
Kali ni diketengahkan sebuah kisah yang benar2 terjadi. Terdapat sebuah program yang dikenali ONE FAMILY oleh stesen televisyen MAJD. Panel yang dijemput memberikan ucapan ialah Dr.Yahya Alyahya (pengerusi CALL to Islam Committee). Dia memberitahu bahawa muslim di seluruh dunia semakin longgar ikatan ukhuwwahnya dek penjajahan yang menekankan semangat kebangsaan dalam diri masing-masing.
Kemudian dia bercerita mengenai kisah seorang pengacara non-muslim yang membicarakan mengenai islam dan dipaparkan di skrin sebuah visual umat islam di Masjidil Haram sedang bersedia untuk solat isyak. Pengacara berbangsa Amerika itu cukup teruja melihat betapa ramainya umat islam memenuhi ruangan solat untuk bersolat namun masih dalam keadaan kelam kabut dan tidak tersusun safnya.


Pengacara : Mungkin masa yang diambil adalah sekitar 12 jam.
Sheikh menjawab lagi : Tetapi kamu harus ingat bahawa jemaah yang hadir terdiri dari berpuluh2 negara dan beratus-ratus bahasa pertuturan.
Pengacara : Jadi tidak mungkin kita dapat menyatukan mereka dengan sedemikian cepat.
Namun skrin memaparkan tibalah waktu solat isyak di Masjidil Haram, sheikh Sudais Makkah berdiri dan melaungkan "ESTAWOO!" (Susunlah diri kamu dalam saf). Dalam beberapa saat sahaja semua kaum muslimin sudah berada dalam saf untuk mengerjakan solat isyak tersebut.




IsLaM ThE WaY oF LiFe...
1 ulasan:
subhanallah.. indah dan hebatnya AGAMA ALLAH ini..
Catat Ulasan