SaHaBaT

2/28/2011

PRoGRaM ReaLiTi TaNPa PaKaiAN ?!

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera buat kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak eLaKSaMaNa oF PaRaDoX yang insyallah berinformasi ini. Semoga segala apa yang dipaparkan ini dapat menjadi ikhtibar kepada kita semua umat manusia di akhir zaman ini. Jika ada daya kalian, diharapkan informasi ini dihebahkan kepada insan2 yang masih belum mengetahui. Kali ini kita akan membicarakan mengenai suatu program realiti yang sungguh mengarut & tidak masuk akal oleh manusia yang tidak waras ini. Sama macam program akademi fantasia, mentor dan sebagainya, tetapi program ini lagi menjijikkan pada pandangan insan yang berfikiran waras. Program ini memerlukan setiap peserta yg terdiri dari 4 lelaki & 4 perempuan untuk tinggal bersama dalam sebuah banglo dan bekerja di sebuah resort di US. Apa yang lagi tidak dapat diterima ialah kesemua mereka tidak akan berpakaian walau seurat benang pun sewaktu program ini berlangsung selama sebulan. Mereka ke mana-mana tanpa berpakaian malah bekerja juga tidak berpakaian di tepi pantai peranginan di sebuah resort yg terkenal sebagai resort/syurga orang yang suka berbogel. Pemenang akan dinilai dengan undian SMS dari penonton. Setiap minggu kehidupan mereka akan dipaparkan di kaca televisyen, namun bahagian badan yang sulit/sensitif akan disensor oleh pihak penerbit. Peserta yang tidak kekok berbogel dan bersosial dengan rakan-rakan lain dikira sebagai kriteria untuk menjadi pemenang.

Resort Yang Memerlukan Semua Pengunjungnya Tidak Berpakaian !

LAND O'LAKES - Sebuah program realiti televisyen di Amerika Syarikat (AS) yang menjalani penggambaran di resort bogel Caliente, Pasco, memperkenalkan para peserta siri itu buat kali pertama, lapor sebuah akhbar kelmarin. Siri ini diterbitkan oleh Atlantic Overseas Pictures Television berpengkalan di amerika.

Program itu, The Nak'd Truth menampilkan lapan orang peserta yang akan tinggal sebumbung tanpa memakai pakaian selama sebulan. Mereka juga akan berkerja di resort itu yang terletak di negeri Florida.

Barisan Peserta Yang 'Bertuah' Memasuki Program Realiti Ini.

Sebahagian peserta The Nak'd Truth itu yang terdiri daripada warga tempatan berkata, mereka teruja dapat menyertai program realiti tersebut. Namun, tidak semua peserta memaklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan mengenai penyertaan mereka.

"Sebenarnya, saya pun masih belum memberitahu sesiapa," kata seorang peserta lelaki, Wayd Dionne, 23.

"Cuma ibu saya yang tahu mengenai penglibatan saya dalam siri realiti ini dan dia menyatakan sokongannya kepada saya," tambahnya.

8 Finalis Yang Berjaya Hingga Saringan Peringkat Akhir.

Sementara itu, para penerbit program realiti itu memberitahu, mereka akan mengaburkan bahagian sulit peserta selain menggunakan sudut kreatif kamera bagi mengelak kontroversi sepanjang siri itu ditayangkan.

Berikut Adalah Senarai Peserta Program Realiti The Nak’d Truth:

1 - Jennifer Fitzgerald, 24 tahun dari Land O’Lakes.
2 - Charles Hacker Jr. berumur 22 tahun dari Tampa Bay.
3 - Fayth McCarty, umur tidak diketahui, asal dari Pennsylvania.
4 - Wayd Dionne, 23 tahun, dari Lakeland.
5 - Christy Michelle, 26 tahun, berpindah dari Minnesota ke Florida.
6 - Robert Smith, 29 tahun, dari Palm Harbor.
7 - Nicole Young, 24, tempat asal tidak diberitahu.
8 - Maksim Rozanovsky, berumur 34 tahun, dari Tampa Bay.

Kehidupan Mereka Sewaktu Program,
Dalam Gambar : 2 Lelaki & 1 Perempuan (Disensorkan)


Apa yang mereka buat sepanjang program ni adalah menjadi LifeGuard di kawasan pantai, bertugas penyambut tetamu, pembantu laundry. Ketika masa lapang, kelapan-lapan mereka menikmati aktiviti bermain bola tampar pantai, menyertai yoga serta bersosial serta berseronok bersama peserta lain pada waktu malam di Caliente’s Nude Nightclub bertempat di resort tersebut.


sumber :
http://www.iawani.com/video-nakd-truth-program-realiti-nudist.html
http://donnyien.com/entertainment-2/gambar-the-nakd-truth-peserta-rancangan-realiti-bogel-diperkenalkan/
http://nakdtruth.tv/


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: