SaHaBaT

5/27/2008

Di manakah Aurat ??!!

























Apakah hukum bagi seorang wanita yang sudah datang haid bersentuh kulit tanpa berlapik dengan lelaki yang bukan suami atau muhrimnya ? Hukumnya jelas di dalam Al-Quran dan Hadis Sahih Rasullullah bahawa HARAM dan BERDOSA BESAR di sisi Allah Taala. Akil baligh bagi seorang wanita adalah seawal usia 9 tahun sebaik sahaja dia didatangi bulan atau keluar darah haid dan bagi seorang lelaki adalah sebaik sahaja bermimpi dan keluar cecair separa pekat iaitu air mani atau mencapai umurnya 15 tahun. Itulah istilah bagi istilah baligh dan diwajibkan keatas dirinya mengerjakan segala amalan-amalan yang diwajibkan ke atas dirinya. Sewaktu itu, dosa akan ditanggung oleh diri sendiri dan tidak lagi ditanggung oleh kedua ibubapa.

Apakah hukum bagi guru ini dan pelajar perempuan ini bersalam dan bersentuhan tangan ? Tentunya haram kerana kedua-duanya sudah cukup umur atau akil baligh dan diantara guru dan juga pelajar perempuan ini sememangnya tiada ikatan atau pertalian sama ada sebagau muhrim jauh sekali sebagai suami isteri. Jangan kata atas dasar menghormati orang tua kita sanggup menggadai kehormatan dan diri dengan merelakan diri dihumban ke dalam neraka Jahannam. Tiada alasan di sebalik perkara ini. Wartawan dan akhbar turut bodoh kerana menyiarkan gambar ini yang dikatakan sikap menghormati orang tua yang diamalkan oleh orang melayu dan bangsa di Malaysia. Matlamat tidak menghalalkan cara walau ianya bertujuan baik.

Samalah seperti seorang lelaki yang mencuri wang dari pihak bank yang mengamalkan riba untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Ianya tetap haram dan dikira sebagai berdosa dan sedekah itu hanya menjadi habu dan tidak langsung mendapat ganjaran pahala wlau sebesar zarah dari Allah Taala. Begitu juga sekiranya seorang ibu tunggal yang dikatakan sanggup melacurkan diri dengan bertujuan untuk mencari rezeki bagi menyara anak-anak setelah diceraikan oleh suami. Ini tetap salah dan berdosa besar. Matlamat tentunya tidak dapat menghalalkan cara yang digunakan untuk itu. Pendapat seorang ustazah yang cukup kontroversi suatu ketika dahulu mengatakan bahawa harus melacurkan diri dengan bertujuan untuk menyara anak-anak setelah bercerai dengan suami. Ini adalah suatu ajaran sesat yang nyata yang telah dikeluarkan oleh seorang ustazah yang masyhur di negara ini

















Bagaimana pula dengan mak cik-mak cik yang dah separuh umur di atas ini boleh mempersembahkan dikir barat pula ? Apakah hukumnya dari segi agama ? Hukumnya adalah HARAM dan BERDOSA BESAR. Ianya jelas juga di dalam Al-Quran dan hadis Rasullullah S.A.W. Tidak salah ingin berhibur namun harus ada batasan. Tidak boleh disiarkan secara langsung ataupun tertunda dalam mana-mana media elektronik atau media cetak. Dan hanya perempuan sahaja yang boleh menghadiri majlis tersebut tanpa seorang lelaki pun. Itulah batasan yang telah ditetapkan oleh agam. Namun masih ada yang mengingkarinya. Jesteru persiapkanlah diri kamu untuk menerima apa-apa bentuk hukuman Allah Taala. Atau bertaubatlah kamu ke arah jalan yang benar kerna hanya itu sahaja yang dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah Taala. Semoga Allah menyedarkan sesiapa yang masih tidak lagi sedarkan diri mereka tentang dunia ini dan memberi peringatan yang berguna kepada yang sudah sedar dan diperkuatkan lagi iman dan taqwa mereka kepada-Mu. Amiiinnn...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5/26/2008

Projek Pilihanraya Yang Terbengkalai


































Inilah dia projek yang telah dirasmikan oleh PM kita, Pak Lah yang kuat tido. (Artikel dia tido bleh didapati dalam blog ini juga). Ini adalah keratan akhbar Sinar Harian yang telah memaparkan sebuah projek kerajaan pusat atau lebih tepat lagi projek Kerajaan Barisan Nasional yang telah dirasmikan menjelang pilihanraya di Kelantan baru-baru ini. Projek yang menjanjikan peluang pekerjaan kepada ratusan mungkin juga ribuan rakyat Kelantan akhirnya terbengkalai begitu sahaj tanpa sebarang kemajuan.















Pada mulanya tapak binaan ini giat ditambun dengan pasir. beberapa keping tanah sawah terpaksa dikorbankan untuk menghasilkan Terminal Makanan yang menjanjikan tempat dan lot perniagaan kepada peniaga-peniaga tempatan dan menjadi satu hub makanan tempatan seperti budu and others. Namun selepas selesai pilihanraya, semua itu tinggal kenangan yang begitu perit bagi semua peniaga-peniaga yang telah dijanjikan lot-lot perniagaan dengan sewa yang dikatakan murah dan berpatutan. jikalau kalian melalui jalan yang menghubung Kota Bharu dan Pasir Mas melalui Jambatan yang dibina oleh ahli parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali. Inilah dia salah satu projek yang dikatakan mega yang dicanangkan kepada rakyat kelantan yang akhirnya tinggal kenangan. Jesteru sokonglah kerajaan yang suka berbohong kepada rakyatnya.






















IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5/24/2008

Kelantan Yang Sebenarnya





















Sebuah bukti menunjukkan Kelantan merupakan sebuah negeri yang penuh dengan berbagai tempat-tempat menarik yang tak mungkin terdapat di negeri-negeri lain. Nilai-nilai keagamaan yang diterapkan oleh kerajaan negeri cukup menyentuh hati setiap pengunjung yang hadir ke negeri kalahiranku ini.


Semua orang mengkritik negeri ini yang katanya sebuah n
egeri serambi miskin bukannya negeri serambi Mekah kerana mereka tidak pernah melihat Kelantan secara lebih dekat. Pernah suatu ketika seorang pekerja Genting Highlands mengatakan Kelantan dan negeri-negeri adalah sama pelbagai sudut. Kau tahu macam mana ? Gaji dan elaun yang kau terima tiap-tiap bulan tu pun belum tentu halal.

Pandai-pandai kau nak hina sebuah negeri yang dipimpin oleh seorang ulama', kau tu ape di sisi Allah Taala, hamba yang hina dan tak punya sebarang ilmu agama. Genting highlands ni adalah sebuah tempat kemaksiatan yang hanya dipejam sebelah mata oleh bapak Hadhari Malaysia, Pak Lah.
Nak tahu apa yang pekerja tu cakap tentang Kelantan ? Dia cakap kelantan ni same macam negeri lain, ada Pub, Disko, kedai nombor ekor dan pesta-pesta liar.....Betul ker..? Hanya orang Kelantan jer bleh jawab.


Wahai semua penyokong BN & UMNO, ini satu cabaran buat kalian semua. Cubalah kalian datang melawat ke Kelantan dan tengok sendiri cara kerajaan PAS mentadbir negeri berlandaskn islam. Kalian akan dapati bahawa semua yang kanda dapati dari majalah-majalah dan juga akhbar harian yang kalian baca adalah tidak benar semuanya.





Pengunjung luar turut memuji Kerajaan
pimpinan Tok Guru yang terkenal dengan
sifat yang rendah diri, ada ke mana-mana
pemimpina negara yang mempunyai sifat
zuhud (rendah diri)






Hakikatnya kebebasan media di Malaysia berada pada paras yang teruk. Ini dapat dibuktikan dengan statistik yang dikeluarkan oleh sebuah badan antarabangsa baru-baru ini yang mengatakan bahawa Malaysia merupakan antara negara-negara yang medianya langsung tidak bebas dan ditekan dari atas. Semuanya dapat dilihat dengan lebih teliti setelah kalian mengunjungi Kelantan sendiri.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...