SaHaBaT

11/11/2012

PiRaMiD Di MaLaYSia


Assalamualaikum w.b.t...

Diceritakan heboh bahawa di Malaysia mempunyai piramid tersembunyi di bawah bukit di pedalaman kawasan hutan di Malaysia. Dihebohkan bahawa piramid tersebut kini ditutupi hutan dan kelihatan seperti sebuah bukit atau gunung kecil. Malah diberitakan bahawa kawasan tersebut kini sedang dikawal dengan ketat oleh pasukan tentera elit komando Malaysia.Kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan namun mungkin boleh diadakan ekspedisi dengan sokongan kerajaan Malaysia untuk memastikan kewujudan piramid tersebut. 

Namun pada hemat admin, mungkin ianya ada benarnya namun haruslah dibuktikan dengan bukti arkeologi yang sahih. Tanpa bukti sah, ianya akan kekal sebagai khabar angin atau mitos semata-mata. Pembinaan piramid tidak pelik di seluruh dunia kerana binaan mengagumkan ini terdapat di Mesir, China, Nubia, Peru dan sebagainya. Ianya kini dikhabarkan ada di Malaysia dan kewujudan piramid di Indonesia juga telah disahkan dengan kajian oleh pakar arkeologi di sana. Kehebatan piramid ini ialah pada ketahanan & kekukuhan struktur binaannya seakan-akan ianya sengaja dibina untuk tahan beribu-ribu tahun. Malah piramid-piramid yang dibina juga mempunyai teknologi kejuruteraan yang menakjubkan. Terdapat pelbagai laluan rahsia untuk masuk ke dalam piramid dan ianya direka seakan-akan untuk menyembunyikan sesuatu. Malah sesiapa yang masuk ke dalam piramid tidak akan sesak nafas kerana udara yang terdapat di dalam piramid seakan-akan mempunyai suatu mekanisme kitaran udara dari luar.

 Piramid Mexico
 Piramid Nubia
 Bosnia
 Iraq
 Peru

MITOS PIRAMID 'BERKERIS' DI OKINAWA

Beberapa tahun dahulu, heboh diceritakan bahawa penyelam dari Jepun telah menemui sebuah piramid di dasar laut berdekatan Okinawa. Malah para penyelam arkeologi ini juga menjumpai 4 bilah mata keris berkarat di setiap penjuru piramid tersebut. Namun sehingga kini masih tiada lagi kajian secara rasmi oleh para penyelidik dari Malaysia terutama bangsa Melayu mengenai penemuan itu. Akhirnya ianya sekadar menjadi suatu lagi mitos yang tidak dapat dibuktikan. Inilah kelemahan orang Melayu di Malaysia, tidak langsung berminat untuk mendalami tentang sejarah bangsa sendiri. Admin bukan pejuang membabi buta memperjuang bangsa melayu, kita berjuang atas nama ISLAM, jika melayu itu bercanggah dengan ISLAM, maka harus diutamakan ISLAM berbanding melayu. Malah kerajaan juga tidaklah mengambil berat berkenaan penemuan arkeologi yang penting seperti ini. Dibawah ini merupakan beberapa keping gambar piramid di dasar laut yang ditemui di laut Okinawa.
 
 (Jika batu ini terhasil dari hakisan air atau lipatan batuan,
bagaimana bentuk persegi yang tepat seperti ini dapat dihasilkan)

WUJUD PIRAMID DI INDONESIA

Pada 17 Mac 2011, Indra Darmawan melaporkan, sekumpulan ahli arkeologi Indonesia yang menamakan kumpulan mereka sebagai Turangga Seta telah menjalankan penggalian sedalam 4 meter di Gunung Lalakon, Soreang, Bandung, Jawa Barat. Hasilnya mereka telah menemui sebuah tangga batu bersudut 30 darjah. Batuan tangga itu mempunyai lebar 30-40 cm dan konsisten saiznya antara satu sama lain. Penggalian tidak dapat dijalankan kerana terlalu dalam dan memerlukan penggunaan jentolak khas untuk menggalinya. Pastinya sukar untuk membawa jentolak naik ke atas pergunungan ini. Menurut Indra lagi, berkemungkinan gunung Lalakon merupakan sebuah piramid yang besar tetapi ditutupi dengan tanah yang membentuk bukit dan hutan. Kos ekskavasi pasti menelan belanja yang besar.
 
 Gunung Lalakon, Bandung, Indonesia

MISTERI PIRAMID DI TASIK CHINI, PAHANG

Menurut laporan News Straits Time pada 10 Disember 2007 telah melaporkan bahawa terdapat piramid berdekatan Tasik Chini di Pahang. Piramid tersebut yang kini menjadi sebuah bukit yang dipenuhi hutan belantara berkemungkinan dibina pada kurun ke-12 oleh empayar Khmer kuno yang memerintah dari tahun 802M hingga 1432M dan berkemungkinan piramid ini merupakan peninggalan terakhir sebuah bandaraya kuno empayar Khmer kuno yang tenggelam di bawah aras laut sewaktu kurun ke-15. Kini kawasan di sekitar bukit tersebut telah diterangkan untuk memberi ruang kepada aktiviti pertanian di sekitar. Beberapa serpihan mangkuk porselin telah ditemui di sekitar bukit tersebut dan menguatkan lagi bukti bahawa kawasan tersebut suatu masa dahulu merupakan sebuah kawasan peradaban yang pesat. Ianya berkemungkinan sebuah bandar yang wujud sewaktu kegemilangan empayar Khmer (Kemboja). Menurut catatan sejarah, ibukota empayar Khmer ialah di Siem Reap dan berkemungkinan di Tasik Chini kini merupakan antara kota jajahan takluk empayar tersebut.

Menurut penduduk tempatan iaitu Ahmad Najib, 57 dan isterinya, Pauziyah Abdullah, 49, mereka pernah menaiki kenderaan mereka melalui kawasan sekitar bukit tersebut dan mereka menemui beberapa kawasan tanah jerlus seakan-akan terdapat ruangan kosong di bawah tanah sehingga menyebabkan tanah di kawasan tersebut jerlus.

Pada 1998, Professor Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang merupakan salah seorang dari penyelidik di UKM telah menjalankan ekspedisi kajian di sekitar Tasik Chini tersebut. Namun setelah ekspedisi selama 2 minggu diadakan, mereka terpaksa memberhentikan ekspedisi kerana kekurangan peruntukan kewangan. Namun apa yang menarik mereka memberitahu mereka sempat menggali di sekitar pinggir Tasik Chini dan mereka menemui sebuah bongkah batu besar yang tertimbus separuh di dalam tasik dan separuh di daratan. Menurut beliau, berkemungkinan piramid tersebut kini berada separuh di bawah tanah dan di dalam Tasik Chini.

 [ATAS] Sebuah bukit di sekitar kawasan Tasik Chini, Pahang.

[BAWAH] Sebuah lagi struktur bukit yang tirus di hujungnya seakan-akan sebuah piramid dengan struktur yang sedikit pelik berhadapan dengan Saufiville Resort, Janda Baik, Pahang.

[BAWAH] Gunung Kederong di Perak yang juga berbentuk
seperti sebuah piramid di kawasan Malaysia.
[BAWAH] Peta di sempadan diantara pahang dan negeri lain.
Di manakah terletaknya piramid Melayu ini??



 [ATAS] Sebuah piramid di Iran.

 [ATAS] Piramid di Mesir.

[ATAS] Piramid di China.

MITOS PIRAMID MELAYU & TEKNOLOGI TERSEMBUNYI DI DALAMNYA

Menurut sumber dari blog militaryofmalaysia.net yang mengisahkan mengenai kisah piramid ini, admin page tersebut turut menyiarkan sebuah ayat yang dikatakan sepotong hadis dari Rasullullah S.A.W. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ianya hadis sahih, dhaif atau mauduq. Mungkin ada sahabat dari luar sana yang mempunyai info mengenai hadis ini boleh ketengahkan di ruangan komen untuk sama-sama kita kongsikan. Berikut merupakan kenyataan admin tersebut di dalam blog beliau :

Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang berbunyi : 

“Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.

Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”

Malah admin page tersebut juga memuatkan beberapa potongan ayat dari buku sejarah melayu karangan W.G. Shellabear dan admin page tersebut turut memberikan beberapa penjelasan menurut pandangan beliau sendiri.

16. Tersebut kisah dua adik beradik iaitu Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di Bukit Siguntang, pada satu malam mereka melihat ada cahaya dilangit dan turunlah “Balai Rong Berpusing” yang mendarat di kawasan padi mereka.

17. Padinya berbuahkan emas.

18. Dari perut “Balai Rong Berpusing” itu keluarlah tiga orang anak raja dengan senjata yang pelik-pelik, kemudian keluarlah seekor lembu berwarna perak.

19. Dari mulut lembu itu, keluar seorang lelaki pendek yang bernama “Bard” dan dia kemudian menikahkan Wan Empuk dan Wan Malini dengan dua orang putera raja itu.

20. Persoalan yang menarik di sini ialah, apakah “Balai Rong Berpusing” itu merupakan sebuah kapal angkasa? kerana tidak ada bahasa yang sesuai pada zaman itu maka ia dinamakan demikian.

21. Cuba perhatikan senjata pelik-pelik yang dibawa oleh anak-anak raja ini.

22. Yang paling menarik adalah lembu berwarna perak, sudah pasti ianya metalik dan lembu itu mungkin merujuk kepada satu kenderaan atau robot.

23. Mulut yang terbuka? mungkin merujuk kepada pintu atau ruang kokpit, entahlah, saya pun tidak tahu.

Admin blog tersebut turut menceritakan pengalaman dari saksi yang pernah masuk ke dalam piramid melayu tersebut. Berikut merupakan petikan dari blog beliau :

“SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID,” (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)

Menurut admin blog tersebut lagi, kononnya di dalam piramid tersebut mempunyai bekalan kuasa yang amat menakjubkan kerana ianya dihasilkan dari kuasa ketulan batuan yang bercahaya malah ianya bukan seperti obor-obor yang biasa dilihat di zaman kesultanan melayu dahulu tetapi berbentuk suatu jaluran yang mengandungi cahaya di dalamnya. Mungkin mirip lampu neon berjalur seperti di I-City Shah Alam kot.

Malah dia juga ada memberitahu bahawa di piramid tersebut terdapat pintu masuk yang diukir indah, coraknya lebih halus, sesuai dengan sifat orang Melayu yang kreatif dengan seni artistiknya. Terdapat dua pintu masuk yang berbentuk shaft, satu mengadap matahari turun dan satu mengadap matahari naik. Kedua-dua shaft ini dengan binaan tangga akan bertemu di tengah-tengah dan membentuk satu lagi shaft yang akan turun ke bawah. Kononnya teknologi piramid ini ialah piramid tersebut merupakan suatu pintu untuk bergerak dari satu benua ke satu benua dalam masa yang singkat. Mungkin masuk melalui piramid di Pahang dan kita akan keluar dari piramid di Mesir contohnya. Kononnya admin web ini mengetahui banyak rahsia-rahsia mengenai piramid melayu ini namun dia tidak dapat mendedahkannya atas nama menjaga keselamatan. 

Menurut admin blog tersebut lagi, kawasan piramid tersebut kini dikawal oleh PENJAGA SULIT YANG SETIA MENJAGA RAHSIA secara turun-temurun. Malah terdapat beberapa tombol di piramid tersebut yang jika dipetik akan mengeluarkan cahaya dan membuka pintu ke dalam piramid tersebut. Dan diceritakan bahawa dahulu terdapat seorang pengunjung piramid telah masuk ke dalam piramid melayu tersebut dan setelah keluar pengunjung tersebut mendapat penyakit misteri beberapa minggu sebelum sembuh seperti sediakala. Namun apa yang melucukan atau mungkin kelihatan pelik, admin page ini memberikan suatu klu kepada para pembaca blognya bahawa berkemungkinan besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan sahaja mempunyai ketumbukan tentera darat, laut dan udara malah berkemungkinan tentera angkasa!!

Jika ditanya kepada beliau tentang kesahihan dakwaan beliau ini, mungkin beliau akan menjawab, ini semua adalah rahsia negara dan dia tidak boleh mendedahkan kepada umum : ) Menurut beliau lagi, piramid seperti itu bukan sahaja wujud di Pahang malah terdapat di Sabah dan Sarawak.

KESIMPULAN

Pada hemat admin, setelah membaca beberapa laporan & pendapat dari pelbagai sumber, mungkin benar wujud piramid di Malaysia kini. Namun cerita mengenai kepelikan dan keanehan kononnya wujud sebuah teknologi yang melampaui zaman di dalam piramid tersebut, berkemungkinan sukar diterima. Mungkin ada pengaruh dari filem Hollywood contohnya Indiana Jones atau lain-lain. Tambahan lagi mitos kononnya ATM mempunyai cabang tentera angkasa lepas, ini lagilah tidak dapat diterima. Kononnya info ini beliau dapat dari anggota tentera khas atau komando ATM sendiri. Namun ada yang memberikan komen, sedangkan antara pegawai tentera berpangkat tinggi pun tidak mengetahui siapakah komando perisik khas yang sebenar dalam kalangan mereka, inikan pula seorang blogger. Tanpa bukti benar, dakwaan ini hanyalah khayalan semata-mata. KEBENARAN itu milik ALLAH dan hanya dengan izinNya sahaja KEBENARAN itu akan terdedah.

Sumber : 
http://zelmey.blogspot.com/2012/09/penemuan-piramid-di-malaysia.html
http://achievebalance.com/genesis/pyramids.htm
http://militaryofmalaysia.net/2012/09/pendedahan-eksklusif-piramid-melayu/
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2011/03/mungkinkah-ada-piramid-di-malaya.html
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2011/03/piramid-sah-di-temui-di-bawah-lapisan.html
http://ki-media.blogspot.com/2007/12/ancient-khmer-city-discovered-in.html

JanGaN LuPa KLiK NuFFNanG Di TePi BLoG...