“SUCCESS is never ending, failure is never final” begitulah kata-kata yang dilahirkan oleh Robert H. Schuller, (1998) dalam sebuah buku karangan beliau yang mempunyai tajuk yang sama di mana ianya mempunyai kesan yang mendalam terhadap proses pendidikan di kalangan para remaja terutamanya yang masih berada di dalam persekitaran pembelajaran.
Setiap orang terutamnya para ibu bapa inginkan kejayaan pada anak-anaknya. Tetapi tidak semua kejayaan boleh dicapai melalui jalan yang mudah. Ada orang memperolehi kejayaan setelah melalui beberapa kegagalan.
Ini bermakna kegagalan bukanlah sesuatu yang muktamad, malah kegagalan akan bertukar kepada kejayaan yang cemerlang sekiranya seseorang itu mempunyai rasa keyakinan diri, bertanggung jawab terhadap segala tindakan yang dilakukan, mempunyai semangat yang kental serta mempunyai perancangan yang strategik.
Dalam hal ini jika sesuatu kegagalan menimpa diri kita atau pada anak-anak kita, kita tidak harus berdiam diri atau menganggapkannya sebagai sesuatu takdir atau nasib, tetapi kita harus berusaha untuk mengenalpasti apakah jalan penyelesaian yang harus di ambil untuk mempastikan setiap kegagalan itu akan disusuli dengan kejayaan.
Bagi mereka yang menghadapi kejayaan, ini tidak bermakna ianya sudah memadai dengan apa yang telah diperolehi setakad ini. Cuba kita renungi kata-kata ini, “Hari esok adalah lebih baik dari hari ini”.
Ini bermakna setiap prestasi yang telah kita lakukan harus diperbaiki dari masa ke semasa demi untuk meningkatkan kualiti. Kejayaan adalah merupakan satu proses yang berterusan (continuous process) dan tidak ada akhirnya.
Dalam hal ini kita juga tidak boleh berdiam diri dan berpuas hati dengan kejayaan yang kita perolehi Kerana kejayaan itu merupakan satu proses yang berterusan maka, segala langkah, tindakan dan perancangan harus dibuat untuk mempastikan kejayaan akan sentiasa berada disamping kita. Setiap ibu bapa harus mengambil tindakan yang proaktif agar prestasi anak-anaknya dapat dikekalkan dan seterusnya dapat merealisasikan segala impian yang ingini.
Dalam perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), ilmu dan maklumat dapat diperolehi di hujung jari. Tetapi ini tidak bermakna pendidikan dapat dilakukan tanpa ada para pembimbing.
Pembimbing melalui kursus-kursus yang mengarahkan kepada teknik belajar (learning technique) untuk pelajar serta teknik membuat pemantauan (monitoring technique) untuk para ibu bapa adalah perlu untuk membantu anak-anak serta ibu bapa memahami proses pendidikan yang begitu mencabar pada masa kini ke arah mencapai kejayaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan