Ku kutip bunga buat karangan karangan diletak di atas peti Ingin ku sunting bunga di jambangan buat penyeri di taman hati |
Ambil tali buat pengikat tali sabut panjang sedepa Bukankah janji telah diikat kedatangan tuan ditunggu setia |
Hendak ke seberang naik penambang perahu penambang tidak berpintu Usahlah tuan berhati bimbang perhubungan kita mendapat restu |
Duduk berehat di pinggir kali mengingati kekasih yang telah pergi Bukan ku bimbang kekasih kembali takut luka berdarah kembali |
Mandi-manda di pinggir kali kali jauh naik pedati Bukan setakat dia kembali ingin pula merayu hati |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan