SaHaBaT

11/18/2006

Bahtera Nuh A.S.







MasyaAllah....

inilah salah satu dari bukti kebenaran islam yang telah berjaya dibuktikan oleh saintis pada masa kini. Sebuah penemuan yang sudah pasti menggemparkan dunia seandainya dihebohkan kepada seluruh dunia. Namun peristiwa penemuan yang penting ini hanya diketahui setakat ruang lingkup yang terbatas dan pengaliran keluar maklumat itu telah disekat sehebat-hebatnya. Seandainya maklumat ini semua dihebohkan kepada masyarakat dunia, sudah tentu agama islam menjadi agama pilihan segenap lapisan masyarakat di dunia ini. Sebuah lagi kebenaran telah terbukti. Allahuakhbar !!!


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Syoknya Puasa...

Anak kami dilihat puas. Kemudian ia melanjutkan pertanyaannya, “ Apakah manfaat puasa sebegitu hebat sehingga semua ibadah kita pada bulan Ramadhan, baik yang wajib mahupun yang sunat, diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda?”

“Anakku, bercakap soal pahala, kita melihat ada beberapa ayat dalam Al Quran yang ditafsirkan sebagai pahala iaitu kata ajr, fadl, jazak dan thawab. Sedangkan beberapa kata lain, seperti harth dan mathab diterjemahkan sebagai balasan pahala.Pada intinya pahala merupakan ganjaran, imbalan, upah atau manfaat yang baik, yang timbul atau akan timbul kerana kita melakukan suatu kegiatan yang bernilai baik. Ada perbezaan hasil yang diperolehi antara siswa yang mengulang pelajaran di rumah dengan siswa yang tidak pernah mahu belajar lagi di rumah. Yang tidak pernah belajar di rumah, tergopoh-gopoh ketika menghadapi ujian. Masih untung kalau ia hanya mendapat nilai tidak baik tetapi kalau sampai diketahui ibu bapa dan dikeluarkan dari sekolah…memang susah. Sedangkan pelajar yang suka mengulang pelajaran, tentu mendapat nilai yang lebih baik. Inilah yang disebut sebagai pahala bagi pelajar yang rajin belajar di rumah.

Mengulangkaji pelajaran di rumah tentu lebih mudah bila ketika di kelas ia menyemak dengan bersungguh-sungguh apa yang diberikan oleh gurunya. Mengulangkaji pelajaran di rumah tentu akan lebih mudah memahami bila ia juga menerapkan atau mempraktikkan pelajaran yang didapat ke dalam kehidupannya sehari-hari. Mengulangkaji pelajaran di rumah tentu lebih mudah bila badan berada dalam keadaan sihat. Bila semua ini dilakukan, nilai hasil ujian tentu jauh lebih baik. Inilah yang disebut pahala yang berlipat ganda bagi pelajar yang rajin belajar di rumah, tetapi juga menyemak pelajaran di sekolah mempraktikkan pelajaran dalam kehidupan sehari-hari dan selalu menjaga keadaan badannya dalam keadaan segar .

Salat bertujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. serta membuat hati tenang, otak cerdas dan kita selalu menjadi orang yang berfikiran dan bertindak positif. Manfaat salat diperoleh bergantung kekhusyukan kita, semakin khusyuk semakin terasa manfaat salat bagi kita. Sedangkan yang tidak khusyuk atau lalai dalam salatnya, tidak mendapatkan manfaat salat. Malahan ia tergolong orang yang celaka kerana menipu diri sendiri; merasa mendapat manfaat (pahala) salat, tetapi ternyata tidak. Perilakunya malah sering menunjukkan perbuatan keji dan mungkar.

“Maka celakalah bagi orang yang salat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari salatnya, orang-orang yang riya,” (QS Al-Ma`un [107]:4-6).

Salat ketika berpuasa Ramadhan membuat kita lebih khusyuk. Kerana pada saat puasa tidak ada tenaga yang digunakan untuk mencerna makanan di perut. Semasa puasa, kita tidak kehilangan banyak tenaga banyak kerana boleh mengendalikan emosi dan hawa nafsu kita. Ketika puasa sel-sel tubuh kita mengalami kualiti peremajaan yang lebih baik, sehingga badan terasa segar dan bersemangat. Pada malam-malam puasa kita banyak mengkaji Al-Quran, sehingga mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai Al-Fatihah.

Kesemua perkara di atas membuat otak kita mempunyai wawasan yang luas, keadaan komunikasi yang baik dan mendapat penerimaan tenaga yang cukup. Keadaan otak seperti ini membuat kita mampu memberi penuh tumpuan untuk menghayati bacaan demi bacaan dalam salat, melakukan secara tertib gerakan demi gerakan dalam salat. Ertinya, salat kita pada bulan Ramadhan lebih khusyuk. Kita lebih merasakan manfaat salat di bulan Ramadhan. Pahala yang diperoleh ketika salat pada bulan Ramadhan lebih banyak. Sebagai kesan akumulasi manfaat, semakin hari semakin bertambah manfaat dari salat, sehingga seharusnya pahala salat di akhir Ramadhan lebih banyak dibandingkan awal Ramadhan.

Sedekah kita berikan bagi orang yang memerlukan. Tujuannya adalah untuk meringankan beban dan membantu mereka menikmati hidup. Tujuannya adalah untuk membangun hubungan sosial dan tali persaudaraan. Tujuannya adalah untuk menjaga diri dari kesombongan dan menghindari murka Allah S.W.T. Tujuannya adalah agar kelak pada suatu waktu kita memerlukan pertolongan, atas izin Allah S.W.T., kita diperingatkan dan dibantu oleh orang lain.

Semua tujuan ini kita peroleh bila kita telus ketika memberikan sedaqah dan kita ikhlas serta mengharapkan ridhaNya. Ketika kita memberi sedeqah kita riya, ingin dilihat orang, sehingga bila tidak ada orang yang menyaksikan kita tidak mahu bersedekah kerana menganggap hanya buang-buang duit. Apalagi bila sedekah itu dilakukan sombong dan angkuh terhadap penerima, atau setelah memberi kita sering menyebut-nyebutkannya ke semua orang hingga waktu yang lama. Maka semua manfaat sedekah itu akan hilang. Para penerima sedekah merasa terhina. Ucapan terima kasih hanya terlontar dari bibirnya, namun dalam hatinya tidak ada rasa keinginan untk membalas budi. Mudah-mudahan penerima sedekah itu tidak mendoakan agar Allah S.W.T. menghilangkan harta yang selama ini membuat kita sombong. Doa orang dianiaya itu dikabulkan Allah S.W.T.

Sedekah semasa kita berpuasa Ramadhan membuat kita lebih ikhlas dan tulus dalam menyampaikannya. Hasil kajian malam Ramadhan saat otak lebih cerdas, membuka wawasan kita bahawa kita semua adalah sedarjat, sama-sama makhluk Allah S.W.T. Hasil salat yang lebih khusyuk, selalu mengingatkan bahawa Allah S.W.T senantiasa mengawasi kita, sehingga sedekah ini ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. Hasil peremajaan sel-sel tubuh kita membuat raut wajah kita menjadi cerah, tersenyum tulus dan rendah hati di hadapan mereka. Apalagi dengan puasa kita boleh menjimat wang makan kita, tentu kita boleh memberikan lebih banyak lagi kepada mereka yang memerlukan.

Semua ini menunjukkan bahawa sedekah yang didukung oleh wawasan luas, ikhlas, wajah telus dan jumlah pemberian tidak sedikit, akan memberikan manfaat lebih banyak. Ertinya sedeqah pada bulan Ramadhan akan memberikan pahala yang lebih tinggi. Semakin kita asah tingkat keikhlasan dan ketulusan, semakin tinggi manfaat yang diperoleh.

Intinya, dengan fikiran jernih dan badan sihat, aktiviti kebaikan yang kita lakukan akan selalu memberikan hasil yang lebih baik dan menjadi semakin lebih baik lagi, bila dibandingkan dengan fikiran yang tidak fokus dan badan kurang sihat. Hasil demi hasil ini akan menjadi paradigma positif yang tersimpan dalam memori kita dan mendorong keberhasilan demi keberhasilan yang lebih banyak di masa akan datang, hingga akhirat. Jadi aktiviti pada bulan puasa, baik yang wajib mahupun yang sunat, akan memberikan hasil/ganjaran /pahala yang berlipat, dibandingkan di luar puasa.

Apalagi bila lingkungan kita, secara bersama-sama juga berpuasa. Tentu hasilnya lebih besar. Mereka berada dalam keadaan positif, sehingga proaktif membantu kita dan mengambil semua tindakan dengan cara yang positif. Dan interaksi yang saling positif ini kembali memotivasi kita untuk bertindak lebih positif. Jadi pahala pada bulan Ramadhan menjadi lebih tinggi kerana lingkungan sekitar kita saling menebar pahala.

Anakku, dengan berpuasa selama sebulan secara bertahap kita menemukan jati diri dan hakikat kehidupan kita. Pada hari-hari awal berpuasa, kita mula memahami dan merasakan manfaat puasa. Di hari-hari pertengahan bulan puasa, kita mulai menyesali tindakan akibat cara fikir lama yang salah, dan mengganti cara fikir lama yang berdebu menjadi cara fikir baru yang berpusat kepada kemahaan Allah S.W.T. dalam kehidupan semesta. Hari-hari akhir bulan puasa, kita menjadi terbiasa untuk melakukan aktiviti-aktiviti kebaikan dan meninggalkan perbuatan yang meragukan dan merosak. Inilah mengapa sepuluh hari pertama merupakan rahmat, sepuluh hari kita merupakan pembersihan atau pengampunan terhadap dosa-dosa kita, dan sepuluh hari terakhir Ramadhan membuat kehidupan kita terhindar dari api neraka. Demikianlah puasa satu bulan akan memberi manfaat yang menjinjang tinggi. Amin Ya Allah.”

“Amin… “ sahut isteri dan anakku.

Sumber : http://www.formulacemerlang.com



IsLaM ThE WaY oF LiFe...

11/16/2006

Ribena Mengandungi Arak ??

LONDON : Pemimpin islam di Birmigham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman kegemaran mengandungi arak. Birmigham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham , Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kit amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.


Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena. - Agensi

IsLaM ThE WaY oF LiFe...