SaHaBaT

11/27/2010

KaeDaH MeNaNGKaP NYaMuK

Berikut ialah cara MUDAH dan MURAH yang boleh dicuba untuk memerangkap nyamuk dan mengurangkan populasinya dalam bilik kita. Sesuai untuk individu yang amatur untuk mempraktikkannya di mana2 sahaja seperti di kolej kediaman institut pendidikan guru.

Bahan-bahan :
- 200 ml air
- 50 gram gula merah
- 1 gram ragi
- 1 botol plastik 1.5 liter

Langkah-langkah pembuatan :

Langkah 1

Potong bahagian atas botol minuman 1.5 liter kepada dua bahagian.

Langkah 2

Campurkan gula merah dengan air panas dan kacaukan sehingga sebati dan masukkan ke bahagian botol yang bawah (botol yg telah dipotong dua)

Langkah 3

Tambahkan ragi ke dalam campuran air gula merah tersebut tetapi tidak perlu dikacau or disturb2 campuran tu.

Langkah 4

Masukkan bahagian atas botol yang telah dikerat dua secara corong/muncung botol tu ke dalam seperti dalam gambar di bawah.

Langkah 5

Bungkuskan kesemua bahagian botol itu dengan kain/plastik/kertas hitam tetapi mulutnya dibiarkan ternganga ye.

Langkah 6

Setelah berminggu anda simpan di tempat berpotensi adanya nyamuk, anda akan lihat banyak nyamuk2 terlekat di dalam botol tersebut dan terkorban di dalamnya.

Selamat mencuba semuanya, terutama bakal-bakal cikgu di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: