SaHaBaT

6/06/2009

Kisah Romantiknya Rasullullah

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi”. Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, “Saya akan beritahu kamu kemudian~. ”

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab “Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya”. Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka”. Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

p/s : Jadikanlah kisah Rasullullah ini panduan kepada kita terutamanya kepada para suami yang akan mempunyai zaujah/isteri nescaya rumahtanggamu akan bahagia, insyallah

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2 ulasan:

makcik berkata...

romantiknya rasulullah......semoga ada lagi kaum adam di akhir zaman ini yg mencontohi baginda...

PaRaDoX eLaKSaMaNa berkata...

Insyallah, masih ada lagi lelaki rmantik wlaupun tdk sromantik Rasullullah S.A.W, berdoalah smoga mndpt suami romantik kerna lelaki yg benar2 rmantik tdk akn mnunjukkan rmantiknya di hdapan khalayk ramai kerna rmantik itu hnya khas buat isterinya....wslm