1. Stadium Vesturi á Eiðinum
Stadium ini digunakan untuk perlawanan bola di kawasan berpulau-pulau. Lokasi stadium ini adalah di Pulau Faroe, boleh menampung penonton dengan kapasiti 3000 orang. Apa yang menariknya ialah, terdapat beberapa orang akan ditugaskan untuk mengutip bola yang disepak keluar dan terjatuh ke atas laut.
2. Stadium Terapung Marina Bay, Singapura.
Stadium terapung terbesar di dunia ini terdapat di Singapura. Padang stadium ini diperbuat dari pelampung sebenar. Padang terapungnya memiliki panjang 120 meter, lebar 83 meter. Padang ini mampu menganggung bebanan seberat 1.070 tan (sama berat dengan 9000 orang). Manakala tempat duduk penonton boleh menampung kapasiti 30 000 orang.
3. Stadium Osaka
Stadium ini sebenarnya digunakan untuk perlawanan besbol di Naniwaku, Osaka, Jepuun. Sebelumnya stadium ini merupakan stadium latihan bagi kumpulan besbol Nankai Hawks, namun akhirnya mereka berpindah mengadakan latihan di stadium Heiwadai tahun 1988 dan menyebabkan stadium ini tidak digunakan. Akhirnya kawasan dalam stadium ini telah dijadikan kawasan perumahan. Kerana tidak digunakan dan stadium itu menjadi usang, maka stadium Osaka ini dirobohkan pada 1998 bagi memberi laluan kepada pembinaan pusat membeli-belah di tapak stadium tersebut.
4. Stadium Melawan Graviti
Tidak dapat dipastikan di mana lokasi padang bola senget ini dan adakah ianya digunakan untuk perlawanan bola.
5. Stadium Eko Janguito Malucelli
Stadium Eko-hijau Janguito Malucelli ini terletak di wilayah Curitiba, Brazil. Stadium ini terkenal kerana menjadi stadium yang pertama diisytihar sebagai stadium mera alam di Brazil. Tempat duduk penonton pula dibina di atas cerun bukit di sekeliling stadium.
6. Stadium Braga
Stadium ini terletak di wilayah Braga, Portugal. Stadium ini dibangunkan bersebelahan dengan negara Monaco (Monte Carlo) yang menghadap ke kota Braga. Rekabentuk stadium ini merupakan salah satu dari rekabentuk tamadun suku Inca kuno Amerika Selatan. Proses pemindahan batu besar sahaja menelan pembiayaan sebanyak 83.1 juta Euro. Lebih besar dari pembiayaan pembinaan stadium untuk Euro 2004.
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan