SaHaBaT

4/19/2011

Acer Iconia W500 YaNG GeMPaK

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat kalian yang sudi berkunjung ke laman blog yang insyallah berinformasi ini. Diharapkan agar segala informasi ini dapat bermanfaat kepada kita semua. Adakalanya kandungannya tidaklah terlalu berat dan lebih santai, kesemua itu bertujuan untuk mengelakkan kite smua stress je membaca blog ni. Jadi elaksamana letakkan beberapa informasi menarik dan santai jugak ye. Agar blog ini tidak terlalu berat untuk dihadam oleh minda kita sekalian.

elaksamana hendak meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang sudi dan setia menunggu post baru di laman blog ini. Sejak kebelakangan ini, elaksamana sedikit sibuk dengan pelbagai tugasan yang harus disiapkan di institut perguruan, ditambah pula pelbagai program yang bakal tiba tidak lama lagi. Kesemua program itu membuatkan elaksamana tidak berkesempatan untuk mengupdate blog ni. Alhamdulillah kini setelah beberapa minggu, segala kerja dapat dibereskan dan program pun dh banyak yang berlalu walaupun ade lagi 1 2 program di masa hadapan. Terbaru pada hujung minggu ni bertepatan hari jumaat, elaksamana ada program bersama kelas di tepi pantai Teluk Ketapang/UMT dan pada selasa minggu depan ada program Bina Insan Guru. Tetapi insyallah elaksamana akan cube mengupdate blog ni, doakan ye.


Pada kali ini, elaksamana ingin berkongsi dengan anda semua mengenai suatu teknologi baru yang sungguh elaksamana kagumi, terasa menggamit hati ini untuk memilikinya di masa hadapan. Teknologi yang dimaksudkan itu ialah tablet laptop Acer Iconia W500. Sungguh canggih dan ala2 IPad gitu. Malah laptop ini dilengkapi dengan sambungan HDMI yang membuatkannya boleh digunakan sewaktu melakukan pembentangan di dalam kelas. Maklumla sebagai seorang bakal guru yang belajar di Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, elaksamana memang mengadakan banyak aktiviti pembentangan meliputi semua subjek. Justeru dengan adanya laptop kecil/tablet laptop yang mudah alih ini, memudahkan elaksamana untuk membawanya ke mana sahaja. Malah sewaktu berada di perpustakaan awam negeri atau dimana-mana yang ada internet WIFI tidak menjadi msalah. Jikalau ingin dibawa laptop yg elaksamana gune sekarang ini iaitu Acer Extensa 4630Z memang berat sesangat. Nak dekat 3 kilogram. Justeru dengna adanya laptop kecik ni, senanglah elaksamana ingin melakukan tugasan dan melayari internet (tmasuk mengupdate blog ni)


Jom kite tengok ape dia spesifikasi yang ada pada Acer Iconia W500 ini :

  • 10.1″ WXGA capacitive multi touch touchscreen glare LED TFT (1280×800)
  • Windows 7 Home Premium (32-bit)
  • AMD C-50 1.00GHz dual-core processor
  • ATI Radeon HD 6250 GPU with 256MB
  • 2048MB of RAM (2GB)
  • 32GB SSD main storage drive
  • No optical drive
  • 3x USB (2x USB 2.0, 1x USB 3.0), HDMI, 2-in-1 card reader (SD/MMC)
  • Gigabit LAN/WLAN 802.11bgn/Bluetooth 3.0
  • Webcam
  • 3 cell Li-Ion battery
  • 0.97kg
  • 24 months warranty









Amacam? agaknya berpatutan tak? Bukannya nak gunakan untuk tugasan yang berat pun, sekadar untuk present dalam kelas dah kira ok la kan, tak perlu susah-susah bawak laptop besar untuk present macam laptop elaksamana ni. Berat sesangat. Apapun kepada sesiapa yang ingin membelinya, bolehlah survey2 di kedai komputer berdekatan anda. Dianggarkan harganya di Malaysia dalam RM1700 je. Jadi agak berpatutan berbanding IPad yang mungkin tidak sesuai untuk melakukan pembentangan kerana lain sistem OSnya. Untuk pengetahuan lanjut layari http://laptopmalaysia.my/2011/04/acer-iconia-tab-w500-malaysia/

SELAMAT MEMBELI KEPADA SESIAPA YANG BERAZAM INGIN MEMILIKINYA, Wassalam



IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/17/2011

PuiSi CiNTa KCB


Cinta ada kekuatan
Yang Mampu
Mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah Sedih jadi ria
Mengubah Amarah jadi ramah
Mengubah Musibah jadi muhibbah
Itulah Cinta

Sekalipun cinta telah kuuraikan
Dan kujelaskan panjang lebar
Namun jika cinta kudatangi
Aku juga malu
Pada keteranganku sendiri
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
Namun tetap indah
Cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta
Akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai
Terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah
Yang menerangkan cinta dan kecintaan

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

PeRBeZaaN LeLaKi vs PeReMPuaN

Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;


9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...