SaHaBaT

2/27/2012

PeSTa BuKu IsLaM AnTaRaBaNGSa KeLaNTaN 2012

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung. Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya, insyallah. eLaKSaMaNa ingin memohon maaf kerana kurang mengupdate blog buat sementara waktu ini kerana eLaKSaMaNa terpaksa menyiap tugasan yang lebih penting. Insyallah jika berkesempatan eLaKSaMaNa akan berkongsi dengan kalian semua mengenai informasi yang terbaru. Semoga semuanya bermanfaat. Pada kali ini, eLaKSaMaNa ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai sebuah aktiviti terbaru di negeri Kelantan, negeri serambi Mekah. Akan diadakan Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2012 yang akan diadakan di Dewan Besar Kompleks Islam Darulnaim atau Balai Islam. Program ini bermula pada 1 sehingga 7 Mac 2012 dan banyak lagi aktiviti yang menarik. Banyak buku-buku islam yang boleh anda dapati di pesta buku ini, semoga bermanfaat. Marilah sama-sama kita memeriahkan majlis ini. Syurga dunia bagi pencipta ilmu..
Wassalam...


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2/12/2012

KeKeJaMaN ReJiM BaSHeeR Al-AssaD di SYRia

Kanak-kanak kecil ini tidak sepatutnya menjadi korban kepada kezaliman rejim Basyar jika mereka mempunyai sifat perikemanusiaan. Tetapi Marwah ‘Adil Bahar tiada pilihan lain kecuali mati mulia dengan pisau sembelihan tentera Basyar.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim”. (Al-A’raaf 7:47)

Sucinya wajah anak kecil ini meskipun hanya kepala yang tinggal. Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?

Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khomainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.

3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?

Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.

4) Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?

Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.

Sumber : http://hasnulhadiahmad.com/kanak-kanak-di-bunuh-kejam-oleh-rejim-basyar/

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2/05/2012

TaLi CaCinG HaRaM ?


Soalan

MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak-­kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?

SHAMSIAH ABU BAKAR
Jerantut

Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.

Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya berten­tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: “Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng­gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada’ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.’”

Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.

Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? “Lelaki itu menjawab, “Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan.”

“Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu.” (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).

Dalam hadis lain (mafhumnya): “Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.

“Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang.” (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem­percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.

Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua­-tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): “Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT.”

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.

Wallahu’alam….

(Petikan dari Harakah Bil.1335)

p/s : Dulu sewaktu kecil selalu tengok baby2 pakai tali ni, ada kata nak elakkan penyakit, nak elak cacing dlm perut, nk elak baby sakit perut. Tapi biasalah orang melayu kita, suka tiru tapi tak suka selidik amalan yang nak ditiru. Sama juga macam adat bersanding, terang2 haram dalam ISLAM tpi still diamalkan, siap tambah dengan joget lambak, karoake, DJ majlis dll. Bila ada orang tak nak ikut adat tu mula bising2 kata ada something wrong dgn pengantin dan mula melempar fitnah. Itulah budaya melayu yang tidak harus dibanggakan. Bersederhanalah dalam berkahwin kerana itulah yang Rasullullah sarankan.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2/04/2012

SaLaM MauLiDuR RaSuL 1433H / 2012,

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & Salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke laman blog eLaKSaMaNa yang insyallah berinformasi ini. Semoga segala informasi di sini dapat dikongsi bersama antara kita. Kebelakangan ini eLaKSaMaNa tidak berkesempatan untuk mengupdate sebarang informasi di laman blog ini. Tetapi Insyallah eLaKSaMaNa akan cuba untuk berkongsi dengan kalian semua pelbagai lagi informasi yang bermanfaat. Di kesempatan ini, eLaKSaMaNa ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL S.A.W 1433H / 2012M. Semoga kecintaan kita kepada Rasullullah dapat kita terjemahkan dengan mengamalkan seebanyak mungkin sunnah Rasullullah. Mengikut segala nasihat Rasullullah dan menjauhi segala larangan Baginda S.A.W.

Dalam kita meniti kehidupan yang fana ini, kita seringkali lupa bahawa Rasullullah adalah contoh ikutan yang terbaik dan paling sempurna buat kita semua. Di batang tubuh Rasullullah kita dapat jadikan Baginda sebagai contoh ikutan sebagai HambaNya. Pernah sahabat bertanyakan kepada Raasullullah, mengapakah Rasullullah bersusah-payah beribadat kepada Allah sedangkan Rasullullah adalah Maksum dan dijamin masuk syurga dan itulah janji Allah. Rasullullah mengatakan, adakah itu tanda aku bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepadaku? Walaupun Rasullullah dijamin memasuki syurgaNya, namun Rasullullah masih lagi mengamalkan amal ibadah siang dan malam kerana Allah malah bagindalah hamba Allah yang paling banyak beribadah kepadaNya. Justeru, macam mana dengan kita, kita apatah lagi, hamba Allah yang dipenuhi noda dan dosa. Maka berusahalah untuk beribadah kerana Allah dan cubalah untuk mencontohi segala sunnah Rasullullah S.A.W. Sesiapa yang cintakan baginda, nescaya segala apa sunnah baginda akan diikuti. Jika tidak semua sunnahnya kita ikuti, sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mengikuti sunnah Rasullullah walaupun sedikit tetapi istiqamah.

Semoga secoret coretan yang serba ringkas ini dapat menyedarkan kita mengenai betapa agungnya seorang insan yang harus setiap kita jadilah contoh teladan iaitu Rasullullah S.A.W. Letakkan Rasullullah S.A.W sebagai contoh ikutan yang pertama, barulah insan-insan lain di dunia ini termasuk ibubapa kita. Sekali lagi eLaKSaMaNa ingin ucapkan, SALAM MAHABBAH MAULIDUR RASUL 1433HH / 2012M kepada semua pengunjung.
Wassalam.....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2/01/2012

Al-QuRaN TiDaK DiSenTuH oLeH APi KeBaKaRaN !

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada yang sudi berkunjung ke laman blog eLaKSaMaNa yang insyallah berinformasi ini. Semoga segala informasi dan maklumat di sini dapat dikongsikan bersama sebagai salah satu dari wadah dakwah kita. Sampaikan ilmu walaupun 1 ayat. Pada kali ini ialah kisah mengenai kebesaran Allah Taala yang diizinkan olehNya untuk diperlihatkan kepada seluruh umat ISLAM. Semoga dengan peristiwa kebesaran Allah Taala ini, keimanan dan ketaqwaan kita akan semakin teguh, insyallah.

Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam. Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan. Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.

Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu. Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.

Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan SYAK – RAGU-RAGU tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu. Fussilat 41:54

Inilah yang dikatakan kebesaran Allah.

Kami akan perlihatkan kepada mereka TANDA-TANDA KEKUASAAN KAMI DI MERATA-RATA TEMPAT (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Fussilat 41:53

Sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/02/rumah-kedai-hangus-terbakar-kitab.html?spref=fb

p/s : Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua. Sesungguhnya kekuasaan ALLAH TAALA itu sudah jelas kelihatan dan sesiapa yang ragu kepada undang-undang dan hukum yang telah ALLAH tetapkan, maka bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

PeTi BuanG BaYi ??!!

RUSIA : Sebuah peti untuk pembuangan bayi telah mula diperkenalkan di Rusia. Wilayah Krasnodar yang terletak di selatan Rusia telah membiayai pembelian 5 buah peti pembuangan bayi untuk percubaan pada awal November 2011 untuk memudahkan ibu yang tidak mahukan bayi mereka meninggalkan bayi mereka tanpa mendatangkan mudarat kepada bayi tersebut. Tiga buah peti telah ditempatkan di sekitar Sochi, Novorossiysk dan Armavir. Dan pada akhir November, seorang bayi telah ditinggalkan di dalam peti tersebut dengan selamat oleh ibunya.

Langkah meletakkan peti pembuangan bayi ini ialah bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan bayi terbuang atau tidak diingini dari dibuang di kawasan tempat pembuangan sampah seperti kebiasaan menurut seorang pegawai kesihatan yang tidak ingin dikenali. Elena Redko, ketua Jabatan Kesihatan Krasnodar memberikan info bahawa seorang bayi perempuan telah ditinggalkan oleh ibunya di dalam peti tersebut dan bayi tersebut sihat dan selamat sepanjang berada di dalam peti.

'Bayi perempuan tersebut akan ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak tetapi mungkin sukar untuk mendapatkan keluarga angkat kerana hanya terdapat sedikit keluarga atau pasangan yang ingin mengambil anak angkat,' menurutnya lagi.

Kaedah ini dirancang untuk diperluaskan ke negara Afrika Selatan, iaitu lokasi tumpuan keluarga dari seluruh dunia untuk mengambil anak angkat.

Mungkin akan ditempatkan di sekitar bandar utarama Afrika Selatan, Cape Town. NGO yang terlibat iaitu Out of Africa Children's Fund dapat memberikan kemudahan kepada ibu yang tidak menginginkan bayi mereka untuk meninggalkan bayi mereka di kawasan yang selamat tanpa identiti mereka terdedah.

Ketua Eksekutif NGO tersebut, Kim Highfield berharap sistem ini dapat membantu ibu yang sukar untuk meneruskan hidup menyara bayi mereka untuk menjadikan bayi mereka sebagai anak angkat kepada sesiapa yang memerlukan.

'Kadangkala mereka meninggalkan bayi di lokasi yang merbahaya kepada bayi seperti kawasan yang mempunyai anjing-anjing yang berkeliaran yang mungkin membahayakan keselamatan bayi atau apa-apa sahaja yang memudaratkan.'

'Matlamat utama kami ialah menyediakan penyelesaian alternatif kepada kejadian ini. Justeru, ibu tersebut mempunyai tempat untuk meninggalkan bayi mereka dengan selamat.'

Projek ini juga sedang giat diperluaskan oleh pihak kerajaan Rusia ke wilayah-wilayah lain seperti Perm, Tomsk, Omsk, Novosibirsk dan bandar eropah Rusia, Kirov.

Sumber : http://www.dailymail.co.uk/news/article-2093214/Russian-cities-introduce-baby-drop-boxes-stop-unwanted-children-left-bins.html

p/s : Bayangkan jika kaedah ini dilaksanakan di M'sia. Nescaya penuh peti-peti bayi ini dengan bayi yang tidak diketahui asal-usul nasabnya. Malah masyarakat tidak bimbang lagi untuk mempunyai anak luar nikah kerana mereka tahu ke mana mereka ingin buang bayi tersebut. Sebenarnya konsep ini sudah ada di M'sia tetapi berbentuk lain iaitu sekolah. Anda pasti tahu mengenai isu ini. Berdoalah semoga ALLAH menjauhkn kita dari bencana seperti ini, inilah akibatnya jika ISLAM tidak dijadikan landasan untuk memerintah dan hidup.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...