SaHaBaT

8/03/2013

TeRoMPeT IsRaFiL DiTeMui NASA (hanya teori)


Peristiwa mengerikan yang akan terjadi kali pertama pada hari kiamat adalah ditiupnya sangkakala (ash-shur) oleh malaikat Israfil atas perintah Allah.

Makna ash-shur secara etimologi (bahasa) adalah al-qarn (tanduk). Sedangkan menurut istilah syariat, yang dimaksud adalah sangkakala yang sangat besar yang malaikat Israfil telah memasukkannya ke dalam mulut (bersedia untuk ditiup) dan Israfil sedang menunggu bilakah dia diperintahkan untuk meniupnya. (Syarh Lum’atul Itiqad karya Ibnu Utsaimin, hal. 114)

Makna ini disebutkan dalam hadits sahih dari Abdullah bin ‘Amr, dia berkata:

Seorang badui bertanya: “Wahai Rasulullah, apa itu ash-shur?” Rasulullah menjawab: “Tanduk yang akan ditiup.” (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Abu Dawud. Hadits ini disebutkan dalam Al Jami Ash Shahih 6/113-114, karya As-Sheikh Muqbil)

Penyelidik NASA ‘Menemui’ Terompet Sangkakala Malaikat Israfil

Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP) adalah satelit penyelidikan atau probe yang dibina untuk misi NASA mengkaji bidang Kosmologi (kajian mengenai sifat alam semesta). Misi ini bermatlamat untuk mengkaji bentuk sebenar alam semesta dan perkembangannya. Ini kerana berdasarkan teori asal penyelidik terdahulu, kebanyakan menyatakan alam semester ini berbentuk bulat atau bundar dan ada berpendapat berbentuk rata/mendatar hasil dari letupan pertama Big Bang.

Dengan menggunakan WMAP, mereka mendapatkan sebuah kesimpulan yang sangat mengejutkan, kerana berdasarkan hasil penyelidikan menemui bahawa alam semesta ini berbentuk seperti terompet iaitu dari mula-mula teori big bang sehinggalah alam semester berkembang kini.

Beberapa detik selepas letupan big bang, alam semester mula berkembang ke satu arah dan berbentuk seakan-akan terompet dari tanduk.

“Dan ditiuplah sangkakala, Maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu perbicaraan masing-masing.” (Az Zumar: 68)

“Kami biarkan mereka di hari itu bercampur aduk antara satu dengan yang lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya.” (Al Kahfi: 99)

“Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri. (An Naml: 87)

“Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.” (Yasin: 51)


Banyak ulama tafsir berijtihad bahawa tiupan terompet sangkakala di dalam ayat-ayat diatas dieertikan sebagai peristiwa di hari kiamat. Dr Wahbah az-Zuhaily dalam Tafsir Al Wasith menghuraikan bahawa terdapat 3 kali tiupan terompet di hari kiamat. Pertama, tiupan yang menggoncangkan bumi, kedua tiupan yang mematikan seluruh makhluk dan tiupan ketiga merupakan isyarat bermulanya hari kiamat, di mana semua dibangkitkan dari kematian dan dikumpulkan di padang masyhar.

Kalau kita amati ayat Al Quran tersebut menyebutkan bahawa tiupan itu akan berlaku “di dalam” terompet, “Wanufikha fi-shshuuri”. Mengapa terompet? Mengapa di dalam (Fi)?

Penyelidik WMAP telah mengkaji pembentukan alam semester dengan mengamati pola titik-titik panas dan sejuk radiasi microwave alam semesta yang boleh menggambarkan bentuk alam semesta 380 000 tahun selepas Big Bang. Dengan menganalisis peta titik-titik tadi secara komputer, hasilnya pola tersebut berbentuk bulatan dari sisi dan berkembang dari tahun ke tahun secara memanjang. Iaitu sempit pada permulannya dan semakin melebar di hujung seakan-akan sebuah terompet dari tanduk yang tajam yang biasa digunakan pada zaman pertengahan. Penemuan baru ini akhirnya menamatkan teori bahawa alam semester berbentuk sfera dan semakin berkembang dari semasa ke semasa.

Ini meyakinkan lagi para penyelidik WMAP bahawa alam semesta bukanlah berbentuk sfera atau bola tetapi berbentuk terompet. Alam semesta bukanlah meluas tak terbatas, tetapi dibatasi dalam ruang lingkup sempadan yang berbentuk terompet. Justeru, alam semesta ada awal dan akhirnya. Hanya Allah yang tidak berawal dan berakhir, “Huwal awwalu wal akhiru”. Apapun ini hanya sekadar pandangan/teori semata-mata dan bukanlah sesuatu yang jitu. Kerana hal ehwal mengenai hari kiamat, malaikat dan tugas-tugasnya adalah perkara sam’iyat dan tidak boleh dibuktikan dengan jitu walau dengan sains sekalipun. Sekadar teori untuk meneguhkan hati kita bahawa sesungguhnya hari kiamat itu pasti dan kita adalah hambaNya yang harus tunduk kepadaNya hingga nyawa ditarik dari jasad ini.

“Sesungguhnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari keadaan gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Al Maidah: 15-16)

“Itulah Kitab yang tidak ada keraguan di dalamnya, sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al Baqarah: 2)

“Sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan mahupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.” (Fusshilat: 41-42)


Sumber :
- http://ahmadsulaeman.wordpress.com/2012/10/12/ilmuwan-nasa-menemukan-terompet-sangkakala-malaikat-israfil/
- http://map.gsfc.nasa.gov/media/060915/index.html