Assalamualaikum....w.b.t. shbt2 sekalian....
agak mengejutkan juga la bile membaca berita harian pada hari ini iaitu 13 Februari 2010, dkat halaman 22 ada dipaparkan ilustrasi mengenai kereta konsep@prototaip bagi kereta hibrid baru keluaran proton. Tidak diketahui bilakah akan dilancarkan jenis kereta seperti ini. Namun mengikut laman web tersebut, kereta konsep tersebut akan dipamerkan ketika 2010 Geneva Motor Show.
Seandainya kereta tersebut dilancarkan, maka diharapkan agar harga kereta tersebut tidak terlalu membebankan rakyat di negara ini. Inilah masalahnya jika hanya keuntungan dipentingkan dan bukannya kesejahteraan alam sekitar yang menjadi keutamaan. Dasar kerajaan yang mementingkan keuntungan juga menyebabkan terjadinya masalah ini. Seharusnya kerajaan mengambil berat tentang alam sekitar dengan mengurangkan cukai import bagi kenderaan elektrik ataupun kenderaan jenis hibrid. Kita lihat sajalah bagaimana dasar kerajaan seandainya kereta hibrid ini dilancarkan.
Pada hemat penulis, tentunya kereta tersebut bernilai tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh rakyat yang sederhana. Tengoklah kenderaan hibrid dari Toyota, Honda dan sebagainya, kesemuanya bernilai RM100 ribu ke atas. Macam mana kita nak jaga alam sekitar ini dan menggalakkan rakyat peka terhadap alam sekitar. Contohilah negara maju yang lain, yang begitu mengambil berat mengenai pencemaran yang berlaku dalam negara mereka. Yang baik kita haruslah jadikan teladan, yang buruk kita jauhi.
Untuk lebih keyakinan & kesahihan berita nih, layari URL ni, http://www.autoweek.com/article/20100212/GENEVA/100219962
wallahua'lam.
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan