SaHaBaT

2/01/2011

RoN97 NaiK LaGi !

Assalamualakum w.b.t dan salam sejahtera semuanya.

Pada penghujung tahun lepas (2010) kita telah dikejutkan dengan kenaikan harga barangan keperluan seperti gula, gas dan minyak Ron 95. Tup tup sehari selepas BN menang pilihanraya kecil DUN Tenang di utara Johor, kerajaan di bawah pimpinan PM Najib telah menghadiahkan kepada rakyat suatu hadiah yang cukup istimewa, terutamanya kepada pengundinya di DUN Tenang tempoh hari yang memberikan kemenangan kepada calon BN, dengan majoriti yang meningkat kepada 3000 undi. Apakah hadiah yang cukup bermakna dari kerajaan BN dan PM kita? Tak lain tak bukan kenaikan harga minyak RON 97 yang 31 Januari iaitu semalam. Sungguh tidak disangka-sangka rupanya itulah hadiah yang terbaik dari BN & PM kita utk rakyat Malaysia. Dengan peningkatan sebanyak 4 kali dalam tempoh 3 bulan bermula november 2010 sehingga januari 2011. RON97 start naik jadi RM2.15 sliter pada 2 November 2010, naik lagi sebanyak 15 sen jadi RM2.30 seliter pada 1 Disember 2010, naik lagi 10 sen menjadi RM2.40 pada 4 januari 2011 dan yang terbaru kenaikan sebanyak 10 sen menjadi RM2.50 sliter pada 31 Januari 2011. Sungguh drastik perubahan ke arah mendahului rakyat oleh kerajaan pimpinan PM kita. Semoga dia sedar apa tindakan yang telah dilakukan oleh kabinetnya.

Menurut media massa arus perdana, kenaikan harga ini disebabkan oleh pengurangan subsidi petrol oleh kerajaan dengan bertujuan untuk menampung pembelanjaan pembangunan negara. Sungguh pelik, apakah Malaysia sudah kehabisan dana pembangunan, ataupun terlalu banyak projek mega yang dilaksanakan sehingga penyebabkan dana pembangunan tidak mencukupi. Apa yang dikhabarkan kepada rakyat melalui pelbagai saluran media kerajaan menyatakan bahawa ekonomi malaysia semakin pulih dan berada pada landasan yang betul untuk mencapai wawasan 2020 iaitu negara Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Dikhabarkan juga bahawa kadar perdagangan malaysia dengan negara asing semakin bertambah, ditambah pula dengan peningkatan kehadiran pelabur yang melabur di Malaysia atas sebab iklim ekonomi yang stabil. Apakah benar semua itu? Kadang-kadang media massa arus perdana tidak boleh dipercayai 100% kesahihannya kerana akan ada propaganda kerajaan untuk menenangkan rakyat mengenai keadaan ekonomi Malaysia terkini.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan bahawa hutang kerajaan Malaysia berjumlah RM362.39 bilion iaitu paras tertinggi dalam sjarah malaysia dan mencakupi 53.7% KDNK negara. Cuba anda bayangkan 50% dari pendapatan negara terpaksa digunakan untuk membayar hutang negara dan tinggal hanya 50% sahaja lagi untuk melaksanakan agenda membantu rakyat malaysia. Itu belum ditolak ketirisan yang berlaku, bayaran komisen melampau dalam membeli barang2 kerajaan dan sebagainya. Di dalam pembentangan bajet 2011 oleh PM di Parlimen, beliau mengatakan bahawa hutang kerajaan Malaysia hanyalah sekitar 200 bilion sahaja (lebih kurang). Namun setelah Audit Negara mengeluarkan bancian mereka, mereka mendapati hutang negara melebihi dari apa yang diperkatakan oleh PM sewaktu sidang parlimen tersebut. Adakah PM berbohong kepada rakyat ataupun beliau menerima maklumat yang salah (kerana beliau hanya membaca sahaja teks yang telah disediakan, bukannya beliau yang membuat teks itu).


Petikan akhbar online mengenai kenaikan harga petrol RON97:
Sumber http://www.malaysiakini.com/news/155023

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam. Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 31 Januari tahun ini.


Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter. Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu. Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: