SaHaBaT

6/15/2011

SeRaNGaN SiBeR KeaTaS MaLaYSia ?

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia buat kalian yang sudi berkunjung ke laman blog elaksamana ini. Pada kali ini kita akan berbicara mengenai sebuah kisah yang hangat diperdebatkan sekarang, terutama oleh para peminat siber dan pencinta kebebasan internet. Kisah ini amat berlainan dengan kisah2 politik, ekonomi dan sosial yang lain kerna ianya membabitkan penggunaan alam maya internet yang boleh dikatakan abstrak. Pada 10 Jun 2011 baru-baru ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan bahawa mereka telah menyekat beberapa buah laman web yang dianggap bercanggah dengan akta SKMM. Berikut merupakan petikan yang dikeluarkan oleh SKMM melalui Bharian.com. :

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyatakan ia menerima permintaan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Keenggunaan untuk mencegah capaian kepada laman web yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987.

Dalam satu kenyataan hari ini, SKMM menyatakan pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sudah dimaklumkan mengenai permintaan itu dan tindakan sedang diambil secara berperingkat.

Menurut SKMM, di bawah akta itu pemegang lesen berkewajipan membantu SKMM mencegah perbuatan melakukan kesalahan atau percubaan melakukan kesalahan.

“Sehubungan itu, pematuhan kepada undang-undang ini tidak harus diertikan sebagai penapisan. Butiran lanjut mengenai penguatkuasaan Akta Hakcipta 1987 boleh didapati daripada kementerian,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Justeru SKMM telah menyekat beberapa buah laman web yang dilihat bercanggah dengan akta tersebut. Terdapat 10 buah laman web yang ditutup capaiannya oleh orang awam antaranya ialah :

Http://www.warez-bb.org
Http://www.thepiratedbay.org
Http://www.movie2k.to
Http://www.megavideo.com
Http://www.putlocker.com
Http://www.depositfiles.com
Http://www.duckload.com
Http://www.fileserve.com
Http://www.filestube.com
Http://www.megaupload.com

Berikut merupakan surat pekeliling oleh SKMM mengenai penutupan beberapa buah laman web di atas : (klik untuk perbesarkan imej)


Akibat dari tindakan kerajaan yang menutup laman web ini, sekumpulan Hacker atau penggodam laman internet yang menggelar diri mereka Anonymous memberikan amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa mereka akan mencuba untuk menyerang portal kerajaan Malaysia pada hari Rabu jam 7.30 petang waktu GMT atau hari khamis jam 3.30 petang waktu Malaysia. Portal yang dimaksudkan ialah www.malaysia.gov.my. Operasi ini dinamakan sebagai Operation Malaysia.

Imej yang diperolehi dari http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Berikut merupakan mesej yang disampaikan oleh kumpulan hacker Anonymous ini melalui video klip di Youtube :

Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour.

Sila klik link ini untuk menonton video ancaman serangan siber ke atas Malaysia oleh hacker Aonymous ini : http://www.youtube.com/watch?v=6BHYPqmDyyM

Pelbagai sebab mengapa mereka ingin memberikan pengajaran kepada kerajaan Malaysia di mana menurut mereka, kerajaan telah menyekat kebebasan pengguna internet untuk menggunakan internet. Ini kerana baru-baru ini SKMM telah menyekat banyak website-website download untuk dilayari oleh rakyat Malaysia. Malah menurut mereka kerajaan Malaysia dianggap antara kerajaan paling strict dalam mengongkong rakyatnya dengan pelbagai akta. Gambar di atas tadi merupakan satu imej notis yang disampaikan oleh Anonymous kepada Malaysia.

Adakah mereka akan berjaya? Kehebatan jabatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan sistem rangkaian internet akan teruji esok seandainya serangan tersebut benar. Malah kehebatan hacker-hacker di SKMM serta hacker pro-kerajaan lain akan teruji pada esok hari. Negara Turki juga pernah menerima serangan siber dari penggodam dinamakan sebagai Anonymous ini sehingga menjejaskan sistem rangkaian data negaranya. Bagaimanapun seramai 32 hacker yang disyaki ahli kepada pertubuhan Hacker Anonymous ini telah berjaya diberkas dan siasatan masih lagi dijalankan. Kita nantikan kemunculan hacker Anonymous esok sekiranya dakwaan serangan itu benar.
Wassalam...

Sumber :
http://www.princestylo.com/10-senarai-laman-web-download-yang-disekat-smm-blog-pun-kena/
http://www.lowyat.net/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=4583&Itemid=1 http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2011%2F6%2F14%2Fnation%2F20110614081623&sec=nation

P/S : Baik la SKMM block laman2 web lucah luar & dalam negara yang berlambak, atau sekat laman web yang menghina agama islam, menghina ulama'.... Ada faedahnya juga....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2 ulasan:

Hafiz Azhar berkata...

sokong P/S ! :)

PaRaDoX eLaKSaMaNa berkata...

owh, hehehe syukran2....smoga bmanfaat...