Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera buat anda yang sudi berkunjung ke teratak eLaKSaMaNa oF PaRaDoX ini. Syukran/arigato/gracias atas kunjungan anda. Baru kala ini admin berkesempatan untuk mengupdate blog. Mungkin akibat kesibukan menjalani pelbagai tugas sebagai seorang bakal guru terutama tugasan berbentuk kajian ilmiah melibatkan pelbagai bidang. Tetapi yang pastinya elaksamana tidak pernah berhenti dari mengikuti pelbagai informasi semasa. Namun setelah menonton TV beberapa kali barulah elaksaman tahu tentang sambutan hari wanita ini. Sebelum ini elaksamana pernah dengar melalui media arus perdana yang lain namun tidak seperti tahun2 lepas di mana sambutan hari wanita tidaklah secara meluas melalui media massa. Mungkin kerna Malaysia telah menduduki tangga ke-7 terbaik dunia sebagai negara yang paling banyak penyertaan wanita dalam pembuat dasar negara dan menduduki kedudukan penting dalam syarikat GLC & swasta. Sila rujuk Utusan Malaysia bahagian Luar Negara muka 21. Menurut Laporan Perniagaan Antarabangsa Grant Thornton, Malaysia memegang tempat ke-7 dari keseluruhan 39 negara yang terlibat dengan pemantauan dari agensi antarabangsa ini. Malaysia mengalah negara India, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Jepun. Ini melambangkan betapa wanita di dalam Malaysia sudah mampu berdaya saing kepada kaum hawa dari sudut ekonomi. Dari sudut pelajaran kurikulum statik, sudah semestinya kaum hawa mengatasi adam di IPTA/IPTS.
Itulah hak sebenar bagi wanita, mendapat pendidikan yang sewajarnya dan mampu memiliki hak ke atas harta pemilikan mereka. Tetapi kaum hawa, kalian harus mengetahui bahawa bukan hak anda untuk bekerja kerja sebaik sahaja kalian berkahwin, suami kalian berhak untuk menyuruh kalian berhenti dari bekerja dengan alasan yang waras & rasional. Seandainya pendapatan suami sahaja sudah mencukupi malah melebihi untuk menampung kehidupan keluarga, seeloknya kalian menumpukan kepada keluarga kerna ada bezanya sifat & keperibadian seorang anak yang dididik sepenuh masa oleh ibunya dengan anak yang dididik oleh ibu yang berkerjaya. Bukan ingin merendahkan martabat didikan ibu bekerjaya kerna masih ada segelintir ibu bekerjaya mampu membentuk anaknya menjadi insan yang menghampiri sifat anak soleh namun itulah realitinya dalam masyarakat melayu (insyallah smua islam walaupun ader yg dh murtad).
Istimewanya wanita dalam ISLAM ialah sekiranya suami kalian mengizinkan kalian bekerja, harta yang kalian dapat dari pekerjaan yang kalian ceburi adalah 100% harta kalian. Ini bermaksud suami tiada langsung hak ke atas harta kalian. Tetapi kalian mempunyai hak ke atas harta suami disebabkan itulah wujudnya istilah harta sepencarian. Itulah istimewanya wanita dalam ISLAM ini. Tetapi kalian harus berwaspada, sesungguhnya jangan kalian mengabaikan tanggungjawab hakiki seorang wanita iaitu menjadi ibu dan memainkan peranan sebagai seorang ibu, bukan sebagai pembiaya anak sahaja. Terlalu menumpukan kepada kerjaya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu adalah suatu pengkhianatan kepada suami, anak2 dan lebih teruk kepada agama. Bukan tugas kalian mencari rezeki, itu tugas suami kalian, letakkan tugas tersebut pada suami dan berikan dokongan & sokongan kepada suami. Insyllah suami akan rasa dihargai dan mencintai kalian sebagai seorang isteri yang solehah.
Sebenarnya, bagaimanakah boleh terwujudnya hari wanita ini? Mari kita sama-sama mengupas mengenai hal ini yang mungkin sesetengah individu tidak mengetahuinya kerna hanya menyambutnya sahaja mengikut kehendak media massa dan sesiapa sahaja. Menurut Wikipedia, International Women's Day ini kalin pertama disambut di US iaitu pada 28 Februari 1909 yang dipelopori oleh Parti Sosialis Amerika.
Pada Ogos 1910, Persidangan Wanita Antarabangsa telah diadakan sebelum mesyuarat agung Liga Sosialis Antarabangsa Kedua di Copenhagen. Dengan ilham dari Parti Sosialis US, Ahli Sosialis terkemuka jerman, Luise Zietz telah menganjurkan agar diadakan sambutan ulangtahun wanita setiap tahun dan telah disokong oleh Clara Zetkin, tetapi tiada tarikh spesifik ditetapkan oleh beliau. Delegasi persatuan wanita (100 individu dari 17 buah negara) telah mempromosi langkah ke arah memartabatkan wanita di benua eropah & amerika utara. Pada tahun selepasnya iaitu pada 18 Mac 1911, usul International Women Delegation (IWD) telah menarik perhatian ramai wanita dari berbagai negara seperti dari Austria, Denmark, Jerman dan Switzerland. Di Empayar Austro-Hungarian terdapat sekurangnya 300 demonstrasi diadakan untuk menyokong usul itu. Di Vienna, wanita telah berarak di kawasan Ringstrasse dan membawa sepanduk menyokong usul dari parti sosialis melalui IWD itu.Setelah itu, US telah membuka ruang sambutan Hari Wanita ini setiap Ahad terakhir pada bulan Februari.
Pada 1913, wanita di Rusia juga telah bersepakat mengadakan International Women's Day sama seperti di US iaitu pada ahad terakhir bulan Februari (menurut kalendar Julian yang digunapakai di Rusia). Pada 1917 berlakunya demonstrasi yang menggesa pengiktirafan penganjuran International Women's Day di St.Petersburg pada ahad terakhir bulan februari pada tahun itu (yang jatuh pada 8 mac mengikut kalendar Gregorian).
Selepas Revolusi Oktober, Bolshevik Alexandra Kollontai mengajurkan agar pemimpin revolusi, Lenin untuk menjadikan International Women’s Day sebagai cuti umum di semua wilayah Soviet Union, ianya telah diperkenalkan tetapi tidak secara rasmi dan meluas sehinggalah tahun 1965. Pada 8 Mei 1965 melalui deklarasi presiden USSR, Sambutan Supreme Soviet International Women's Day telah diluluskan sebagai hari tidak bekerja di seluruh USSR. Petikan deklarasi Presiden USSR sewaktu perasmian hari wanita USSR : "in commemoration of the outstanding merits of Soviet women in communistic construction, in the defense of their Fatherland during the Great Patriotic War, in their heroism and selflessness at the front and in the rear, and also marking the great contribution of women to strengthening friendship between peoples, and the struggle for peace. But still, women's day must be celebrated as are other holidays."
Di barat, International Women's Day telah diperkenalkan secara lebih meluas bermula 1977 apabila duta UN (PBB) di seluruh dunia telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menjadikan 8 Mac setiap tahun sebagai Women's Rights and International Peace Day. Pada hari ini, sambutan hari wanita ini telah secara rasmi dijadikan sebagai hari cuti umum bagi beberapa negara seperti Afghanistan, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Burkina Faso, Kemboja, China (untuk pekerja wanita sahaja), Cuba, Georgia, Guinea-Bissau, Eritrea, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Macedonian (untuk pekerja wanita sahaja), Madagascar (untuk pekerja wanita sahaja), Moldova, Mongolia, Montenegro, Nepal (untuk pekerja wanita sahaja), Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Uganda, Ukraine, Uzbekistan, Vietnam, and Zambia.
Di Armenia, selepas kejatuhan Soviet Union sambutan hari wanita telah dipandang sepi. Sehinggalah pada 7 April telah diistiharkan sebagai hari cuti ‘Beauty and Motherhood’ bagi negara. Cuti ini kini telah menjadi suatu cuti popular dalam kalangan warga Armenia. Bagaimanapun masih ada lagi sambutan pada 8 mac setiap tahun diadakan bersempena hari wanita antarabangsa. Diskusi ilmiah yang selalu diadakan di sana telah menamakan bulan diantara 8 mac sehingga 7 april sebagai ‘Women’s Month’.
Di Itali, untuk menyambut hari wanita ini, kaum lelaki akan memberikan sejenis bunga berwana kuning yang dinamakan sebagai mimosas kepada kaum wanita mereka. Bunga Yellow mimosas dan chocolate ialah hadiah istimewa untuk wanita sewaktu 8 Mac terutama di Russia dan Albania.
Di negara lain seperti di Bosnia & Herzegovina, Brazil, Bulgaria, Croatia, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania, Macedonia, Moldova, Montenegro, Romania, Russia, Serbia, Slovakia dan Slovenia, pemberian bunga dan wangian kepada kaum wanita masih lagi diamalkan. Majikan juga memberikan hadiah istimewa kepada setiap pekerja wanita mereka. Malah kanak-kanak sekolah juga akan membawa hadiah buat guru perempuan mereka di sekolah.
Di negara lain seperti di Portugal, biasanya kaum wanita mereka akan menyambut hari wanita pada malam 8 Mac di dalam suatu hidangan ataupun jamuan makan malam khas untuk wanita. Sebagai pengakhiran artikel @ post kali ni, elaksamana ingin sekali lagi mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA, buat sesiapa sahaja di luar sana yang bergelar wanita. Sesungguhnya anda cukup istimewa dijadikan secara balaghahnya dari tulang rusuk. Kerna Allah tidak menjadikan wanita itu dari kepala kerna bukan untuk dijunjung, bukan juga dari tulang kaki untuk dipijak tetapi dijadikan wanita dari tulang rusuk, iaitu dekat dihati, untuk dikasihi dan disayangi oleh seorang lelaki bernama suami,
Syukran, wassalam...
Sumber :
1. http://en.wikipedia.org/wiki/International_Women%27s_Day
2. Pakcik Google Translate
IsLaM ThE WaY oF LiFe...