SaHaBaT

12/09/2010

PeMBoNGKaRaN BaHTeRa NaBi NuH A.S : Siri 1

Justify FullIni merupakan suatu pendedahan ekslusif mengenai penemuan Bahtera Nabi Nuh A.S yang dikeluarkan sekitar tahun 2005. Penulis mendapat salinan artikel ini dari seorang sahabat melalui emel yang dikirimkan. Sengaja didedahkan mengenai penemuan ini kerana masih ada individu yang masih belum mengetahui mengenai artikel ini. Semoga ianya bermanfaat dan dapat dijadikan ikhtibar dalam mengukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah Taala, pemilik alam semesta ini. Artikel ini akan didedahkan secara bersiri kepada anda.

Bahtera Nabi Nuh AS di gunung Ararat.

SIRI 1

Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turki, tersembunyi sebuah misteri berharga yang berusia lebih 5000 tahun. Peninggalan sejarah yang amat berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US dan Rusia seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. pihak CIA telah menggunakan satelit dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.


Gambar-gambar itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan rahsia-rahsia penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud 'Gunung Kesengsaraan' atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban. Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mount Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang mahaberharga itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.

Apa yang masih menjadi tanda tanya, semua orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai-bagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya sematamata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri. Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mahu mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar-benar ada di puncak Mount Ararat itu ? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah ‘The Great Noah Ark’ ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya.

Samalah ‘The Great Noah Ark’ tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar. Sebenarnya, zaman Nabi Nuh A.S. dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka semua dah maju ke depan. Pengetahuan sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para pengkaji dan saintis Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer. Nuh A.S. mula membina bahteranya pada tahun 2465 S.M. dan hujan mula turun pada tahun 2345 S.M.

Rupa bentuk ‘The Great Noah Ark’ itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat ‘Noah Ark’ di puncak Mount Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. ‘Noah Ark’ itu diperbuat daripada spesis kayu purba yg memang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, berbentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inci bagi 1 cubit, bermakna panjang ‘Noah Ark’ ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga para pengkaji berpendapat, ‘Noah Ark’ berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak kereta api. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13 000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari ini terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira-kira 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki ‘The Great Noah Ark’ itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan. Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Bayt: Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)

Angaran saiz Bahtera Nabi Nuh A.S. dgn sebuah rumah.

‘The Great Noah Ark’ ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?

Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turki ini bermakna ia telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu. Mount Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turki. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dengannya sebuah lagi puncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit. Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu Russia, Iran dan Turki.

Kedudukan Mount Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau korang tengok CNN hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turki dan Puak Gerila Kurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turki. Keluasan dasar [bawah] Mount Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garis pusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi ais batu setebal kira-kira 200 kaki. Ketulan-ketulan ais batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jauh ke dalam jurang Ahora.

Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS dilitupi salji.

Sebuah 'Anchor'/sauh purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunisia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mount Ararat. Sebuah 'batu nisan' yang didakwa kepunyaan nabi Nuh A.S. telah dijumpai di Mount Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Rusia, Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mount Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang termampu. Pasukan saintis Russia itu cuba mengukur saiz 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi (bahagian selebihnya tenggelam didalam salji).

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Maharaja Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

(BERSAMBUNG KE SIRI 2)

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: