SaHaBaT

1/17/2012

HanG TuaH BuKaN MeLaYu ?

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung ke laman blog eLaKSaMaNa yang insyallah berinformasi ini. Semoga segala entry eLaKSaMaNa ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Pada kali ini eLaKSaMaNa ingin berkongsi dengan kalian semua sebuah artikel yang mungkin akan mengejutkan kita. Turut disertakan link yang menjadi sumber artikel tersebut. Semoga bermanfaat.

Ketika berada di Amerika, saya telah menulis satu artikel di dalam satu news group di Internet (ketika itu menggunakan UNIX environment) pada tahun 1990 bahawa Hang Tuah dan rakan-rakanya kecuali Hang Kasturi adalah daripada keturunan Cina dan mereka bukan orang Melayu. Mereka tidak dilahirkan di Tanah Melayu tetapi di tanah besar negeri Cina.

Sehingga hari ini para pengkaji sejarah gagal membuktikan bahawa Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu dan Hang Lekir dilahirkan di Melaka. Tidak ada susur galur kisah mereka semasa kecil atau semasa remaja atau semasa dewasa. Secara tiba-tiba nama mereka muncul bersama kisah Puteri Hang Li Po dan di zaman lawatan Laksamana Chen Ho ke Melaka.

Kita percaya nama Hang Tuah ada kaitan dengan keluarga Han atau ditulis Hang dari tanah besar Cina serta keluarga diraja Hang Li Po. Hang Tuah, atau nama Cinanya Hang To Ah, Hang Jebat atau nama Cinanya, Hang Je Fat, Hang Lekiu atau Hang Lee Kiew (macama nama Lee Kuan Yew) dan Hang Lekir atau Hang Lee Kir adalah pegawai diraja yang mengikut rombongan Laksamana Mohamad Cheng Ho ke Melaka untuk melawat dan meninjau kemungkinan dapat mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Melaka di zaman kegemilangan Islam dan Melaka ketika itu. Cheng Ho sebenarnya adalah seorang Muslim tetapi maklumat ini disorok oleh buku sejarah di negara ini oleh musuh-musuh Islam.

Hasil daripada lawatan itu, MOU di antara dua negara terjalin, dan Sultan Mansor Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po yang juga seorang Muslim tetapi tidak disebut dalam buku sejarah di negara ini. Orang Melayu harus faham bahawa Islam sampai di tanah besar Cina lebih awal dari Tanah Melayu. Orang Cina lebih awal masuk/menerima Islam dari orang Melayu.

Apabila Hang Li Po telah menjadi keluarga raja Melaka, keempat-empat Hang To Ah, Hang Je Fat, Hang Lee Kiew dan Hang Lee Kir diarahkan tinggal di Melaka bagi menemani Puteri Hang Li Po dan sebagai tanda persahabatan kedua negara. Mereka tinggal bersama keluarga angkat dan akhirnya anak Melayu bernama Kasturi, yang juga seorang yang handal bersilat, menjadi kawan karib kepada empat Hang dari Cina itu. Tidak lama kemudian Kasturi mengambil nama Hang dan menggunakannya sebagai tanda akrabnya persahabatan mereka berlima.

Kalau ada orang yang mahu menafikan hipotesis ini, sila berikan susur galur kisah hidup Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu dan Hang Lekir dari mereka kecil hingga dewasa dan bagaiman nama mereka tiba-tiba muncul di zaman Sultan Mansor Shah. Di mana mereka, kalau betul mereka pahlawan Melayu, ketika di zaman sebelum Sultan Mansor Shah. Sebutkan secara jelas, siapa ibu bapa kepada 5 Hang ini? Adakah mereka berasal dari Alor Gajah, Masjid Tanah, Alai, Bukit Katil, Air Keroh, Tanjong Keling, Bukit Cina atau Bukit Piatu?

Kepada orang Melayu dan pengkaji sejarah, kita tidak perlu hipokrtit dalam isu ini, tidak perlu jadi cauvinis Melayu kerana asas yang tidak kuat jika kita berhujah dengan kisah Hang Tuah dan kalimatnya “tidak melayu hilang di dunia”. Adakah orang Cina atau India tidak boleh mengungkap kalimat yang sama? Bagaimana dengan kalimat ‘tak kan hilang Mongolia di dunia”.

Sumber : http://albangi.wordpress.com/2009/08/29/hang-tuah-adalah-keturunan-cina/

p/s : Terlalu banyak kisah sejarah silam yang telah disorok oleh para orientalis dan pembenci ISLAM. Itulah perlunya para sejarawan dari kalangan MUSLIM untuk membongkar segala sejarah yang cuba dilindung. Malangnya kita umat ISLAM ibarat buih di lautan, jumlahnya tidak terkira tetapi lemah bagai ditiup angin.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: