SaHaBaT

12/29/2009

Berlabuhnya 2009...

















Assalamualaikum...w.b.t.

Alhamdulillah akhirnya tirai 1430 H / 2009 M akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Marilah sama-sama kita hisab apakah amalan yang telah kita lakukan selama ini, adakah dipenuhi ibadah kepadaNya, alhamdulillah jikalau jawapannya begitu, namun seandainya jawapan adalah sebalik, nau'uzubillah min zalik, hanya kepadaNya kita memohon keampunan, Allah Taala amat mengasihi hambaNya yang sentiasa menyesal dengan segala dosa yang dilakukannya. Kita sebagai hambaNya tidak pernah lari dari berbuat dosa walaupun sedikit, setiap hari, setiap jam ada sahaja dosa yang kita lakukan. Tiada apa yang dapat kita lakukan kecuali memohon keampunannya setiap kali melangkah. Tetapkan dalam hati bahawa setiap kerja buat kita adalah keranaNya barulah segala pekerjaan akan menjadi ibadah.

Andaikata kita seorang pelajar, maka teruskanlah usaha untuk belajar ilmu Allah di muka bumi pinjamanNya ini, hanya kepadaNya tempat kita kembali. Niatkan dalam hati bahawa segala ilmu yang dipelajari ini untuk dimanfaatkan kepada agama Allah Taala. Kita gunakan ilmu yang dikurniakan oleh Allah ini untuk meninggikan syiar islam di muka bumi. Jangan kita menjadi barua kepada yahudi dan sekutunya yang lain. Jangan kita memperbodohkan diri kita disaat musuh-musuh islam sedang mengurumuni kita ibarat semut mengerumuni gula yang terdedah. Ayuhlah bangun duhai saudaraku sekalian, kita bangkit membantu kaum muslimin di Palestin, Iraq, Afghanistan, selatan Thailand dan segenap pelusuk bumi yang mengandungi umat islam, iaitu saudara seagama kita yang sedang dianiayai.

Alangkah sedihnya kita melihat semakin ramai umat islam generasi muda yang terbiar begitu sahaja kudrat kuatnya. Mereka terleka dengan nikmat pesona dunia yang fana ini. Tatkala saudara seagama kita yang lain sedang merana, kita masih lagi tersenyum sambil menggoyangkan kaki di atas kerusi yang empuk menonton kesengsaraan mereka di kaca televisyen tanpa sebarang niat terdetik di hati ingin membantu mereka. Jesteru benarlah seandainya sabda kekasih Allah, Rasullullah S.A.W yang mengatakan pada akhir zaman, umat islam amat ramai namun kesemuanya ibarat buih di lautan sahaja, sekali ombak datang menerpa, sekali hanyut dan hancur begitu sahaja.

Ayuhlah bangkit duhai saudaraku, mari kita berjihad di jalan Allah untuk membantu meninggikan syiar islam. Seandainya kamu pelajar, maka berjihadlah menggunakan kekuatan akalmu untuk menelaah ilmu, percayalah ilmu itu amat berguna kelak untuk meninggikan martabat umat islam, usah gentar dengan yahudi, nasrani, orientalis barat malah sesiapa sahaja yang menghalang. Teruskan perjuanganmu buat selamanya kerana selagi dunia tidak kiamat, selagi itu syaitan akan bermaharajalela menjahatkan umat manusia yang tidak punya iman di hati. Takbir ! Allahuakhbar....
wassalam...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

12/23/2009

Kerana Foie Gras Itik Diseksa




















Apakah dia FOIE GRAS ??

FOIE GRAS bermaksud hati berlemak (Fat liver) adalah menu makanan yang mewah berasal dari Perancis. Hidangan mewah ini berasal dari hati angsa yang diperoleh dari angsa yang di “paksa” makan secara berlebihan setiap harinya agar hatinya berubah menjadi hati berlemak akibat menderita penyakit “hati berlemak” (fatty liver). Manusia menjadi KEJAM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN demi untuk memenuhi hawa nafsu mereka. KEJAM! Itulah perkataan yang sesuai ditujukan kepada golongan manusia ini.

Semua perlakuan kejam oleh sekelompok manusia ini hanya untuk memperoleh hati angsa yang indah berwarna putih dan lebih besar dari yang normal. Gambar sebelah kiri adalah hati angsa berwarna putih yang besarnya di atas normal akibat angsa diberi makan secara berlebihan secara paksa, sedangkan gambar sebelah kanan (warna coklat) adalah hati angsa yang normal.














Sangkar yang dibuat memaksa angsa tak dapat memusingkan badannya maupun melangkah. Kakinya menjadi bengkak kerana setiap hari mereka terpaksa berdiri. Angsa-angsa ini tidak ada kesempatan untuk tidur karena lehernya berulang kali dipegang untuk di “paksa” makan.




























Mereka yang masih bertahan hidup, menderita penyakit radang usus sehingga mudah terjadi pendarahan yang keluar bersama kotorannya. Tidak hanya penderitaan mulut luka, tenggorokkan luka, perut kesakitan, kaki bengkak, tidak tidur, tak dapat bergerak, mereka juga tak dapat hidup bebas untuk melihat langit atau sungai.













IE WaY oF LiFe

















































Mereka dipaksa makan sampai mati atau mereka mati kerana tak sanggup menahan penderitaan ini. Lihatlah mulut mereka penuh dengan makanan ….














IsLaM ThE WaY oF LiFe


Sungai Berwarna ?!

Assalamualaikum....w.b.t.
Cantik bukan sungai ni, mengikut maklumat yang ana terima dari emel, tempat ni terletak di Columbia, memang cantik dengan aliran airnya yang kelihatan berwarna-warni. Inilah dia keindahan yang Allah Taala sediakan kepada manusia, ada kalanya kita harus memerhati pemandangan yang berada di sekeliling kita tentunya kita akan kagum dengan segala ciptaanNya dan merasa betapa kerdilnya kita di HadapanNya. Hanya kepadaNya tempat kita dikembalikan. Jika gambar ini benar-benar wujud, tentu seronok seandainya kita dapat pergi ke sana bukan. Insyallah...Amiin...
Syukran, Wassalam...











































































































































IsLaM ThE WaY oF LiFe...

12/12/2009

Bencana Air Terjun

Assalamualaikum....w.b.t
Bertemu kembali kite di laman informasi ini. Ini merupakan emel terbaru yang ana dapat melalui sebuah group yang ana sertai. Ianya menggambarkan mengenai kronologi terjadinya air terjun berarus deras di kawasan yang tidak dinyatakan. Sungguh menggerunkan. Mengikut pengalaman saya terdapat beberapa kaedah untuk kita mengetahui tanda-tanda berlakunya air terjun berarus deras ini. Pertama seandainya kita mendapati air terjun tersebut semakin keruh dari kebiasaannya, maka cepat-cepat naik ke daratan. Kedua seandainya aliran air semakin laju dan membawa banyak daun-daun dan ranting-ranting patah, maka berjaga-jagalah kerana dikhuatiri akan berlakunya aliran air terjun laju seperti di bawah. Itulah yang ana dapat berikan untuk dikongsi bersama. Amatilah gambar-gambar yang ana uploadkan ini.
Syukran, wassalam....



















































































































































IsLaM ThE WaY oF LiFe...

12/07/2009

Ibadah Kristian Menyamai Solat




























Gambar di atas memaparkan penganut Kristian Ortodoks di Indonesia yang sedang "bersolat". Cara ibadat mereka serupa macam umat Islam menunaikan solat 5 waktu.

Cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru? Sewaktu Maghrib tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam.

Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok.

Bukan saja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya kelihatan sama. Tengoklah sewaktu mereka bersolat. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila berjemaah mereka juga menggunakan bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud..

Bezanya, kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari manakala penganut Kristian Ortodoks lebih banyak lagi, 7 kali sehari, setiap 3 jam, masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya : sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian Ortodoks disebut shaumil kabir (puasa 40 hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April.

Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin dan Khamis, Kristian Ortodoks pula berpuasa pada Rabu dan Jumaat, sebagai peringatan kesengsaraan Jesus. Selain solat dan puasa, jemaah Kristian Ortodoks juga mengenal zakat. Zakat dalam ajaran Kristian Ortodoks, adalah satu persepuluh dari pendapatan.

Gambar2 ajaran Kristian Ortodoks yang mungkin anda keliru.... jadi berhati-hatilah kita tentang ajaran Kristian Ortodoks... hebahkanlah pada kawan2 kiter...Yang pasti....ini bukan ayat al-Quran.....

Semoga kita semua berhati-hati.... jangan sampai terbeli.....dan digantung di rumah kita. Sebarkanlah supaya semua teman-teman kita maklum.

Tolong Baca. Jangan biarkan diri kita di perbodohkan oleh golongan KAFIR LAKNATULLAH ini....

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis Surah Injil Matius terus reject (buang dalam tong sampah). Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran.......sebenar ayat dari Bible (syaitan)

Apa yang berlaku ini adalah salah satu daripada agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga..., tengok keseluruhan.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

8 Perkara Untuk Umat Muhammad S.A.W

"Nabi S.A.W amat sayangkan umatnya hingga pada nafas terakhir, baginda masih menyebut-nyebut umati2 berulangkali hingga nafasnya terakhir. Bagaimanakah kita sebagai umatnya adakah perasaan sayang padanya wujud dalam hati kita…renungilah…" Peristiwa ini terjadi ketika Nabi s.a.w. menerima wahyu supaya naik ke 7 lapis langit untuk menghadap Allah Azawajala (Israk & Mikraj) Setelah berangkat Nabi Muhammad s.a.w menuju ke suatu tempat, yang belum pernah seorang Rasul ataupun Malaikat muqarrab sampai . Setibanya disitu, Allah Ta’ala memulakannya dengan mengucapkan salam kepadanya. Kemudian Dia menghampiri hambaNya serta sampaikan wahyuNya. Lalu berkata Nabi Muhammad s.a.w.: " Ya Tuhanku! Berikanlah sesuatu untuk umatku!" Maka Allah s.w.t. berfirman : "Hai Muhammad! Aku telah berikan khusus untuk umatmu lapan perkara yang belum pernah Aku berikan kepada sesiapa pun dari umat yang lain sebelummu iaitu:-

1. Aku belum pernah mencipta sesuatu makhluk di langit mahupun di bumi yang lebih mulia daripada umatmu

2. Sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu daripada para Nabi sentiasa rindu ingin menemuimu berserta umatmu

3. Sesungguhnya Aku tiada memberi umatmu banyak harta, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya supaya tiada terlalu panjang perkiraan mereka nanti di hari kiamat, semua itu Aku lakukan ialah kerana rahmat dan belas kasihan kepada mereka

4. Sesungguhnya Aku tiada memberikan umatmu kekuatan dengan banyaknya harta dan anak pinak, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya, sehingga mereka kufur dan mengingkari nikmatKu

5. Sesungguhnya Aku tiada memanjangkan umur mereka, sehingga terkumpul pada mereka dosa2 yang banyak, sebagaimana yang berlaku pada umat2 sebelum kamu.

6. Sesungguhnya Aku tiada membalas umatmu atas setiap dosa yang dilakukannya , sebagaimana yang Aku lalukan terhadap umat2 sebelum kamu

7. Sesungguhnya Aku melewatkan umatmu keluar hingga ke akhir zaman dan Aku jadikan mereka umat yang terakhir diantara semua umat, sehingga tiada terlalu lama mereka duduk di dalam tanah

8. Sesungguhnya Aku tiada mendedahkan rahsia mereka, sebagaimana Aku dedahkan rahsia2 umat2 sebelum kamu serta berita2 mereka kepadamu dan kepada umatmu, dan sesungguhnya tiada lagi Nabi dan tiada Al-Quran sesudahmu

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10 Peringkat Menjadi Orang Beriman

Tidaklah hamba dilangit dan dibumi tergolong hamba yang beriman, sehingga dia berlaku lembut terhadap manusia

Tidaklah dia termasuk orang yang lembut, sehingga dia menjadi seorang muslim

Tidaklah dia termasuk seorang muslim, sehingga orang lain selamat dari(gangguan) tangan dan lidahnya

Tidaklah dia termasuk seorang muslim, sehingga dia menjadi orang yang alim

Tidaklah dia termasuk orang alim, sehingga dia mengamalkan ilmu nya

Tidaklah dia termasuk orang yang mengamalkan ilmunya, sehingga dia menjadi hamba yang zahid

Tidaklah dia termasuk hamba yang zahid, sehingga dia menjadi hamba yang warak .

Tidaklah dia menjadi hamba yang warak sehingga dia menjadi hamba yang merendahkan dirinya

Tidaklah dia tergolong hamba yang merendahkan dirinya, sehingga dia menjadi hamba yang mengenal dirinya

Tidaklah dia tergolong hamba yang mengenal dirinya, sehingga dia menjadi hamba yang berakal dalam percakapannya .

(Mafhum hadis Rasulullah s.a.w)

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

12/06/2009

Kereta Hempap Pengunjung KB Mall





























































































































































































































































































Pemandu kereta, Nor Ain Said, 19 tahun

Sebenarnya bukan KB Mall yang gah tu runtuh tapi disebabkan sebuah kereta je. So jangan bimbang KB Mall selamat lagi da...Ini merupakan petikan dari web berita..

KOTA BHARU: Dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa sebuah kereta yang terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall, di sini, petang semalam.

Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala.

Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala dirawat di HRPZ II. Adik Nor Ain, iaitu, Nor Atikah, 17, yang berada dalam kereta berkenaan tidak cedera, tetapi melarikan diri.

Kejadian jam 5 petang itu berlaku apabila kereta jenis Ford Laser itu merempuh dinding lubang angin di ruang meletak kereta di tingkat tiga lalu terjunam dan menimpa mangsa yang ketika itu berada atas eskalator di tingkat dua.

Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata Siti Nordiana tercampak ke tingkat bawah kompleks akibat ditimpa kereta berkenaan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai Sabri menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan di ruang meletak kereta di atas bumbung kompleks itu. Pemandu kereta, Nor Ain yang cedera ditenangkan anggota penyelamat.

"Nor Ain yang memandu kereta mungkin tidak dapat mengawal kenderaan apabila enjin berjaya dihidupkan lalu merempuh dinding lubang angin dan terhumban melalui celah dua eskalator serta terhempap di aras bawah.

"Sebelum terhempap, kereta berkenaan mungkin menimpa tiga pelajar kolej berkenaan yang berada atas eskalator, menyebabkan Siti Nordiana tercampak ke aras bawah. Siasatan awal mendapati Nor Atikah yang tidak cedera berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, lelaki yang dikenali sebagai Sabri, dipercayai kenalan mereka turut melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahril Yusman Md Yusof, pula berkata siasatan awal mendapati kereta itu jatuh daripada ketinggian 20 meter. Seorang mangsa yang parah diusung, sementara rakannya, Siti Nor Amira mati di tempat kejadian.

"Kereta terbabit terbabas lalu memasuki siling di aras tiga sebelum terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak di aras bawah," katanya yang mengetuai enam anggota ke lokasi kejadian.

Seorang saksi, Mohd Jawaidi Moha Zain, 23, berkata ketika kejadian, beliau yang juga Penolong Pengurus Kyros Kebab, yang terletak bersebelahan eskalator sedang melayan pelanggan.

"Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Saya sangka ada kebakaran di tingkat atas, tetapi amat terkejut apabila sebuah kereta terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak depan premis saya.

"Kejadian menyebabkan orang ramai menjerit ketakutan. Saya meminta pelanggan menyelamatkan diri kerana bimbang kereta terbabit meletup dan terbakar," katanya yang kemudian menutup premis perniagaan itu.

Beliau juga mendakwa melihat seorang mangsa yang terbunuh terjatuh sehingga menyebabkan pelbagai barangan peribadinya bertaburan.

Berikutan kejadian itu, semua premis niaga di pusat beli-belah itu ditutup sementara bagi memudahkan kerja menyelamat dan membersihkan kesan kemalangan.


Untuk menonton video tragedi ini sila layari URL di bawah :
http://www.youtube.com/watch?v=Yhc9h3MHemI&feature=player_embedded
http://www.youtube.com/watch?v=9iVtxXrqNyc&feature=player_embedded

IsLaM ThE WaY oF LiFe...