SaHaBaT

12/30/2012

BuKu PiLiHaN AkHiR 2012


ROTHSCHILD : YAHUDI KEPERCAYAAN DAJJAL
Ibnuyaacob
RM24.00
255 Mukasurat
Terbitan : Moonmedia Enterprise
Sinopsis : Teori konspirasi yang hangat diperkatakan di benua Amerika Utara dan juga benua Eropah dan tidak lupa di kawasan Timur Tengah dipenuhi dengan fakta yang kritikal mengenai dunia akhir zaman. Buku ini merupakan salah satu dari buku-buku berkenaan dengan teori konspirasi namun dipenuhi dengan fakta-fakta yang kukuh serta munasabah. Rothschild merupakan antara keluarga yang paling berkuasa di dunia terutama di benua Amerika Utara dan benua Eropah dek kerana penguasaan mereka keatas bank-bank utama di benua tersebut yang merupakan bank utama di dunia. Mereka melebarkan perniagaan kewangan perbankan mereka dengan aman walaupun sedang berlaku perang dunia pertama dan kedua. Malah negara asal keluarga ini adala Jerman namun mereka tidak diusik walaupun mereka mengatakan yahudi merupakan bangsa paling teruk dibunuh sewaktu permulaan perang dunia kedua. Malah rumah-rumah agam dan istana milik mereka langsung tidak disentuh sewaktu perang, ini membawa kewujudan wujudnya konspirasi sama ada keluarga ini terlibat atau tidak dalam mencetuskan perang tersebut. Sungguh berfakta dan membuka mata kita sebagai warga marhaen mengenai sandiwara yahudi zionis menguasai kewangan dunia.


ART OF DECEPTION : AMERIKA, FREEMASON, ZIONIS : MEREKA MENIPU DUNIA
Jerry D. Gray (Muslim, bekas juruterbang USAF)
RM17.00
310 Mukasurat
Terbitan : PTS ISLAMIKA Sdn. Bhd.
Sinopsis : Mengisahkan mengenai kaitan diantara Amerika, Freemason dan Zionis dalam meneruskan agenda penipuan kepada dunia melalui pelbagai insiden. Buku ini menerangkan secara terperinci mengenai penipuan-penipuan yang wujud sewaktu insiden 11 September 2001 yang penuh dengan kontroversi. Malah perkaitan yang kuat antara Zionis di Israel dengna Amerika Syarikat yang dijelmakan melalui beberapa perlambangan simbol oleh Amerika Syarikat. Malah perkaitan diantara Zionis dan Vatican City turut diketengahkan dengan pelbagai fakta serta analisis yang kritikal.


TRAVELOG LUKA AIR MATA SYRIA
Riduan Mohammad Nor, M. Abdul Malik Abdul Karim & Ahmad Ulwan Hassim
RM20.00
226 Mukasurat
Terbitan : Jundi Resources
Sinopsis : Perang di Syria sehingga kini masih berbaki yang melibatkan diantara kelompok pemerintah Syria yang terdiri dari kelompok SYIAH Nusairiyah dengan rakyat Syria yang rata-rata beraliran Sunni atau ASWJ. Pemerintahan Syria yang dimulai oleh Hafeez al-Assad telah mendapat kekuasaan yang mutlak setelah berjaya merampas kuasa dan dari situlah bermulanya episod-episod luka rakyat Syria yang ditindas terutama dari mereka yang berfahaman Sunni a.k.a ASWJ. Kisah pembantaian rakyat sunni Syria sejak era 1980-an lagi tidak mendapat perhatian dunia apatah lagi negara-negara umat islam di timur tengah. Hafeez al-Assad dan kini anaknya Bashaar al-Assad bijak memanipulasi media untuk menutup kekejaman mereka. Buku ini mengisahkan perit-getir rakyat Syria dalam menghadapi kekejaman rejim pemerintah. Bermula revolusi yang dilancarkan pada 2011 oleh rakyat Syria yang kini masih belum berbaki bakal menyaksikan rejim SYIAH tersebut akan dipadamkan dari Syria. Sebuah buku yang menginsafkan kita umat islam betapa ramai saudara seagama kita di sana ditindas tidak berperikemanusiaan oleh pemerintah. Jangan kita mudah terpengaruh dengan berita-berita arus perdana di Malaysia yang hanya memaparkan berita sebelah pihak sahaja.
 

RAHSIA SIMBOL YAHUDI
Ibnuyaacob
RM24.00
221 Mukasurat
Terbitan : Moonmedia Enterprise
Sinopsis : Sebuah lagi buku teori konspirasi yang mengaitkan beberapa individu berpengaruh di dunia yang mempunyai pertalian dengan beberapa pergerakan freemason, illuminati dan zionisme. Mereka inilah yang mencorakkan dunia diakhir zaman dengan menggunakan segenap pengaruh sama ada ketenteraan, ekonomi, hiburan dan sebagainya. Malah diterangkan juga mengenai beberapa simbol yang sinonim dengan ahli-ahli pergerakan rahsia yahudi tersebut yang kerapkali ditunjukkan oleh individu-individu berpengaruh dunia terutama para ketua negara barat, artis-artis serta individu-individu lain.


MEMBONGKAR KESESATAN : BLACK METAL : THE CHILD OF SATAN
Ann Wann Seng
RM 14.00
194 Mukasurat
Terbitan : Kemilau Publika Sdn. Bhd.
Sinopsis : Era 80-an dan 90-an menyaksikan meledaknya muzik dari genre rock di Malaysia malah di dunia. Kumpulan-kumpulan rock tanahair seperti Wings, Search dan sebagainya menjadi fenomena baru dikalangan belia sewaktu era itu. Bukan sahaja muzik menjadi siulan mereka, malah pakaian, cara berkomunikasi dan sebagainya semua ditiru oleh belia. Mereka semakin terhakis dari nilai keagamaan malah nilai ketimuran yang sepatutnya wujud. Namun dalam kesibukan meledaknya genre rock Malaysia, wujud 1 lagi genre rock yang turut diadun ideologi songsang menyembah syaitan yang dinamakan Black Metal. Pernah heboh 1Malaysia mengenai sesatnya rock jenis ini. Buku ini mengupas mengenai asal-usul Black Metal, kelompok yang biasa disasarkan, kaedah pemakaian khusus untuk Black Metal, ritual-ritual kesyaitanan yang sering dibuat oleh mereka dan penerangan mengenai ieologi mereka. Walaupun isu Black Metal merupakan isu sedikit kebelakang, namun amat penting kita mengetahui sifat dan ciri-cirinya bagi memastikan kita dapat mengenai kelompok ini sekiranya mereka kembali aktif kelak terutama di Malaysia.


FAIL SULIT PRESIDEN AMERIKA
Muhd. Nur Iman Ramli
RM20.00
254 Mukasurat
Terbitan : PTS Millennia Sdn. Bhd.
Sinopsis : Tajuk buku yang sungguh menarik minat sesiapa sahaja yang menatap cover buku tersebut. Namun buku ini bukanlah benar-benar mendedahkan fail sulit presiden amerika. Cuma penulis. Muhd Nur Iman, bekas penuntut Maahad Muhammadi (Lelaki) yang kini bergiat aktif dalam bidang penulisan sejarah telah mengisahkan mengenai kesemua presiden-presiden Amerika Syarikat bermula kemerdekaannya setelah tamat Civil War 1880-an dahulu sehinggalah Barack Obama kini menjadi Presiden kulit hitam pertama US. Turut menceritakan mengenai tabiat baik dan buruk presiden US, kenderaan yang pernah digunakan secara rasmi dan juga protokol yang sulit mengenai presiden US. Turut dikaitkan mengenai teori konspirasi pembunuhan Presiden John. F. Kennedy dan sebab mengapa beliau dibunuh.


RAHSIA PEMBUNUH EKONOMI DUNIA
John Perkins, terjemahan Ab. Rahman Ahmad
RM29.00
308 Mukasurat
Terbitan : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
Sinopsis : Sebuah buku yang dikarang oleh non-muslim dari barat yang menceritakan bagaimana kehidupannya sebagai ejen kapitalis menjajah negara-negara dunia ketiga termasuk Indonesia menggunakan penjajahan kewangan dan perbankan. Menceritakan pengalaman hidupnya semenjak kecil hingga akhirnya menjadi Economic Hitman yang ditugaskan untuk menjerumuskan sesebuah negara kearah bebanan pinjaman kewangan. Akhirnya negara tersebut akan dibebani pinjaman berat atas nama pembangunan yang menyaksikan negara tersebut terpaksa mengikut telunjuk negara peminjam dari barat. Sungguh bermanfaat dalam kita mengetahui mengenai sepak terajang sektor kewangan dan perbankan dalam memusnahkan ekonomi sesebuah negara.


YAKJUJ & MAKJUJ : 5 GELOMBANG PEMBAWA BENCANA
Muhammad Alexander
RM35.00
749 Mukasurat
Terbitan : PTS Islamika Sdn. Bhd.
Sinopsis : Naskhah ini merupakan naskhah kedua setelah Yakjuj & Makjuj : Bencana di Sebalik Gunung yang ditulis oleh individu yang sama. Mengisahkan mengenai kaitan diantara bangsa yahudi yang hilang sewaktu era pemerintah raja Babylon yang kejam dengan Yakjuj dan Makjuj. Dijelaskan juga beberapa teori ilmiah dari pelbagai sumber kitab al-Quran, Bible, taurat (talmud) dan sebagainya mengenai kedatangan dan serangan dari golongan ini diakhir zaman. Sungguh ilmiah dan penuh dengan fakta yang menarik, pasti menambat hati sesiapa yang meminati sejarah tersembunyi.


WAHABI, SESATKAH MEREKA?
Hersi Mohamad Hilole, diterjemah oleh Muhammad Yusuf Khalid
RM18.00
168 mukasurat
Terbitan : PTS Millenia Sdn. Bhd
Sinopsis : Sebuah buku yang neutral dalam mengutarakan pandangan mengenai WAHABI. Sumber yang diambil adalah dari sumber-sumber mengenai wahabi dari kelompok pro-wahabi, anti-wahabi dan beberapa pandangan dari sarjana orientalis barat. Menelusuri sejarah pembentukan wahabi, persengketaan diantara abang pengasas fahaman wahabi dengan pengasasnya. Pandangan wahabi dalam pelbagai aspek serta kaitannya dengan beberapa kelompok masyarakat di era pemerintahan khalifah-khalifah dan era moden kini. Sunggoh bermanfaat terutama kepada mereka yang mahu berjinak-jinak mengetahui kisah siapakah kelompok wahabi. Jika ingin tahu lebih lanjut seeloknya merujuk kepada ulama-ulama atau kitab-kitab muktabar.


MUHAMMAD BUKAN NASIONALIS
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat & Azrul Hakim Suradi
RM25.00
326 Mukasurat
Terbitan : Kemilau Publika Sdn. Bhd.
Sinopsis : Muhammad @ Rasullullah S.A.W merupakan utusan Allah S.W.T dalam menyebarkan ISLAM ke muka bumi. Baginda tidak hanya mengekslusifkan ISLAM untuk bangsa arab sahaja atau mana-mana bangsa di dunia ini hatta melayu sekalipun. ISLAM For All. Dalam naskhah ini diterangkan mengenai fahaman nasionalisme. Adakah nasionalisme bertentangan dengan ISLAM atau sebaliknya.


KEBANGKITAN GERAKAN ISLAM DALAM FENOMENA ARAB SPRING
Haris Zalkapli
RM20.00
220 Mukasurat
Terbitan : Jundi Resources
Sinopsis : Revolusi Tunisia telah menjadi pencetus kepada gelombang kesedaran rakyat di negara arab dalam menumbangkan pemerintah yang zalim, kejam dan menindas rakyat. Pemerintah yang hidup di dalam serba kemewahan manakala rakyat jelata hidup dalam kemelaratan, kesengsaraan dan kemiskinan melarat akibat dari dasar-dasar pemerintah yang dipenuhi korupsi, penyelewengan dan penipuan undi. Buku ini mengisahkan revolusi-revolusi yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya, Syria, Yaman, Bahrain, Arab Saudi dan sebagainya. Mengutarakan pandangan yang kritikal mengenai revolusi tersebut dan menceritakan mengenai usaha meluaskan pengaruh diantara kelompok Sunni yang berpusat di Arab Saudi dan Qatar serta kelompok Syiah berpusat di Iran dan Syria. 


MESIR SEBELUM DAN SELEPAS DR. MURSI
Riduan Mohamad Nor & M. Abd. Malik Abd. Karim
RM25.00
300 Mukasurat
Terbitan : Jundi Resources
Sinopsis : Revolusi Mesir 2011 telah mencatatkan peralihan politik yang amat besar di Mesir terutama setelah kejatuhan diktator Hosni Mubarak yang dipenuhi dengan warna pahit dalam politik mesir. Hosni Mubarak yang terkenal dengan sikap anti-pergerakan islam, anti-syariah, pro-barat malah pro-israel telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir melalui demonstrasi dan rusuhan besar-besaran keatas pentadbirannya. Setelah kejatuhan Hosni, pihak tentera mengambilalih Mesir dan melakukan pilihanraya parlimen dan juga presiden Mesir yang menyaksikan Parti Islam Mesir, iaitu Freedom & Justice Party (FJP) memenangi separuh dari kerusi parlimen manakala Dr. Mohammed Mursi yang merupakan ahli Ikhwanul Muslimin telah meletak jawatan di dalam IM untuk bertanding di dalam pilihanraya Presiden Mesir. Buku ini menceritakan siapakah sebenarnya sosok tubuh Dr. Mursi, apakah alma maternya, bagaimanakah beliau menjalani kehidupan seharian, apakah tindakan yang akan dilakukannya setelah memenangi pilihanraya dan sebagainya. Mengupas secara neutral dan adil mengenai pergerakan islam di Mesir dan mendekatkan kita dengan revolusi Mesir tersebut.



AKU DAN IKHWANUL MUSLIMIN
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, terjemahan Muhammad Lili Nur Aula
RM25.00
364 Mukasurat
Terbitan : Mutiara Ilmu Selekta Sdn. Bhd.
Sinopsis : Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi merupakan ketua ulama sedunia yang menjadi antara pakar rujuk umat islam dalam segenap aspek kehidupan umat islam. Beliau dilahirkan di Mesir dan sewaktu usia mudanya mendapat tarbiah rohani melalui pergerakan usrah Ikhwanul Muslimin. Buku ini merupakan kisah hidupnya menjadi anggota Ikhwan di Mesir seawal usia remaja sehinggalah beliau beberapa kali dihumban ke dalam penjara tentera Mesir. Menceritakan kenangan beliau hidup bersama tahanan Ikhwan yang lain di penjara tentera Mesir sehinggalah beliau dibebaskan dan kini menetap di Qatar. Kepada mereka yang meminati sejarah perjuangan Ikhwanul Muslimin Mesir, buku ini akan membantu kalian dalam mengetahui kisah sejarah Ikhwanul Muslimin.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..saya nak tau kat mana boleh dapat buku2 ni?

PaRaDoX eLaKSaMaNa berkata...

Waalaikumussalam... buku ni sy daptkn dri bnyk sumber, ada yg dibeli di kedai buku, ada dibeli swaktu bookfair dan ada dibeli online... skrg buku2 ni dh ada dijual di toko2 buku... try cri insyallah jmpe..