SaHaBaT

12/25/2010

KeMPeN JoM JaDi PaDeRi??

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu kembali kita di laman blog penuh berinformasi ini bertujuan untuk melengkapkan diri kita dengan pelbagai disiplin ilmu dan disamping itu kita mengetahui pelbagai keajaiban ciptaan Allah Taala yang dipaparkan olehNya di seluruh dunia bertujuan untuk menunjukkan betapa tinggi kekuasaanNya ke atas kita iaitu makhluk ciptaanNya. Kali ini isu yang akan ditampilkan ke hadapan adalah isu mengenai suatu disiplin dalam ajaran kristian, Buddha dan juga hindu yang melarang pernikahan kepada sesiapa yang ingin mendekatkan diri kepada tuhan mereka. Dalam dalam terma kristianiti dikenali sebagai celibacy yang melarang sesiapa sahaja yang menjadi paderi dari berkahwin, manakala di dalam ajaran Buddha, larangan perkahwinan ini telah diutarakan oleh Siddhartha Gautama dengan keputusan beliau meninggalkan isterinya iaitu Puteri Yasodharā dan anak lelakinya Rahula kerana bertujuan untuk melengkapkan dirinya bersatu dengan tuhan. Manakala bagi agama hindu pula, larangan berkahwin ini dikenali sebagai brahmacharya seperti yang dinyatakan dalam kitab Veda iaitu bab keempat yamas.

Baru-baru ini didedahkan di dalam laman sesawang Newsweek mengenai kisah larangan paderi berkahwin yang telah menyebabkan bilangan paderi berkhidmat di seluruh eropah semakin berkurangan malah penglibatan golongan muda sebagai paderi juga semakin berkurangan. Masalah ini semakin ketara berlaku di Perancis, salah sebuah negara yang mempunyai penganut agama kristian katholik yang ramai. Perancis mempunyai 61 juta penduduk dengan 64 peratus atau 41.6 juta daripadanya menganut kristian katholik. Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 2 juta sahaja pergi ke gereja setiap minggu menurut Jacques Carton, wakil persidangan paderi (Bishop Conference) di Perancis.

Pope Benedict XVI sedang menghadiri persidangan
paderi di Vatican City, bandar Kristian di eropah.

Artikel Newsweek itu menyatakan bahawa gereja-gereja di Perancis terpaksa mendapatkan para paderi dari Afrika bagi berkhidmat di gereja-gereja di Perancis. Nampaknya bukan sahaja pasukan bolasepak perancis yang dipenuhi pemain kulit hitam, kini gereja-gereja di perancis turut dipenuhi dengan paderi-pader dari negara afrika seperti Ghna, Nigeria dan Senegal.

Web Kempen Menjadi Paderi

Artikel di Newsweek juga menyebut oleh kerana rakyat perancis berkulit putih enggan menjadi paderi, maka gereja di sana memutuskan untuk membuat kempen bagi menarik minat rakyat perancis khususnya golongan muda untuk menjadi paderi. Slogan kempen tersebut adalah “Pourquoi Pas Moi?” atau “Mengapa Tidak Saya”.

Pada 20 April 2009, kempen besar-besaran dibuat di seluruh negara dengan 70 000 poskad dengan gambar paderi yang berpakaian lengkap dengan butang yang berbunyi “Jesus is my boss” diedarkan. Artikel tersebut mendakwa kempen yang dijalankan oleh pihak gereja di Perancis tersebut menemui kegagalan kerana anak muda di Perancis tidak mempunyai minat menjadi paderi.

Slogan Kempen Yang Memaparkan Gambar Anak Muda Memegang
Banner Kempen Dengan Lencana di Baju Mereka 'Jesus is My Boss'

Jesus Is My Boss ??

Menurut seorang paderi, Eric Poinsot yang terlibat dalam menguruskan kempen tersebut, antara penghalang utama anak muda dalam menjadi paderi adalah ajaran kristian katholik yang tidak membenarkan seorang paderi berkahwin. Eric Poinsot menyatakan, “tidak diragukan pembujangan (celibacy) adalah satu halangan untuk anak muda menjadi paderi.”

Bishop Eric Poinsot Yang Ditugaskan Melancarkan
Kempen
Menjadi Paderi di Perancis

Paderi itu juga menceritakan anak muda di Perancis sudah jauh dari pegangan agama kristian. Diberitakan apabila salah seorang anak muda Perancis diajak pergi ke gereja bagi mendekatkan diri dengan tuhan, jawab anak muda tersebut, “Devil is my god.” (Syaitan adalah tuhan saya).

Sebuah tulisan Rudolph W. Giulani (mantan datuk bandar New York) di dalam bukunya Leadership. Beliau menyatakan sewaktu beliau masih remaja beliau pernah bercita-cita menjadi paderi dan telah mendaftarkan diri di Monfort Fathers sebagai paderi yang akan bertugas di negara-negara miskin seperti Haiti ataupun Afrika. Bagaimanapun beliau tidak berupaya meneruskan niatnya itu kerana katanya, “keinginan saya kepada golongan wanita adalah sesuatu yang tidak boleh dipendamkan.” Dengan perkataan lain, keinginan untuk berkahwin menjadi penghalang kepada Giuliani menjadi paderi.

Buku Tulisan Rudolph W. Giulani Bertajuk Leadership Menceritakan
Kisah Hidupnya Ingin Menjadi Seorang Paderi, Tetapi Terhalang Kerana
Keinginannya Terhadap Wanita.

Fenomena yang dihadapi oleh gereja di perancis dan masalah yang dihadapi oleh Guilaini untuk menjadi paderi menunjukkan betapa sukarnya agama kristian bertarung dengan keinginan fitrah manusia. Pembujangan menjadi prasyarat utama untuk mereka yang ingin hidup sebagai paderi kini diakui sendiri oleh para paderi di perancis sebagai hambatan besar bagi menarik minat rakyat perancis atau anak muda di sana untuk hidup sebagai paderi.

Sheikh Muhammad at-Tahir Ashur (Ibn Ashur) seorang alim ulama Tunisia yang terkenal di abad ke-20 telah menghasilkan satu kitab yang amat masyhur iaitu Maqasid al-Shari’ah. Di dalam kitabnya itu, beliau menulis satu tajuk khusus mengenai fitrah. Beliau menulis bahawa islam adalah agama fitrah dan fitrah adalah satu penciptaan/kehendak semulajadi (khilqah) dan satu peraturan (nizam) yang Allah tanamkan dalam diri setiap insan.

Sebagai contoh Ibn Ashur menyatakan bahawa berjalan dengan menggunakan kedua-dua kaki adalah satu fitrah fizikal (fitrah jasadiyah) manusia manakala cuba untuk memegang sesuatu barang dengan kaki adalah bertentangan dengan fitrah.

Menurut ibnu Ashur apabila kita menyatakan islam sebagai agama fitrah bermakna islam itu sendiri adalah selaras dengan kehendak semulajadi manusia kerana islam mengandungi kepercayaan dan peraturan-peraturan yang semuanya adalah perkara-perkara yang rasional atau perkara-perkara yang selaras dengan apa yang dibayangkan dan disahkan oleh akal pemikiran.

Ibnu Ashur menulis, “jika kita periksa dengan teliti maksud umum syariat islam, kita akan mendapati ianya mengajurkan manusia untuk mengekalkan fitrah dan menghalang fitrah itu dilanggar ataupun dirosakkan. Oleh itu apa sahaja yang membawa kepada pelanggaran fitrah akan dilarang dan dielakkan dalam syariat, manakala apa sahaja yang membawa kepada pengembalian semula dan pengekalan fitrah akan dianjurkan dan diperintahkan oleh fitrah.

Vatican City, Bandar Suci Agama Kristian di Eropah.

Bagi islam perkahwinan adalah satu tuntutan fitrah kerana setiap manusia dijadikan Allah Taala dengan baik lelaki ataupun perempuan memerlukan antara satu sama lain. Atas dasar itu, islam tidak seperti kristian katolik, tidak melarang manusia berkahwin kerana larangan tersebut hakikatnya melanggar fitrah manusia. Ketakutan paderi bahawa perkahwinan mungkin menghalang manusia mendekatkan diri kepada tuhan tidak boleh diterima oleh islam kerana faedah perkahwinan adalah terlalu besar untuk umat manusia.

Di atas pelanggaran fitrah tersebut iaitu larangan paderi untuk berkahwin menyebabkan pihak Vatican sendiri terpaksa menghadapi masalah berhadapan dengan skandal seks yang melibatkan para paderinya sendiri. Namun islam sentiasa menyuruh umatnya agar sentiasa mematuhi fitrah semulajadi dan bukanlah memenuhi hawa nafsu. Harus dibezakan diantara tuntutan semulajadi dan juga desakan hawa nafsu. Allah Taala telah menciptakan manusia yang terdiri dari lelaki dan juga perempuan bertujuan untuk saling melengkapi dan tidak ada yang lebih tinggi darjatnya disisi Allah di akhirat nanti kecuali sesiapa yang mempunyai iman yang cukup sama ada dia lelaki ataupun perempuan.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (Ar-Rum: 21)

Berkenaan dengan hujah yang menyatakan bahawa pernikahan akan membuatkan seorang insan itu lebih jauh dari Allah adalah tidak benar. Qurthubi berkata dalam bab Nikah ketika ia menguraikan kitab nikahnya Imam Muslim: “keterangan menunjukan tentang keutamaan menikah terdapat dalam beberapa hadits”, sedangkan hadits yang mengutamakan nikah itu ada dua pendapat. Salah satu memberikan alasannya sebagai berikut:

“Dengan menikah seseorang lelaki mendapatkan wanita yang boleh menolong agamanya dan dunianya, boleh mengurangkan beban dan mengasihi anak”.

Mua’adz bin jabal ra berkata : “Shalatnya orang yang sudah menikah itu lebih utama dibandingkan 40 rakaat dari shallatnya orang yang membujang”,

Berkatalah Abdullah bin Abbas ra :

“Menikahlah kalian, sesungguhnya sehari bersama isteri itu lebih baik dibandingkan ibadah seribu tahun”.

Rasulullah SAW bersabda kepada seorang pemuda : “ Menikahlah kamu, sesungguhnya sebaik-baik umat itu adalah yang lebih banyak wanitanya”.

Sa’idbin Abu Maryam menceritakan kepada kami, Muhammad bin Ja’far mengabarkan kepada kami, Humaid bin Abu Humaid At-Thawil bahwasanya ia mendengar Anas bin Malik r.a. berkata: “Ada tiga orang yang mendatangi rumah-rumah isteri Nabi saw. menanyakan ibadah Nabi saw. Maka tatkala diberitahu, mereka merasa seakan-akan tidak faham (sangat sedikit). Mereka berkata: “Di mana posisi kami dari Nabi saw., padahal beliau telah diampuni dosa-dosanya baik yang lalu mahupun yang akan datang.” Salah satu mereka berkata: “Saya akan qiyamul lail selama-lamanya.” Yang lain berkata: “Akan akan puasa selamanya.” Dan yang lain berkata: “Aku akan menghindari wanita, aku tidak akan pernah menikah.” Lalu datanglah Rasulullah saw. seraya bersabda: “Kalian yang bicara ini dan itu, demi Allah, sungguh aku yang paling takut dan yang paling takwa kepada Allah. Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sholat, aku tidur, dan aku juga menikah. Barang siapa yang benci terhadap sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku.” (Al-Bukhari)

Maka sesungguhnya banyak hikmahnya pernikahan yang dianjurkan oleh islam. Kalian boleh merujuk kepada informasi lain yang berkaitan dengan kebaikan pernikahan ini. Terlampau banyak manfaatnya dunia dan akhirat. Semoga apa yang baik itu dapat kita jadikan sebagai teladan dan apa yang buruk itu dijadikan sempadan dan pengajaran di hari hadapan. Insyallah amiin…
Wassalam….

Sumber:
1. Ruangan Primafacie oleh Mohamed Hanipa Maidin, Koridor Pakatan Rakyat, halaman 20, Harakah edisi 24-26 disember 2010
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Celibacy
3. http://www.newsweek.com/2010/04/06/the-trouble-with-celibacy.html
4. http://www.newsweek.com/2010/06/04/banned-by-the-pope.html
5. http://www.etpourquoipasmoi.org/index.php
6. http://haluansiswa.haluan.org.my/index.php/email-pilihan/402-nikah-wasiat-buat-para-pemuda


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

12/22/2010

KeLuHaN PeNgguNa AwaL KoMPuTeR

Jim Cartlon, seorang wartawan Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan keluhan dari pengguna komputer Amerika semasa di awal era komputer.

1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah “Press ANY Key” menjadi “Press ENTER Key” kerana banyak penggunanya yang telefon yang menanyakan dimana tombol “ANY” di keyboard.

2. AST Technical Support menerima aduan tentang kesulitan menggunakan mouse. Semasa Techincal Support datang ke rumahnya, mereka menjumpai mouse tersebut tidak boleh digunakan. kerana masih berbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang mouse komputer.

3. Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak boleh dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin taip dan menaip label yang tertampal di disket itu.

4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sukar dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan salinan disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotostat disket dari pengguna tersebut.

5. Seorang pengguna DELL mengeluh dia tidak dapat mengirimkan fax melalui komputer. Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL mendapati pengguna itu mencuba fax melalui komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol “SEND” di layar.

6. Seorang konsumen DELL lain mengeluh kerana keyboard yang digunakannya sudah tidak berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya cara dia membersihkan keyboard, dia menjelaskan, “Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.”

7. Seorang pengguna DELL marah-marah kerana tidak boleh menghidupkan komputer yang baru dibelinya. “Semua sudah terpasang dengan baik. Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki, tidak terjadi apa-apa.” Setelah diselidiki ternyata “pedal kaki” yang dimaksud orang itu adalah : mouse.

8. Seorang lagi pengguna DELL marah kerana komputer barunya tidak hidup. Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika juruteknik DELL menanyakan apakah “power switch” sudah dinyalakan, dia balik bertanya, “Power switch apa?”

9. Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pembeli :

Penelefon : Hello, boleh bercakap dengan Tech Support?
Novell : Ya, boleh saya dibantu?
Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya bisa menggantinya?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah saat Anda membeli komputer?
Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat itu patah. Yang saya ketahui, di bahagian depan tempat itu ada tulisan “CD-ROM, 16X”.

(Saat itu juga, petugas Novell langsung mematikan telefon dan tertawa terbahak-bahak…)

Sumber : http://whatsupworldnews.blogspot.com/2010/11/various-stories-clueless-as-computers.html

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

12/21/2010

CaRa OraNG TiBeT KeBuMi MaYaT

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ini kita akan dipaparkan dengan suatu pendedahan yang sungguh mengejutkan. Bagi muslim di seluruh dunia, setiap mayat muslim selagi dia mengucap dua kalimah syahadah walaupun hidupnya dipenuhi dengan kemaksiatan, jasad/mayat itu haruslah dibersihkan dari segala kekotoran dan tanda tidak semulajadi seperti tatu, rambut berwarna ataupun sebagainya, sesudah itu dimandikan oleh beberapa individu dari kaum sejenis, dan kemudian dikafankan dan diletakkan wangian kepada mayat itu dan seterusnya ditanam di liang lahad dengan penuh hormat dan keinsafan. Bagi agama lain seperti kristian, mereka juga memuliakan mayat iaitu dengan memandikan, dan dipakaikan sut lengkap beserta kot/tuxedo dan diletakkan di dalam keranda yang ditempah khas beribu dolar setiap satu. Begitulah sesetengah agama yang memuliakan jasad yang sudah tidak bernyawa lagi. Namun sebagai orang islam, walau setinggi manapun pangkat dan kekuasaan seseorang itu, setelah mati mereka tetap ditanam ke dalam kubur dipagari tanah dan dikafankan dengan kain putih yang sahaja. Tidak ada istilah golongan raja dan atasan menggunakan kain songket ataupun bersulamkan emas untuk dikafankan kerana itu adalah syariat yang telah ditetapkan. Itulah hikmahnya islam, tiada sesiapa yang lebih tinggi dari sesiapa melainkan yang membezakan mereka hanyalah amat ibadah mereka di dunia yang fana ini.

Namun bagi sesetengah manusia yang menganut agama farsi seperti di tibet dan india mereka mempunyai cara pengebumian mayat yang agak pelik dan kejam sekali. Bagi mereka inilah cara terbaik untuk memudahkan mereka memasuki syurga di langit (bagi pendapat mereka beragama farsi ini). Apabila seseorang itu sudah tua dan uzur, mereka akan berpindah ke satu tempat penginapan di atas bukit yang tinggi dari kawasan daratan yang lain dan mereka akan menetap di sana sehingga akhirnya menemui ajal di kawasan tinggi tersebut.

Setelah itu mayat mereka akan dibogelkan di suatu kawasan lapang yang tiada penduduk dan tempat kebiasaan laluan burung hering/vulture. Di situ tugas sami bagi agama itu ialah untuk memotong bahagian-bahagian badan mayat tersebut dan mengeluarkan darah supaya mudah untuk dihidu oleh kumpulan burung hering yang berada tidak jauh dan yang melalui kawasan itu. Setelah itu burung hering itu akan berkumpul di sekeliling mayat tersebut untuk meratah daging mayat tersebut. Mereka percaya apabila burung-burung hering/vulture ini memakan mayat mereka dan terbang di langit, maka roh mereka akan menunggang bersama burung tersebut untuk naik ke langit dan memudahkan roh untuk ke syurga kerana mereka percaya syurga berada di langit. Marilah sama-sama kita menilai betapa kejamnya upacara pengebumian masyarakat kepercayaan ini. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai islam oleh Allah Taala, sesungguhnya nikmat yang paling besar kepada kita di dunia ini adalah nikmat iman dan nikmat islam. Semoga menjadi muhasabah diri kita semu.

Wassalam....









IsLaM ThE WaY oF LiFe...

MuZiUM MaYaT di PaLeRMo

Gereja Pengebumian bawah tanah Capuchins (Italian Catacombe dei Cappuccini) – gereja pengebumian bawah tanah ini terletak di bandar Palermo di Sicily, gereja bawah tanah ini kini dihuni lebih lapan ribu ‘penduduk’, kebanyakan mereka adalah golongan elit dan penduduk dari tanah semenanjung – antaranya seperti golongan alim gereja, aristokrat dan perwakilan masyarakat dari pelbagai profesion. Inilah antara gereja bawah tanah yang paling besar yang memaparkan mayat-mayat golongan elit ini yang telah diawet termasuk kanak-kanak dan wanita – rangka mayat, mumia yang diawet, mayat yang tidak reput dibaringkan, berdiri, terganrung da nada yang diatur dala barisan.


Pada akhir kurun ke-XVI, kadar kematian di bandar Palermo telah meningkat dan menyebabkan kawasan perkuburan kristian Capuchin menjadi sesak, kesempitan ruang untuk pengebumian golongan alim gereja telah menyebabkan pihak gereja terpaksa mencari alternatf lain. Ini kerana pengebumian golongan paderi gereja harus diberi penghormatan tinggi dan tidak sama dengan rakyat biasa. Dengan itu pihak gereja telah menggali bilik bawah tanah ini untuk tujuan berkenaan. Pada 1599, mumia adik kepada Datuk Bandar Gubbio telah dikebumikan di perkuburan bawah tanah ini, dan seterusnya mumia-mumia golongan alim gereja telah turut sama dikebumikan. Keseluruhan ruangan ini mempunyai kira-kira 1871 bilik yang menempatkan mumia-mumia golongan alim dan aristokrat ini.
















Perlu diingatkan di sini bahawa apa yang dipaparkan ini adalah adat dan budaya pengebumian bagi orang bukan islam. Justeru, menurut secara islamnya, bukan begini caranya untuk dkebumikannya mayat kerana walaupun itu hanyalah jasad yang tidak bergerak, namun ianya tetap harus dimuliakan kerana ianya adalah milik Allah Taala. Segala apa yang Allah Taala kurniakan kepada kita hendaklah disyukuri dan dikembalikan kepada tempat asalnya iaitu tanah dengan cara yang baik bukannya dengan mengawetkannya dan dibiarkan menjadi tatapan umum seperti ini.

Menguruskan jenazah adalah perkara yang tidak boleh dielakkan begitu saja. Ia adalah tuntutan fardu kifayah ke atas umat Islam iaitu dengan adanya sebahagian umat Islam yang melaksanakannya, akan selesailah tanggungjawab itu. Orang yang paling berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarga atau waris terdekat si mati. Contohnya, anak si mati sekiranya si mati adalah bapanya dan jika warisnya tidak berkemampuan atau berpengalaman, maka bolehlah meminta bantuan imam atau bilal di sesuatu kawasan untuk menguruskannya.

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhhani, katanya: “Ada tiga macam waktu, di mana Rasulullah melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu itu.

“Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua, saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga ia condong ke barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga ia telah tenggelam sama sekali.” Selain mengetahui waktu sesuai dan tidak sesuai mengebumikan mayat seperti yang disebutkan dalam hadis atas, cara mengebumikan mayat hendaklah dilakukan selari dengan ajaran Rasulullah.

Dalam hal ini, mayat hendaklah dibaringkan di atas rusuk sebelah kanan dan menghadap kiblat. Permukaan tanah yang menguburi jenazah hendaklah lebih tinggi sedikit daripada permukaan bumi agar diketahui kewujudan sesuatu kubur itu.

Daripada Abu Hurairah, katanya, Nabi saw bersabda: "Segerakanlah menguburkan mayat, jika ia baik bererti kamu telah menyampaikan kepada kebaikannya dan jika ia tidak baik bererti kamu telah menghindarkan bahaya daripadamu." (Hadis riwayat Bukhari)

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5 HiDuPaN PaLiNG SuKaR DiBuNuH

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera ke atas anda smua, kali ni setelah penat kita menelusuri sejarah mengenai nazi jerman yang mungkin agak berat/sarat sewaktu anda membacanya dengan pelbagai fakta sejarah yang mungkin anda kurang ketahui. Maka kali ini marilah sama-sama kita bersantai seketika dengan fakta penemuan saintifik ekologi seketika, informasi mengenai ini ana dapat melalui salah seorang sahabat dari kiriman sebuah emel kepada ana. Iaitu mengenai binatang yang paling sukar untuk dibunuh oleh manusia. Mungkin kerana ciri-ciri fizikal yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada binatang ini yang menyebabkan binatang ini sukar untuk dihapuskan walaupun dengan pelbagai cara. Ini tidak bermaksud bahawa binatang ini tidak mati kerana setiap yang hidup dan bernyawa itu sudah semestinya akan mati termasuk malaikat pencabut nyawa iaitu izrail.

Allah telah menjadikan setiap hidupan dan penciptaanNya hanya bertujuan untuk berzikir padaNya dan mengabdikan diri beribadat kepadaNya. Namun seandainya makhluk itu sendiri tidak mahu memenuhi tuntutan amanah sebagai hambaNya, tidak akan sedikit pun menjejaskan zatNya kerana Allah Taala tidak langsung bergantung kepada makhlukNya, namun sebaliknya iaitu makhlukNyalah yang bergantung kepadaNya. Tanpa udara, air, makanan dan sebagainya, makhluk di muka bumi ini malah di mana-mana sahaja tidak mungkin dapat hidup. Mungkin ada penjelasan secara saintifik lain yang boleh menghuraikan mengapa binatang-binatang ini sukar untuk dihapuskan walaupun dengan pelbagai cara. Namun segala huraian secara saintifik hanyalah teori sahaja dan sukar untuk dibuktikan kerana ilmu yang dianugerahkan oleh Allah ini hanyalah setitis dari lautan ilmu Allah Taala. Sehebat manapun manusia, walaupun dapat menyelesaikan formula pelakuran atom, mencipta sistem perkomputeraan yang canggih malah berjaya menghubungkan manusia di seluruh dunia ataupun pencipta satu slogan menyatukan semua bangsa dalam negara masih tidak mampu menandingi Allah Taala dari semua sudut. Hanya Allah yang mengetahui mengenai perihal kehidupan ciptaanNya.

SIPUT GERGASI AFRIKA TIMUR

Serupa seperti siput biasa, cuma binatang ini boleh mencapai 8 inci panjangnya. Masyarakat Afrika Timur sudah mencuba pelbagai cara untuk membunuh binatang ni untuk dijadikan santapan mereka, seperti membakar dan racun tetapi masih tidak berhasil. Mungkin kerana cengkerangnya yang terlampau kalis dari anasir luar yang berbahaya.

WATER BEARS

Water bears adalah binatang air yang mikroskopik dan ia sangat susah dibunuh malah tidak boleh dibekukan. Hidupan ni boleh bertahan pada suhu -273 darjah celcius. Malahan bom nuklear pun tidak mampu mengapa-apakan binatang ni. Ia boleh kembali ke bentuk kering dan semasa dibentuk ini ia kebal terhadap radiasi. Menda ni juga kebal terhadap nitrogen cair dan asam mineral.

TREE WETA

Binatang yang sangat menyeramkan. Darah Tree Weta mengandungi protein istimewa yang air dibadannya tidak boleh dibekukan. Ini bererti, jika binatang ni dibekukan sekalipun, darah dibadannya masih mengalir dan berfungsi seperti biasa. Ketika beku, otak dan hati binatang ini berhenti berfungsi, namun ia akan kembali aktif selepas ia cair. Ini membuktikan, binatang ni boleh mati atau dibunuh, tetapi akan hidup semula.. Seperti zombi!

IKAN PARU-PARU

Lungfish boleh hidup tanpa air selama 6 bulan. Hanya dengan sedikit air, binatang ni boleh hidup kembali.

IMMORTAL JELLYFISH

Immortal bermakna abadi, dan sifat ubur-ubur memang seperti namanya, tidak boleh mati. Binatang ini lahir dan membesar seperti biasa. Namun hidupnya tiada pengakhiran. Ia akan kembali ke bentuk polyp (bayi ubur-ubur) dan hidupnya akan bermula semula dari awal!

Semoga pendedahan ini dapat meningkatkan lagi keimanan kita betapa besarnya kekuasaan Allah Taala ke atas makhlukNya. Allah itu Maha Agung dalam segalanya, betapa samsengnya kamu kepada Allah dengan tidak mengerjakan amanah Allah, percayalah Allah Taala lagi Maha Samseng dari kamu, dengan perbuatanmu yang mengundang kemurkaan Allah, nescaya Allah akan melempar kamu ke dalam api neraka Jahannam yang menyala-nyala. Maaf dipinta seandainya penerangan yang diberikan hanya sedikit kerana ana terpaksa menterjemahkan artikel tersebut ke dalam bahasa melayu dari bahasa inggeris dan penerangannya juga sedikit.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

12/19/2010

TeNTeRa IsLaM NaZi JeRMaN ?

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat bertemu kembali kita di laman blog yang serba berinformasi ini. Kali ini kita akan berbicara mengenai nazi jerman. Adakah kaliah pernah mendengar tentang nazi jerman? Sudah semestinya pernah bukan? Digambarkan kepada kita bahawa nazi jerman adalah pihak rejim pemerintahan diktatorisme yang kejam dan bersifat ultra nasionalis. Namun adakah benar dakwaan yang diutarakan oleh sarjana barat ini? Pada kali ini kita akan membicarakan mengenai suatu pendedahan yang mungkin sesetengah individu tidak mengetahuinya iaitu mengenai wujudnya sebuah divisyen dalam angkatan ketenteraan nazi jerman yang dianggotai oleh tentera beragama islam yang berasal dari bosnia. Ini menangkiskan dakwaan bahawa parti nazi ini mengamalkan semangat nasionalis yang kuat. Marilah sama-sama kita mengupas mengenai informasi berguna ini.


Logo 13th Waffen Mountain Division of the SS Handschar (1st Croatian)

Pasukan 13th Waffen Mountain Division of the SS Handschar (1st Croatian) merupakan salah satu dari 38 divisyen Waffen-SS sewaktu perang dunia kedua. Warren-SS merupakan nama bagi angkatan tentera darat nazi jerman yang menggabungkan pelbagai bangsa dan negara di bawah pemerintahan kerajaan nazi jerman. Pasukan ini direkrut dari rakyat muslim bosnia dan masyarakat kristian. Pasukan Handschar, adalah sebuah divisyen pasukan ketenteraan yang dilatih untuk peperangan di kawasan pergunungan, di dalam bahasa jerman dipanggil "Gebirgsjäger" (pasukan pergunungan). Mereka ditugaskan oleh Canselor Adolf Hitler untuk menangani pemberontakan Yugoslavia di Bosnia dalam negara crotia bermula Februari hingga September 1944.

Logo Bendera Divisyen Handschar

LATIHAN REKRUT

Pada mulanya nazi jerman telah menugaskan Phelps dan Himmler, iaitu pegawai nazi untuk membentuk pasukan tentera sukarela berbangsa asing. Namun setelah perbincangan diadakan, SS Standartenführer Karl von Krempler, pakar dalam kebudayaan islam, telah ditukar dengan Himmler dan Artur Phleps yang telah ditugaskan untuk melatih masyarakat islam bosnia untuk diserap ke dalam cabang ketenteraan nazi jerman iaitu Waffen-SS.

"Pada 3 Mac 1942, Phleps telah menemui bekas pegawai SS, Karl von Krempler, bersama dengan pegawai kerajaan Croatia, Dr. Alija Šuljak, untuk melakukan tugas merekrut tentera sukarelawan muslim bosnia ini. Kempen perekrutan bermula dengan segera, dengan mengembara ke semua 11 daerah di bosnia selama 18 hari untuk mencari rekrut baru.

Pengasas Divisyen Handschar, SS-Obergruppenführer Artur Martin Phleps

Usaha perekrutan oleh Dr. Alija Šuljak dan von Krempler akhirnya telah mencapai matlamat dan dapat membentuk satu divisyen tentera sukarelawan nazi jerman. Namun Dr. Alija telah mengkritik von Krempler kerana menggunakan loghat Serbia dalam percakapan dan menggunakan warna tradisional islam dan lambang islam (bulan sabit) sewaktu operasi mencari rekrut baru ini. Apabila dia tiba di Tuzla, iaitu wilayah tengah Bosnia, von Krempler telah berjumpa dengan ketua pejuang pembebasan bosnia iaitu Mejar Muhamed Hadžiefendić, yang berkhidmat sebagai pegawai tentera Croatia. Pada 28 Mac, Mejar Muhamed Hadžiefendić telah mengiringi von Krempler ke Sarajevo, dimana von krempler telah diperkenalkan kepada ketua masyarakat islam Bosnia, Reis-ul-Ulema, Hafiz Muhamed Pandža, dan ahli politik bosnia yang lain yang telah tidak berkhidmat dengan kerajaan Croatia. Rejim kejam Croatia dan Envoy Siegfried Kasche, kementerian hubungan luar dan diplomasi nazi jerman berasa was-was dengan tindakan von kempler dan mengarahkan von kremer untuk dibuang dari tugasan di bosnia. Namun pihak SS telah menolak permintaan kementerian luar itu dan ini memberikan peluang kepada von krempler untuk merekrut lebih ramai tentera sukarela muslim dan kristian dari cabang ketenteraan Croatia.

Mufti Palestin yang menyokong Pembentukan Divisyen Handschar,
Mohammad Amin al-Husayni


Pada musim luruh 1943, Mufti Jerusalem, Mohammad Amin al-Husayni, (a.k.a. Amin al-Husseini), telah dijemput oleh pihak nazi jerman untuk melihat upacara perekrutan tentera sukarelawan bosnia muslim dan kristian croatia ke dalam Waffen SS dan unit dari Yugoslavia. Mufti Palestin itu telah diiringi oleh SS Standartenführer, Karl von Krempler, yang sewaktu itu sudah pandai berbahasa turki. Mufti Palestin itu telah memberikan restu kepada mereka (pejuang bosnia) untuk mendapatkan kembali wilayah pendudukan mereka yang sebelum ini telah dijajah oleh kerajaan rejim Croatia seperti wilayah Sarajevo, Mostar, dan Banja Luka. Menteri luar Croatia, Dr. Mladen Lorkovic yang telah mengetahui mengenai pembentukan divisyen ini telah mencadangkan agar divisyen ini diberi nama "SS Ustasa Division", dan divisyen itu dinamakan berdasarkan tempat mereka dilatih seperti SS Ustaza Sarajevo.

Mufti palestin bersalaman dengan pegawai tinggi nazi jerman sewaktu dijemput ke jerman.

Mufti Palestin telah menemui pemimpin nazi jerman iaitu Adolf Hitler pada Dicember 1941.

Mufti Besar Palestin, Mohammad Amin al-Husayni diiringi SS Brigadefuhrer Karl-Gustav Sauberzweig sewaktu upacara pemeriksaan barisan kehormat divisyen handschar.

Ante Pavelić, ketua rejim Croatia telah membantah pembentukan sebuah divisyen tentera nazi jerman yang 100% adalah tentera muslim kerana mereka berpendapat bahawa sepatutnya divisyen itu berbentuk gabungan bangsa dan agama lain kerana penduduk muslim di bosnia masih di bawah kawasan pemerintahan rejim Croatia. Untuk mengendurkan ketegangan dengan rejim Croatia, divisyen itu telah dinamakan dengan nama timangan ‘Croatia’ dan disertai dengan 10% masyarakat kristian Croatia.

Al-Husayni telah berkata "Tugasan utama divisyen ini adalah untuk melindungi tanah air dan keluarga (sukarelawan bosnia), divisyen ini tidak dibenarkan meninggalkan bumi bosnia ini", tetapi cadangan oleh mufti palestin ini kurang dipersetujui oleh pihak nazi jerman.

Bishop Kristian, Himmler yang turut berkhidmat dengan nazi jerman telah berpendapat bahawa bangsa muslim slovakia atau bosnia adalah berasal dari bangsa Arya yang memeluk islam.

Berdasarkan Chris Bishop, Himmler bersetuju bahawa muslim Balkan sama ada bangsa Slovak ataupun turki adalah bangsa Aryan yang memeluk islam. Dia percaya bahawa bangsa Bosnia dan Herzegovina adalah dari ras yang sama seperti bangsa Croatia yang mempunyai ras yang sama dengan bangsa gotik dan parsi.

Proses pengrekrutan baru tentera sukarela muslim bosnia kurang mendapat sambutan selepas perang meletus dan hebohnya khabar angin bahawa tentera akan dibawa ke luar negara mempertahankan jerman, ramai tentera muslim bosnia bertindak keluar divisyen. Kebanyakan mereka yang mempunyai persenjataan berat tetap bertahan di bumi bosnia tanpa keluar dari bosnia menyertai angkatan perang nazi jerman.

Hussein Biscevic (Husejin Biščević atau Biščević-beg; lahir pada 28 Julai 1884) adalah pegawai tentera nazi berpangkat paling tinggi (dan paling lama berkhidmat) dalam tentera sukarelawan bosnia itu. Biscevic telah berkhidmat di dalam ketumbukan tentera dan nazi jerman telah menaikkan pangkatnya menjadi SS Obersturmbannführer (leftenan kolonel) dan beliau ditugaskan sewaktu operasi Flak Abteilung 13 pada ogos 1943.

Wajah Tentera Divisyen Handschar Yang Mirip Bangsa Arya Eropah.

PERKHIDMATAN

Divisyen Bosnia Waffen SS telah dilatih untuk memerangi pemberontak komunis, termasuk penyokong tegar komunis yang terdapat di seluruh bosnia. Kebanyakan operasi mereka adalah di timur laut bosnia dan sekitar wilayah Srem.

Tentera Divisyen Handschar Sedang Mengaminkan
Doa Setelah Tamat Tempoh Rekrut.


LATIHAN REKRUT

Divisyen ini telah berlatih di perancis bermula sekitar November 1943, Kemudian mereka dilatih pula di sebuah bekas kem tentera prusia yang telah ditinggalkan di Neuhammer, Silesia. Divisyen ini telah pulang berkhidmat di bosnia pada Februari 1944.

Mufti Palestin Bergambar Kenangan Bersama
Pegawai Tinggi Pemerintahan Divisyen Handschar.


PERISTIWA PEMBERONTAKAN VILLEFRANCHE-de-ROUERGUE
(17 September 1943)


Di Perancis, sewaktu divisyen handschar berkubu di Villefranche-de-Rouergue, sekumpulan pemberontak dari pihak komunis telah menyelinap masuk ke dalam batalion Pioneer untuk mensabotaj kekuatan batalion itu dan melakukan pembelotan terhadap nazi. Kumpulan ini diketuai oleh Ferid Džanić, Eduard Matutinović, Božo Jelinek dan Nikola Vukelić, mereka telah banyak melakukan penculikan pegawai tentera nazi jerman dan telah membunuh 5 orang pegawai tinggi tentera nazi jerman, walaubagaimanapun mereka gagal untuk membunuh SS-Ostuf Michawetz, komander bagi pionner batalion yang berjaya melepaskan diri dari penculikan mereka. Pemberontak ini percaya bahawa mereka mampu mempengaruhi ramai lagi tentera bosnia muslim untuk membelot kepada nazi. Namun begitu, pembelotan berjaya dipatahkan dengan bantuan imam batalion muslim bosnia, Halim Malkoć dan Dr. Schweiger (ahli fizik batalion). Imam Halim Malkoc telah menyelidiki dan merekodkan kesemua tentera pasukan batalion muslim bosnia dan mengarahkan tentera muslim bosnia untuk mengesan pemberontak yang telah menyelinap masuk ke dalam batalion pioneer divisyen handschar ini. Malang melanda pasukan pemberontak komunis yang memberontak kerana mereka akhirnya dapat dikesan dan kesemua pemberontak yang menyamar berjumlah 20 orang telah dihukum bunuh. Pihak nazi telah mengesahkan bahawa 20 individu tersebut merupakan pemberontak komunis yang menyertai tentera nazi bertujuan untuk memusnahkan tentera jerman dari dalam.

Avenue des Croates, Sebuah Nama Jalan Yang Memperingati
Kejadian Pemberontakan Ke Atas Divisyen Handschar.


Himmler di dalam ucapannya telah berkata: "Saya mengetahui bahawa terdapat beberapa kesempatan telah diperoleh puak pemberontak komunis untuk menyelinap dan menyamar sebagai askar nazi di dalam divisyen, tetapi saya tidak pernah meragui akan kesetiaan dan ketaatan kaum muslim dari bosnia kepada pihak nazi. Mereka telah taat setia kepada komander pimpinan mereka selama 20 tahun jadi tidak mungkin ianya akan berubah." Himmler merujuk penghargaan itu kepada tentera divisyen muslim bosnia yang sebelum ini berkhidmat di dalam tentera Austro-Hungarian Habsburg. Himmler menganugerahkan Imam Halim Malkoč pingat kelas kedua Iron Cross, atas sumbangannya menangkap penyamar. Tentera muslim Bosnia yang lain seperti Ejub Jašarević dan Adem Okanadžić juga menerima anugerah dari Himmler.

Apabila bandar Villefranche-de-Rouergue di perancis berjaya ditawan pada 1944, pihak nazi jerman telah memberikan penghargaan kepada divisyen muslim bosnia ini dengan menamakan sebuah jalan di bandar tersebut dengan nama Avenue des Croates (Muslim Slavic/bosnia lebih dikenali sebagai warga Croatia berfahaman islam di sana) dan upacara itu disambut setiap tahun sebagai hari "the revolt of the Croats" setiap 17 September setiap tahun. Selepas perang dunia kedua berakhir, pihak kerajaan Yugoslavia telah mencadangkan agar nama jalan tersebut ditukar kepada nama "the revolt of the Yugoslavs", namun ianya telah ditolak oleh masyarakat perancis di sana atas alasan mempertahankan "kebenaran sejarah yang disembunyi".

Bangunan Yang Menjadi Lokasi Pemberontakan Bermula di Villefranche-de-Rouergue.

Sebuah Tugu Yang Memperingati Kejadian Pemberontakan Tersebut Dibina.

Upacara Memperingati Peristiwa Pemberontakan diadakan pada
setiap 17 September setiap tahun Di Tugu Memorial Peringatan.


PEGAWAI PEMERINTAH

SS-Obergruppenführer Artur Phleps (10 Februari 1943 – 1 April 1943)
SS-Oberführer Herbert Von Obwurzer (1 April 1943 - 9 Ogos 1943)
SS-Gruppenführer Karl-Gustav Sauberzweig (9 Ogos 1943 - 1 Jun 1944)
SS-Brigadeführer Desiderius Hampel (1 Jun 1944 - 8 Mei 1945)

SS-Gruppenführer Karl-Gustav Sauberzweig dan SS-Brigadeführer Desiderius Hampel
Yang Merupakan Pemerintah Tertinggi Divisyen Handschar Ini.


BATALION HANDSCHAR YANG TERLIBAT PERANG

SS-Waffen Gebirgsjäger Regiment 27
SS-Waffen Gebirgsjäger Regiment 28
SS-Waffen Artillerie Regiment 13
SS-Panzerjäger Battalion 13
SS-Reconnaissance Battalion(mot) 13
Waffen-Gebirgs Pioneer Battalion 13
Waffen-Gebirgs Signals Battalion 13
Waffen-Flak Battalion 13
SS-Nachrichten-Battalion 13
Kroatische SS-Radfahr-Battalion
Kroatische SS-Motorcycle Battalion
SS-Divisionsnachschubtruppen 13
Versorgungs-Regiment Stab 13
SS-Verwaltungs-Battalion 13
SS-Medical Battalion 13
SS-Krankenkraftwagenzug
SS-Volunteer Gebirgs Veterinary Company 13
SS-Feldpostamt 13
SS-War Reported platoon 13
SS-Feldgendarmerie-Troop 13
SS-Reserve Battalion 13
SS-Training Battalion 13

PENGLIBATAN PERANG


Operasi Menentang Pemberontak Yugoslavia
Operasi Wegweiser
Operasi Sava
Operasi Osterei
Operasi Rübezahl
Operasi Maibaum
Operasi Maiglöckchen
Operasi Vollmond
Operasi Fliegenfanger
Operasi Heidrose
Operasi Unternehmen Hackfleisch
Peperangan Janja
Operasi Ostfront
Serangan hendap di Vukosavci

UNIFORM

Uniform perang yang biasanya dipakai divisyen handschar ini ialah jaket SS M43 dengan kolar yang terbelah untuk disematkan pangkat bagi individu. Di bahagian lengan kiri terdapat logo berbentuk perisai croatia (berbelang merah-putih). Namun logo perisai Croatia itu menjadi isu kecil kepada tentera divisyen handschar kerana mereka berbangsa bosnia bukannya Croatia. Imam bagi divisyen ini telah membuka logo tersebut sebaik sahaja mereka menyeberangi sungai Sava dan memasuki wilayah bosnia. Bekas tentera nazi jerman yang diserap masuk ke divisyen ini disematkan lencana berlogo Sig Rune di poket dada kiri jaket tentera mereka.

Jaket Perang SS M43 Yang Digunapakai Sebagai Uniform Divisyen Handschar.

Logo Perisai Berbentuk Papan Dam Berwarna Merah dan Putih
Yang Menjadi Isu Sebaik Sahaja Divisyen Ini Memasuki Bosnia.


Lencana Berlogo 'Sig Rune' Yang Dipakai Bagi Tentera Divisyen Handschar
Yang Pernah Berkhidmat Dengan Tentera Nazi Jerman Divisyen lain.


Bagi pelindung kepala ataupun topi tempur, mereka menggunakan topi jenis SS M43 FEZ yang dibenarkan dipakai oleh semua pangkat, manakala bagi pegawai tentera dari pihak nazi jerman mereka memakai topi tempur pergunungan (Bergmütze). Topi tempur fez telah dipilih untuk dijadikan topi tempur divisyen oleh SS Heinrich Himmler kerana topi jenis itu pernah dipakai oleh tentera rejimen infantri Bosnia-Herzegovinian iaitu tentera muslim bosnia yang berkhidmat untuk angkatan tentera Austro-Hungarian dari tahun 1894 hingga 1918, dan turut dipakai juga oleh pasukan tentera Albania Austro-Hungarian dari tahun 1916 hingga 1918. Terdapat dua versi topi jenis FEZ ini dicipta iaitu: berwarna kelabu yang dipakai sewaktu peperangan dan operasi, dan topi fez berwarna merah yang dipakai sewaktu perarakan, pemeriksaan kehormat dan juga waktu diluar tugas. Kedua-dua jenis topi ini terdapat logo tengkorak manusia dan jata helang yang menjadi jata tentera nazi jerman, topi ini turut dihiasi dengan pucuk bunga Edelweiss yang dipakai di sebelah kiri topi terutama sewaktu perarakan dan pemeriksaan barisan kehormat.

Topi SS M43 FEZ Berwarna Kelabu Yang Biasa
Digunakan Sewaktu Peperangan dan Operasi.


Topi SS M43 FEZ Berwarna Meron Yang Biasanya Digunakan
Untuk Upacara Rasmi Dan Penuh Istiadat.


LAGU TEMA DIVISYEN HANDSCHAR

Sa Pjesmom u Boj

Pjesma jeci, sva se zemlja trese,
SS-vojska stupa roj u roj,
SS-vojska sveti barjak vije.
SS-vojska sve za narod svoj.
Daj mi ruku ti, draga Ivana,
oj s Bogom sad, oj s Bogom sad, oj s Bogom sad
idem branit, idem branit, idem branit mili,
rodni kraj, rodni kraj.
U boj smjelo vi SS-junaci
pokazite domovini put!
Podjite putem slavnih pradjedova
dok ne padne tiran klet i ljut.
Ljubav nasa nek u srdcu plamti,
i sa pjesmom podjimo u boj.
Za slobodu mile domovine
svaki rado datce zivot svoj.

Terjemahan dalam bahasa inggeris

Into Battle With A Song

A song is in the air, the entire earth is shaking,
Columns of SS men march in step,
SS men wave the sacred banners.
SS men do everything for the people.
Give me your hand, dear Ivana,
Follow God now, Follow God now, Follow God now
I shall defend, I shall defend, I shall defend my beloved
Homeland, Homeland
SS men are heroes in battle
Show our homeland the way
Follow the road of our glorious grandfathers
Until tyranny falls, cursed and bitter
Let love burn in our hearts
And with a song let's enter battle
To liberate our beloved homeland
For which anyone would gladly sacrifice his life.

Tentera Muslim Divisyen Handschar Sedang
Membaca Risalah Mengenai Islam dan Yahudi.


PEMECAHAN DIVISYEN


Divisyen di pada akhirnya telah dipecahkan dan diserapkan dengan tentera asal nazi jerman sewaktu pertengahan tahun 1944 atas sebab-sebab tertentu. Pada 2 Ogos, masyarakat islam di Turki telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Reich, dan sewaktu itu ramai tentera muslim bosnia yang dikerahkan ke Berlin. Pada 17 Ogos 1944, Josip Broz Tito telah menyarankan agar saki-baki tentera muslim bosnia untuk diserapkan ke divisyen lain. Namun beberapa minggu kemudian, negara Romania telah berpaling tadah dari sokongan kepada nazi jerman dan sewaktu itulah ketumbukan tentera merah (tentera soviet union) mara jauh ke dalam wilayah Balkan, sangat dekat dengan wilayah bosnia. Pada 1 hingga 7 September tentera berikat telah melancarkan Operasi Ratweek : gabungan tentera British dan serangan udara tentera udara Amerika menyerang jalan keretapi terpenting dan merupakan jambatan ke negara itali. Serangan ini telah meruntuhkan moral tentera jerman, kerana laluan agihan bekalan perang sudah terputus. Pada 17 September, pemberontak komunis telah menawan bandar komuniti islam terbesar di Tuzla di tengah-tengah Bosnia, diteruskan lagi dengan kemaraan Briged ke-12 Ustaše yang menggempur barisan pertahanan jerman. Diantara 1 hingga 20 September lebih 2000 tentera telah terkorban.

Pada 20 Oktober, pasukan tentera USSR telah menawan Belgrade dan sehari selepas itu Imam Divisyen, Abdullah Muhasilović, telah menghantar pulang 100 tentera ke bosnia. Menjelang November 1944 divisyen tersebut yang sebelum ini dianggotai oleh 95% tentera bukan berbangsa jerman pada bulan Januari, kini telah mengandungi 50% tentera asal negara jerman. Pada 10 November divisyen handschar ini telah mengambil tindakan berani bertempur dengan tentera USSR/Soviet di bandar Darda, Croatia. Peperangan ini berlangsung sehingga 19 April 1945, apabila divisyen handschar secara perlahan-lahan berundur memasuki Hungary. Pada 5 Mei pasukan divisyen yang tertinggal di belakang yang terdiri daripada bangsa bosnia dan jerman telah menyerah kalah kepada tentera Austria. Pada 8 Mei arahan dari nazi pusat menyuruh mereka berundur sehingga Wolfsberg, Carinthia dan bertahan di sana.

Pada 12 Mei 1945 Brigadeführer ataupun pegawai pemerintah angkatan bersenjata Waffen-SS Desiderius Hampel telah menyerah kalah secara rasmi kepada pihak British dan pada 15 Mei kebanyakan bekas tentera nazi dari divisyen handschar telah dihantar sebagai tawanan perang ke Rimini di Itali, dimana mereka telah dikumpulkan dengan tawanan perang dari divisyen ke-7 tentera sukarelawan pergunungan Prinz Eugen dan divisyen ke-6 SS Panzergrenadier Reichsführer.

Tentera Divisyen Handschar Sedang Mendirikan
Solat Berjemaah Bersama-sama.


PERBICARAAN PERANG


Pada 22 hingga 30 Ogos 1947, pendakwaan terhadap divisyen Handschar oleh pihak rejim soviet telah dilakukan di mahkamah jenayah ketenteraan di Sarajevo. "Kerana penglibatan divisyen dalam penghapusan 5 ribu rakyat tidak berdosa, kesemua 38 defenden dikenakan tindakan dan hukuman yang telah ditetapkan." Kebanyakan pegawai yang didakwa dan disabit kesalahan jenayah perang adalah pegawai muda dan dan mereka turut diwakili 3 orang peguambela berbangsa yugoslavia: 2 rakyat awam dan seorang pegawai tentera. Kesemua 38 defenden telah disabit kesalahan dengan 10 individu dihukum ke tali gantung dan 28 lagi penjara seumur hidup. SS-Gruppenführer Karl-Gustav Sauberzweig telah membunuh diri pada 20 Oktober 1946 kerana tidak mahu diekstradisi ke Yugoslavia. SS Obersturmführer Imam Halim Malkoć, imam utama divisyen handschar telah menjalani hukuman gantung di Bihać pada 7 Mac 1947.

Antara yang menjalani hukuman mati pada 17 Julai 1948 termasuk :

SS Obersturmführer (bersara) Rolf Baumeister
SS Hauptsturmführer (bersara) Walter Eipel
SS Oberscharführer Kurt Lütkemüller
SS Hauptscharführer Bruno Lütjens
SS Obersturmführer (bersara) Heinz Masannek
SS Oberscharführer Josef Pälmke
SS Oberscharführer Wilhelm Schmidt
SS Obersturmführer (bersara) Willi Schreer
SS Oberscharführer Erich Schwerin
SS Obersturmführer (bersara) Kurt Weber

Kebanyakan yang menjalani hukuman penjara dibebaskan pada awal tahun 1952, kecuali SS Sturmmann Wilhelm Mahn yang mati sewaktu dalam penjara. SS-Brigadeführer Desiderius Hampel tidak disabitkan jenayah perang dan dibebaskan. Dia mati pada 11 Januari 1981 di Graz, Austria.

Mufti Palestin, Amin Al-Husseini Sedang Memeriksa Senjata Yang Digunakan Oleh Divisyen Handschar Sewaktu Upacara Perasmian Penubuhan Divisyen Itu.

Mufti Sedang Berbincang Dengan Tentera Muslim Handschar.

Gambar Di Atas dan Bawah Menunjukkan Tentera Muslim
Divisyen Handschar Sedang Menunaikan Solat Berjemaah.



Logo Helang Yang Menjadi Logo Pemerintahan Reich/kediktatoran Adolf Hitler,
Logo ini merupakan Adaptasi Dari Logo Kerajaan Rom dan Diteruskan Penggunaannya oleh Republik Weimar dan Akhirnya Digunakan Oleh Kerajaan Nazi Jerman di Jerman.


Seandainya kita membaca sejarah yang ditulis oleh sarjana barat, kita akan menemui satu pendapat teori sejarah dari mereka yang mengatakan bahawa pihak nazi jerman ini adalah pemerintahan yang bersifat perkauman. Kerana mereka telah menghalang kaum yahudi dari menduduki dan mendapatkan pembelaan dari kerajaan nazi jerman. Kerana itulah pihak berikat yang terdiri dari US, Britain dan Perancis telah bergabung tenaga menyerang nazi jerman dengan alasan membawa demokrasi ke sana dan menyelamatkan rakyat jerman yang tertindas di sana. Sedangkan hakikatnya hanya bangsa yahudi dan bangsa yang memberontak kepada nazi sahaja yang tidak mendapat pembelaan. Sudah Semestinya begitu, takkan nazi jerman ingin membela golongan mereka yang menentang nazi. Marilah sama-sama kita melihat gambar yang menunjukkan ketumbukan tentera nazi jerman yang disertai oleh pelbagai bangsa sekaligus melenyapkan dakwaan bahawa nazi jerman mengamalkan dasar nasionalis yang kuat dalam negara jerman dan negara jajahannya.

Tentera Nazi Berbangsa Afrika.

Tentera Nazi Berbangsa Arab.

Tentera Nazi Berbangsa Azerbaijan.

Tentera Nazi Dari Bangsa Checnya.

Tentera Nazi Berbangsa China/Korea.

Salah Seorang Pegawai Nazi Berbangsa India.

Barisan Tentera Nazi Dari Kaum Sikh.

Ketumbukan Tentera Nazi Dari Bangsa Turmenistan.

Semua kuasa besar ketenteraan dunia sewaktu itu seperti USSR/Soviet Union, US, Britain dan negara lain telah bergabung tenaga menyerang nazi jerman dan menghancurkan kepimpinan diktator Adolf Hitler. Akhirnya pada 7 dan 8 Mei 1945, secara rasminya Nazi Jerman berjaya digulingkan dengan pengeboman yang maha dasyhat di pusat pemerintahan utama Nazi di Berlin, Jerman. Namun mayat Adolf Hitler tidak ditemui dan menurut pendapat sejarawan apabila pegawai-pegawai tinggi nazi ditangkap, mereka mengatakan bahawa pemimpin tertinggi nazi itu telah mati akibat meminum racun dan mayatnya telah dibuang oleh pegawai kanan tertinggi yang menjadi penasihat Adolf. Penasihat itu sendiri akhirnya terkorban dalam pengepungan terhadap bangunan utama kepimpinan nazi itu. Di bawah ini merupakan antara beberapa gambar yang diperoleh sewaktu pengepungan terhadap Berlin dan selepas peristiwa penyerahan nazi jerman kepada pihak berikat.

Kawasan Istana Pemerintahan Nazi Jerman Yang Dijadikan Sebagai
Kawasan Tanaman oleh Penduduk Berlin Yang Kelaparan Tanpa Bekalan Makanan.


Gambar Di Atas Dipercayai Gambar Terakhir Adolf Hitler Yang Diambil Sewaktu
Beliau Memberikan Semangat Kepada Tentera Kanak-kanak Berlin
Untuk Berjuang Mempertahankan Berlin.


Laluan Jalanraya Di Kota Berlin Yang Dipenuhi Piung-piung Runtuhan Bangunan Akibat Pengeboman Berminggu-minggu oleh Pihak Tentera Berikat.

Ketumbukan Tentera USSR/Soviet Yang Sedang Mengebom Kota Berlin Dari Setiap Penjuru Walaupun Ketika Itu Tentera Nazi Jerman Sudah Tidak Berupaya Untuk Menyerang Balas.

Rujukan :
http://en.wikipedia.org/wiki/13th_Waffen_Mountain_Division_of_the_SS_Handschar_%281st_Croatian%29
http://en.wikipedia.org/wiki/Nazi_Germany
http://en.wikipedia.org/wiki/Villefranche-de-Rouergue
http://en.wikipedia.org/wiki/Desiderius_Hampel
http://en.wikipedia.org/wiki/Artur_Phleps
http://en.wikipedia.org/wiki/Mohammad_Amin_al-Husayni#Recruitment


IsLaM ThE WaY oF LiFe...