SaHaBaT

10/19/2010

IsLaMiC FaSHioN FeSTiVaL 1MaLaYSia

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali kita di laman blog diusahakan oleh saya yang mededahkan beberapa penyelwengan yg terlalu ketara di dunia akhir zaman ni. Macam2 kepincangan berlaku dalam dunia ni yang semuanya diletakkan atas dasar islam. Sebagai contohnya penggunaan dana haram untuk membangunkan negara sebagai contoh terdekatnya penggunaan cukai arak, judi dan segala macam kemaksiatan yang ber'lesen' dari kerajaan untuk pembangunan. Sbb tu la knapa org yg btul2 jg mkan minum mcm tok guru di pndok pngajian islam yg byk tdapat di kelantan, terengganu & kedah diorg x kerja kerajaan. Pasal diorg ragu dri sumber mana kerajaan dpt duit utk bayar gaji mreka jika mreka bkerja dengan kerajaan persekutuan malaysia. Ntah2 dri sumber x elok n gaji diorg dpt akn ada effect pd ank2. That's way tok guru pndok byk berniaga secara halal dri mkan gaji ni.

Sekarang sibuk dengan isu sumbangan syarikat lumba kuda di Penang kepada kerajaan negeri pulau pinang yang dikatakan oleh BN PP sbagai haram. kata mereka wang tersebut iaitu dari sumber haram telah digunakan untuk membangunkan rakyat termasuk memberi sumbangan kepada fakir miskin dan sumbangan kematian sebanyak RM1000. Sedar atau tidak sedar, malaysia ni ada brape bijik kasino? Pusat tbesar kasino di malaysia ada gi Genting Highlands (aku pernah g Genting, mmg rmai2 mat saleh celup ada kt sne dok minum air setan & berjudi). So mana masuknya duit segala cukai2 arak, cukai judi, cukai sport toto 4D, cukai Pub, Disco & others? Klu x msuk ke akaun pembendaharaan negara ke mana lagi kan. Stakat yg gua belajar dlm subjek ekonomi, akaun negara ada 1 je n dlm tu smua jnis cukai msuk tmasuk cukai dri benda2 haram dlm islam tdi. Dan dari pembendaharaan negara ni la dilaburkan utk wat jalan, highways, bayar gaji kakitangan awam, malah ada disalurkan utk bantuan keagamaan sbgai contoh pembinaan rumah ibadat spt masjid, kuil dan tokong. Klu tokong n kuil x kisah sgt, ko bayangkn klu masjid dibina atas sumbangan dari kerajaan yang dri mana sumbernya. Tapi jgn bimbang, dosa smua tu ditanggung oleh pmimpin atasan. Bukan senang jadi pmimpin atasan ni, dunia je mewah, akhirat merana la jwbnya.

Ni nak citer ttg kisah pertunjukan fesyen yg mengarut di Monte Carlo, Monaco. Sape pnah dgr nama Monaco? Monaco ni mrupakan sbuah negara kecik je n kerajaan dia kaya sbb produk perlancongan yg banyak kt sne. Biasalah mat saleh mmg perlancongan diorg nih jnis2 gile punye, klu pantai tu xder tayangan free mmg bukn pantai mat saleh pnye. Sdangkn kt malaysia yg kononnya negara islam pn ader pantai gitu, ni apatah lagi di Eropah. Negara Monaco ni tletak di Barat Daya Eropah dkat dgn laut Mediterranean. Keluasan neagra ni pn xlah luas sgt, dlm 2 km persegi je n pnduduk dia pn dlm 35 000 org je, tpi produk perlancongan kt sni mmg terkenal. Tu pasal PM & isteri dia g wat pertunjukan fesyen islmic dkat sne.
Ha ni dia pertjunkan pakaian islam di Monte Carlo, Monaco. Dato' Seri Najib & isteri Datin Seri Rosmah Mansor pun ada gk dtg. Siap jdi tetamu VVIP lgi dn disambut oleh Putera Albert I iaitu pemerintah/ketua negara Monaco ni. Klu dlm Grand Prix, yg perlumbaan F1 tu, litar monaco mrupakan antra litar tercanggih mcm litar kt Singapore gk, kenape? Sebb litar lumba dia adalah jalan raya biasa di Monaco. Ditambah pula pemandangan yg cntik iaitu btul2 tepi laut mediterranian. So mmg lokasi percutian & hiburan melampau la kt sni.

Ha nmpk x kt atas PM kita ter'cinta' bsama isteri ter'cinta' sedang bergambar bersama putera albert I pemeirntah negara Monaco. Khabarnya pameran ni mendapat kerjasama dari Malaysia dengan diketuai oleh isteri PM kita. Cuba tengok kt papan tanda background pentas, jelas kelihatan perkataan ISLAMIC FESYEN FESTIVAL n yg plng comey kelihatan perkataan KUALA LUMPUR - JAKARTA - MONTE CARLO, he3x....ketiga2 ni adalah nama ibu negara bagi 3 buah negara yang mengajurkan festival fesyen islam ni iaitu MALAYSIA, INDONESIA & MONACO, he3x... proud to be malaysian, he3.x...

Kt atas ni nampk x PM ter'cinta' kita dgn isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sedang mghadiri majlis ni. Ensem jugak PM kite ek, berpakaian tuxsedo hitam. Isterinya pun comey sungguh. Kt bawah ni fesyen yang didatangkan khas dari indonesia. Tengok muka peragawati (sebenarnya hudoh) dh tau org indon n cara tudung mmg sah dri indon. Agaknya gini ke pakaian islam yg sbenar? Memang memalukan islam, guna nama islam, agaknnya diorg ni x fham islam tu ape kot, klu mat saleh monaco tu x kisah sgt coz mmg bukn islam, tpi ni islam dri malaysia n indonesia, xkan xleh beza mana satu pakaian islam. Mungkin islam 1Malaysia n islam 1Indonesia kot....

Klu tgk gambar2 ni mmg sah diorg ni x pemalu. Menjaja nama islamic tpi pakaian yg diperagakan bukan bercirikan islam langsung. Peragawati tu lantaklah tpi pereka dan org yg mengajurkannya, ape punye x btul la (kata Dr HM Tuah dlm bukunya tpi bukn mnyentuh ttg festival ni la).


Tengoklah pakaian yg diperagakan ni, agaknya ader ciri islamik ke..? Warna Terang menarik perhatian, x tutup rambut & leher (malah dada ditonjolkan semaksimum mungkin), lengan x bertutup, ketat, menampakkan bentuk badan, menarik perhatian org rmai n mcm2 lagi. Kesemua ciri ni menafikan ni pakaian fesyen islam. Memang sah, terang lagi bersuluh gitu. Ape nk dipertikai lagi, nilah salah satu jarum2 yg digunakan utk mmburukkan orng islam & agama islam itu sendiri. Agama kebenaran & penghindaran dari kemaksiatan. Bayangkn klu ader org nk msuk islam pastu tertgok lak festival ni, mesti dia berfikir, ala islam dengan agama lain same je, xder beza pun. wat pe msuk islam klu dh smua agama sama. Tengok? sape salah skrg...? Agaknya otak deme kelu kot klu x pun terlalu byk minum air berais, otak jdi beku sush nk mikir dh.

Ha, cube tgk kt bawah ni, nmpk x background dia tulis ISLAMIC FASHION FESTIVAL? Sikit punye bangang btul la, ni la dia konsep negara islam yg dipraktikkan oleh ptadbiran atasan Malaysia, agaknya nk jdikan Malaysia mcm Turki swaktu era Kamal Artarturk kot, cume kamal tu terlampau ekstrem & terang menentang islam. Tapi konsep ni menentang islam secara senyap2 n dri dlam lgi. Ala2 org munafik mmusnahkan islam, gini la konsepnya, memusnahkan islam dri dalam.

Jom kite same2 baca fatwa yng dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan dengan pakaian wanita islam ini. Utk maklumat lanjut boleh melayari link ni http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=2070&Itemid=48

Soalan:

Bagaimanakah bentuk pakaian wanita Islam?

Jawapan:


Kesopanan dalam sebarang keadaan termasuk berpakaian adalah nilai kemurnian akhlak dan kemantapan iman. Rasulullah S. A. W. diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia dan mendidik manusia dengan kesempurnaan adab dan kesopanan. Di antara ciri-ciri kesopanan dan kesusilaan yang dapat dilihat adalah melalui berpakaian dan pakaian yang bersopan di sisi Islam ialah yang menutup aurat sama ada bagi lelaki mahupun wanita dengan tiada dihadkan bentuk dan fesyen bahkan diserahkan kepada kebiasaan sesuatu kaum atau sesebuah masyarakat. Yang pentingnya wajib berpakaian yang menutup aurat kerana ia sesuai dengan martabat manusia yang dimuliakan.

Para ulama’ dengan berpandukan al-Quran dan as-sunnah telah memberi garis dan panduan yang jelas tentang aurat yang wajib dilindung atau ditutup dari pandangan. Kita boleh mengambil contoh garis panduan yang dinyatakan khas bagi aurat kaum wanita di hadapan lelaki ajnabi iaitu yang bukan suaminya dan mahramnya di luar sembahyang dari semua pendapat aliran-aliran mazhab yang empat:

1. Mazhab Hanafi

Aurat perempuan (merdeheka) seluruh badannya termasuk rambut yang terhurai kecuali muka dan tapak tangan (tapak dan belakangnya) dan dua kaki di dalam sembahyang tetapi di luar sembahyang ia adalah aurat juga tiada boleh dilihat atau disentuh.

2. Mazhab Maliki.

Aurat dibahagikan kepada dua (1) mukhaffafah (2) mughallazah.Mukhaffafah ialah dada dan yang bertentang dengan dada dari belakang, dua tangan dan dua kaki. Selain anggota-anggota tersebut adalah aurat mughallazah.Pembahagian ini dibuat berkaitan dengan hukum sembahyang ketika terbuka aurat-aurat tersebut itu. Adapun dari segi hadapan lelaki ajnabi maka semuanya aurat kecuali muka dan dua tapak tangan itupun wajib ditudung kerana takut fitnah bukan kerana aurat.

3. Mazhab Syafie.

Seluruh badan kecuali di dalam sembahyang maka dikecualikan muka dan dua tapak tangan. Demikian juga ketika tawaf dan al-Imam an-Nawawi salah seorang ulama’ as-Syafie mengecualikan muka dan dua tapak tangan di dalam sembahyang dan di luar sembahyang.

4. Mazhab Hanbali.

Aurat perempuan seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangannya. Kesimpulannya semua mazhab bersependapat bahawa aurat perempuan (merdeheka) di hadapan lelaki ajnabi adalah seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangannya di mana kedua-dua anggota itu terdapat khilaf padanya sama ada aurat atau bukan aurat.

Di dalam zaman sekarang ini yang banyak memerlukan tenaga wanita di luar rumah maka pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan itu bukan aurat adalah difikir munasabah kerana “hajat”.Hajat itu umpama menuntut ilmu, memberi ilmu, mencari nafkah menampung saraan hidup, menunai kewajipan yang khusus dengan wanita atau kerana pertunangan atau menjadi saksi atau lain-lain yang tiada dapat tiada dibuka mukanya atau kerana mengelak dari masyaqqah (kepayahan/kesusahan) sekiranya tiada dibuka muka seperti untuk rawatan perubatan.

Klu d Malaysia secara majoritinya penganut islam di Malaysia memegang mazhab Imam As-Syafie, justeru secara automatiknya hanya pegangan mazhab Syafie sahaja dipraktikkan di malaysia kcuali mempunyai beberapa maslahat. Itupun dengan perkenan dari Sultan/Raja sesebuah negeri dan YDPA bagi negeri tidak bersultan@raja. Maka pendapat imam As-Syafie lah yg harus diambil kira iaitu aurat bagi pmpuan ialah smua badan kcuali permukaan wajah dan permukaan tapak tangan. Dan Disyaratkan pakaian itu tidak terlalu nipis, terlalu ketat, warna terlalu terang dan menarik perhatian mata lelaki, terlalu jarang dan pakaian itu haruslah tidak menyerupai pakaian wanita agama lain. Dengan tu jelas lagi terang lagi bersuluh apakah dia ciri-ciri pakaian islam. Agaknya pakaian dlm Islamic Fashion Festival ni menepati tak ciri-ciri pakaian pmpuan islam & mukminah menurut Al-Quran & Hadis? Sendiri mau pikir la (nada nabil raja lawak).

Dalam byk2 pakaian 'islamic' yg dipertontonkn di khalayak rmai wktu tu, pakaian ni la yg pling HOT SPICY kot. Siap terbuka bahagian blkg badan lgi, skali tgk nk tgk 100 kali kot, He3x....Memng pndai Malaysia, Indonesia & Monaco ni cri & reka pakaian muslimah islam. Memang suami tgk pun tgoda hbis la jwbnya, x lena tido la sekali tgk. Tapi klu utk suami xder maslaah slagi org luar x tgk, tpi agaknya pakaian ni ssuai x utk pakai dlm umah? Ni ke pakaian islam yg dicanangkn oleh Kuala Lumpur, Jakarta & Monte Carlo, Macam2 la pmimpin 'pandai' & 'bijak' nih.

At least kite dpt tahu mmg dlm dunia ni byk sgt penyelewengan yg menggunakan nama islam. Klu yg syiah tu lantak la mmg diorg dh lama wat keje penyelewengan akidah ni, ni org islam yg sunni & bpegang pd mazhab As-Syafie pn wat gini gk. Alamatnya mmg dunia dh btul2 akhir zaman la. Diharapkan kita sme2 dpt mghindarkn diri dri bahaya akidah & akhlak mcm nih, Amiin....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

astagfirullahalazim. Sepatutnya diorang ni semua ditimpa bencana tsunami habis semua mati, allah tak balas kat dunia, allah balas kat neraka.

~.~ berkata...

mmg diorg salah...tp x elok la doa yg bruk..doa je moga2 diorang dpt hdyah nt...hehhehehe
=)