SERANGAN ABRAHAH KE ATAS MAKKAH
Ibnu Khaldun menyebutkan di dalam Tarikhnya, bahawa Abrahah al-Asyram membuat sebuah gereja di Shan'aa, dinamainya Qaliys. Jaranglah adanya gereja secantik itu. Setelah selesai, dikirimnyalah
Berita isi
Sangatlah murka Abrahah mendengar khabar itu, hingga dia bersumpah bahawa dia sendiri akan pergi ke Ka'bah hendak meruntuhkannya. Setelah itu dikeluarkannya perintah keras supaya semua penduduk yang ingin naik haji supaya datang ke Qaliys saja. Setelah sampai orang suruhan menyampaikan perintah itu ke negeri Kinanah, dia dipanah orang hingga mati.
BERANGKAT KE MAKKAH
Kemarahan Abrahah memuncak tinggi, sehingga tetaplah niatnya mengatur angkatan pergi meruntuhkan Ka'bah itu. Maka berangkatlah dia dengan beribu-ribu tentera Habsyi menuju Makkah, dia sendiri mengendarai gajah besar. Di tengah jalan bertemu seorang bangsawan Himyar, Zu-Nafar namanya, yang sengaja datang melawan. Tetapi Zu-Nafar dapat dikalahkan dan ditawan, dibiarkannya tinggal hidup untuk menjadi penunjuk jalan.
Kata Ibnu Ishak : Tatkala ia lalu
MEMASUKI MAKKAH
Setelah dekat, Abrahah pun memerintahkan beberapa tentera berkuda lebih dahulu masuk ke Makkah, merampas harta benda penduduk. Di antara yang dirampas itu ialah 200 ekor unta kepunyaan Abdul Muttalib, sedang beliau di waktu itu adalah menjadi pemimpin Quraisy. Mereka bermaksud hendak melawan tentera yang datang itu. Tetapi setelah diketahui bahawa kekuatan tiada seimbang, mereka menghentikan maksud itu.
Abrahah pun menyuruh Hanathah bangsawan Himyar itu datang ke Makkah memberitahu kepada orang Quraisy tentang maksudnya hendak meruntuhkan Ka'bah itu, dan memberi maklumat perang kepada mereka, kalau mereka mencuba menghalang maksudnya. Hal itu disampaikannya juga kepada Abdul Muttalib sendiri.
Dengan tenang beliau menjawab, bahawa dia tidak ada maksud hendak berperang dengan Abrahah. Rumah ini adalah rumah Allah, kalau dibelanya, itu adalah rumahNya sendiri, dan kalau Allah membiarkan tidak ada pula di antara kami yang sanggup melawan.
ABDUL MUTTALIB BERTEMU ABRAHAH
Hanathah membawa Abdul Muttalib datang menghadap Abrahah, di jalan bertemu Zu-Nafar yang tengah tertawan itu. Zu-Nafar itu membawakan Abdul Muttalib menghadap Abrahah. Maka sangatlah Abrahah menghormatinya, dia turun dari atas singgahsananya dan berteman baik dengan dia. Abrahah duduk bersama-sama Abdul Muttalib di atas hamparan. Maka mulailah Abdul Muttalib menanyakan tentang 200 ekor untanya yang dirampas oleh tentera Abrahah itu.
Abrahah berkata : "Bukankah lebih baik engkau tanyakan tentang maksudku hendak meruntuhkan Ka'bah, padahal itu adalah kebesaran agamamu dan agama nenek moyangmu, dan engkau tinggalkanlah saja mengurus unta itu!".
Abdul Muttalib menjawab : "Saya adalah yang empunya unta itu. Adapun rumah itu ada yang empunyanya, dia yang akan mengurusnya." Unta itu pun dikembalikan kepada Abdul Muttalib.
SERANGAN BURUNG-BURUNG ABABIL
Setelah itu tersebutlah datang beribu-ribu ekor burung, yang memang biasa datang hendak mencari makanannya daripada sisa-sisa angkatan perang yang besar itu. Rupanya pada burung itu telah ada kuman-kuman penyakit cacar yang sangat hebat, sebagai kuman sampar pada tikus dan kuman malaria dari nyamuk. Kuman yang amat berbahaya itu telah menular dari burung itu pada batu-batu kecil yang berserak di keliling khemah-khemah tempat tentera itu.
Dalam beberapa hari saja, berjangkitlah penyakit cacar yang amat hebat dalam kalangan tentera besar itu, disertai lagi oleh sangat panasnya gurun pasir itu. Beribu-ribu yang tewas, laksana tentera Napoleon yang pergi menyerang tanah Rusia dengan 800 000 tentera, terpaksa pulang dengan sisa tentera 25 000 orang kerana musnah oleh kedinginan dan sampar.
KEMATIAN ABRAHAH
Musnahlah tentera Abrahah kerana penyakit cacar itu, tidak dapat lagi dilangsungkan meruntuhkan Ka'bah, melainkan merekalah yang runtuh. Kekayaannya yang sangat banyak, terpaksa ditinggalkan dan dengan sisa tentera yang tinggal, Abrahah pulang kembali memikul malu dan jengkel hati. Tidak lama sampai di Shan'aa raja yang sombong itu pun mangkat, kata sesetengah ahli tarikh, kerana cacar itu juga, dan kata sesetengah yang lain, kerana menderita malu dan sakit hati.
Adapun harta benda yang amat banyak, yang tertinggal ketika pulang dengan kucar-kacir itu, telah dibahagi-bahagi oleh Abdul Muttalib kepada kaum Quraisy dengan sebai-baik pembahagian, dipandang anugerah Tuhan yang amat nikmat untuk jiran rumah Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan