Apakah hukum bagi seorang wanita yang sudah datang haid bersentuh kulit tanpa berlapik dengan lelaki yang bukan suami atau muhrimnya ? Hukumnya jelas di dalam Al-Quran dan Hadis Sahih Rasullullah bahawa HARAM dan BERDOSA BESAR di sisi Allah Taala. Akil baligh bagi seorang wanita adalah seawal usia 9 tahun sebaik sahaja dia didatangi bulan atau keluar darah haid dan bagi seorang lelaki adalah sebaik sahaja bermimpi dan keluar cecair separa pekat iaitu air mani atau mencapai umurnya 15 tahun. Itulah istilah bagi istilah baligh dan diwajibkan keatas dirinya mengerjakan segala amalan-amalan yang diwajibkan ke atas dirinya. Sewaktu itu, dosa akan ditanggung oleh diri sendiri dan tidak lagi ditanggung oleh kedua ibubapa.
Apakah hukum bagi guru ini dan pelajar perempuan ini bersalam dan bersentuhan tangan ? Tentunya haram kerana kedua-duanya sudah cukup umur atau akil baligh dan diantara guru dan juga pelajar perempuan ini sememangnya tiada ikatan atau pertalian sama ada sebagau muhrim jauh sekali sebagai suami isteri. Jangan kata atas dasar menghormati orang tua kita sanggup menggadai kehormatan dan diri dengan merelakan diri dihumban ke dalam neraka Jahannam. Tiada alasan di sebalik perkara ini. Wartawan dan akhbar turut bodoh kerana menyiarkan gambar ini yang dikatakan sikap menghormati orang tua yang diamalkan oleh orang melayu dan bangsa di Malaysia. Matlamat tidak menghalalkan cara walau ianya bertujuan baik.
Samalah seperti seorang lelaki yang mencuri wang dari pihak bank yang mengamalkan riba untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Ianya tetap haram dan dikira sebagai berdosa dan sedekah itu hanya menjadi habu dan tidak langsung mendapat ganjaran pahala wlau sebesar zarah dari Allah Taala. Begitu juga sekiranya seorang ibu tunggal yang dikatakan sanggup melacurkan diri dengan bertujuan untuk mencari rezeki bagi menyara anak-anak setelah diceraikan oleh suami. Ini tetap salah dan berdosa besar. Matlamat tentunya tidak dapat menghalalkan cara yang digunakan untuk itu. Pendapat seorang ustazah yang cukup kontroversi suatu ketika dahulu mengatakan bahawa harus melacurkan diri dengan bertujuan untuk menyara anak-anak setelah bercerai dengan suami. Ini adalah suatu ajaran sesat yang nyata yang telah dikeluarkan oleh seorang ustazah yang masyhur di negara ini
Bagaimana pula dengan mak cik-mak cik yang dah separuh umur di atas ini boleh mempersembahkan dikir barat pula ? Apakah hukumnya dari segi agama ? Hukumnya adalah HARAM dan BERDOSA BESAR. Ianya jelas juga di dalam Al-Quran dan hadis Rasullullah S.A.W. Tidak salah ingin berhibur namun harus ada batasan. Tidak boleh disiarkan secara langsung ataupun tertunda dalam mana-mana media elektronik atau media cetak. Dan hanya perempuan sahaja yang boleh menghadiri majlis tersebut tanpa seorang lelaki pun. Itulah batasan yang telah ditetapkan oleh agam. Namun masih ada yang mengingkarinya. Jesteru persiapkanlah diri kamu untuk menerima apa-apa bentuk hukuman Allah Taala. Atau bertaubatlah kamu ke arah jalan yang benar kerna hanya itu sahaja yang dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah Taala. Semoga Allah menyedarkan sesiapa yang masih tidak lagi sedarkan diri mereka tentang dunia ini dan memberi peringatan yang berguna kepada yang sudah sedar dan diperkuatkan lagi iman dan taqwa mereka kepada-Mu. Amiiinnn...
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan