SaHaBaT

2/28/2011

PRoGRaM ReaLiTi TaNPa PaKaiAN ?!

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera buat kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak eLaKSaMaNa oF PaRaDoX yang insyallah berinformasi ini. Semoga segala apa yang dipaparkan ini dapat menjadi ikhtibar kepada kita semua umat manusia di akhir zaman ini. Jika ada daya kalian, diharapkan informasi ini dihebahkan kepada insan2 yang masih belum mengetahui. Kali ini kita akan membicarakan mengenai suatu program realiti yang sungguh mengarut & tidak masuk akal oleh manusia yang tidak waras ini. Sama macam program akademi fantasia, mentor dan sebagainya, tetapi program ini lagi menjijikkan pada pandangan insan yang berfikiran waras. Program ini memerlukan setiap peserta yg terdiri dari 4 lelaki & 4 perempuan untuk tinggal bersama dalam sebuah banglo dan bekerja di sebuah resort di US. Apa yang lagi tidak dapat diterima ialah kesemua mereka tidak akan berpakaian walau seurat benang pun sewaktu program ini berlangsung selama sebulan. Mereka ke mana-mana tanpa berpakaian malah bekerja juga tidak berpakaian di tepi pantai peranginan di sebuah resort yg terkenal sebagai resort/syurga orang yang suka berbogel. Pemenang akan dinilai dengan undian SMS dari penonton. Setiap minggu kehidupan mereka akan dipaparkan di kaca televisyen, namun bahagian badan yang sulit/sensitif akan disensor oleh pihak penerbit. Peserta yang tidak kekok berbogel dan bersosial dengan rakan-rakan lain dikira sebagai kriteria untuk menjadi pemenang.

Resort Yang Memerlukan Semua Pengunjungnya Tidak Berpakaian !

LAND O'LAKES - Sebuah program realiti televisyen di Amerika Syarikat (AS) yang menjalani penggambaran di resort bogel Caliente, Pasco, memperkenalkan para peserta siri itu buat kali pertama, lapor sebuah akhbar kelmarin. Siri ini diterbitkan oleh Atlantic Overseas Pictures Television berpengkalan di amerika.

Program itu, The Nak'd Truth menampilkan lapan orang peserta yang akan tinggal sebumbung tanpa memakai pakaian selama sebulan. Mereka juga akan berkerja di resort itu yang terletak di negeri Florida.

Barisan Peserta Yang 'Bertuah' Memasuki Program Realiti Ini.

Sebahagian peserta The Nak'd Truth itu yang terdiri daripada warga tempatan berkata, mereka teruja dapat menyertai program realiti tersebut. Namun, tidak semua peserta memaklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan mengenai penyertaan mereka.

"Sebenarnya, saya pun masih belum memberitahu sesiapa," kata seorang peserta lelaki, Wayd Dionne, 23.

"Cuma ibu saya yang tahu mengenai penglibatan saya dalam siri realiti ini dan dia menyatakan sokongannya kepada saya," tambahnya.

8 Finalis Yang Berjaya Hingga Saringan Peringkat Akhir.

Sementara itu, para penerbit program realiti itu memberitahu, mereka akan mengaburkan bahagian sulit peserta selain menggunakan sudut kreatif kamera bagi mengelak kontroversi sepanjang siri itu ditayangkan.

Berikut Adalah Senarai Peserta Program Realiti The Nak’d Truth:

1 - Jennifer Fitzgerald, 24 tahun dari Land O’Lakes.
2 - Charles Hacker Jr. berumur 22 tahun dari Tampa Bay.
3 - Fayth McCarty, umur tidak diketahui, asal dari Pennsylvania.
4 - Wayd Dionne, 23 tahun, dari Lakeland.
5 - Christy Michelle, 26 tahun, berpindah dari Minnesota ke Florida.
6 - Robert Smith, 29 tahun, dari Palm Harbor.
7 - Nicole Young, 24, tempat asal tidak diberitahu.
8 - Maksim Rozanovsky, berumur 34 tahun, dari Tampa Bay.

Kehidupan Mereka Sewaktu Program,
Dalam Gambar : 2 Lelaki & 1 Perempuan (Disensorkan)


Apa yang mereka buat sepanjang program ni adalah menjadi LifeGuard di kawasan pantai, bertugas penyambut tetamu, pembantu laundry. Ketika masa lapang, kelapan-lapan mereka menikmati aktiviti bermain bola tampar pantai, menyertai yoga serta bersosial serta berseronok bersama peserta lain pada waktu malam di Caliente’s Nude Nightclub bertempat di resort tersebut.


sumber :
http://www.iawani.com/video-nakd-truth-program-realiti-nudist.html
http://donnyien.com/entertainment-2/gambar-the-nakd-truth-peserta-rancangan-realiti-bogel-diperkenalkan/
http://nakdtruth.tv/


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2/23/2011

MeNGaPa IBu MeNaNGiS ?

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kau tahu; kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

I WaNT To Be MuHaMMaDiaNs

Sekadar Gambar Hiasan

Seorang pemuda Amerika yang berasal daripada Sepanyol telah berjumpa dengan saudara-saudara kami di sebuah Markaz Islam di Brooklyn, lalu berkata dengan kata-kata ini: "Saya mahu menjadi Muhammadian (pengikut nabi Muhammad (SAW)."

Mereka bertanya kepada beliau: "Siapa kamu dan apa cerita kamu?" Beliau menjawab: "Tunjuklah (apa yang perlu dilakukan) dan jangan tanya saya." (Kata mereka): "Mandi!", lalu beliau pun mandi.

(Kata mereka): "Sebutlah dua kalimah shahadah", dia pun menyebut: "Laa ilaha illallahu, Muhammadur-Rasullah (Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Muhammad adalah Rasul Allah)."

Mereka mengajarnya bagaimana untuk solat, lalu beliau pun solat. Beliau bermula dengan solat Subuh, kemudian Zuhur… Beliau solat hari pertama, hari kedua, hari ketiga. Saudara-saudara kami perasan tentang kekhusyukannya, dan panjang sujudnya, dan tangisannya, semua saudara-saudara kami memerhatinya.

Beliau sujud, (seolah-olah) tidak mahu mengangkat kepalanya! Beliau sujud, sambil menangis dengan lamanya! Apabila beliau mendengar al-Quran, beliau menangis! Pada hari ketiga, selepas solat Maghrib, salah seorang saudara kami duduk bersebelahan dengannya lalu bertanya: "Wahai saudaraku! Aku rasa terlalu kecil di sisimu! Tidak aku lihat kepadamu, kecuali aku lihatmu menangis! Apabila kamu sujud, kamu tidak mahu mengangkat kepalamu daripada sujud (kerana lama sujudnya). Siapa kamu dan apa ceritamu?"

Beliau pun menceritakan bahawa beliau dahulunya seorang kristian dan mencari kebenaran. Beliau membaca tentang Islam dan agama-agama lain dan beliau meminta Allah (azza wa jalla) agar menunjukkan kepadanya kebenaran! Lelaki ini mencari kebenaran! (Katanya): "Waktu malam hari yang saya berjumpa kamu itu, saya tidur sambil menangis dan meminta Allah agar menunjukkan kepadaku kebenaran! Dan dengan sebenar-benarnya! Maka aku telah melihat di dalam mimpi tidurku nabi Isa (AS), menunjuk kepadaku dengan jari telunjuk kanannya sambil berkata kepadaku: `Jadilah Muhammadian (pengikut Muhammad)!' Kemudian akupun keluar daripada rumahku dan berjumpa dengan kamu."

Saudara-saudaraku bersumpah dengan nama Allah (sambil menceritakan lagi): Muazzin pun memanggil azan untuk solat Isya'. Beliau pun masuk bersamanya untuk solat Isya', dan di rak'at pertama, beliau melakukan sujud tetapi tidak mengangkat kepalanya. Saudara-saudaranya ingatkan beliau tertidur. Apabila solat berakhir, Imam pun memanggilnya, dan saudaranya yang berada di sebelah pun memanggilnya, tetapi beliau tidak menjawab. Salah seorang pun bangun dan menggerakkannya, lalu beliaupun jatuh. Barulah mereka tahu bahawa rohnya telah dicabut oleh Allah sedangkan beliau dalam keadaan sujud!

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2/16/2011

SaLaM MaULiDuR RaSuL 1432H / 2011M

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera ke atas kalian yang masih sudi berkunjung ke teratak elaksamana of PaRaDoX ini yang insyallah dapat menyalurkan ilmu yg bermanfaat kepada kita semua. Sesungguhnya ilmu Allah Taala yang dikurniakan kepada manusia di muka bumi ini hanyalah setitis dari selautan ilmu Allah Taala. Itupun manusia masih belum selesai menerokai semua ilmu2 yang dikurniakan oleh Allah Taala. Semoga kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur kepadaNya kerna hanya dengan bersyukur kepada nikmat Allah sahaja dapat membuatkan iman dan takwa kita meningkat. Sesungguhnya manusia yang paling baik adalah melebihi darjat malaikat dan manusia yang paling jahat darjatnya akan menjadi lebih rendah dari darjat syaitan yang direjam. Semoga kita dilindungi oleh Allah Taala dari segala malapetaka keimanan dalam diri kita. Sentiasalah beristighfar dan mengingatinya dalam setiap hela nafas kalian.

Di kesempatan ini elaksamana oF PaRaDoX ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN RASULLULLAH S.A.W kepada semua umat nabi akhir zaman iaitu Rasullullah S.A.W. Tunjukkanlah betapa kita mencintai dan merindui Rasullullah dengan mengamalkan segala sunnah yang telah dianjurkan oleh baginda, semoga kita menjadi umat Rasullullah yang amat mencintai baginda walaupun kita tidak pernah bertemu dengan baginda apatah lagi melihat Rasullullah S.A.W. Itulah umat Rasullullah yang paling baginda kasihi kerana walaupun mereka tidak pernah hidup bersama baginda, menatap wajah baginda, namun kasih sayang mreka kepada Rasullullah S.A.W amat mendalam seperti mereka hidup sezaman dan bersama Rasullullah setiap masa. Tiada gunanya kita berpeluh berarak berkilometer dengan berselawat sekadar di mulut tanpa penghayatan di hati. Kerna penghayatan kepada kisah Rasullullah S.A.W dan betapa peritnya Rasullullah menghadapi segala dugaan dalam menegakkan syiar islam di muka bumi ini adalah penting untuk kita hayati. Ramai umat manusia beragama islam sekarang lebih mengenali siapa itu Barrack Obama, Mahathir Mohamed berbanding mengenali Rasul mereka sendiri. Mereka menjadikan Sheikh Muzaffar Shukor sbgai idola utama dlm hidup mereka, sedangkan mereka tahu bahawa Rasullullah itu lebih hebat dan paling utama harus dijadikan idola berbanding 'angkasawan' atau pelancong angkasa malaysia pertama itu. Sedarlah dari lena dalam meniti jalan akhirat yang dipenuhi ranjau berduri mengait kaki melukai jejari dan berusaha mengubah hati. Semoga kita diberikan kekuatan oleh Allah Taala utk mengubah diri kita agar menjadi baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Insyallah, Amiin...
Sekian Waasalam...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2/07/2011

UjiAN NeuRoLoGiKaL

BAHAGIAN 1

1- Adakah anda menjumpai huruf C di dalam susunan huruf di bawah, berapakah bilanganya?

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

2- Setelah menjumpai huruf C di atas, sila cari angka 6 di dalam susunan angka di bawah, berapakah bilanganya?

99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
69999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999

3- Sekarang sila cari huruf N dari kelompok huruf M di bawah ini, berapakah bilangannya?

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

Ini bukanlah satu gurauan, jika anda berjaya melepasi ketiga-tiga ujian di atas, bermakna anda mempunyai minda yang hebat dan berkemungkinan besar tidak mengalami penyakit Alzheimer.

BAHAGIAN 2

Sila baca kenyataan di bawah ini dengan menggunakan bahasa inggeris yang betul.

eonvrye that can raed this rsaie your hnad.

If you can raed this, you hvae a sgtrane mnid too

Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 cna.

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it

Selamat menjalani ujian neurologi !

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2/03/2011

SeLaMaT TaHuN BaRu CiNa 2011M

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera 1Malaysia keatas anda semua. Di kesempatan ini, eLaksamana ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA kepada semua masyarakat di luar sana yang berketurunan cina yang menyambut tahun baru cina ini. Semoga perpaduan dalam kalangan kita sentiasa bertaut utuh seiring untuk memastikan perpaduan dan semangat muhibbah dalam negara sentiasa berlanjutan. Sesungguhnya tiada batas perkauman dalam kita mengenali dan menjalin silaturrahim antara kita. Kaum hanyalah suatu entiti yang dikenali dengan bentuk badan, warna kulit dan sebagainya. Namun itu semua tidak menjadi penghalang kita dalam menjalinkan persahabatan. Sesungguhnya Allah mencipta kita dari berbagai-bagai suku kaum bukan untuk bermegah-megah dengan kehebatan kaum kita tetapi diciptakan kita bersuku kaum hanya bertujuan untuk menjalinkan persahabatan dan berkongsi segala kebaikan dan keadilan antara kita. Tiada sesetengah kaum yang melebihi sesetengah kaum yang lain kerana setiap manusia itu dilahirkan dengan jiwa yang merdeka dan bersih. Hanya dengan usaha kita sahaja yang menjadikan kita berilmu dan berhemah tinggi. Bukan susur galur keturunan dan kaum yang menyebabkan kita bijaksana. Ambillah ikhtibar dari bangsa yahudi yang melabelkan bangsa selain dari mereka adalah bangsa kelas bawahan. Mereka beranggapan bahawa bangsa yahudi merupakan bangsa pilihan tuhan dan mereka merupakan bangsa paling bijak. Justeru mereka menganggap bangsa lain ibarat anjing dan khindzir bagi mereka, maka disebabkan itulah mereka menindas negara mana sahaja yang tidak menjadi seteru mereka. Ke mana mereka melata, tentu akan mereka kuasai negara tersebut dengan pelbagai cara dalam segenap bidang. Justeur berhatilah wahai umat manusia lain. Kita semua merupakan satu keturunan iaitu dari Adam A.S jadi janganlah kite bermegah dengan bangsa dan kaum kita. Hiduplah dengan mengamalkan ajaran agama dan anutan masing-masing dan carilah kebenaran dalam kehidupan beragama. Semoga kalian temuinya dengan hati yang lapang lantas menerimanya sebagai suatu pegangan dalam hidup. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2011M.
Wslm.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2/01/2011

RoN97 NaiK LaGi !

Assalamualakum w.b.t dan salam sejahtera semuanya.

Pada penghujung tahun lepas (2010) kita telah dikejutkan dengan kenaikan harga barangan keperluan seperti gula, gas dan minyak Ron 95. Tup tup sehari selepas BN menang pilihanraya kecil DUN Tenang di utara Johor, kerajaan di bawah pimpinan PM Najib telah menghadiahkan kepada rakyat suatu hadiah yang cukup istimewa, terutamanya kepada pengundinya di DUN Tenang tempoh hari yang memberikan kemenangan kepada calon BN, dengan majoriti yang meningkat kepada 3000 undi. Apakah hadiah yang cukup bermakna dari kerajaan BN dan PM kita? Tak lain tak bukan kenaikan harga minyak RON 97 yang 31 Januari iaitu semalam. Sungguh tidak disangka-sangka rupanya itulah hadiah yang terbaik dari BN & PM kita utk rakyat Malaysia. Dengan peningkatan sebanyak 4 kali dalam tempoh 3 bulan bermula november 2010 sehingga januari 2011. RON97 start naik jadi RM2.15 sliter pada 2 November 2010, naik lagi sebanyak 15 sen jadi RM2.30 seliter pada 1 Disember 2010, naik lagi 10 sen menjadi RM2.40 pada 4 januari 2011 dan yang terbaru kenaikan sebanyak 10 sen menjadi RM2.50 sliter pada 31 Januari 2011. Sungguh drastik perubahan ke arah mendahului rakyat oleh kerajaan pimpinan PM kita. Semoga dia sedar apa tindakan yang telah dilakukan oleh kabinetnya.

Menurut media massa arus perdana, kenaikan harga ini disebabkan oleh pengurangan subsidi petrol oleh kerajaan dengan bertujuan untuk menampung pembelanjaan pembangunan negara. Sungguh pelik, apakah Malaysia sudah kehabisan dana pembangunan, ataupun terlalu banyak projek mega yang dilaksanakan sehingga penyebabkan dana pembangunan tidak mencukupi. Apa yang dikhabarkan kepada rakyat melalui pelbagai saluran media kerajaan menyatakan bahawa ekonomi malaysia semakin pulih dan berada pada landasan yang betul untuk mencapai wawasan 2020 iaitu negara Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Dikhabarkan juga bahawa kadar perdagangan malaysia dengan negara asing semakin bertambah, ditambah pula dengan peningkatan kehadiran pelabur yang melabur di Malaysia atas sebab iklim ekonomi yang stabil. Apakah benar semua itu? Kadang-kadang media massa arus perdana tidak boleh dipercayai 100% kesahihannya kerana akan ada propaganda kerajaan untuk menenangkan rakyat mengenai keadaan ekonomi Malaysia terkini.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan bahawa hutang kerajaan Malaysia berjumlah RM362.39 bilion iaitu paras tertinggi dalam sjarah malaysia dan mencakupi 53.7% KDNK negara. Cuba anda bayangkan 50% dari pendapatan negara terpaksa digunakan untuk membayar hutang negara dan tinggal hanya 50% sahaja lagi untuk melaksanakan agenda membantu rakyat malaysia. Itu belum ditolak ketirisan yang berlaku, bayaran komisen melampau dalam membeli barang2 kerajaan dan sebagainya. Di dalam pembentangan bajet 2011 oleh PM di Parlimen, beliau mengatakan bahawa hutang kerajaan Malaysia hanyalah sekitar 200 bilion sahaja (lebih kurang). Namun setelah Audit Negara mengeluarkan bancian mereka, mereka mendapati hutang negara melebihi dari apa yang diperkatakan oleh PM sewaktu sidang parlimen tersebut. Adakah PM berbohong kepada rakyat ataupun beliau menerima maklumat yang salah (kerana beliau hanya membaca sahaja teks yang telah disediakan, bukannya beliau yang membuat teks itu).


Petikan akhbar online mengenai kenaikan harga petrol RON97:
Sumber http://www.malaysiakini.com/news/155023

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam. Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 31 Januari tahun ini.


Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter. Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu. Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...