong ini.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/09/2007

Presiden US Islam...???





















Adakah suatu hari nanti negara yang dipenuhi oleh kemaksiatan dan kecelaruan akhlak ini akan dipimpin oleh seorang islam...???

Fikir-fikirkanlah wahai saudaraku...


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

9/22/2007

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia di hati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau meyakini Tuhanlah yang maha ESA

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Novel Baru...

Setelah berlalunya abad ke-21, abad ke-23 menyaksikan timbulnya kuasa besar yang baru, iaitu Malaysia. Selepas peristiwa peperangan saudara di antara Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Akhirnya peperangan itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia. Pada mulanya kemenangan sukar untuk dikecapi kerana tiada sokongan padu dari rakyat Malaysia sendiri. Mereka sekadar memperlekeh-lekehkan kekuatan ketenteraan Malaysia pada ketika itu. Mereka tidak mengetahui kekuatan sebenar Malaysia. Pada 1 Julai 2370, telah terjadi pertempuran di antara keempat-empat buah kuasa pengimbang rantau asia tenggara ini. Setelah 3 tahun negara terbabit di dalam peperangan itu, Malaysia berjaya menakluki satu persatu negara dalam masa 3 tahun pertempuran. Pada 3 Disember 2370, Singapura telah menyerah kalah kepada Malaysia walaupun mereka menerima bantuan dari Amerika Syarikat. Perairan selat Melaka telah dikepung oleh armada laut lepas Malaysia yang terdiri dari 45 buah armada yang melibatkan 870 buah pesawat pejuang, 341 buah kapal pembawa pesawat, 147 buah kapal selam buatan negara, 439 buah kapal perang utama, 129 kapal korvet, 87 buah kapal frigat, 1290 buah hoverkraf untuk mendarat tentera marin yang berjumlah 340 000 anggota. Akhirnya setelah menerima tentangan sengit dari Malaysia, Singapura menyerah kalah kepada Malaysia. Banyak prasarana di sana telah musnah sama sekali. Bedilan alteleri Malaysia yang terletak di utara Johor telah menyukarkan bagi pihak Singapura untuk mendaratkan tenteranya di pantai Johor setelah tambak Johor dirobohkan ekoran dari perbalahan antara kedua-dua buah negara.

Thailand menyerah kalah kepada Malaysia setelah 3 bulan Singapura menyerah kalah. Kesemua armada maritimnya telah dimusnahkan sama sekali. Kesemua 540 buah kapal perang milik negara itu telah berjaya dimusnahkan oleh tentera Malaysia dalam masa 23 hari. 320 darinya telah ditawan dan dikumpulkan di pelabuhan Narathiwat untuk dijadikan besi buruk manakala baki yang lain telah tenggelam diserang oleh armada laut lepas Malaysia. Ketumbukan tenteranya menjadi lemah setelah 32 buah pusat jana kuasa elektrik dan 45 pusat kawalan ruang udara dan radar telah musnah sama sekali diserang oleh pesawat pejuang Malaysia. Penduduk islam di beberapa buah wilayah di selatan Thailand telah berpihak kepada Malaysia sewaktu serangan dilakukan oleh ketumbukan tentera darat Malaysia yang berjumlah 140 000 anggota yang didaratkan melalui hoverkraf dan helikopter pengangkut. Kesemua 720 000 tentera daratnya telah menyerah kalah secara damai setelah kesemua kelengkapan berasakan tenaga elektrik tidak dapat dihidupkan dan tidak dapat berfungsi dengan baik walaupun dijana dengan kuasa generator. Bandar Bangkok 30 peratus musnah diserang oleh pesawat-pesawat pengebom Tentera Udara Diraja Malaysia. Kesemua rakyat yang berada di bandar Bangkok telah diarahkan oleh pihak tentera supaya mengosongkan bandar itu sebelum pengeboman. Risalah-risalah arahan telah ditaburkan ke seluruh kota itu. Sewaktu bandar itu diserang hanya tinggal pihak tentera diraja Thailand yang mempertahankannya. Namun kehebatan meriam anti-pesawat tidak dapat menandingi ketinggian pesawat pengebom Malaysia yang terbang pada ketinggian 100 000 kaki dari bumi.

Keseluruhan ketumbukan tentera Malaysia diperlukan untuk menawan Indonesia. Pertempuran sengit terjadi beberapa kali di antara tentera Malaysia dan juga tentera Indonesia. Seramai 523 000 ketumbukan tentera dari pelbagai cabang telah dikerahkan untuk menakluki negara itu. Keadaan politik yang tidak menentu di negara Indonesia telah menyebabkan perdana menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Sri Dr. Haji Muhammad Bin Ismail Al-Hafiz telah mengeluarkan keputusan agar negara itu ditawan secepat mungkin untuk mengelakkan semakin banyak rakyat negara itu yang beragama islam diseksa dan ditindas oleh pemerintah. Sewaktu itu Parti Kristian Indonesia (PKI) telah memenangi pilihan raya Indonesia dan menyingkirkan Parti Bersatu Rakyat (PBR) ..........

Sambungan masih di dalam pembikinan....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Permata Kata...

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup
cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi
manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

9/07/2007

Berkat Rezeki Kerana Sedekah

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan

anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan).

Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya.

(Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu

selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita

sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan

sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi

9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10

sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan

yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul

di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam

sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat

Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Bagaimana Jin Dihadirkan

Ada cukup banyak cara dan sangat bervariatif, yang semuanya mengandung kesyirikan atau kekufuran nyata. Dan insya Allah, saya akan menyebutkan sebagian diantaranya, yakni delapan cara yang disertai dengan jenis kesyirikan atau kekufuran yang terkandung pada setiap cara tersebut secara ringkas. [1] Hal itu sengaja saya kemukakan, karena sebagian kaum muslimin banyak yang tidak bisa membedakan antara penyembuhan secara Qur-ani dengan penyembuhan secara sihir (juga). Yang pertama adalah cara imani (keimanan) dan yang kedua cara syaithani (atas petunjuk syaitan). Dan masalahnya akan semakin kabur bagi orang-orang tidak berilmu, di mana tukang sihir itu membacakan mantra dengan pelan sementara dia akan membaca ayat al-Qur’an dengan kencang dan terdengar oleh pasien sehingga pasien mengira orang tersebut mengobatinya dengan menggunakan ayat-ayat al-Qur’an, padahal kenyataannya tidak demikian. Sehingga si pasien itu akan menerima perintah tukang sihir sepenuhnya.

Dan tujuan dari penyampaian dan penjelasan cara ini adalah untuk memperingatkan kaum muslimin agar mereka berhati-hati terhadap berbagai jalan kejahatan dan kesesatan, dan agar tampak jelas jalan orang-orang yang berbuat kejahatan.

PERTAMA : CARA IQSAM [BERSUMPAH ATAS NAMA JIN DAN SYAITHAN].
Menurut cara ini, tukang sihir akan masuk ruangan yang gelap, lalu meyalakan api dan kemudian di atas api itu diletakan semacam dupa sesuai dengan objek yang diminta. Jika dia ingin melakukan pemisahan atau permusuhan dan kebencian atau yang semisalnya, maka dia akan meletakkan di atas api itu dupa yang mempunyai bau yang tidak sedap. Dan jika dia hendak mempertemukan cinta atau melepaskan ikatan yang menghalangi suami mencampuri istrinya atau untuk menghilangkan sihir, maka dia akan meletakkan dupa yang mempunyai bau yang wangi. Selanjutnya, tukang sihir akan mulai membaca mantra yang berbau kesyirikan, yaitu bacaan-bacaan tertentu yang mengandung sumpah kepada jin dengan mengatasnamakan pemuka mereka dan meminta mereka dengan menyebut pemuka mereka, sebagaimana hal itu mengandung berbagai macam kesyirikan lainnya, misalnya mengagungkan para pembesar jin dan meminta bantuan kepada mereka dan lain sebagainya.

Dengan syarat, tukang sihir tersebut -mudah-mudahan Allah melaknatnya tidak boleh dalam keadaan suci, baik dalam kondisi junub maupun memakai pakaian bernajis dan lain sebagainya.

Setelah selesai membaca mantra maka akan muncul di hadapannya bayangan berbentuk anjing atau ular atau bentuk lainnya, lalu si penyihir itu akan menyuruhnya melakukan apa saja yang dia inginkan. Tetapi terkadang tidak muncul apa-apa di hadapannya, tetapi dia hanya mendengar suara. Dan terkadang dia tidak mendengar suara apa-apa tetapi dia mengikat benda bekas dipakai dari seseorang yang hendak disihir, seperti, rambut, atau potongan baju yang pernah dipakainya yang masih berbau keringat dan lain sebagainya. Dan setelah itu, si penyihir akan memerintahkan jin untuk melakukan apa yang dia mau.


Dari pengkajian terhadap cara ini, maka tampak jelas hal-hal berikut:
[1]. Jin itu lebih mengutamakan ruangan yang gelap.
[2]. Jin menikmati (menyantap) bau sesajen yang dihidangkan, yang tidak disebut nama Allah padanya.
[3]. Merupakan bentuk kesyirikan yang jelas dan nyata dalam cara ini adalah bersumpah atas nama jin dan meminta pertolongan kepada mereka.
[4]. Jin itu mengutamakan najis dan syaitan mendekati najis.


KEDUA : CARA ADZ-DZABH [MEMOTONG SEMBELIHAN]
Menurut cara ini, si tukang sihir akan membawa burung, ayam, merpati, atau yang lainnya dengan ciri-ciri tertentu sesuai dengan permintaan jin, hewan itu adalah yang berwarna hitam pekat, karena jin lebih menyenangi warna hitam. [2]. Kemudian, dia menyembelihnya dengan tidak meyebut nama Allah atasnya. Terkadang si penderita akan diolesi darah binatang itu dan terkadang juga tidak. Selanjutnya, dia melemparnya ke puing-puing bangunan, sumur, atau tempat-tempat kosong yang seringkali menjadi tempat jin. Dan pada saat melempar, dia tidak menyebut nama Allah. Setelah itu dia kembali pulang ke rumah, lalu membaca mantra yang berbau syirik, dan selanjutnya menyuruh jin untuk melakukan apa saja yang dia inginkan.

Kesyirikan yang terkandung pada cara kedua ini terfokus pada dua hal, yaitu:

[1]. Menurut kesepakatan para ulama, baik salaf maupun khalaf, menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada jin adalah sesuatu yang haram, bahkan ia merupakan perbuatan syirik mutlak, Karena binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah sama sekali tidak boleh dimakan oleh orang muslim, apalagi melakukannya. Akan tetapi bersamaan dengan itu, orang-orang bodoh disetiap zaman dan tempat akan terus melakukan perbuatan keji tersebut.

Yahya bin Yahya pernah berkata, Wahab pernah berkata kepada saya, beberapa orang penguasa mengambil kesimpulan adanya mata air dan bermaksud mengalirkannya. Untuk hal itu mereka menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada jin agar jin-jin itu tidak menyumbat aliran air tersebut.
Lalu dia memberikan makan kepada beberapa orang dengan sembelihan itu.

Selanjutnya berita tersebut terdengar oleh Ibnu Syihab az-Zuhri, maka dia berkata: “Sesungguhnya mereka telah menyembelih apa yang tidak dihalalkan dan memberi makan orang-orang dengan apa yang tidak dihalalkan bagi mereka. Rasulullah SAW sendiri telah melarang makan sembelihan yang disembelih untuk dipersembahakan kepada jin.[3]

Dalam kitab Shahih Muslim juga disebutkan sebuah hadits dari ‘Ali bin Abi Thalib ra, dia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Artinya : Allah melaknat orang yang menyembelih binatang untuk selain Allah".


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Haram Menjadi Halal

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ketempat bersejarah. Bila sampai ketempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung sesiapa...lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada ditempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ketempat sejarah yang mereka minati. Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah tertinggal.

Trainer yang lain lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka pun balik. Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra..... menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekat berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju kekampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start lah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu.Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawab lah cikgu tadi yg dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang. berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin dituju nya berletak di selatan dan tempat mereka berada diutara, dan tempat tu memang takda didiami sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang akal...

Disebab kan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh utk hantar di pulang. Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yg cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak renti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus bakar jarinya satu persatu. Cikgu tadi

apalagi,bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamal kan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga
pagi

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asal nya. Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dantakut amat lah sangat.

Si bapa pun pergi ketempat yang dimaksudkan anak nya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi heran tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa...??? So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau.Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka.

Disebab kan takut terjadi nya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut. Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumah nya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Pantun Agama (1)

Ku kutip bunga buat karangan
karangan diletak di atas peti
Ingin ku sunting bunga di jambangan
buat penyeri di taman hati

Ambil tali buat pengikat
tali sabut panjang sedepa
Bukankah janji telah diikat
kedatangan tuan ditunggu setia

Hendak ke seberang naik penambang
perahu penambang tidak berpintu
Usahlah tuan berhati bimbang
perhubungan kita mendapat restu

Duduk berehat di pinggir kali
mengingati kekasih yang telah pergi
Bukan ku bimbang kekasih kembali
takut luka berdarah kembali

Mandi-manda di pinggir kali
kali jauh naik pedati
Bukan setakat dia kembali
ingin pula merayu hati



IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2/23/2007

21 Nasihat....

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan
dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R: Rasa hormat pada diri sendiri; Rasa hormat kepada orang lain; Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

11/18/2006

Bahtera Nuh A.S.







MasyaAllah....

inilah salah satu dari bukti kebenaran islam yang telah berjaya dibuktikan oleh saintis pada masa kini. Sebuah penemuan yang sudah pasti menggemparkan dunia seandainya dihebohkan kepada seluruh dunia. Namun peristiwa penemuan yang penting ini hanya diketahui setakat ruang lingkup yang terbatas dan pengaliran keluar maklumat itu telah disekat sehebat-hebatnya. Seandainya maklumat ini semua dihebohkan kepada masyarakat dunia, sudah tentu agama islam menjadi agama pilihan segenap lapisan masyarakat di dunia ini. Sebuah lagi kebenaran telah terbukti. Allahuakhbar !!!


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Syoknya Puasa...

Anak kami dilihat puas. Kemudian ia melanjutkan pertanyaannya, “ Apakah manfaat puasa sebegitu hebat sehingga semua ibadah kita pada bulan Ramadhan, baik yang wajib mahupun yang sunat, diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda?”

“Anakku, bercakap soal pahala, kita melihat ada beberapa ayat dalam Al Quran yang ditafsirkan sebagai pahala iaitu kata ajr, fadl, jazak dan thawab. Sedangkan beberapa kata lain, seperti harth dan mathab diterjemahkan sebagai balasan pahala.Pada intinya pahala merupakan ganjaran, imbalan, upah atau manfaat yang baik, yang timbul atau akan timbul kerana kita melakukan suatu kegiatan yang bernilai baik. Ada perbezaan hasil yang diperolehi antara siswa yang mengulang pelajaran di rumah dengan siswa yang tidak pernah mahu belajar lagi di rumah. Yang tidak pernah belajar di rumah, tergopoh-gopoh ketika menghadapi ujian. Masih untung kalau ia hanya mendapat nilai tidak baik tetapi kalau sampai diketahui ibu bapa dan dikeluarkan dari sekolah…memang susah. Sedangkan pelajar yang suka mengulang pelajaran, tentu mendapat nilai yang lebih baik. Inilah yang disebut sebagai pahala bagi pelajar yang rajin belajar di rumah.

Mengulangkaji pelajaran di rumah tentu lebih mudah bila ketika di kelas ia menyemak dengan bersungguh-sungguh apa yang diberikan oleh gurunya. Mengulangkaji pelajaran di rumah tentu akan lebih mudah memahami bila ia juga menerapkan atau mempraktikkan pelajaran yang didapat ke dalam kehidupannya sehari-hari. Mengulangkaji pelajaran di rumah tentu lebih mudah bila badan berada dalam keadaan sihat. Bila semua ini dilakukan, nilai hasil ujian tentu jauh lebih baik. Inilah yang disebut pahala yang berlipat ganda bagi pelajar yang rajin belajar di rumah, tetapi juga menyemak pelajaran di sekolah mempraktikkan pelajaran dalam kehidupan sehari-hari dan selalu menjaga keadaan badannya dalam keadaan segar .

Salat bertujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. serta membuat hati tenang, otak cerdas dan kita selalu menjadi orang yang berfikiran dan bertindak positif. Manfaat salat diperoleh bergantung kekhusyukan kita, semakin khusyuk semakin terasa manfaat salat bagi kita. Sedangkan yang tidak khusyuk atau lalai dalam salatnya, tidak mendapatkan manfaat salat. Malahan ia tergolong orang yang celaka kerana menipu diri sendiri; merasa mendapat manfaat (pahala) salat, tetapi ternyata tidak. Perilakunya malah sering menunjukkan perbuatan keji dan mungkar.

“Maka celakalah bagi orang yang salat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari salatnya, orang-orang yang riya,” (QS Al-Ma`un [107]:4-6).

Salat ketika berpuasa Ramadhan membuat kita lebih khusyuk. Kerana pada saat puasa tidak ada tenaga yang digunakan untuk mencerna makanan di perut. Semasa puasa, kita tidak kehilangan banyak tenaga banyak kerana boleh mengendalikan emosi dan hawa nafsu kita. Ketika puasa sel-sel tubuh kita mengalami kualiti peremajaan yang lebih baik, sehingga badan terasa segar dan bersemangat. Pada malam-malam puasa kita banyak mengkaji Al-Quran, sehingga mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai Al-Fatihah.

Kesemua perkara di atas membuat otak kita mempunyai wawasan yang luas, keadaan komunikasi yang baik dan mendapat penerimaan tenaga yang cukup. Keadaan otak seperti ini membuat kita mampu memberi penuh tumpuan untuk menghayati bacaan demi bacaan dalam salat, melakukan secara tertib gerakan demi gerakan dalam salat. Ertinya, salat kita pada bulan Ramadhan lebih khusyuk. Kita lebih merasakan manfaat salat di bulan Ramadhan. Pahala yang diperoleh ketika salat pada bulan Ramadhan lebih banyak. Sebagai kesan akumulasi manfaat, semakin hari semakin bertambah manfaat dari salat, sehingga seharusnya pahala salat di akhir Ramadhan lebih banyak dibandingkan awal Ramadhan.

Sedekah kita berikan bagi orang yang memerlukan. Tujuannya adalah untuk meringankan beban dan membantu mereka menikmati hidup. Tujuannya adalah untuk membangun hubungan sosial dan tali persaudaraan. Tujuannya adalah untuk menjaga diri dari kesombongan dan menghindari murka Allah S.W.T. Tujuannya adalah agar kelak pada suatu waktu kita memerlukan pertolongan, atas izin Allah S.W.T., kita diperingatkan dan dibantu oleh orang lain.

Semua tujuan ini kita peroleh bila kita telus ketika memberikan sedaqah dan kita ikhlas serta mengharapkan ridhaNya. Ketika kita memberi sedeqah kita riya, ingin dilihat orang, sehingga bila tidak ada orang yang menyaksikan kita tidak mahu bersedekah kerana menganggap hanya buang-buang duit. Apalagi bila sedekah itu dilakukan sombong dan angkuh terhadap penerima, atau setelah memberi kita sering menyebut-nyebutkannya ke semua orang hingga waktu yang lama. Maka semua manfaat sedekah itu akan hilang. Para penerima sedekah merasa terhina. Ucapan terima kasih hanya terlontar dari bibirnya, namun dalam hatinya tidak ada rasa keinginan untk membalas budi. Mudah-mudahan penerima sedekah itu tidak mendoakan agar Allah S.W.T. menghilangkan harta yang selama ini membuat kita sombong. Doa orang dianiaya itu dikabulkan Allah S.W.T.

Sedekah semasa kita berpuasa Ramadhan membuat kita lebih ikhlas dan tulus dalam menyampaikannya. Hasil kajian malam Ramadhan saat otak lebih cerdas, membuka wawasan kita bahawa kita semua adalah sedarjat, sama-sama makhluk Allah S.W.T. Hasil salat yang lebih khusyuk, selalu mengingatkan bahawa Allah S.W.T senantiasa mengawasi kita, sehingga sedekah ini ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. Hasil peremajaan sel-sel tubuh kita membuat raut wajah kita menjadi cerah, tersenyum tulus dan rendah hati di hadapan mereka. Apalagi dengan puasa kita boleh menjimat wang makan kita, tentu kita boleh memberikan lebih banyak lagi kepada mereka yang memerlukan.

Semua ini menunjukkan bahawa sedekah yang didukung oleh wawasan luas, ikhlas, wajah telus dan jumlah pemberian tidak sedikit, akan memberikan manfaat lebih banyak. Ertinya sedeqah pada bulan Ramadhan akan memberikan pahala yang lebih tinggi. Semakin kita asah tingkat keikhlasan dan ketulusan, semakin tinggi manfaat yang diperoleh.

Intinya, dengan fikiran jernih dan badan sihat, aktiviti kebaikan yang kita lakukan akan selalu memberikan hasil yang lebih baik dan menjadi semakin lebih baik lagi, bila dibandingkan dengan fikiran yang tidak fokus dan badan kurang sihat. Hasil demi hasil ini akan menjadi paradigma positif yang tersimpan dalam memori kita dan mendorong keberhasilan demi keberhasilan yang lebih banyak di masa akan datang, hingga akhirat. Jadi aktiviti pada bulan puasa, baik yang wajib mahupun yang sunat, akan memberikan hasil/ganjaran /pahala yang berlipat, dibandingkan di luar puasa.

Apalagi bila lingkungan kita, secara bersama-sama juga berpuasa. Tentu hasilnya lebih besar. Mereka berada dalam keadaan positif, sehingga proaktif membantu kita dan mengambil semua tindakan dengan cara yang positif. Dan interaksi yang saling positif ini kembali memotivasi kita untuk bertindak lebih positif. Jadi pahala pada bulan Ramadhan menjadi lebih tinggi kerana lingkungan sekitar kita saling menebar pahala.

Anakku, dengan berpuasa selama sebulan secara bertahap kita menemukan jati diri dan hakikat kehidupan kita. Pada hari-hari awal berpuasa, kita mula memahami dan merasakan manfaat puasa. Di hari-hari pertengahan bulan puasa, kita mulai menyesali tindakan akibat cara fikir lama yang salah, dan mengganti cara fikir lama yang berdebu menjadi cara fikir baru yang berpusat kepada kemahaan Allah S.W.T. dalam kehidupan semesta. Hari-hari akhir bulan puasa, kita menjadi terbiasa untuk melakukan aktiviti-aktiviti kebaikan dan meninggalkan perbuatan yang meragukan dan merosak. Inilah mengapa sepuluh hari pertama merupakan rahmat, sepuluh hari kita merupakan pembersihan atau pengampunan terhadap dosa-dosa kita, dan sepuluh hari terakhir Ramadhan membuat kehidupan kita terhindar dari api neraka. Demikianlah puasa satu bulan akan memberi manfaat yang menjinjang tinggi. Amin Ya Allah.”

“Amin… “ sahut isteri dan anakku.

Sumber : http://www.formulacemerlang.com



IsLaM ThE WaY oF LiFe...

11/16/2006

Ribena Mengandungi Arak ??

LONDON : Pemimpin islam di Birmigham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman kegemaran mengandungi arak. Birmigham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham , Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kit amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.


Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena. - Agensi

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/06/2006

Konsep Menutup Aurat Dalam Fizik

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:
J = mc x tetha
J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.
m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.
c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.
tetha ialah perubahan suhu.
Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)
Abstrak/Pengenalan
Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.
Tujuan
Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.
Hipotesis
Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens
Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.
Pembolehubah manipulasi
c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?
Pembolehubah malar
m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).
Pembolehubah bergerakbalas
J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.
Kaedah
1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.
2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.
3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.
4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.
Pemerhatian
1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.
2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.
3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.
4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.
Kesimpulan
Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:
J = mc x tetha
Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam
Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.
Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Masuk Islam Kerana As-Syura

"Alkisah disebutkan bahawa di Kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.
Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?""Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu kepadaku!"
Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham saja."Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya."Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik saja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?"Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan saja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W."

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Kelebihan Bismillah

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat darilafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yangbermaksud "Dengan nama ALLAH Yang MahaPengasih lagi Maha Penyayang."

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukMu dan umahMu,suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH
diturunkan kepada Adam."(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan
berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua
syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat
untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap
kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL
Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat
neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa
yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat
namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung
kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka
akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan
bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk
ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Perbandingan masakan Melayu, Cina dan India

Rumusan berdasarkan perbandingan masakan Melayu, Cina dan India

LONDON: Cara menggoreng dengan merendam dalam minyak yang banyak seperti yang selalu dilakukan di gerai tukang masak Melayu boleh meningkatkan risiko barah paru-paru, barah payu dara dan barah pundi kencing, menurut penyelidikan sepasukan saintis dari Universiti Singapura.Pasukan penyelidik membuat rumusan selepas membandingkan kaedah memasak makanan Melayu, Cina dan India.Kajian mereka yang disiarkan dalam Journal of Environmental Monitoring, menganalisis kualiti udara di dapur tiga gerai makanan berkenaan.Menurut saintis, kaedah menggoreng terendam yang digunakan dalam masakan Melayu membebaskan lebih banyak polycyclic aromatic hydrocarbons iaitu bahan kimia penyebab barah berbanding menggoreng sambil mengacau di dapur tukang masak Cina.Sementara di gerai makanan India, kebanyakan makanan dididihkan atau direbus, kaedah yang mengurangkan pembebasan bahan kimia itu.
Bahan kimia yang turut ditemui dalam tembakau dibebaskan apabila minyak dipanaskan sehingga suhu tinggi.Ketua pasukan penyelidik, Dr Rajasekhar Balasubramanian berkata: “Perbandingan terhadap kaedah memasak berbeza mendapati cara menggoreng terendam membebaskan lebih banyak polycyclic aromatic hydrocarbons berbanding kaedah memasak lain, yang berpunca dari suhu tinggi yang diperlukan ketika memasak dan jumlah minyak banyak yang digunakan untuk tujuan itu.“Di gerai Melayu, makanan yang digoreng kebanyakannya berkanji. Jadi, berkemungkinan besar kentang yang digoreng juga mengeluarkan jumlah besar polycyclic aromatic hydrocarbons, seperti di gerai makanan Melayu.”Kajian juga mendapati pendedahan berterusan kepada minyak masak yang digunakan untuk menggoreng kentang boleh meningkatkan risiko barah.
Saintis berkata, partikel yang berpotensi mendatangkan bahaya dibebaskan ke udara apabila minyak dipanaskan sehingga mencapai suhu diperlukan untuk menggoreng kentang.Semua minyak masak mengeluarkan partikel itu tetapi minyak sayur-sayuran paling bahaya termasuk minyak jagung dan minyak zaitun, kata penyelidik.Kentang yang digoreng mengeluarkan sejumlah polycyclic aromatic hydrocarbons.Kajian yang disiarkan oleh Royal Society of Chemistry, menganggarkan bahawa seseorang yang kerap terdedah kepada paras tinggi kimia berkenaan mempunyai satu dalam 100 risiko menghidap barah.Malam kelmarin, penyelidik menasihatkan tukang masak supaya memastikan dapur mereka mempunyai pengaliran udara sempurna dan sebaliknya merebus atau mengukus makanan, bukan menggoreng.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

6/24/2006

Fakta Asas Mengenai Palestin

Di manakah Palestin ?

Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan. Ia berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin di waktu kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi.

Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang di datangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

Apakah istimewanya Palestin kepada umat islam ?

Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :

a) Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.

b) Di bumi ini jugalah kejadian Isra' (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.

c) Bahkan ramai para anbiya? yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.

d) Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.

e) Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.

f) Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...