SaHaBaT

5/13/2009

Berbulan Madu Dengan Bidadari Syurga














Pada zaman Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam hiduplah seorang pemuda yang bernama Zahid yang berumur 35 tahun namun belum juga menikah. Dia tinggal di Suffah masjid Madinah. Ketika sedang memperkilat pedangnya tiba-tiba Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam datang dan mengucapkan salam. Zahid kaku dan menjawabnya agak gugup.

"Wahai saudaraku Zahid….selama ini engkau sendiri saja," Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyapa.

"Allah bersamaku ya Rasulullah," kata Zahid.

"Maksudku kenapa engkau selama ini engkau membujang saja, apakah engkau tidak ingin menikah…," kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Zahid menjawab, "Ya Rasulullah, aku ini seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan wajahku hodoh, siapa yang mahu akan diriku ya Rasulullah?"

" Asal engkau mahu, itu urusan yang mudah!" kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan sekretarisnya untuk membuat surat yang isinya adalah melamar kepada wanita yang bernama Zulfah binti Said, anak seorang bangsawan Madinah yang terkenal kaya raya dan terkenal sangat cantik jelita. Akhirnya, surat itu dibawa ke rumah Zahid dan ia diserah sendiri oleh Zahid ke rumah Said. Disebabkan di rumah Said sedang ada tetamu, maka Zahid setelah memberikan salam kemudian memberikan surat

"Wahai saudaraku Said, aku membawa surat dari Rasulullah yang mulia diberikan untukmu saudaraku."

Said menjawab, "Adalah suatu kehormatan buatku."

Lalu surat itu dibuka dan dibacanya. Ketika membaca surat tersebut, Said agak terperanjat karena tradisi Arab perkawinan yang selama ini biasanya
seorang bangsawan harus kawin dengan keturunan bangsawan dan yang kaya harus kawin dengan orang kaya, itulah yang dinamakan SEKUFU.

Akhirnya Said bertanya kepada Zahid, "Wahai saudaraku, betulkah surat ini dari Rasulullah?"

Zahid menjawab, "Apakah engkau pernah melihat aku berbohong…."

Dalam suasana yang seperti itu Zulfah datang dan berkata, "Wahai ayah, kenapa sedikit tegang terhadap tamu ini…. bukankah lebih baik dijemput masuk?"

"Wahai anakku, ini adalah seorang pemuda yang sedang melamar engkau supaya engkau menjadi istrinya," kata ayahnya.

Disaat itulah Zulfah melihat Zahid sambil menangis sejadi-jadinya dan berkata, "Wahai ayah, banyak pemuda yang tampan dan kaya raya semuanya
menginginkan aku, aku tak mau ayah…..!" dan Zulfah merasa dirinya terhina.

Maka Said berkata kepada Zahid, "Wahai saudaraku, engkau tahu sendiri anakku tidak mau…bukan aku menghalanginya dan sampaikan kepada Rasulullah bahawa lamaranmu ditolak."

Mendengar nama Rasulullah disebut ayahnya, Zulfah berhenti menangis dan bertanya kepada ayahnya, "Wahai ayah, mengapa membawa-bawa nama rasul?"

Akhirnya Said berkata, "Lamaran ke atasmu ini adalah perintah Rasulullah."

Maka Zulfah istighfar beberapa kali dan menyesal atas kelancangan perbuatannya itu dan berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, kenapa sejak tadi ayah berkata bahwa yang melamar ini Rasulullah, kalau begitu segera aku harus dinikahkan dengan pemuda ini. Kerena ingat firman Allah dalam Al-Qur'an surah An Nur 24 : Ayat 51. "Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan. Kami mendengar, dan kami patuh/taat". Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (QS. An Nur 24:Ayat 51)"

Zahid pada hari itu merasa jiwanya melayang ke angkasa dan baru kali ini merasakan bahagia yang tiada taranya dan segera melangkah pulang. Sampai di masjid ia bersujud syukur. Rasulullah yang mulia tersenyum melihat gerak-gerik Zahid yang berbeda dari biasanya.

"Bagaimana Zahid?"
"Alhamdulillah ia diterima ya Rasulullah," jawab Zahid.
"Sudah ada persiapan?" tersebut dan diterima di depan rumah Said.


Zahid menundukkan kepala sambil berkata, "Ya Rasulullah, kami tidak memiliki apa-apa."


Akhirnya Rasulullah menyuruhnya pergi ke Abu Bakar, Uthman, dan Abdurrahman bin Auf. Setelah mendapatkan wang yang cukup banyak, Zahid pergi ke pasar untuk membeli persiapan perkawinan. Dalam keadaan itu jugalah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyeru umat Islam untuk menghadapi kaum kafir yang akan menghancurkan Islam.
Ketika Zahid sampai di masjid, dia melihat kaum Muslimin sudah siap-siap dengan kelengkapan senjata, Zahid bertanya, "Ada apa ini?"


Sahabat menjawab, "Wahai Zahid, hari ini orang kafir akan menghancurkan kita, maka apakah engkau tidak mengetahui?" .


Zahid istighfar beberapa kali sambil berkata, "jika begitu kelengkapan nikah ini akan aku jual dan akan ku beli kuda yang terbaik."


Para sahabat menasihatinya, "Wahai Zahid, nanti malam kamu berbulan madu, tetapi engkau hendak berperang?"


Zahid menjawab dengan tegas, "Itu tidak mungkin!"


Lalu Zahid menyitir ayat sebagai berikut, "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu daripada cintakan Allah dan Rasul-Nya (dengan) berjihad di jalan-Nya. Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (QS At Taubah: Ayat 24).


Akhirnya Zahid (Aswad) maju ke medan pertempuran dan mati syahid di jalan Allah.
Rasulullah berkata, "Hari ini Zahid sedang berbulan madu dengan bidadari yang lebih cantik daripada Zulfah."


Lalu Rasulullah membacakan Al-Qur'an;
"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Surah Ali Imran Ayat 169-170.


"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi
kamu tidak menyadarinya. " (Al Baqarah :Ayat 154).


Pada saat itulah para sahabat menitiskan air mata dan Zulfah pun berkata, "Ya Allah, alangkah bahagianya calon suamiku itu, jika aku tidak dapat mendampinginya di dunia, maka izinkanlah aku mendampinginya di akhirat."


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Pesan Bidadari Syurga











Pada suatu musim haji Abu Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah s.a.w di Madinah.Di tengah perjalanan,dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas.Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman2nya.


"Dari mana anda ?" tanya Abu Sulaiman
"Saya dari Iraq" jawabnya
"Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan ?"
"Boleh."


Maka pemuda itu pun bergabung dengan Abu Sulaiman yang sama2 ingin menuju ke Makkah.sepanjang perjalan pemuda tersebut sentiasa membaca Al Quran dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat.Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat,zikir dan munajat kepada Allah.

Di kala orang lain sedang rehat atau tidur dia terus beribadah tidak berhenti2.Begitulah kebiasan pemuda itu yang dikerjakannya sampai ke Makkah.Dia kelihatan tidak letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat sehingga orang yang melihatnya merasa kagum.


Setelah beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan masing2 sebok dengan urusan mereka.begitu juga dengan pemuda salih itu akan berpisah dengan Abu Sulaiman.namun sebelum berpisah Abu Sulaiman ingin bertanya kepadanya mengenai kerajinannya.


"Wahai anakku,aku lihat engkau begitu giat melakukan ibadah tidak kenal letih.Apakah yang mendorong engkau berbuat demelian ?" tanya Abu Sulaiman


"Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini.Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan2 syurga yang diperbuat dari batu bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu bidadari2 yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya.


Salah seseorang di antara mereka tersenyum kepada ku dan berkata :"Wahai pemuda ! Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku.Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku." Setelah itu aku pun terjaga.


Demikianlah si pemuda menceritakan mimpinya yang sangat menarik.dan mimpi itu pulalah yang membuatnya begitu bersungguh2 tidak kenal letih dalam beribadat kepada Allah.Kerana barang siapa yang bersungguh2 dia akan dapat.


Setelah mendengar kisah tersebut Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya agar mendoakan untuk dirinya.Kemudian dia pun pergi.


Abu Sulaiman mencaci dirinya.Jika orang yang mencari bidadari bertungkus lumus demikian rupa menghabiskan masa dan tenaga untuk memperolehi yang dikehendakinya,bagaimana lagi orang yang ingin mencari Tuhan kepada bidadari tersebut


Sumber : Blog Seorang Sahabat


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/30/2009

Berubah Kerna dia atau DIA?















“Anta nak tahu tak, kawan ana sekarang dah banyak berubah. Dulu dia suka pakai tudung tiga segi tak sampai ke paras dada dan salu berseluar jeans, tapi sekarang dia dah salu pakai baju kurung, tambah lagi, tudung pun dah sedikit labuh. Dia dah banyak berubah.” Terang Khadijah kepada sahabat lelaki sekuliahnya.


“Anta nak tahu tak kenapa dia berubah?” sambung Khadijah lagi.


“Kenapa?” tanya Luqman dengan bersungguh-sungguh.

“Dia berubah kerana anta” jawab Khadijah dengan suara yang perlahan.

Luqman terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh sahabiahnya tadi. Tetiba jantungnyanya berdegup sedikit laju.


“Kenapa dia berubah kerana ana?” tanya Luqman dengan perasaan ingin tahu.

Khadijah menerangkan bahawa, sahabatnya berubah kerana dia tertarik dengan perwatakan, pergaulan dan gerak kerja Luqman tadi. Luqman ini dikenali oleh rakan se-universitinya kerana perwatakannya yang baik, mudah mesra, peramah, tawadduk, berakhlak mulia, berwajah hensem dan cergas dalam gerak kerja dakwahnya. Dia juga diminati ramai oleh pelajar perempuan atau muslimah di kampusnya.


“Tapi ana tak kenal kawan anti tu. Macam mana dia boleh tertarik dengan ana pulak? tegas Luqman.


“Mungkin dia sudah lama memerhatikan cara anta dan gerak kerja dakwah anta dan mungkin sebab itulah dia bersemangat untuk berubah. Bukan senang dia nak berubah. Dulu ana selalu menasihati dia. Tapi, dia tak nak dengar. Tapi, sekarang Alhamdulillah. Dia dah mula berubah. Dia cakap dia meminati anta lantas dia bertekad untuk berubah.” Jelas Khadijah dengan panjang lebar.


Luqman mendengar dengan teliti apa yang dicakapkan oleh rakan sekelasnya itu di depan perpustakaan UIA. Luqman terasa begitu tersentuh dengan apa perubahan yang berlaku pada roommate Khadijah itu. Walaupun Luqman tidak pernah mengenali roommate sahabiahnya itu, tetapi dia terasa dirinya begitu kerdil untuk dijadikan sandaran sebuah perubahan. Fikiranya mula terlintas sebuah firman

Allah SWT.
Allah SWT. berfirman: 'Serulah (manusia) ke jalan tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Q.S. An Nahl: 125)

Mungkin itulah dinamakan hidayah dari Allah yang diturunkan ke dalam hati-hati manusia. Pelbagai cara untuk Allah menurunkan hidayah kepada hamba-hambaNYA. Salah satunya melalui manusia. Manusia itu sebagai alat untuk Allah memberikan hidayah. Inilah yang dinamakan dakwah secara tidak langsung. Berdakwah melalui akhlak yang mulia. Mengikut kajian, sebanyak 70 peratus manusia tertarik dengan dengan seseorang kerana akhlaknya. Sedangkan manusia sering lupa tentang nikmat hidayahnya.


“Ana harap anti menasihati dia supaya jangan berubah kerana ana, tetapi berubahlah kerana Allah, kerana sesungguhnya Allah itulah kekal selama-lamanya. Dan ana tak nak fitrah meminati seseorang bertukar menjadi fitnah. Kerana fitnah wanita ini sangatlah besarnya di sisi lelaki. Baik cegah sebelum parah. Dahulukanlah minat, cinta atau seumpamanya dengan cinta Allah sebelum kita ada rasa untuk bercinta dengan manusia. Kerana manusia ini mudah lupa tanpa agama lebih-lebih lagi dalam bab bercinta.” Jelas Luqman dengan perasaan merendah diri.


Agama tidak pernah mengecewakan manusia.
Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. (Mutiara Kata)

Rasulullah bersabda,‘‘Tali iman yang paling kuat adalah saling berkasih-sayang kerana Allah, memusuhi kerana Allah , mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah”
(Riwayat Imam At-Thabrani, hadis sahih)

“Ana dah bagitahu kepadanya. Supaya jangan berubah kerana manusia, kerana mungkin manusia itu akan berubah pada bila-bila masa saja, sedangkan syariaat dan Islam sentiasa sama, tak kan berubah. Mula-mula dia masih lagi berharap semangatnya itu dari anta untuk dia terus istiqamah dalam berubah. Tapi sekarang Alhamdulillah, dia dah mula faham bahawa kalau kita berubah kerana Allah pasti kita tidak akan kecewa dan pasti terjaga. "Khadijah mula berfalsafah.

“Alhamdulillah. Mudah-mudahan sahabiah anti tu terus istiqamah untuk berubah. Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia. Sama-samalah kita istiqamah kearah yang lebih baik pada hari ini.” Luqman menyambung perbicaraannya.


Khadijah melihat jam di tangannya tepat menunjukkan 11.20pagi. Tinggal 10 minit lagi kelas dia akan bermula.


“Ok la Luqman. Ana ada kelas pukul 11.30 kejap lagi. Terima kasihlah kerana beberapa nasihat yang berguna tadi. Harap Allah mengira segala perbuatan baik hambaNYA. InsyaAllah.”

“InsyaAllah.” Senyum Luqman sebagai tanda penghargaan kepada sahabatnya kerana memberitahu keadaan roomatenya itu.
Khadijah terus beredar dan Luqman tanpa membuang masa terus masuk ke dalam perpustakaan untuk mengulangkaji pelajarannya.

Sumber : Sebuah Blog Seorang Sahabat

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/25/2009

Ruwaibidhah di Malaysia

Siapakah golongan Ruwaibidhah? Kehadiran kelompok ini memang mendatangkan banyak masalah kepada umat Islam serata dunia. Kecelakaan menimpa umat ini memang parah. Dan kehadiran mereka adalah salah satu penyebabnya.


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta.


Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai." [Ibnu Majah]


Menurut keterengan Ustaz Fahmi Zam Zam dalam 40 hadis susunannya berhubung akhir zaman, beliau menyimpulkan bahawa era di mana terbitnya Ruwaibidhah ini adalah zaman ketandusan daripada segi material dan pemikiran.


Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanya peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.


Ciri-ciri Ruwaibidhah


Berdasarkan hadis itu, kita dapati Ruwaibidhah adalah mereka yang hadir pada era tandus dan kekeringan hikmah, pengetahuan hingga umat tidak lagi mampu berfikir dengan cara betul. Ini isyarat pertama.


Oleh sebab masyarakat menjadi bodoh kerana diperbodohkan pihak penguasa, maka orang berdusta pun boleh menjadi benar dan orang yang benar pula boleh dikatakan sebagai telah berdusta. Ini isyarat kedua.


Pengkhianat diminta memegang amanah dan orang yang amanah dituduh pengkhianat. Ini isyarat ketiga.


Isyarat keempat dan yang terakhir; yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Inilah yang paling utama sekali. Kita akan huraikan kemudian, kenapakah isyarat ini yang dianggap penting dan terutama.


Mengakhiri sabdanya, Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa pada hakikatnya.. Ruwaibidhah itu manusia yang kerdil, hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.


Ruwaibidhah di negara kita


Antara ciri-ciri yang utama Ruwaibidhah ini ialah sistem yang dipegang, amalan pentadbiran dan cara hidup era tersebut telah menyebabkan, hanya golongan Ruwaibidhah sahaja yang bercakap. Manakala, penyertaan suara yang selain daripada mereka tidak diberikan.


Keadaan ini menyebabkan maklumat menjadi tidak seimbang, rakyat akan mendengar sebelah pihak dan menelan bulau-bulat propaganda mereka. Dengan sebab inilah masyarakat dan rakyat tu menjadi semakin bodoh kerana diperbodohkan.


Setelah masyarakat tidak cerdik, maka berleluasalah gejala lain seperti, orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung-sanjung dan didewa-dewakan.


Akta-akta, undang-undang diperkenalkan sehingga menyekat penyertaan suara orang-ramai. Orang yang benar-benar ikhlas dan jujur sangat kurang peluangnya untuk bercakap, menulis dan melontarkan pandangan. Media dikawal rapi. Pendek kata inilah ciri-ciri diktator pada hari ini.


Sebenarnya, jika mereka ingin menunjukkan kebaikan, semua itu hanyalah sekadar sandiwara dan lakonan. Mereka mungkin mahu menyekat suara orang-ramai, tetapi dikhuatiri akan dinamakan kukubesi dan diktator. Maka, sesekali terpaksalah mereka merelakan penyertaan suara khalayak ramai. Tapi, selepas itu mereka akan menutupnya semula.


Peluang bercakap cuma dimiliki sepenuhnya oleh watak-watak yang hina dan mereka ini tak tahu bagaimana mahu selesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakatnya. Bayangkan, ruang bercakap di media, radio dan televisyen dimonopoli oleh orang yang tidak tahu mengendalikan masalah rakyat.


Sedangkan, mereka yang benar-benar bijaksana dalam urusan menyelesaikan masalah rakyat telah diketepikan suara mereka itu dalam ruang media. Dan jika mereka yang bijaksana ini mahu mencari pentas ceramah dan pidato, permit boleh ditarik balik pada saat-saat akhir setelah pada awalnya permit itu diberikan.


Perkembangan mutakhir ini menyebabkan ramai pihak boleh menyatakan suara dan bantahan mereka menerusi blog, laman web dan sebagainya. Namun, mereka tetap terdedah kepada unsur godaman internet oleh pihak-pihak tertentu, ditahan reman di bawah akta tertentu untuk disoal-siasat dan lain-lain tindakan lagi.


Bagaimana mengatasi Ruwaibidhah?


Tidak guna juga jika kita merincikan siapakah Ruwaibidhah tanpa memberikan imbuhan mengenai bagaimanakah caranya untuk menangani puak-puak Ruwaibidhah ini.


Asas atau kunci untuk menumbangkan hegemoni, legasi puak-puak Ruwaibidhah ini amat bergantung kepada taraf kecerdikan rakyat yang telah diperbodohkan selama ini. Ketika masyarakat cerdik dan cekap membuat keputusan, maka Ruwaibidhah ini akan tumbang dengan sendirinya nanti, insya Allah.


Islam telah pun menggariskan apakah ciri-ciri munafik sebagai musuh utama umat Islam. Munafik sebenarnya bukan Islam. Mereka kelihatan Islam di luaran, tetapi dalamannya masih kufur. Munafik akan terlempar dalam neraka terlebih dahulu. Dan, tidak sah berimamkan orang munafik kerana pada hakikatnya mereka adalah kufur.


Demikian ciri munafik. Tetapi, sukar dikenalpasti kemunafikan ini lantaran mereka juga bersolat seperti orang lain.


Sementara ciri-ciri ruwaibidhah ini boleh jadi terlekat ke atas Muslimin dan orang bukan Islam. Dalam masyarakat Islam ada pemimpin ruwaibidhah dan begitu juga dalam negara bukan Islam. Pendek kata, ruwaibidhah adalah ciri universal yang dimiliki oleh mana-mana bangsa, agama dan kepercayaan.


Kehadiran golongan ruwaibidah bersifat merentasi sempadan bangsa, negara, agama dan kepercayaan dan boleh mereka hadir di mana-mana jua. Sedangkan munafik hanya suatu gelaran yang dinisbahkan kepada orang bukan Islam yang menyamar untuk melemahkan umat Islam daripada dalam. Ini ciri khas untuk masyarakat Islam sahaja.


Penawar untuk menjatuhkan tembok keangkuhan ruwaibidhah ialah.. perjuangan menegakkan kebebasan bersuara, menggalakkan kemunculan ruang media yang lebih banyak untuk membongkar isi filsafat songsang mereka selama ini.


Penyertaan bersuara dalam kalangan rakyat menggetarkan seluruh hati dan perasaan kelompok Ruwaibidhah kerana tipu daya mereka akan terbongkar. Niat jahat mereka ditumbangkan oleh bedilan kata-kata pejuang kebenaran.


PPSMI dan Ruwaibidhah


Sabda Rasulullah s.a.w, Ruwaibidhah ini sebenarnya watak manusia yang kerdil, hina dan mereka ini sebenarnya tak tahu mengenai cara bagaimana mahu menyelesaikan masalah orang-ramai. Masalah masyarakat yang tidak selesai, belum selesai dan separuh selesai ini berpunca daripada kegagalan media yang seimbang untuk beroperasi secara adil.


Ruwaibidhah inilah yang dengan takburnya mengangkat suara: "Perjuangan belum selesai!"


Mahu selesai bagaimana sedangkan mereka inilah antara penyumbang saham terbesar dalam usaha meruntuhkan tamadun bangsa ini. Suara-suara untuk menegur dihalang. Yang ingin membuat pembaharuan dipecat, dan dikenakan pelbagai tindakan.


Sebenarnya, banyaklah masalah rakyat yang belum selesai di bawah pemerintahan Ruwaibidhah ini. Ciri-ciri terakhir yang telah digariskan oleh baginda rasulullah ialah mereka ini tidak mengerti urusan orang-ramai. Mereka tidak tahu kerana tidak turun padang bagi menyelami hakikat sebenarnya.


Tak perlu ambil contoh urusan rakyat yang terlalu banyak. Ambil contoh PPSMI saja. Adakah Ruwaibidhah ini boleh turun menyamar dan betul-betul menyelidik mengenai susah-payah orang bawahan, guru-guru yang mahu melaksanakan PPSMI?


Ternyata Ruwaibidhah tidak tahu banyak kesukaran rakyat bawahan. Selain itu, orang yang ingin bercakap benar seperti guru-guru yang ingin melontarkan keluhan, tidak diizinkan bercakap di media dengan ugutan tertentu oleh Ruwaibidhah.


Malah, cendekiawan yang benar dalam kalangan GMP dituduh sebagai pendusta. Sedangkan si Ruwaibidhah ini pula dikatakan sebagai orang yang benar dalam ucapannya.


Tokoh-tokoh GMP sentiasa hadir dengan jumlah bilangan yang sama dan kehadiran mereka tidak berubah. Walhal Ruwaibidah telah berubah daripada Hishammuddin Hussein kepada Muhyiddin Yassin. Mengubah seorang Ruwaibidhah kepada Ruwaibidhah yang lain tidaklah mengubah apa-apa dasar itu pun.


Ini kerana Ruwaibidhah tetaplah digantikan dengan Ruwaibidhah. Salin pakaian dan baju sahaja sedangkan roh, jiwa serta pemikiran termasuk sistemnya tetaplah sama.


Adakah hal ini pun salah satu daripada strategi halus Najib juga untuk menyelamatkan sepupunya Hishammuddin dan supaya Muhyiddin terbeban dengan banyak hal dan akhirnya hal ini menjadi hujah untuk menyingkirkan Muhyiddin kemudian hari?


Ruwaibidhah Najib akan melakukan banyak sandiwara lakonan sepanjang pemerintahannya. Bermula rampasan kuasa di Perak, kemudian penarikan penggantungan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan dalam keadaan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang masih dikekalkan, Ruwaibidhah ini masih lagi menyekat dan membataskan penyertaan suara.


Adalah perlu bagi Ruwaibidhah Najib menonjolkan kebaikannya buat sementara waktu. Tetapi gergasi Ruwaibidhah ini tidak boleh menipu para pengamal media yang terlalu cukup masin dengan pengalaman ketika menekuni tipu helah Najib dan fasih pula dengan sandiwara membebaskan 13 tahanan ISA itu.


Masa dan waktu, bersulam keinginan rakyat mencari ruang maklumat yang lebih banyak menyebabkan Ruwaibidhah akan hancur sedikit demi sedikit. Anai-anai maklumat inilah yang akan meruntuhkan tembok gergasi Ruwaibidhah Najib, insya Allah!


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/20/2009

Ketika Cinta Bertasbih 2

















Cinta ada kekuatan
Yang Mampu
Mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah Sedih jadi ria
Mengubah Amarah jadi ramah
Mengubah Musibah jadi muhibbah
Itulah Cinta

Sekalipun cinta telah kuuraikan
Dan kujelaskan panjang lebar
Namun jika cinta kudatangi
Aku juga malu
Pada keteranganku sendiri
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
Namun tetap indah
Cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta
Akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai
Terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah
Yang menerangkan cinta dan kecintaan


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Bawalah Zaujahmu Bersama Kawan !














Belajar ke luar negara memang mencabar. Tambahan lagi jika sudah berkeluarga. Ada yang pergi belajar kerana tuntutan kerjaya seperti dihantar oleh universiti atau jabatan. Ada yang belajar kerana mencari pengalaman. Ada yang belajar kerana ada peluang.


Ada sesetengah pasangan terpaksa berfikir beberapa kali sebelum membuat keputusan untuk belajar ke luar negara terutama bagi pasangan yang sudah mempunyai pekerjaan tetap. Contohnya seorang suami yang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di luar negara oleh pihak universiti akan menghadapi dilema sekiranya isterinya tidak mendapat pelepasan cuti dari majikan.


Sekiranya bekerja di sektor kerajaan, mereka mempunyai kemudahan untuk mengambil cuti tanpa gaji selama tiga tahun. Cuti berkenaan boleh disambung mengikut keperluan. Sebaliknya jika isterinya bekerja dalam sektor swasta, agak sukar mendapat kemudahan seperti itu. Ini memaksa mereka meletak jawatan jika hendak pergi bersama suaminya belajar ke luar negara.


Begitu sebaliknya, jika isteri yang belajar memaksa suami berhenti kerja kerana mengikut isterinya. Jika tidak mereka akan tinggal berasingan selama bertahun-tahun. Bukan sahaja beban menanggung rindu tetapi seribu satu cabaran kehidupan pasti meresahkan sesiapa pun yang menghadapinya. Mungkin bertambah rumit jika sudah ada anak-anak.


Apapun keputusan mesti dibuat. Pilihan mesti dilakukan. Apapun pilihan yang dibuat, pertimbangan mestilah berdasarkan banyak faktor yang berbeza antara seseorang. Ada yang terpaksa mengorbankan kerjanya demi mengikuti pasangannya belajar ke luar negara terutama untuk program pasca sarjana. Ini bermakna apabila mereka kembali ke tanah air, suami atau isteri yang menganggur akan terpaksa mencari pekerjaan baru yang tentunya bukan mudah diperolehi.


Bagi kakitangan kerajaan yang mengambil cuti tanpa gaji, mereka akan kehilangan senioriti dalam perkhidmatan. Apabila pulang ke tempat kerja nanti, juniornya mungkin akan menjadi bos ataupun setidak-tidaknya perjawatan atau tangga gajinya akan jauh kebelakang dengan rakan-rakannya yang lain. Lagi lama meninggalkan kerjaya, lagi jauhlah tertinggal. Namun masih ada pekerjaan yang boleh menampung kehidupan.


Hidup di perantauan memang mencabar. Umumnya, masyarakat tidak mengambil kisah soal agama dan mempunyai perbezaan budaya yang ketara. Bagi masyarakat kita yang mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan tentu lebih khuatir. Budaya hidup bebas, pergaulan yang luas dan interaksi yang multi-literal adalah antara ciri-ciri kehidupan masyarakat di sini. Kita mungkin boleh menghindari atau mengelaknya.


Bagi masyarakat barat, soal perbezaan lelaki atau perempuan ini tidak wujud. Ini adalah soal perjuangan gender yang dilaung-laungkan mereka. Lelaki tidak lagi bersifat ekslusif. Jika lelaki pergi ke kelab malam sebagai pengunjung, wanita juga berhak. Wanita bukan sebagai pelayan pub. Bahkan ada kelab malam yang menyediakan lelaki sebagai pelayan. Jika di padang, mereka boleh bermain bersama. Itu perkara biasa. Apatah lagi dalam perbincangan di universiti. Lelaki dan perempuan sering sejalan. Itulah keadilan di sisi mereka.


Soal batas pergaulan antara lelaki dan perempuan langsung tidak ada dalam kamus hidup mereka. Agak janggal kita berfikiran agar wujudnya pemisahan antara lelaki dan perempuan. Idea ini agak kelihatan lucu dan pelik. Jika di kantin sekolah, tiada pemisahan antara lelaki dan perempuan untuk berbaris membeli makanan. Ini berbeza dengan di Malaysia. Saya tak tau apa yang terjadi jika pelajar lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah Malaysia dibenarkan berbaris campur.


Tetapi saya pun hairan juga kerana apabila British datang ke tanah melayu dan memperkenalkan sistem pendidikan, mereka mewujudkan sekolah berasingan antara lelaki dan perempuan. Oleh sebab itu terdapat sekolah seperti St. Anthony, St. Michael, St.John untuk pelajar lelaki dan sekolah Convert, St Mary dan sebagainya dikhaskan untuk pelajar perempuan. Keadaan ini tidak wujud di sini. Tiada sekolah yang berasingan jantina seperti di Malaysia. Mungkin ini hasil perjuangan gender beberapa kumpulan tertentu.


Di samping itu, keadaan rumah sewa dan asrama yang bercampur lelaki dan perempuan mendedahkan fitnah dalam kehidupan. Ada yang boleh mengawal diri mereka dari terjebak jauh dalam fitnah yang berpanjangan, tetapi ada juga yang tidak. Di sini tiada siapa yang peduli. Tiada pencegah maksiat atau pejabat agama yang hendak buat pemantauan. Semua sudah besar, sudah matang, sudah bijak belaka. Maka pandai-pandailah jaga diri masing-masing. Kadang kala jika ditegur, jadi perkara lain pula.


Budaya masyarakat di sini lebih terbuka, sedikit sebanyak menguji keimanan kita. Konsep aurat hanya ada pada islam. Oleh itu, bagi masyarakat barat, apa yang sewajibnya ditutup dalam islam, itulah yang dipamer-pamerkan. Tambahan pula jika tiba musim panas, kebanyakannya berpakaian menjolok mata. Pada mereka itu biasa, tapi pada masyarakat timur ia sesuatu yang janggal.


Namun kejanggalan yang selalu berlaku akan menjadi kebiasan dan sudah diterima pemikirannya. Akhirnya ada juga gadis melayu tanpa segan silu mengikuti gaya mereka sedikit demi sedikit. Mudah mengikut lelaki untuk makan malam atau bersiar-siar meskipun ada antara mereka sudahpun berkahwin. Sekali dua mungkin tidak menimbulkan apa-apa tetapi bagaimana jika kerap? Siapa yang hendak beritahu pasangannya di Malaysia. Ini memang menakutkan sekali.


Jika sudah berkeluarga, saya fikir adalah lebih baik bawalah keluarga bersama. Sekurang-kurangnya hubungan suami isteri yang halal itu dapat mencegah diri kita daripada kemungkaran yang panjang. Mungkin ada yang rugi kerana kehilangan pekerjaan tetapi institusi kekeluargaan itu sendiri dapat dipertahankan.


Jangan dibiarkan hidup dihimpit rindu yang panjang dan berlarutan. Ini mungkin menimbulkan kemudaratan seperti lahirnya cemburu yang boleh membunuh keharmonian berkeluarga.


Sumber :

Warkah Musafir : Muhaimin Sulam

Kolumnis Fikrah, Harakah

m/s 16, 20-23 April 2009

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/19/2009

Kisah Bijaksana Imam Abu Hanifah

Terdapat banyak cerita tentang kehebatan Imam Abu Hanifah yang berjaya berdebat dengan golongan kafir dan sesat. Antaranya ialah cerita perdebatan beliau ketika umurnya masih muda.

Ceritanya begini: Seorang Dahri atau Mulhid (atheis) telah menemui Sheikh Hammad iaitu guru Imam Abu Hanifah. Sebelum itu, dia telah mencabar para ulama’ berdebat dengan mengatakan:

"Kalian mengatakan Allah itu wujud tanpa ada tempat, sedangkan setiap yang wujud mesti mempunyai tempat".

Ramai ulama telah kalah berdebat, kemudian si Dahri ini bertanya kepada orang ramai:
"Masih adakah ulama di kalangan kamu yang mampu berdepat denganku?"

Mereka menjawab: "Ada, beliau bernama Sheikh Hammad".

Si Dahri pun mohon Khalifah agar perintahkan Sheikh Hammad untuk berhujah dengannya. Khalifah memperkenankan permintaan Si Dahri dan memerintahkan Sheikh Hammad dengan diberi tangguh hingga keesokan harinya. Pada pagi esok, Imam Abu Hanifah yang masih kecil telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya. Gurunya menjawab:
"Aku telah dipanggil oleh Khalifah untuk berdebat dengan si Dahri dalam perhimpunan para ulama. Semalam aku juga telah bermimpi sesuatu yang buruk".

Imam Abu Hanifah: "Apa yang Tuan Guru mimpikan?"

Sheikh Hammad: "Aku bermimpi melihat sebuah dusun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya."

Imam Abu Hanifah: "Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta'bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta'birkannya."

Sheikh Hammad: "Ta'birkanlah wahai Nu'man" (nama sebenar Imam Abu Hanifah).
Imam Abu Hanifah: "Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Dahri, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri. Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya."

Sheikh Hammad bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami'. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana. Si Dahri datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya:
"Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?"

Imam Abu Hanifah menjawab: "Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya."

Si Dahri: "Siapakah engkau ini, wahai budak? Engkau bercakap denganku sedangkan orang-orang yang ada kemegahan, orang tua, berserban besar, berpakaian labuh dan berlengan baju yang luas tidak mampu berdebat denganku. Inikan pula kamu yang masih kecil, masih mentah dan hina."

Imam Abu Hanifah: "Allah Taala tidak memberikan ketinggian dan kebesaran kepada orang yang berserban besar, berpakaian penuh kemegahan dan berlengan baju yang luas, tetapi Allah memberi kepada para ulama seperti firman-Nya, bermaksud:

Dan (Allah memberikan kepada) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
beberapa darjat. Surah Al-Mujadalah (58) : 11

Si Dahri: "Engkaukah yang akan menjawab soalan-soalanku?"
Imam Abu Hanifah: "Aku akan menjawab dengan taufiq Allah."
Si Dahri pun mula bertanya: "Adakah Allah itu wujud?"
Imam Abu Hanifah: "Ya."
Si Dahri: "Di mana?"
Imam Abu Hanifah: "Allah tidak bertempat."
Si Dahri: "Bagaimana mungkin Dia wujud tapi tidak bertempat?"
Imam Abu Hanifah: "Dalilnya ada pada diri anda."
Si Dahri: "Mana dia?"
Imam Abu Hanifah: "Bukankah kamu mempunyai nyawa?"
Si Dahri: "Memang."

Imam Abu Hanifah: "Di manakah tempat nyawa atau roh kamu itu? Di kepala kamukah? Atau di perut kamu? Atau di kaki kamu?"
Si Dahri tercengang-cengang tidak tahu jawab. Kemudian Imam Abu Hanifah menyebutkan pula tentang air dengan mengatakan:
"Bukankah air susu itu mempunyai lemaknya?"
Si Dahri: "Ya."
Imam Abu Hanifah: "Di manakah terletaknya lemak itu di dalam susu? Adakah di sebelah atas atau di sebelah bawah?"
Sekali lagi Si Dahri tidak dapat menjawab. Imam Abu Hanifah menambah: "Sebagaimana roh juga tidak bertempat di dalam tubuh, lemak tidak bertempat di dalam susu, maka Allah juga tidak bertempat di alam buana ini."
Si Dahri menyoal lagi: "Apa yang ada sebelum Allah dan apa yang ada selepas-Nya?"
Imam Abu Hanifah: "Tiada sesuatu sebelum Allah dan tiada sesiapa selepas-Nya."
Si Dahri: "Bagaimana dapat memahami tiada sesuatu yang mendahului yang wujud dan tiada sesuatu selepasnya?"
Imam Abu Hanifah: "Buktinya ada pada anggota badanmu."
Si Dahri: "Apa dia?"
Imam Abu Hanifah: "Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Dan tiada sesuatu pun yang ada selepas jari kelingkingmu. (penulis: logik ini sangat tinggi, barangkali orang awam macam kita tidak memahaminya, wAllahua'lam) Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya."

Si Dahri: "Ada satu lagi soalan yang ingin aku tanyakan."
Imam Abu Hanifah: "Kemukakanlah, Insya Allah aku akan menjawabnya."
Si Dahri: "Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?"
Imam Abu Hanifah: "Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah."
Si Dahri pun turun, Imam Abu Hanifah pula di mimbar. Setelah beliau duduk, si Dahri itu pun bertanyakan soalan tadi.
Imam Abu Hanifah menjawab: "Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas."
Si Dahri rasa tertewas dan hujahnya dipatahkan.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...