SaHaBaT

8/24/2012

SeTeLaH 30 TaHuN, RaHSia 13 Mei TeRBonGKaR

"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.

"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.

"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai parang, kayu, batang besi dan botol.

"Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar."

"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ."

(Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan).

Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969

Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.

'Versi rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.

'SEMUANYA KARUT'

Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.

Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.

Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.

"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.

"Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).

"Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan pendidikan itu.

Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu yang disokong oleh polis dan tentera untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.

PLOT MENUMBANGKAN TUNKU

Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut.

Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.

Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara satu petanda wujudnya komplot mengenainya.

Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).

Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak 'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'.

Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.

"Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.

Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi.

"Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.

Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasa, saya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa."

JUMLAH KORBAN TIDAK DIKETAHUI

Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.

Ini dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.

Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut. Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.

Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.

Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya.

"Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.

"Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera," katanya.

Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.

Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka.

"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya.

Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja".

Sumber :
[1] http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/08/tragedi-13-mei-kita-diperbodohkan-oleh.html
[2] http://www.malaysiakini.com/news/67120

JanGaN LuPa KLiK NuFFNanG Di TePi BLoG...

8/04/2012

SeJaRaH 5 GeReJa ERoPaH MeNJaDi MaSJiD

Dengan kemasukan imigran ISLAM ke negara eropah telah menyaksikan agama ISLAM semakin berkembang di eropah terutama di United Kingdom. Semakin hari semakin ramai penduduk asal eropah yang diberikan hidayah oleh ALLAH TAALA dan akhirnya memeluk agama islam. Ternyata senjata islamophobia yang cuba dicanangkan oleh media pro-Zionis turut memakan mereka sendiri kerana pendudukan eropah yang berfikiran waras sudah tentu akan tertanya-tanya benarkah ISLAM itu agama keganasan??

Akibat dari semakin meningkatnya jumlah umat islam di eropah terutama di United Kingdom (UK), keperluan kepada pusat islam dan masjid juga semakin meningkat. Maka tidak hairanlah apabila banyak gereja-gereja yang sudah tidak berfungsi kerana tiada lagi penganut Kristian pergi ke gereja akhirnya diambil alih/dibeli oleh umat islam di sana dan beralih fungsi menjadi Masjid dan pusat islam yang semakin aktif. Berikut merupakan beberapa buah masjid di UK yang dahulunya merupakan sebuah gereja lama.

1 - Masjid Zakariyya, Bolton, UK

Pada tahun 1965-1967, para muallaf di Bolton dan Balcburn tidak memiliki tempat untuk beribadah. Bagi menunaikan solat jumaat, mereka terpaksa menyewa sebuah pusat sosial iaitu The Aspinal untuk melakukan solat Jumaat yang diadakan hanya seminggu sekali.

Pada tahun 1967, para muallaf mendapat tawaran untuk membeli sebuah bangunan bekas gereja yang telah terbakar. Kerana ketiadaan tempat ibadah yang kekal, para muallaf mengumpulkan dana dan berjaya membeli bangunan lama tersebut pada harga 2750 pound sterling.

Bangunan rosak teruk tersebut telah diubahsuai dengan dana yang dikumpul sehingga kini menjadi sebuah bangunan besar berkubah yang aktif sehingga kini. Ianya juga dilengkapi dengan menara azan dan kini dijadikan tempat ibadah umat muslim di sana.

2. Masjid Jami’, Kota London

Bangunan ini dibina pada tahun 1743 yang merupakan gereja agama kristian bermazhab protestan. Dibangun oleh komuniti msyarakat Huguenot, atau penganut agama Kristian Protestan yang melarikan diri dari Perancis akibat dari kekejaman dan penindasan penganut Kristian bermazhab Katolik terhadap mereka. Namun demikian, akibat dari jumlah penganut Protestan yang mengunjungi gereja ini semakin menurun ditambah pula bilangan penganut Kristian Protestan di kawasan tersebut semakin berkurangan, gereja ini terpaksa dijual.

Gereja ini sempat dijadikan lokasi untuk mempromosikan agama Kristian kepada bangsa Yahudi di kawasan ini namun cara tersebut gagal dan pengunjung gereja juga semakin berkurangan. Bangunan ini juga sempat dijadikan tempat berkumpulnya bangsa yahudi yang datang ke sini.

Situasi semasa menyebabkan gereja ini sentiasa kosong dan ianya diberi sewa kepada penganut ISLAM untuk mengadakan solat jumaat kerana di UK undang-undang telah menetapkan bahawa apa sahaja upacara keagamaan harus dilakukan di tempat keagamaan khas yang telah ditetapkan kerajaan. Dan untuk kawasan ini hanya gereja ini sahaja yang dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk dijadikan tempat beribadah. Setelah sekian lama umat islam menyewa bangunan ini untuk solat jumaat, akhirnya bangunan bekas gereja ini lebih terkenal sebagai sebuah masjid umat islam dan peranannya sebagai gereja terhapus dengan sendirinya. Akhirnya bangunan ini dikenali kini sebagai Jami' walaupun secara rasminya ianya tidak diwartakan sebagai masjid, namun ia menjadi lokasi kepada umat islam di kawasan ini untuk menunaikan solat dan menjalankan aktiviti keagamaan.

3. Masjid Didsbury, Burton Road, West Didsbury, Manchester

Masjid ini dahulu merupakan sebuah gereja bagi komuniti Kristian Methodist yang diberi nama sebagai Albert Park. Bangunan gereja ini boleh dikategorikan sebagai bangunan kuno telah dibina dan mula beroperasi pada 1883. Akan tetapi, pada tahun 1962 gereja tersebut telah ditutup dan beralih peranannya menjadi masjid dan pusat islam bagi komuniti islam di kawasan ini. Kini masjid yang terletak di Burton Road, West Didsbury, Manchester dapat menampung 100 jamaah dalam satu-satu masa.

4. Masjid Brent, London

Bangunan ini pada awalnya merupakan sebuah bangunan gereja, namun akhirnya komuniti umat islam di kawasan ini telah mengambil alih gereja ini untuk dijadikan sebagai masjid kerana gereja tersebut telah kosong dan tiada pengunjung. Kini masjid yang terletak di Chichele Road, London NW2 dapat menampung kapasiti 450 orang jemaah dan dipimpin oleh Syeikh Muhammad Sadeez. Meskipun telah berubah fungsi, bentuk dari bangunan ini tidak berubah sama sekali kecuali kubah berbulan dan papan tanda yang menandakan bahawa ianya adalah masjid dan pusat islam.

5. Masjid New Peckham, London

Jumlah muslim di London memang semakin berkembang dari hari ke hari. Bangunan yang terletak dekat Burgess Park, South London ini, sebelumnya merupakan sebuah gereja yang bernama St Marks Cathedral. Akhirnya telah diambilalih oleh Syeikh Nadzim Al Kibrisi, salah satu penyebar Islam di London, dan kini menjadi sebuah masjid.

Terjemahan dari : http://zilzaal.blogspot.com/2012/08/5-masjid-di-eropa-yang-awalnya-gereja.html

JaNGaN LuPa KLiK NuFFNanG Di TePi BLoG