Assalamualaikum w.b.t. Bertemu kembali kita di laman blog berinformasi ni. Kali ni kita akan sme2 share2 ttg sbuah lori sampah di negara barat yang telah dijadikan sebagai rumah oleh individu yang suke merantau/ataupun tidak mempunyai rumah tetap. Dekat sne orang x berumah ni biasa sebab diorg suke merantau dlm caravan atau lori yang memang dh macam rumah pun. Tapi episod kali ni ialah sbuah lori sampah yang telah ditukar menjadi rumah, klu tgk dri luar mmg xder sape yg sangka dalamnya adalah rumah. Tak percaya jom tengok sme2...
Ha nampak gambat kt atas ni, bleh tengok siap ader sofa lgi kt tepi tingkap, walaupun sempit tpi stakat suami isteri bleh hidup la, klu ader ank 2 pun ok lgi kot, he3x... Cube tengok gambar kt bawah, siap ader dapur lgi tau, mmg lengkap smua, ader stove n siap dgn rak2 letak barang lagi, kelas gitu.
Gambar kt atas menunjukkan tempat ruangan kerja ataupun membaca dia, siap ader meja, krusi n laptop lgi. Mybe pakai line satelit kot, maklumlah org putis dh x brape gune broadband ni, trus link ke satelit. he3x..Kt bwh ni lak suasana ruangan dapur di bawah dan kelihatan tangga yg naik sedikit iaitu tempat sofa tdi, tmpat rhat2 ala2 ruang tamu gitu.
Ape yang ader dkat dpur ek, jom tengok. Dlm laci kabinet dia pnuh dgn kelengkapn dpur, mmg lengkp la, ader gelas, cawan, pinggan, pisau & others, he3x...

Dekat belakang trak dijadikan tempat letak motosikal. Sebab snang nnt nk gune ke mane2 ke, acam kreatif tak diorg nih. Klu tengoj dri luar nmpk mcm lori sampah or kargo biase je. He3x.... x sangka dlm dia tu ader rumah yg lengkp n selesa lgi tuh, he3x...
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Sebuah berita yang agak menggemparkan, tak tahu jugak keadaan pasar ni sebab tak pernah berbelanda kat pasar tu, tapi sekadar utk makluman & phatian je, berhati2 sewaktu membeli ye.
KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan. KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.
Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging. IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina bermula tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku melalui derma yang dipungut oleh komuniti muslim Kobe dan akhirnya siap sepenuhnya pada tahun 1935. Masjid ini dibina dengan berdirikan senibina turki tradisional oleh seorang jurutera warga Czech iaitu Jan Josef Švagr (1885–1969). Tahun 1941, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Pada tahun 1943 masjid ini telah diambil alih oleh Tentera Laut Imperial Jepun dan fungsinya sebagai masjid lumpuh buat seketika. Serangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika Syarikat telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sejarah dunia. Jepun pun menyerah kalah, tentera Jepun yang berada di Malaya pun sama terlibat turut pulang. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom dengan bom atom oleh Amerika. Semasa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikata Kobe menjadi padang jarak padang terkukur.
Ketika bangunan di sekitarnya musnah sama sekali, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjidmenjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bilik bawah tanah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.
Kerajaan Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana membaikpulih dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan terus dari German. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu bilik juga diletakkan di masjid ini. Sekolah yang hancur akibat perang kembali dibaikpulih dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Kobe.
Krisis kewangan sering menghimpit ahli jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya. Banyak sumbangan dihulurkan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan mengubah suai masjid ini. Sumbangannya menjadikan Masjid Kobe menjadi semakin berkembang. Pada tahun 1995, kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan gempa bumi paling dahsyat. Tepatnya pada pukul 5.46 pagi, Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lain-lain.
Meski hanya berlaku selama 20 saat, namun gempa ini mengorbankan seramai 6,433 orang, yang sebahagian besarnya merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa. Gempa bumi itu adalah kedua terburuk di Jepun selepas gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang mengorbankan 140,000 orang.
Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak bergoyah meskipun dilanyak dari berbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun seteguh masjid ini. Gambar Masjid Kobe sekarang.IsLaM ThE WaY oF LiFe...