SaHaBaT

9/04/2010

10 JaM TeRMaHaL DuNiA

USD$734 000

Dicipta oleh seorang penempa emas berkurun lalu. Jam ini dicipta dengan keupayaan tidak terpengaruh dengan tarikan graviti. Dibina dengan emas 18 karat berwarna kuning.

USD$ 800 000

Menggunakan kulit buaya asli dan perincian gear di dalamnya cukup sempurna. Badan utama jam diperbuat dari platinum/emas putih. Mempunyai kalendar bulan dan sebagainya.

USD$860,000 : Louis Moinet Magistralis

Bahan yang digunakan di dalam merupakan batuan mateorit berusia 2000 tahun dan di luarnya adalah emas 18 karat yang mahal. Mempunyai kalendar bulan dan sebagainya.

USD$1 juta : Hublot Black Caviar Bang

Diperbuat dari emas putih 18 karat dengan bertatahkan 322 berlian dan dibentuk secara persegi dan diletakkan di sekeliling jam tersebut.

USD$1.1 juta : The Chopard Super Ice Cube

Diperbuat dari emas 66 karat dan ditempa secara kasar. Kelihatan hodoh dan tidak kemas namun harganya melebihi USD$ juta. Betul-betul kelihatan seperti ais bukan?

USD$1.3 juta : Patek Philippe Sky Moon Tourbillon

Merupakan hasil tempaan oleh Patek Philippe yang mempunyai pelbagai fungsi. Kelihatan seperti jam biasa namun sebenarnya mempunyai kalendar bulan, fasa pembentukan bulan dan sebagainya.

USD$1.5 juta : Vacheron Constantin Tour de liIle

Jam ini mempunyai 834 bahagian dan boleh memaparkan waktu di 2 zon berlainan. Selain itu jam ini mempunyai kalendar bulan, arah mata angin dan sebagainya.

USD$4 juta : Patek Philippe's Platinum World Time

Diiktirafkan sebagia jam paling mahal pada tahun 2002, memaparkan waktu di 24 zon berlainan di dunia dan secara automatik akan menyala sewaktu keadaan persekitaran gelap.

USD$11 juta : Patek Phillipe's Supercomplication

Merupakan jam termahal keluaran Patek Phillipe aygn ditempa pada 1932 untuk kegunaan Henry Graves Jr. Diperbuat daripada emas kuning dan mempunyai dua permukaan berlainan.

USD$25 juta : 201-carat Chopard

Jam berada di tengah-tengah dan dikelilingi oleh emas 201 karat. Mengandungi 15 karat berlian berwarna merah jambu, 12 karat berlian biru dan 11 karat berlian putih. Terdapat juga lebih 600 berlian kuning di sekelilingnya.

Namun sedarkah kita, kita terlalu mengagumi kenikmatan dunia yang semestara ini, sedangkan kita lupe bahawa kenikmatan di syurga Allah nanti terlampau banyak dan tidak terkira kenikmatannya. Justeru, kuatkn amal ibadat agar kita sentiasa dalam rahmatNya...
Wslm...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

9/02/2010

IsLaM DiHiNa !!

Assalamualaikum w.b.t.
Bertemu kembali kita dilaman web yang serba berinformasi ini. Kali ni ana nak citer ttg kisah penghinaan oleh kuffar laknatullah kepada islam dan umatnya. Cuba tgk gambar kt atas nig, pihak kuffar telah menghina orang islam dengan menggambarkan islam berada di bawah, kristian di atas dan yahudi pula di atasnya. Ini menggambarkan bahawa dunia kini sedang diperintah oleh orang yahudi dan kristian dan islam adalah di bawah mereka. dan dilambangkan lambang yahudi iaitu lilin bercabang enam/lapan mempunyai senjata Uzi buatan israel sebagai tongkatnya. Ada maksud yang cukup tersirat di sebalik patung ini. Patung ini diletakkan di sebuah muzium di barat dan diperbuat daripada lilin.

Gambar di atas ni menunjukkan suatu lagi penghinaan yang dilakukan oleh kuffar namun ada sesetengah kita tidak dapat mentafsirkan apa maksud yang tersirat di sebalik penghinaan yang tidak kelihatan ini. Penghinaan ini berlaku di sebuah pasaraya di malaysia, memang klu kite tgk arca ni menyerupai ular yang memakai mahkota dan ader lambang hati di atasnya. Cuba kalian tengok btul2, kalian akan nmpk bentuk badan ular ini menyerupai kalimah Allah Taala. Manakala lambang hati merah di atasnya melambangkan tanda sabdu....Adakah kita kisah ?

Sekarang ni ade jugak sesetengah individu yang tidak mempunyai akal menjadikan ayat Al-Quran sebagai tatu. Mungkin tidak di Malaysia, tapi di negara luar penghinaan seperti ini teramat jelas kelihatan. Kalau kalian dpt baca, tatu ayat Al-Quran itu merupakan ayat kursi....Cuba kalian amati betul2...Islam dihina sedasyhat ini, adakah kita peduli?

Gambar di atas dan di bawah ni pula mengisahkan penghinaan terhadap islam yang dilakukan tentera penjajah/penceroboh amerika di iraq. Mereka bukan sahaja membunuh ayah dan suami di hadapan anak dan isteri mereka, bukan sahaja menodai ratusan wanita iraq malah mencaci dan mentohmah Allah Taala, pemilik kekuasaan agung dunia ini. Gambar di atas menunjukkan seorang tentera amerika sedang bergambar bersama tulisan yang mengatakan tuhan mereka iaitu jesus christ lebih handal dan hebat berbanding tuhan sekalian alam iaitu Allah Taala. Manakala di bawah pula adalah Al-Quran yang telah ditanda salib padanya ketika tentera penceroboh laknatullah Amerika menceroboh sebuah masjid dan menjadikan masjid sebagai tempat berehat dan melakukan kemaksiatan dengan merogol beberapa wanita iraq lalu dibunuhnya. Sungguh sadis bukan? Adakah kita hanya mampu berdoa, sekurang2nya didiklah anak kita (jika sudah berkeluarga) dengan ilmu agama, agar mereka kenal sape itu kafir yahudi, israel, kafir harbi amerika, freemason, illuminiti dan sebagainya...

Gambar di bawah ini menunjukkan sebuah permainan video yang terang-terangan menghina islam, dapat dilihat kalimah Allah Taala di lantai tempat mereka pijak. Menurut informasinya, game ini ada dijual dan dipasarkan di Malaysia. Mana dia jabatan agama negeri ataupun JAKIM, Tolong pantau penghinaan terhadap agama kita ni....


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

9/01/2010

NuZuLuL QuRaN

Dalam diam kita sedang melalui hari yang ke-17 menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini, sambuatan Nuzul Al Quran diadakan bukan saja di seluruh Malaysia malah seantero dunia Islam. Muslimin bersyukur dan berbangga kerana dengan kedatangan Nabi Muhammad S.A.W yang dianugerahkan Al Quran yang juga merupakan mukjizat terbesar, baginda telah meninggalkan kitab panduan iaitu wahyu dari Allah S.W.T dan Sunnahnya sebagai panduan untuk kebahagiaan kita dunia dan akhirat.

Marilah kita mempertingkatkan lagi amalan kita dengan penuh ketaqwaan dan tulus ikhlas kita kepada Allah Subhanahu Wataala lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mubarak ini, dengan mengerjakan segala suruhanNya dan menjauhi diri kita dari segala apa jua yang dilarang. Semoga kita mendapat Inayah dan Hidayah dari Allah Subhanahu Wataala jua di dunia dan di akhirat.

Bulan Ramadhan adalah bulan membawa rahmat, bulan Maghfirah ( keampunan ) bulan yang membawa berbagai-bagai hikmah dan rahsia di dalam bulan-bulan ini banyak peristiwa-peristiwa penting telah berlaku. Di antaranya peristiwa yang maha agung dalam sejarah umat Islam, umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu tidak lain peristiwa turunnya kitab suci atau dikatakan sebagai “Nuzul Al-Quran”. Dan peristiwa itu dirakamkan di dalam Al-Quran sebagai memperingati kita semua sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 :-

Tafsirnya :

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan- keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan yang salah”.

Kita sebagai umat Islam memang sewajarnya memperingati peristiwa ini dengan rasa penuh syukur kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana telah memilih kita di kalangan umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk diturunkan kitab suci Al-Quran. Dengan turunnya Al-Quran ke atas Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bererti memancarnya cahaya sinar wahyu Allah Subhanahu Wataala ke alam ini yang menerangi kegelapan dunia Jahilliah.

Al-Quran diturunkan di antaranya bertujuan untuk memperbaiki keadaan manusia dan juga sebagai petunjuk ke jalan yang lurus yang diredhai Allah Subhanahu Wataala sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam Al-Quran Surah Ibrahim ayat 1 :-

Tafsirnya :

“Alif, Lam, Raa, ini adalah kitab Al-Quran kami turunkan dia kepada mu wahai Muhammad, supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita ( kufur ) kepada cahaya iman dengan izin Allah yang kuasa lagi Maha terpuji.

Muslimin yang diberkati Allah,

Untuk keselamatan dan kebahagiaan umat manusia di dunia dan di akhirat, Al-Quran telah cukup lengkap dan sempurna memberikan panduan, asal saja kita mahu mengamalkan isi yang terkandung di dalamnya. Disamping itu juga Al-Quran menjadi ubat penawar, sesungguhnya menjadi rugi dan binasalah sesiapa yang tidak mahu berpegang kepada Al-Quran dan beramal dengan ajaran Al-Quran. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Israa’ ayat 9:-

Tafsirnya :

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul ( Agama Islam ) dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar".

Muslimin yang diberkati Allah, Disamping memperingati Nuzul Al-Quran ini, maka selaku orang yang mengaku beriman dengan kitab Allah itu, kita hendaklah berazam bukan sahaja untuk sama-sama memelihara Al-Quran akan tetapi kita hendaklah juga memepertingkatkan keimanan kita dengan menjadikan diri kita sebagai ahli Al-Quran. Jangan ianya dijadikan sebagai perhiasan di rumah-rumah sedangkan ianya tidak pernah dibaca.

Di antara kelebihan ke atas orang yang membaca Al-Quran itu ialah :-

1. Ganjaran satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, dan juga dikatakan akan mendapat ganjaran sebatang pokok di syurga.
2. Akan selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
3. Pada hari kiamat Al-Quran menjadi pembela.
4. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.
5. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
6. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Salihin.
7. Jika dibaca di dalam rumah akan memberi cahaya kepada rumah itu.
8. Seutama-utama manusia ialah mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran Al-Quran.
9. Mempelajari dan membaca Al-Quran akan mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.

Dan banyak lagi yang diluar pengetahuan kita melainkan Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Oleh itu jadikanlah amalan membaca Al-Quran bukan sahaja di bulan Ramadhan ini akan tetapi sebagai amalan harian kita selaku umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mudah-mudahan kita mendapat ganjaran dan kelebihan dari Allah Subhanahu Wataala sebagaimana yang pernah dijanjikan.

Tafsirnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu mambaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terangan, mereka dengan amalan yang demikian mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”.


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

8/28/2010

SaYaNG, JoM KaWeN

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah SWT Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua umat manusia .

Firman Allah swt yang bermaksud :

"dan kahwinkanlah orang- orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan
orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika
mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari
limpah kurniaNya kerana Allah SWT Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui.

An Nuur : Ayat 32

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh):
  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad Ijab Qabul
Cuma bezanya ialah pasangan pengantin suami isteri tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu, buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab, Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya).

Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai Suspended Marriage Contract iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.

Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang disebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material). Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a) Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b) Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan), jima' (bersetubuh), isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya.

Tegasnya disebutkan disinI, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

SaYaNG, CaNTiKNya QuRaN Ni

“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlulah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu belilah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. khabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah je. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

BaLa BaZaaR RaMaDHaN

Berdasarkan sebuah emel dari seorang sahabat seagama....

Bagi mereka yang berfikir, musibah yang meragut 3 nyawa dan 18 lain yang cedera itu sebenarnya AMARAN dari Allah swt. Mengapa penulis katakan itu satu AMARAN?



Apa tidaknya..cuba tuan-tuan bayangkan seawal tengahari kelmarin bukankah jumaat, ketika ramai jamaah baru pulang dari mengerjakan solat jumaat, sudah kelihatan ramai peniaga sudah mula sibuk memacak khemah dan mengatur barang jajaan. Laju benar mereka menyudahkan solat, apakah mereka hanya hadir ke masjid sekadar mendengar khutbahnya sahaja?

Jika pun turut bersolat pasti tidak terjangkau akal untuk jadi sepantas itu. Mustahil secepat itu mereka sudah tegak berdiri ditapak bazaar? Maka disini penulis berani mengatakan adanya orang islam yang disibukkan dengan perniagaan itu TIDAK bersolat.

Baik, teruskan bersangka baik, tetapi melihat akan corak pakaian yang langsung tidak sesuai untuk bersolat jumaat,apakah kita kira mereka itu bersolat jumaat? Dengan seluar jeans yang koyak sana sini, t-shirt yang terpampang wajah2 artis, apakah ia sesuai? Yang perempuannya pulak ramai tidak mempedulikan soal aurat.

Malah dari pengalaman penulis bersama peniaga-peniaga bazaar Ramadhan, ramai yang tidak mengerjakan solat Asar dan Maghrib. Begitu juga yang tidak berpuasa. Enteng saja mereka makan dan minum disitu. Tak percaya? Ambil masa dan perhatikan.

Maka tidak hairan, musibah yang berlaku di Melaka itu, adalah satu AMARAN dari murka Allah swt. Jika ditinjau ke bazaar Ramadhan yang disediakan oleh pihak PBT, tandas boleh pulak mereka sediakan..5 - 6 buah diletakkan, tetapi tidak untuk SURAU? Mungkin tapak surau(kontena yang diubahsuai boleh digunakan apa?) itu tidak penting agaknya.

Dari apa yang penulis baca, dan hadam dari peristiwa petaka itu, wajar semua pihak merenung diri dan muhasabahkan apa yang tidak kena sebenarnya. Kembali kepada Islam, dan jadilah peniaga yang sealim Abu Bakar. Wallahuaklam.








IsLaM ThE WaY oF LiFe...

DaKWaH SoLaT

Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye” jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya” jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?” tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”. Ahmad menjawab dengan yakin : “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...Justify Full

8/26/2010

KeHiDuPaN Di LoMBoNG GaRaM

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ni kite sme2 share kisah di lombong garam di negara mana ntah. Tgk dari pakaian diorg mybe diorg dri negara di sekitar india, bangladesh or kwsn yg bdekatan. Marilah same3 kita tgk keadaan hidup diorg d sne dlm menyara hidup dgn bekerja di lombong garam yang agak besar.

Ni la rumah penginapan bagi pekerja2 lombong tu yang ckup daif sekali...

Anak-anak pekerja lombong sdang bermain-main di tangki takungan air....

Suhu yang agak tinggi mengerah keringat mereka sewaktu mencari sesuap nasi...

Air bersih bagi mereka....

Golongan berumur turut sama bekerja mencari rezeki di tengah panas terik yang membakar kulit...

Tengoklah luasnya lombong garam ni....Mesti letih sangat nk ratakan semua permukaan jemuran garam ni..

Apa yang meloyakan adalah mereka bekerja dengan berkaki ayam dan kotoran masih melekat di tapak kaki mereka....Xder pakaian khas utk bekerja atau sekurang-kurangnya sebuah kasut but yang bersih dari kotoran...

Dan yang paling menjijikkan siap ader kuku sembayam (loghat kelantan) ataupun penyakit kuku gitu la...Harap Malaysia x import garam dari syarikat n negara ni, sungguh meloyakan...Wek...

Dok punggah garam dari atas lori untuk dikisar menjadi garam halus/mesin...

Tengoklah peralatannya semuanya berkarat dan kotor, agak-agak suci tak garam tuh..? Dari sudut perubatan pun x elok, garam ni akan membahayakan nyawa manusia sendiri, harap2 negara malaysia x import garam dari kawasan ni...

Pastu garam yang berketul2 besar tdi akan dibawak ke sni utk dimesin menjadi garam halus dan dimasukkan ke dalam guni yang besar, mungkin untuk dihantar ke pasaran kot...Wek...

Ha tu dia, tadah bang tadah, dok tadah garam halus/mesin yang keluar dari mesin yang entah cuci ke tak pn xtau....

Berlainan pula dengan pembuatan garam di kawasan ni, mereka skurangnya ader pakaian khas utk bkerja or pakai but gak la...daripada yang tadi langsung x pkai kasut...yang ni agak bersih sedikit berbanding yang tadi...

Diorg dok meratakan garam terlarut dalam air, dan hasilnya tengoklah kt bawah ni, kristal garam yang begitu berguna dalam hampir setiap masakan, sme mcm gula gk, garam dan gula adalah kehidupan...



Tengoklah kawasan perlombongan garam yang begitu luas, harap2 tempat pembuatan garam yang diimport malaysia lebih bersih dari kedua negara ni, klu x mkn garam kaki sembayam la, he3x... nk muntah ada la, wek...


IsLaM ThE WaY oF LiFe...