SaHaBaT

2/16/2011

SaLaM MaULiDuR RaSuL 1432H / 2011M

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera ke atas kalian yang masih sudi berkunjung ke teratak elaksamana of PaRaDoX ini yang insyallah dapat menyalurkan ilmu yg bermanfaat kepada kita semua. Sesungguhnya ilmu Allah Taala yang dikurniakan kepada manusia di muka bumi ini hanyalah setitis dari selautan ilmu Allah Taala. Itupun manusia masih belum selesai menerokai semua ilmu2 yang dikurniakan oleh Allah Taala. Semoga kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur kepadaNya kerna hanya dengan bersyukur kepada nikmat Allah sahaja dapat membuatkan iman dan takwa kita meningkat. Sesungguhnya manusia yang paling baik adalah melebihi darjat malaikat dan manusia yang paling jahat darjatnya akan menjadi lebih rendah dari darjat syaitan yang direjam. Semoga kita dilindungi oleh Allah Taala dari segala malapetaka keimanan dalam diri kita. Sentiasalah beristighfar dan mengingatinya dalam setiap hela nafas kalian.

Di kesempatan ini elaksamana oF PaRaDoX ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN RASULLULLAH S.A.W kepada semua umat nabi akhir zaman iaitu Rasullullah S.A.W. Tunjukkanlah betapa kita mencintai dan merindui Rasullullah dengan mengamalkan segala sunnah yang telah dianjurkan oleh baginda, semoga kita menjadi umat Rasullullah yang amat mencintai baginda walaupun kita tidak pernah bertemu dengan baginda apatah lagi melihat Rasullullah S.A.W. Itulah umat Rasullullah yang paling baginda kasihi kerana walaupun mereka tidak pernah hidup bersama baginda, menatap wajah baginda, namun kasih sayang mreka kepada Rasullullah S.A.W amat mendalam seperti mereka hidup sezaman dan bersama Rasullullah setiap masa. Tiada gunanya kita berpeluh berarak berkilometer dengan berselawat sekadar di mulut tanpa penghayatan di hati. Kerna penghayatan kepada kisah Rasullullah S.A.W dan betapa peritnya Rasullullah menghadapi segala dugaan dalam menegakkan syiar islam di muka bumi ini adalah penting untuk kita hayati. Ramai umat manusia beragama islam sekarang lebih mengenali siapa itu Barrack Obama, Mahathir Mohamed berbanding mengenali Rasul mereka sendiri. Mereka menjadikan Sheikh Muzaffar Shukor sbgai idola utama dlm hidup mereka, sedangkan mereka tahu bahawa Rasullullah itu lebih hebat dan paling utama harus dijadikan idola berbanding 'angkasawan' atau pelancong angkasa malaysia pertama itu. Sedarlah dari lena dalam meniti jalan akhirat yang dipenuhi ranjau berduri mengait kaki melukai jejari dan berusaha mengubah hati. Semoga kita diberikan kekuatan oleh Allah Taala utk mengubah diri kita agar menjadi baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Insyallah, Amiin...
Sekian Waasalam...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1 ulasan:

محمد حذوان بن حميدان berkata...

salam maulidurasul..trsknlah brgerak krja dlm prjuangan Islam, selgkah berundur, selamanya dtgglknNya.. (^_^)