SaHaBaT

12/29/2010

SYurGa KuCiNG

Assalamualaikum w.b.t. Semua yang sudi berkunjung ke blog saya ini. Pada kali ini kita akan sama-sama berkongsi mengenai sebuah kisah yang sungguh memotivasikan kita dalam menyelamatkan hidupan yang terbiar di sekeliling kita terutama kucing yang saban hari semakin banyak dibuang ke jalanan sehinggakan mereka mati akibat pelbagai komplikasi penyakit persekitaran. Di mana sifat kemanusiaan kita terhadap binatang. Sesungguhnya Abu Hurairah sendiri sanggup menyembunyikan kucing di dalam lengan jubahnya sekiranya menjumpai kucing terbiar di tengah perjalanan. Begitulah mulianya sifat sahabat Rasullullah S.A.W yang begitu banyak menyimpan hadis Rasullullah. Begitu juga kisah seorang pemuda yang memberikan anjing yang kehausan minum walaupun itu seekor anjing jalanan. Dan Allah Taala telah mengurniakan pengampunan kepadanya akibat dari perbuatannya itu.

Kali ini kita akan dipaparkan dengan suatu maklumat terbaru yang saya terima dari sebuah emel dari seorang saudara seagama. Iaitu kisah syurga bagi kucing-kucing terbiar. Mengapa dikatakan sebagai syurga? Ini kerana kucing-kucing jalanan dan terbiar ini telah dikutip oleh seorang individu dan dipelihara di dalam sebuah kawasan yang sangat luas dan diberi makan dan tempat tinggal yang secukupnya. Individu yang dimaksudkan ialah Craig Grant iaitu pengasas Caboodle Ranch iaitu tempat perlindungan bagi kucing-kucing terbiar. Pada mulanya Craig menceritakan bahawa minatnya untuk membela nasib kucing jalanan adalah berpunca dari kucing anaknya. Sewaktu dia menyewa sebuah apartmen di tepi pantai bersama anaknya, anaknya telah meninggalkan seekor kucing kepadanya untuk dijaga. Pada mulanya dia agak tidak bersetuju kerana dia bimbang sekiranya kucing tersebut akan merosakkan dan mengotorkan rumahnya. Namun dia menerima tugas tersebut dengan hati yang rela dan tanpa disedarinya suatu hari kucing betina itu melahirkan 5 ekor anak kucing baru. Craog menjadi serba salah lalu ditanya kepada anaknya bolehkah dia membuang anak kucing tersebut. Namun anaknya melarang dan menyuruh Craig agar memelihata anak kucing itu sehingga berusia 8 minggu, kerana pada usia 8 minggu, anak kucing tersebut sudah mampu berdikari tanpa ibu kucing.

Akhirnya dia membela kesemua 6 kucing termasuk ibu kucing tersebut. Setelah semakin lama memelihara, timbul di hatinya ingin menjaga mereka buat selamanya. Craig telah membuat suatu rumah kecil untuk keenam-enam kucing kesayangannya itu dan sehinggalah jumlah kucing yang dipeliharanya menjadi 11 ekor semuanya. Ruangan memelihara menjadi semakin sempit dan padat. Dia harus memikirkan jalan penyelesaian. Akhirnya pada suatu hari, dia terbaca di dalam akhbar tentang lelongan hartanah di luar daerahnya. Tanah tersebut seluas 5 ekar dan ditawarkan dengan harga yang murah termasuk bayaran ansuran yang berpatutan. Namun yang menjadi masalah adalah tanah tersebut terletak di Jacksonville iaitu sejauh 100 batu dari tempat tinggalnya. Maka dia segera melihat tempat tersebut dan bersetuju untuk membelinya dan akhirnya setelah tinggal di sana, dia membeli lagi 20 ekar tanah di kawasan tersebut dan kini kawasan yang dimilikinya seluas 25 ekar. Keseluruhan tempat tersebut telah ditukar menjadi habitat yang bersesuaian dengan habitat kucing kesayangannya. Sehingga kini, terdapat sekitar 500 ekor kucing terbiar yang dipeliharanya di kawasan itu. Kawasan habitat kucing terbiar ini mempunyai pelbagai kelengkapan seperti seorang manusia seperti gereja, dewan orang ramai, kincir air dan rumah-rumah penginapan khusus bagi kucing-kucing tersebut.





Craig Sedang Melayan Kucing Peliharaannya





Deretan Rumah Penginapan Kucing Craig





Sebuah Keluarga Kucing Yang Bahagia


Seekor Kucing Bergambar di Hadapan Kediamannya

Craig Bersama Sebahagian Kucing Peliharaan Beliau


Sumber :
1. http://caboodleranch.com/About_Us.html


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: