SaHaBaT

10/06/2006

Konsep Menutup Aurat Dalam Fizik

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:
J = mc x tetha
J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.
m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.
c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.
tetha ialah perubahan suhu.
Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)
Abstrak/Pengenalan
Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.
Tujuan
Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.
Hipotesis
Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens
Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.
Pembolehubah manipulasi
c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?
Pembolehubah malar
m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).
Pembolehubah bergerakbalas
J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.
Kaedah
1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.
2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.
3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.
4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.
Pemerhatian
1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.
2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.
3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.
4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.
Kesimpulan
Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:
J = mc x tetha
Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam
Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.
Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Masuk Islam Kerana As-Syura

"Alkisah disebutkan bahawa di Kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.
Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?""Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu kepadaku!"
Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham saja."Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya."Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik saja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?"Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan saja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W."

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Kelebihan Bismillah

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat darilafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yangbermaksud "Dengan nama ALLAH Yang MahaPengasih lagi Maha Penyayang."

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukMu dan umahMu,suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH
diturunkan kepada Adam."(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan
berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua
syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat
untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap
kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL
Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat
neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa
yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat
namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung
kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka
akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan
bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk
ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Perbandingan masakan Melayu, Cina dan India

Rumusan berdasarkan perbandingan masakan Melayu, Cina dan India

LONDON: Cara menggoreng dengan merendam dalam minyak yang banyak seperti yang selalu dilakukan di gerai tukang masak Melayu boleh meningkatkan risiko barah paru-paru, barah payu dara dan barah pundi kencing, menurut penyelidikan sepasukan saintis dari Universiti Singapura.Pasukan penyelidik membuat rumusan selepas membandingkan kaedah memasak makanan Melayu, Cina dan India.Kajian mereka yang disiarkan dalam Journal of Environmental Monitoring, menganalisis kualiti udara di dapur tiga gerai makanan berkenaan.Menurut saintis, kaedah menggoreng terendam yang digunakan dalam masakan Melayu membebaskan lebih banyak polycyclic aromatic hydrocarbons iaitu bahan kimia penyebab barah berbanding menggoreng sambil mengacau di dapur tukang masak Cina.Sementara di gerai makanan India, kebanyakan makanan dididihkan atau direbus, kaedah yang mengurangkan pembebasan bahan kimia itu.
Bahan kimia yang turut ditemui dalam tembakau dibebaskan apabila minyak dipanaskan sehingga suhu tinggi.Ketua pasukan penyelidik, Dr Rajasekhar Balasubramanian berkata: “Perbandingan terhadap kaedah memasak berbeza mendapati cara menggoreng terendam membebaskan lebih banyak polycyclic aromatic hydrocarbons berbanding kaedah memasak lain, yang berpunca dari suhu tinggi yang diperlukan ketika memasak dan jumlah minyak banyak yang digunakan untuk tujuan itu.“Di gerai Melayu, makanan yang digoreng kebanyakannya berkanji. Jadi, berkemungkinan besar kentang yang digoreng juga mengeluarkan jumlah besar polycyclic aromatic hydrocarbons, seperti di gerai makanan Melayu.”Kajian juga mendapati pendedahan berterusan kepada minyak masak yang digunakan untuk menggoreng kentang boleh meningkatkan risiko barah.
Saintis berkata, partikel yang berpotensi mendatangkan bahaya dibebaskan ke udara apabila minyak dipanaskan sehingga mencapai suhu diperlukan untuk menggoreng kentang.Semua minyak masak mengeluarkan partikel itu tetapi minyak sayur-sayuran paling bahaya termasuk minyak jagung dan minyak zaitun, kata penyelidik.Kentang yang digoreng mengeluarkan sejumlah polycyclic aromatic hydrocarbons.Kajian yang disiarkan oleh Royal Society of Chemistry, menganggarkan bahawa seseorang yang kerap terdedah kepada paras tinggi kimia berkenaan mempunyai satu dalam 100 risiko menghidap barah.Malam kelmarin, penyelidik menasihatkan tukang masak supaya memastikan dapur mereka mempunyai pengaliran udara sempurna dan sebaliknya merebus atau mengukus makanan, bukan menggoreng.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...