Assalamualaikum...w.b.t.
Selamat bertemu kembali setelah lama ana (saya) tak berceloteh di sini. Cuba perhatikan gambar2 di atas ni. Apa pendapat kalian? Pada pandangan saya kan, ini merupakan amaran dari Allah Taala kepada umat manusia yang suka merosak alam sekitar yang telah Allah jadikan cukup teratur dan sempurna. Pada pandangan saya jalan ni mungkin dibina di atas sebuah sungai yang telah ditimbus ataupun dilencongkan arah alirannya. Dan sekiranya itu berlaku, inilah yang akan terjadi kerna telah merubah satu ketetapan yang telah dibuat. Mungkin lain orang lain pendapatnya tapi bagi ana, rasanya kes ni berkaitan dengan sistem pengaliran air sungai yang telah dilencongkan ataupun ditimbus terus. Mungkin pada mulanya, ia hanya sebuah parit atau saluran air semulajadi yang kecil yang ditimbus untuk memberi laluan kepada pembinaan jalanraya di atasnya. Dan apabila berlakunya hujan lebat secara berterusan, akhirnya kapasiti air mengalir yang terkandung di dalam tanah telah menyebabkan berlaku tolakan atau aliran air bawah tanah yang besar.
Jesteru akhirnya mengakibatkan struktur tanah tidak kukuh dan berlakunya pemendapan demi pemendapan dan akhirnya terjadinya sebuah aliran air seakan-akan sebuah sungai ini. Ayuh kita jadikan ini semua sebagai pengajaran. Insyallah Allah akan melindungi kita semua. Pengajarannya ialah kita jangan merosakkan keindahan dan kesempurnaan alam sekitar yang telah dicipta ini dengan berlandaskan norma kehidupan yang berada di luar kotak kewarasan. Begitu juga dengan ciptaan Allah Taala yang ada dalam diri kita, janganlah kita sewenang-wenangnya mengubahnya. Antaranya mencukur bulu kaki, bulu kening ataupun melakukan pembedahan plastik (plastic surgery) bertujuan untuk berhias dan tidak ada sebab yang kukuh untuk kita lakukannya. Kerna kelak akan mendapat seksa yang tak terperi akibatnya di akhirat sana. Nauuzubillah...
Wassalam...
IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan