SaHaBaT

12/10/2010

PeMBoNGKaRaN BaHTeRa NaBi NuH A.S : Siri 3 (Akhir)

Ini merupakan suatu pendedahan ekslusif mengenai penemuan Bahtera Nabi Nuh A.S yang dikeluarkan sekitar tahun 2005. Penulis mendapat salinan artikel ini dari seorang sahabat melalui emel yang dikirimkan. Sengaja didedahkan mengenai penemuan ini kerana masih ada individu yang masih belum mengetahui mengenai artikel ini. Semoga ianya bermanfaat dan dapat dijadikan ikhtibar dalam mengukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah Taala, pemilik alam semesta ini. Artikel ini didedahkan secara bersiri kepada anda.

SIRI 3 (AKHIR)

Artikel Pengalaman-pengalaman Menarik Para Pengkaji Noah Ark.

Kisah ED BEHLING.

Dalam tahun 1973, Ed Behling berada dalam Pasukan Tentera Udara yang ditugaskan mengawal dan memberi perlindungan semasa pembinaan kem tentera di Diaberker, kira-kira 100 batu dari tenggara gunung Ararat. Ia mempunyai kawan dari tentera turki berketurunan Kurdish yang bernama Mustafa.(sebagaimana yang diketahui orang kurdish dianggap ‘penjaga’ gunung Ararat). "Namanya Mustafa dan dia juga seorang askar ketika itu dan saya tak mungkin dapat mencarinya lagi sekarang ini." kata Edward Behling. Saya dan Mustafa telah mendaki ke puncak Ararat pada bulan hujung Mei. Sebenarnya Mustafa sendiri pun langsung tidak pernah melihat ‘Noah Ark’ itu sebelumnya, dan dia berjanji memujuk pak cik saudaranya yang juga bangsa Kurdish agar turut membawa saya bagi tujuan melihat ‘Noah Ark’ tersebut.

Saya tidak membawa kamera kerana diberitahu pak cik Mustafa sangat berbahaya kerana ‘Noah Ark’ itu letaknya bersempadan dengan Russia, sementara saya sendiri pula berbangsa Amerika jika ditangkap tentunya mereka semua akan mendapat susah. seperti yang telah dijangka, pada awalnya pak cik Mustafa agak keberatan membawa saya ke ‘Noah Ark’, apatah lagi saya ini berbangsa asing. (Orang Kurdish sememangnya sukar mempercayai orang luar)


Para Saintis Sedang Mengkaji Bahtera Nabi Nuh A.S

Saya betul-betul hairan kerana ada satu kumpulan ekspidisi Noah Ark yang bertolak baru-baru ini tidak menemui ‘Noah Ark’ walaupun menggunakan pemandu Kurdish. Dan saya syak mereka sengaja menunjuknya ke jalan yang tidak betul. Percayalah, jika golongan tua tidak merestui nescaya golongan muda yang memandu itu sekali-kali tidak akan ingkar. Tidak ada sesiapa yang dapat menghampiri ‘Noah Ark’ tanpa kebenaran golongan tua Kurdish itu.

Setelah bangun awal, Pak cik Mustafa terus membawa kami ke sebelah kawasan gunung. Saya merasakan seolah-olah sedang melalui sebuah lorong di celah-celah batu dan salji turun dengan sungguh lebat. Pak Cik Mustafa itu seolah-olah tahu dengan tepat segala laluan yang dibawanya. Setelah beberapa lama berjalan meredah lorong batu saya merasa teramat letih dan benar-benar berharap mereka akan berhenti rehat dengan tidak semena-mena tetiba Mustafa berpaling ke arah kami dan menunjukkan sesuatu, saya tengok di satu lurah 50 kaki kebawah, Saya nampak sebuah binaan yang hitam dan besar . Ianya amat besar. Salji yang menutup bahagian atasnya telah cair. Bahagian depan Bahtera itu sudah pecah dan berlubang. Saya tidak nampak sebarang pintu. Saya sendiri melihat benda sebesar itu terdampar di puncak Gunung Ararat. Oleh kerana cahaya agak kurang. Lubang yang terdapat di bahtera itu tidak kelihatan.

Lokasi Dikatakan Tempat Letaknya Bahtera Nabi Nuh A.S di Gunung Ararat.

Bahtera itu berwarna hitam. Saya nampak ianya seperti satu kotak besar yang panjang. Saya nampak 150-200 kaki saja, selebihnya badan bahtera itu terkambus dengan salji. saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah ditakuk atau dipecahkan. Ketebalan dinding kapal itu lebih kurang 18 inci. Selepas memerhatinya, Pakcik Mustafa memberi isyarat untuk bergerak. Kami tak dapat untuk melompat kebawah ditempat kapal berada kerana ianya terlalu jauh. Kami tidak membawa tali. Saya memang nak sangat berjalan diatasnya tapi tidak ada peluang.

Dengan penemuan Dr Robert Ballard, sekali lagi cerita dari Al-Qur'an terbukti kebenarannya melalui kajian saintifik yang dijalankan oleh barat. Sekumpulan pengkaji ukur bawah air (underwater surveyors) yang diketuai oleh Dr Robert Ballard, yang juga telah menemui Titanic, telah menemui sebuah bangunan lama berusia kira-kira 7500 tahun di dasar Laut Hitam, 12 batu dari pantai Turki. Mereka telah menemui struktur bangunan dari batu dan kayu beberapa ratus kaki dari paras air. Penemuan mereka menjadi bukti terhampir kejadian banjir besar di zaman Nabi Nuh seperti diceritakan di dalam Al-Qur'an dan juga New Testament (Bible).

Ahli sains percaya penemuan tersebut membuktikan kewujudan sebuah kawasan penempatan yang telah tenggelam disebabkan banjir besar yang melanda sekitar tahun 5000 sebelum masihi. Menurut teori mereka, banjir besar tersebut disebabkan pencairan glasier dari tanah tinggi di Eropah. "Ia merupakan penemuan yang sangat menakjubkan" kata Dr Ballad di dalam rancangan National Geographic Society bertajuk ‘Research Ship Northern Horizon’.

Salah Satu Dari Imej Kajian Saintis Mengenai Bahtera Nabi Nuh A.S

Beliau menerangkan bagaimana sebuah robot bawah air yang meninjau 300 kaki di bawah paras air telah menemui kawasan segiempat berukuran 12 x 45 kaki persegi di mana terdapatnya sebuah struktur daripada kayu dan tanah liat yang telah runtuh. "Beberapa artifak yang ditemui di situ tersimpan rapi tanpa diusik terdiri daripada bim kayu berukir, beberapa cabang kayu dan peralatan dari batu yang telah runtuh dan diselaputi lumpur"

kata Dr Ballard. Kumpulan pengkaji Dr Ballard memulakan kajian di kawasan tersebut setelah dua kapal selam pakar geologi dari Universiti Colombia di New York mencadangkan bahawa ia disebabkan oleh banjir besar beribu tahun dahulu. Mereka meramalkan apabila zaman ais (Ice Age) berakhir 12,000 tahun dahulu, glasier mula menjadi cair. Kawasan timur Mediteranian yang terputus daripada Laut Hitam telah menyebabkan Laut Hitam tidak ditenggelami air walaupun paras air lautan yang lain telah naik. Ini menyebabkan pada sekitar 7000 tahun yang lepas, empangan semula jadi di Bosphorus telah pecah dan air di Laut Mediteranian melimpah ke timur menjadi Laut Hitam yang sememangnya terputus daripada laut-laut yang lain. Kekuatan limpahan air tersebut dianggarkan 10,000 kali ganda Niagara Falls.

Mereka mendakwa bukti saintifik menunjukkan bahawa kulit kerang dari kawasan tersebut berusia lebih 7000 tahun manakala yang daripada laut lain berusia sekitar 6500 tahun. Dr Ballard menerangkan "Banyak perkara telah berlaku apabila air tawar dari sebuah tasik bertukar menjadi air masin sebuah laut 7000 tahun dahulu dan hasil daripada banjir besar tersebut menyebabkan kawasan tanah darat yang sangat luas bertukar menjadi dasar laut".
Dipetik daripada: James Chapman, Daily Mail, UK, 14 September 2000.
Jamil Adimin Research and Graduate School University of Manchester.


Ilustrasi Pengkaji Mengenai Rupa Bentuk Bahtera Nabi Nuh A.S

Pengalaman Ahmet Ali Arslan
Ketua Pengarang sebuah akhbar berbahasa Turki di Washington DC.


Pernah bekerja sebagai juruhebah di stesen radio Suara Amerika. Beliau juga seorang penasihat dan penyelidik kanan Institut Sains dan Internasional Teknologi-Washington DC. "Keluarga saya dari Aralik yang terletak di kaki Mount Ararat. Di situlah saya dibesarkan. Semenjak kecil saya telah naik ke gunung itu mungkin telah lebih dari 50 kali termasuklah ekspedisi Navarra. Saya menemani satu rombongan ekspedisi saintis dalam tahun 1989 untuk mencari kawasan jurang yang dikenali sebagai Lurah Ahora di pinggir gunung itu, Lurah Ahora ini adalah satu lurah yang sangat curam dan bahaya. Oleh kerana saya seorang warganegara Turki maka saya diberi kebenaran membuat siasatan ke bahagian-bahagian tertentu di Mount Ararat yang mana dikenalpasti oleh satelit sebagai kawasan yang mungkin merupakan kawasan bahtera.

Sebaik sahaja saya dekat dengan kawasan itu lapisan ais yang saya pijak mula bergerak dan saya telah tergelincir sejauh berpuluh-puluh kaki ke bawah jurang. Mujurlah saya tidak terjatuh ke dalam lubang jurang. Apabila saya berdiri, di hadapan saya kira 2,100 kaki, saya terlihat satu struktur bangunan yg diperbuat daripada kayu. Kira-kira beberapa ribu kaki dari puncak gunung. Saya mula cepat-cepat ambil gambar. Saya yakin itulah ‘The Great Noah Ark’ yang ada diceritakan oleh kebanyakan orang. Jika ada pembaca yang ingin mendapat maklumat lanjut bolehlah menghubungi Dr Ahmet Ali Arsan di alamat 9430,Cloverdale Court, Burke, Va 22015, Amerika Syarikat.

Kenyataan dan Persoalan dari artikel/catatan pengkaji sejarah:

1. Maha Suci Allah yang telah menentukan Bahtera Nabi Nuh AS ditempatkan diatas Gunung Ararat (Gunung Kesengsaraan) yang mana ianya menyukarkan para pengkaji dan saintis untuk merosakkan Bahtera tersebut dan satu daripada kesan sejarah Islam yang terulung memerlukan keredhaan Allah untuk dikaji.
2. Beberapa saintis barat diberi hidayah Allah untuk mengakui kebenaran Islam melalui penemuan Bahtera Nabi Nuh A.S. yang juga mengiakan Kalam Allah yang termaktub dalam Al-Quran.
3. Dan juga beberapa saintis barat yang menafikan Bahtera Nabi Nuh AS justeru ingin terus merosakkan.
4. Kenapakah beberapa badan siasatan merahsiakan penemuan Bahtera Nabi Nuh A.S. dan bukti disimpan oleh Pentagon yang juga ingin merahsiakan misteri-misteri penemuan seperti Piramid, Kewujudan UFO, Penangkapan Makluk Asing, Misteri Segitiga Bermuda dan beberapa misteri yang masih disembunyikan dari umum.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

12/09/2010

PeMBoNGKaRaN BaHTeRa NaBi NuH A.S : Siri 2

Ini merupakan suatu pendedahan ekslusif mengenai penemuan Bahtera Nabi Nuh A.S yang dikeluarkan sekitar tahun 2005. Penulis mendapat salinan artikel ini dari seorang sahabat melalui emel yang dikirimkan. Sengaja didedahkan mengenai penemuan ini kerana masih ada individu yang masih belum mengetahui mengenai artikel ini. Semoga ianya bermanfaat dan dapat dijadikan ikhtibar dalam mengukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah Taala, pemilik alam semesta ini. Artikel ini didedahkan secara bersiri kepada anda.

SIRI 2

Artikel Pengalaman-pengalaman Menarik Para Pengkaji Noah Ark.

Catatan Dr.John Morris, seorang Pendaki dan Pengkaji ‘Noah Ark’ di Mount Ararat.

Banyak sungguh halangan untuk mencari ‘The Great Noah Ark’. Saya mendaki banyak gunung lain di dunia dan saya mendaki Ararat ini sebanyak 13 kali sebelum berjaya. Saya cuma nak ingatkan "Mt. Ararat ini memang sebuah gunung yang meragut nyawa". Kalau dari sebelah selatan, Mount Ararat ini adalah seperti kon air batu, dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yang dipanggil ‘Lurah Ahora’, terdapat dinding-dinding batu yang curam. Bahagian yang curam itu sememangnya sukar untuk didaki. Mount Ararat ialah sebuah gunung berapi yang telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa ‘banjir besar Nuh’ itu dulu. Puncaknya ditutupi dengan ais batu seluas 17 batu persegi glasier dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki. Semasa glasier itu bergerak turun, ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya batu runtuh.

Memanjat dari arah air batu yang meluncur itu memang susah. Bermacam-macam masalah akan timbul. Tanah runtuh, cuaca ganas, anjing & serigala liar, beruang gunung beserta ular-ular berbisa sering datang mengganggu. Puncak gunung yang setinggi 17,000 kaki yang ditutupi dengan ais batu itu pula selalu terjadi cuaca yang tidak menentu. Di situ angin bertiup kencang, suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi beku tersejat. Setiap petang terdapat kilat yang diikuti angin, hujan dan salji. Angin yang bertiup biasanya 100 batu/jam. Pada suatu malam saya pernah alami suhu menurun sehingga negatif 40 darjah Celsius dan angin bertiup selaju 80 batu sejam. Cuaca sahaja pun telah membuat kita cukup sengsara. Oleh kerana Ararat ialah sebuah gunung berapi, gas yang keluar dari gunung itu ialah gas beracun yang boleh mendatangkan masalah untuk kami bernafas. Saya sendiri pun tinggal di puncak Ararat selama 1 minggu dan dalam keadaan susah untuk bernafas.

Puak-puak yang tinggal berdekatan dengan gunung juga turut memberikan banyak masalah kepada kami, kami telah ditembak beberapa kali oleh perompak. Gerila Kurdish juga telah menggunakan gunung itu sebagai tempat persembunyian dalam pertelingkahan dengan kerajaan Turki dan Timur Tengah. Kumpulan kami tidak ada yang terkorban tapi kami menghadapi banyak masalah dan cedera parah. Ramai orang telah terkorban di gunung itu dalam mencari ‘The Great Noah Ark’. Pengalaman yang paling pahit sekali ialah ketika kami berada di paras 14,000 kaki. Kami terkena pancaran kilat. Akhirnya kami berjaya juga sampai ke puncak Ararat dan menghabiskan masa selama 1 minggu untuk mencari ‘The Great Noah Ark’.

Catatan Mr.Ronald Bennet, bekas jurufoto Whitehouse yang sekarang ini telah bersara, tinggal di sebuah bandar -La Jolla,California

Presiden US, Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru yang diadakan oleh Shah Iran di Tehran sebelum berlakunya Revolusi 1979. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yang besar' ditimbus ais batu ketika Air Force One yang membawa Presiden Jimmy Carter melintasi Mount Ararat. (Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29 Disember 1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31 Disember 1977).

"Saya adalah jurufoto dan wartawan yang berhak meliputi segala aktiviti Whitehouse dan saya selalu sahaja ikut Presiden Jimmy Carter ke mana-mana bagi membuat laporan tentang aktiviti Presiden itu. Semasa peristiwa itu berlaku, kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang di utara Turki, kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yang sama ada beberapa buah pesawat MIG 29 Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yang kami naiki. Kami memandang ke tingkap kami nampak dengan jelas ‘sebuah kotak panjang seperti bahtera yang besar yang sebahagiannya ditutupi dengan ais batu."

Gambar The Noah Ark Yang Hilang.

Seorang jurutera minyak telah menaiki helikopter di bahagin Utara Mount Ararat kerana urusan perniagaan. Tiba-tiba dia terkejut melihat satu kotak besar yang panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari ais batu. Jurutera itu kemudiannya menyuruh juruterbangnyanya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yang mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar. Dengan rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar-gambar yang telah diambil olehnya itu kepada semua rakan-rakannya di Timur tengah dan Amerika. Dalam masa yang sama dia cuba mencari bantuan kewangan untuk menjalankan satu ekspidisi bagi mencari ‘Noah Ark’. Malangnya dia tidak berjaya dan dengan rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu.

Pada 27 Disember 1962, Jurutera itu dijumpai mati dibunuh dengan keadaan badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel. Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa almari tempat menyimpan segala gambar/filem ‘Noah Ark’ telah digeledah orang 10 hari sebelum kejadian. Filem dan gambar ‘Noah Ark’ telah hilang, ramai kawan baik jurutera itu mengesahkan yang mereka telah melihat foto hitam/putih ‘Noah Ark’ yang berukuran 8 x 10 inci. Dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.

Pengakuan Paderi Kristian - Pastor Harold William dari Logansport, Indiana.

Pengakuan dibuat kepada sebuah media, ada seorang kawannya seorang imigran Muslim yang berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yang tinggal di kaki Mount Ararat. Mengikut sejarah/tradisi, mereka ini adalah keturunan terus menerus yang keluar dari ‘Noah Ark’ itu dan tidak berhijrah ke mana-mana. Keturunan Haji Yearam sentiasa tinggal di kaki Mount Ararat itu. Beberapa ratus tahun selepas 'banjir besar', anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat untuk memberi penghormatan dan melihat ‘Noah Ark’ itu. Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah macam mana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini. mungkin kerana perubahan cuaca, gempa bumi dan sebagainya.

Semasa Haji Yearam masih kecil, ada beberapa orang bangsa asing telah datang ke rumahnya. Mereka ini adalah orang yang tidak percaya dengan Al-Quran dan sebarang agama. Mereka adalah saintis, mereka dalam perjalanan melakukan ekspidisi untuk membuktikan bahawa cerita ‘The Great Noah Ark’ itu adalah berupa dongeng semata-mata. Para saintis kemudiannya mengupah bapa Haji Yearam bagi menjadi pemandu ke Puncak Mount Ararat dan Haji Yearam yang pada masa itu masih kecil pun turut serta. Waktu itu musim panas, ais batu salji yang menutupi sebahagian Puncak Ararat mencair.

Selepas bersusah payah mendaki akhirnya mereka pun tiba di puncak. Dengan jelas ‘Noah Ark’ kelihatan seolah-olah berada di dalam tasik kecil. Air dari tasik kelihatan melimpah keluar turun kebawah Apabila mereka sampai di tasik itu, jelas kelihatan sebahagian dari ‘Noah Ark’ itu terjulur keluar dari ais batu. Para saintis kemudiannya meluru ke bahtera. Mereka tergaman dan berasa malu. Seluruh bahagian luar dan dalam ‘Noah Ark’ itu diselaputi syelek atau lacker serta bahan pengilat yang kuat dan tebal. Tidak kelihatan sebarang tingkap, terdapat hanya sebuah pintu besar tetapi daunnya sudah tiada lagi. Para saintis kemudiannya marah. Mereka cuba mengopek kayu bahtera tersebut, membuat unggun api bagi tujuan membakar dan memusnahkan ‘Noah Ark’ tersebut Maha Suci Allah dengan keadaan kekurangan pelbagai alatan segala usaha mereka itu sia-sia. Apatah lagi dengan keadaan ‘Noah Ark’ itu sendiri yang keras seperti batu. Kayunya tidak berupaya terbakar langsung.

Para saintis itu kemudiannya memberi amaran kepada ayah Haji Yearam agar merahsiakan apa yang mereka tahu dan nampak jika mahukan keluarga mereka selamat. Sebab itu susah untuknya bercerita tentangnya kepada sesiapa sahaja, itu pun hanya pada orang dipercayainya sahaja.

Gempa Bumi

Pada 2 Mei 1883, telah berlaku satu gempa bumi menyebabkan batu dan ketulan runtuh dan turun hingga menutupi hampir keseluruhan kampung-kampung yang terdapat di kaki Mount Ararat. Letupan gunung berapi amatlah dasyhat, sehingga dikatakan keseluruhan benua Eropah dapat merasainya. Setahun kemudian, Kerajaan Turki menghantar 1 kumpulan ekspidisi saintis bagi mengukur sejauh mana kemusnahan yang di akibatkan darinya.

Seorang kapten berbangsa inggeris, Kapten Gayscoyne yang juga merupakan seorang Duta British di Istanbul telah memohon kepada kerajaan Turki untuk menyertainya. Di amat bernasib baik kerana dapat melihat kemunculan ‘The Great Noah Ark’ itu. Bukan itu sahaja, malah pasukan saintis/juru ukur itu telah dapat mengukur ‘Noah Ark’ malangnya mereka tidak dapat mengukur dengan tepat dan lengkap kerana sebahagian darinya ditutupi dengan ais batu dan hanya 20 hingga 30 kaki sahaja yang terjulur keluar. Tetapi para saintis/juru ukur itu dapat masuk ke dalam ‘Noah Ark’. Apa yang mereka dapati ialah ‘Noah Ark’ itu diperbuat dari kayu balak purba yang sudah tidak wujud lagi spesisnya di dunia hari ini. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat ialah 12 hingga ke 13 kaki.

Pengalaman Ed.Davis

"Saya seorang Sarjan Mejar yang menjaga pembinaan dalam Kumpulan Perkhidmatan Khas Jurutera Tentera di Utara Iran, pada tahun 1943. Ketika sedang mengeluarkan batu dari kuari. Budak berbangsa Kurdish yang menjadi pemandu pasukan saya memandang kaki Mount Ararat seraya berkata " Ya, disitulah kampung halaman dan tempat dimana orang tua saya tinggal. Yang mana di puncaknya pula terdapat ‘Noah Ark’, dan ayah saya tahu di mana letaknya ‘Noah Ark’ itu".

Saya terkejut dan berkata "Benar ?.. Boleh bawak saya kesana? " Budak pemandu Kurdish itu kemudiannya berjanji akan mengenalkan saya dengan ayahnya.

Suatu hari, budak Kurdish itu membawa ayahnya melawat saya. Dia memperkenalkan ayahnya. Nama ayahnya Abbas. "Pada masa ini, ‘Noah Ark’ masih tidak kelihatan. Dan apabila tiba masanya nanti saya akan datang jemput awak." kata Abbas.

Beberapa bulan kemudiannya Abbas datang menjemput saya. "Kita boleh pergi sekarang kalau nak." kata Abbas. Saya tidak buang masa dan inilah saat-saat yang paling saya tunggu.

Kami seramai 8 org mula mendaki Mount Ararat. Suhu amat sejuk dan tidak pernah seumur hidup saya merasa sesejuk serta seletih itu. Jika saya tahu ianya seteruk ini sudah tentu saya tidak akan mahu pergi. Semasa kumpulan kami mendaki ke atas, kami berhenti di sebuah telaga. Saya diberitahu Abbas telaga ini dinamakan Perigi Yaakub, memang telah menjadi adat beratus-ratus tahun nenek moyang Abbas akan berhenti di ‘Perigi Yaakob’ berdoa dan meletakkan seketul batu dia atas himpunan batu yg diletakkan oleh orang-orang yang menaiki Puncak Ararat sejak zaman berzaman dahulu lagi. Kami pun meninggalkan ‘Perigi Yaakob’ dan mendaki agak jauh dan melalui satu jalan yang digelar ‘Pintu Belakang’. Itu merupakan jalan ‘short cut’ agar perjalanan kami menjadi lebih cepat.

Setelah beberapa hari mendaki Abbas menyuruh kami semua mengikat tali antara satu sama lain. Mereka memberi satu tali panjang yang mempunyai satu tempat untuk mengikat pinggang. Kami semua mengikat pinggang kami dan saya berada di tempat ke 5. Dua orang Kurdish sentiasa berada di belakang saya seolah-olah pengawal peribadi. Abbas telah kehilangan 2 orang anak lelaki semasa mendaki dahulu dan sebab itulah beliau sungguh berhati-hati. Saya rasa mereka yang lain semua ada pengalaman mendaki gunung ini, sebab mereka semua tahu jalan-jalan yang mereka lalui walaupun keadaan suasana yang gelap. Hanya saya seorang sahaja yang asing dan berbangsa Amerika.

Saya tidak mempunyai sebarang alat khas selain dari barang-barang tentera. Saya lihat Abbas dan rakan-rakannya mempunyai peralatan yang baik dan sesuai. Mereka semua dapat alat itu entah dari mana. Abbas kemudiannya memberi cermin penutup muka kepada semua. Kami memakainya sepanjang masa. Abbas juga memberi saya 1 keping logam bersinar yang dapat kami gunakan bagi memberi isyarat. Abbas juga memberikan saya 1 lampu suluh yang akan digunakan sewaktu melintasi gua. Saya diberikan wisel untuk dibunyikan sekiranya memerlukan sesuatu bantuan dan dilarang sama sekali berteriak dan meninggikan suara.

Kami tidur di dalam tidak kurang dari 6 buah gua. Semasa mendaki, kami hanya memakan bubur. Saya sendiri tidak tahu apa isi bubur itu. Rasa-rasanya seperti daging dan sayur sahaja. Pada dinding gua itu terdapat lukisan-lukisan purba. Hanya Abbas dan rakan-rakannya sahaja tahu apa makna lukisan itu. Semua orang masih terikat dengan tali antara satu sama lain. Malah ketika hendak pergi buang air besar pun kami tidak dibenarkan sekali-kali membuka tali. Cuaca tidak elok semasa kami naik, sentiasa hujan dan berangin. Kami berjalan diatas batu dan ais batu. Terdapat bermacam-macam bahaya, kami selalu sahaja tergelincir dan jatuh. Mereka kata jika berlaku sebarang kematian mereka tidak akan membawa mayat itu turun ke bawah. Sebab itu saya nampak banyak tulang dan serpihan tengkorak manusia di dalam airbatu. (Memang mereka tinggalkan orang yang mati di atas gunung itu dan saya tidak tahu mengapa). Abbas dikatakan penjaga kepada ‘Noah Ark’ itu semenjak turun temurun. Abbas kata dia tidak suka jika ada orang/bangsa asing naik ke gunung itu untuk mencari/mengkaji ‘Noah Ark’. Dia kata setiap org yang naik mahu mengopek dan memecahkan mana-mana bahagian ‘Noah Ark’ bagi tujuan membawanya balik.

Sedangkan orang Kurdish ini tidak mahu ‘Noah Ark’ itu di apa-apakan. Pertama kali saya nampak ‘Noah Ark’, ia seolah-olah sebongkah batu biru yang sangat besar. Semakin dekat, barulah rupa bentuknya jelas kelihatan. Saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah berlubang pecah mungkin bekas dikapak orang. Saya merasa sungguh kagum dan sedikit kecewa kerana tidak dapat menghampirinya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa ingin saya menyentuh dan berjalan-jalan di atasnya. Abbas menerangkan bahawa ‘Noah Ark’ itu mempunyai sumpahannya. Ada sesetengah orang yang telah mendapat penyakit jantung serta mati serta merta di dalamnya.

Sebenarnya sebahagian dari barang-barang antik muatan ‘Noah Ark’ telah pun diambil oleh nenek moyang Abbas semenjak dahulu lagi. Saya sendiri nampak beberapa barang antik berupa mangkuk besar setinggi 2 kaki setengah, pasu, bikar, pinggan yang diperbuat dari kulit kerang, piring pelita, semua itu dirumahnya. Mereka hanya setakat membenarkan saya tengok sahaja. Abbas juga menerangkan pada saya, moyangnya telah menjumpai madu di dalam botol sewaktu ekspedisi bersama saintis Turki. Dan sekarang madu itu telah di hantar ke Switzerland dan disahkan sebagai madu asli.

(BERSAMBUNG KE SIRI 3)

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

PeMBoNGKaRaN BaHTeRa NaBi NuH A.S : Siri 1

Justify FullIni merupakan suatu pendedahan ekslusif mengenai penemuan Bahtera Nabi Nuh A.S yang dikeluarkan sekitar tahun 2005. Penulis mendapat salinan artikel ini dari seorang sahabat melalui emel yang dikirimkan. Sengaja didedahkan mengenai penemuan ini kerana masih ada individu yang masih belum mengetahui mengenai artikel ini. Semoga ianya bermanfaat dan dapat dijadikan ikhtibar dalam mengukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah Taala, pemilik alam semesta ini. Artikel ini akan didedahkan secara bersiri kepada anda.

Bahtera Nabi Nuh AS di gunung Ararat.

SIRI 1

Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turki, tersembunyi sebuah misteri berharga yang berusia lebih 5000 tahun. Peninggalan sejarah yang amat berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US dan Rusia seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. pihak CIA telah menggunakan satelit dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.


Gambar-gambar itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan rahsia-rahsia penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud 'Gunung Kesengsaraan' atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban. Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mount Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang mahaberharga itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.

Apa yang masih menjadi tanda tanya, semua orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai-bagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya sematamata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri. Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mahu mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar-benar ada di puncak Mount Ararat itu ? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah ‘The Great Noah Ark’ ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya.

Samalah ‘The Great Noah Ark’ tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar. Sebenarnya, zaman Nabi Nuh A.S. dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka semua dah maju ke depan. Pengetahuan sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para pengkaji dan saintis Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer. Nuh A.S. mula membina bahteranya pada tahun 2465 S.M. dan hujan mula turun pada tahun 2345 S.M.

Rupa bentuk ‘The Great Noah Ark’ itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat ‘Noah Ark’ di puncak Mount Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. ‘Noah Ark’ itu diperbuat daripada spesis kayu purba yg memang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, berbentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inci bagi 1 cubit, bermakna panjang ‘Noah Ark’ ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga para pengkaji berpendapat, ‘Noah Ark’ berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak kereta api. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13 000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari ini terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira-kira 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki ‘The Great Noah Ark’ itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan. Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Bayt: Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)

Angaran saiz Bahtera Nabi Nuh A.S. dgn sebuah rumah.

‘The Great Noah Ark’ ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?

Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turki ini bermakna ia telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu. Mount Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turki. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dengannya sebuah lagi puncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit. Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu Russia, Iran dan Turki.

Kedudukan Mount Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau korang tengok CNN hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turki dan Puak Gerila Kurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turki. Keluasan dasar [bawah] Mount Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garis pusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi ais batu setebal kira-kira 200 kaki. Ketulan-ketulan ais batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jauh ke dalam jurang Ahora.

Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS dilitupi salji.

Sebuah 'Anchor'/sauh purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunisia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mount Ararat. Sebuah 'batu nisan' yang didakwa kepunyaan nabi Nuh A.S. telah dijumpai di Mount Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Rusia, Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mount Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang termampu. Pasukan saintis Russia itu cuba mengukur saiz 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi (bahagian selebihnya tenggelam didalam salji).

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Maharaja Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

(BERSAMBUNG KE SIRI 2)

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

12/07/2010

MiNYaK NaiK, RaKYaT NaiK MiNYaK

Assalamualaikum w.b.t.

Fakta DEB dahulu telah menunjukkan bahawa tahap ekuiti bumiputera masih di bawah 30% walaupun selepas 20 tahun DEB dilaksanakan. Walaupun terdapatnya sedikit peningkatan dalam tahap pegangan ekuiti bumiputera, namun ianya masih teramat rendah. Sehingga kini tahap ekuiti bumiputera masih lagi rendah. Kita sedang berbicara mengenai keadilan dalam ekonomi bukannya mempertahankan bangsa melayu. Kita sekarang berada di dalam sebuah negara Malaysia yang berbilang kaum. Maka tidak seharusnya memandang dari sudut bangsa melayu itu sahaja. Perlembagaan Malaysia yang digubal sebelum kemerdekaan telah menyatakan, barangsiapa memeluk agama islam, maka secara perlembagaannya dia adalah melayu kerana perlembagaan menetapkan bahawa orang beragama islam itu ialah melayu. Maka inilah yang menjadikan ramai orang bukan melayu bukan islam yang berbelah bagi untuk memeluk islam. Dr. Redhuan Tee, pensyarah UPNM dalam bual bicaranya dengan Utusan Malaysia pada 5 Disember 2010 lalu mengatakan kelemahan perlembagaan Malaysia adalah kerana menggariskan bahawa orang beragama islam adalah melayu. Justeru sesiapa sahaja bukan melayu sama ada dari kaum cina, india, msyarakat orang asli, dan sebagainya yang masuk islam, maka mereka secara perlembagaannya telah masuk kaum melayu. Bagaimana pula dengan orang melayu yang sudah kristian? Adakah mereka masih melayu? Islam bukan untuk melayu dan bukan untuk bangsa arab, kamu melayu tidak semestinya kamu islam kalau Allah tentukan kamu bukan islam. Islam adalah untuk semua, bukan hak milik ekslusif orang melayu. Malah islam telah tiba terlebih dahulu di negara Cina sebelum islam tiba di Tanah Melayu.

Inilah yang menjadi sebab mengapa ramai orang bukan melayu yang tidak beragama islam semakin jauh dari agama islam. Malah terdapat sesetengah usaha dari pihak tertentu yang menghalang orang bukan islam membaca dan mengenali Al-Quran. Mereka mengatakan haram kepada bukan islam membaca Al-Quran malah isu ini telah hangat dipolitikkan oleh parti yang sekular di negara ini. Maka bertambah jauhlah lagi bukan islam kepada islam. Sedangkan di negara-negara barat, kita dapat ketahui berjuta-juta orang bukan islam membaca dan mempelajari Al-Quran, malah ada yang menghafal keseluruhan Al-Quran seperti puak-puak orientalis. Namun kita di negara yang diuar-uarkn sebagai negara islam contoh (kononnya) menghalang bukan islam mempelajari Al-Quran. Kita ketahui bahawa asas syariat islam adalah berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis. Justeru apa salahnya mereka mempelajari Al-Quran dan insyallah mereka akan mengambil intipati dari Al-Quran untuk diamalkan dalam kehidupan. Jika mereka salah dalam membaca Al-Quran, mentafsir Al-Quran dan menggunakan Al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka, menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar mereka apa yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan Al-Quran itu sendiri. Tapi umumnya kini kita yang menjauhkan mereka dari Al-Quran. Alangkah silapnya kita.

Keadilan harus ditegakkan kepada sekalian rakyat bukannya sesetengah kaum, sesetengah golongan dan sesetengah pemimpin sahaja. Inilah yang diamalkan oleh islam, malah dari sudut sivik dan moral juga menyarankan kita berbuat adil kepada semua lapisan masyarakat tanpa mngira kaum. Namun inikah yang berlaku dalam negara ini? Baru-baru ini kita dikejutkan dengan peningkatan harga minyak yang berurutan. Pada 1 Disember 2010 minyak RON 97 telah dinaikkan 15 sen seliter menjadi RM2.30 seliter. Alasan kenaikan tersebut adalah kerana Malaysia tidak mampu mngawal harga minyak RON 97 kerana kadar kenaikan mengikut tingkat harga antarabangsa. Yang peliknya Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar minyak bermutu tinggi di pasaran dunia. Sehingga kita terpaksa menjual minyak kita ke luar negara dan mengimport minyak luar untuk kegunaan kenderaan dalam negara untuk mengekalkan imbangan perdagangan yang positif. Inilah malaysia, negara yang mengutamakan kebajikan rakyat kononnya. Alasan yang diberikan adalah minyak di Malaysia adalah antara terendah di rantau asia tenggara ini. Itulah alasan yang biasanya diberikan oleh pihak pak menteri kabinet kita di Putrajaya.

Percayalah tidak lama lagi harga minyak akan semakin naik. Namun harus diingatkan bahawa apabila PRU 13 menjelma nanti, insyallah minyak akan diturunkan kembali dengan alasan kerajaan ingin membantu rakyat, ekonomi Malaysia semakin pulih dan harga minyak dunia stabil. Itulah strategi biasa yang diamalkan oleh kerajaan dalam memanipulasi pemikiran rakyat. Maka media-media arus perdana sama ada media cetak ataupun elektronik akan memainkan peranan mereka dalam mem'buta'kan mata rakyat. Hanya mereka yang sedar sahaja akan mengerti cara permainan mereka ini.

Dari hari ke hari, jurang kemiskinan semakin bertambah, yang miskin semakin miskin, yang kaya semakin kaya menimbunkan harta berjuta-juta ringgit. Segala macam projek pembangunan diagihkan secara tender runding terus tanpa tender terbuka melalui persaingan pasaran. Maka projek lambat disiapkan timbul, kontraktor melarikan diri, kontraktor menjual tender kepada pihak ketiga dan sebagainya. Begitulah senario Malaysia zaman sekarang menuju wawasan 2020. Kita sebagai rakyatlah yang akan merana dek kerakusan golongan kaya termasuk pemimpin negara yang sedang menimbun harta. Rakyat miskin disogokkan dengan bantuan yang tidak seberapa, dibeli undi dengan beberapa kampit berat dan baja sawah. Seorang pemimpin yang memiliki kemewahan melampau dianggap sebagai pemimpin yang hebat, disambut bagaikan raja di zaman kesultanan melayu melaka, diidolakan oleh semua golongan miskin untuk menjadi kaya seperti mereka. Inilah senario kita, senario Malaysia kita. Golongan muda yang lebih terbuka fikiran mereka tidak mungkin dapat dikaburi dengan projek pilihanraya bernilai berjuta-juta ringgit itu, jika nak mengaburi fikiran orang asli mungkin berhasil taktik ini.

Peningkatan harga bagi RON 97 sebanyak 15 sen baru-baru ini tidak dihebohkan oleh media massa arus perdana kerana menurut keterangan pak menteri bertanggungjawab, harga RON 97 tidak perlu dihebohkan kerana harganya tidak stabil dan mengikut pasaran harga minyak sedunia. Maka peningkatannya tidaklah penting. Bagi mereka kebanyakan rakyat dianggapkan banyak menggunakan RON 95 hatta kereta BMW, Mercedes dan sebagainya. Namun menurut syarikat BMW sendiri, mereka menyarankan pengguna menggunakan RON 97 untuk mengelakkan enjin mengalami pengurangan prestasi (http://peraktoday.com/wp/?p=5197) Malah kereta lain seperti model Golf, type R dan Swift semuanya menyarankan pihak pengguna menggunakan RON 97 sebagai bahan api.

Maka setelah meningkatnya harga minyak RON 97, pak menteri yang bertanggungjawab dengan kepenggunaan telah memberikan jaminan bahawa minyak RON 95 tidak akan dinaikkan harga, itupun setelah heboh mengenai kenaikan harga minyak RON 97. Maka dengan berkeyakinannya sewaktu sidang akhbar, beliau menyatakan bahawa minyak RON 95 tidak akan dinaikkan harga kerana rakyat sentiasa didahulukan dalam soal kebajikan. Buktinya ada di bawah, keratan akhbar KOSMO bertarikh 3 Disember 2010 yang menyiarkan ucapan dari pak menteri tu sendiri.

Tup tup pada 4 Disember 2010 tahun yang sama, sehari selepas sidang akhbar pak menteri ni, maka terbuktilah pak menteri ni menipu rakyat rupanya. Mengatakan bahawa minyak RON 95 tidak akan naik, akhirnya ada 4 Disember 2010 tahun yang sama, rakyat dikejutkan dengan peningkatan harga bukan sahaja minyak RON 95 tetapi DIESEL, gas LPG yang digunakan untuk memasak dan juga GULA. Hah ini dia kerajaan kebajikan yang dipangkah oleh segelintir masyarakat yang masih tidak sedar. Sudah sah lagi bersuluh pembohongan pak menteri kita, kalau tahu harga naik diam je la, jangan bagi komen yang memberikan harapan menggunung pada rakyat, akhirnya rakyat akan menilai semula prestasi kerajaan anda. Maka digembar-gemburkan bahawa peningkatan harga RON 95, gas masak, Diesel dan Gula adalah disebabkan pengurangan subsidi oleh kerajaan. Dikatakan pengurangan subsidi itu dapat menjimatkan duit kerajaan sebanyak RM1 bilion lebih dan dapat digunakan untuk pembangunan. Masalahnya mana pembangunan yang kerajaan nak buat, kalau ada pun menelan perbelanjaan yang tidak masuk akal. Kerana adanya ketirisan dana di sana dan di situ. Apabila pihak PAC mendedahkan penyelewengan, barulah diambil tindakan, itupun secara tidak bersungguh-sungguh. Akhirnya rakyat juga yang merana, duit itu duit rakyat, kalau rakyat tak bayar cukai, kerajaan takkan ada duit. Inilah mentaliti pemimpin negara yang tidak ada kelas langsung.

Kalau dibelanjakan wang subsidi itu untuk menampung harga minyak, apa salahnya, sebab rakyat juga yang dapat faedahnya. Dikatakan pula bahawa pemberian subsidi itu tidak menepati golongan sasaran, sebab itulah dinaikkan harga minyak tersebut. Dalam Malaysia ini berapa kerat je orang betul-betul kaya? Yang ramai adalah rakyat sederhana dan rakyat miskin. Agaknya pak menteri kita ni ingat semua orang malaysia dah gaji RM3000 Ke atas ke? Masih ramai lagi penganggur yang tak dapat keje, orang miskin yang gaji rendah dri RM700 sbulan. Bila kerajaan naikkan harga minyak, orang kaya tetap boleh membeli minyak walau berapa tinggi naiknya sebab mereka berduit, macam mana dengan orang miskin dan tidak berwang ni? Sungguh mundur pemikiran pemimpin kita ni. Budak sekolah menengah pun boleh berfikir secara logik.

Malah dengan bangganya pak menteri kita menceritakan kisah penglipurlara sejak zaman PRU 12, mereka mengatakan bahawa harga minyak di Malaysia masih lagi rendah jikalau dibandingkan dengan harga minyak di negara-negara jiran. Masalahnya kita mengukur nilai matawang mereka dengan nilai matawang kita. Memang la jdi mahal sebab nilai dolar di Singapura lebih mahal dari nilai Ringgit kita. Kalau minyak di Singapura 1 liter minyak berharga $1.50 Dolar Singapura (sebagai contoh), maka di Malaysia akan jadi RM2 lebih. Tapi bagi rakyat Singapura harga tersebut masih lagi rendah, orang malaysia je kata minyak kat sana mahal sebab harga dikira dengan duit kita. Contoh lain seperti RON 97 pada tahun 2004 berharga RM1.42 sliter, maka bagi kita harganya tidaklah terlalu membebankan, namun bagi rakyat indonesia semestinya harga tersebut mahal jika mereka menilainya menggunakan matawang mereka kerana nilai matawang Malaysia lebih tinggi dari nilai matawang indonesia. Kita rakyat Malaysia masih tertipu dengan taktik kotor kerajaan dalam memanipulasikan isu ini dalam menutup kelemahan mereka.

Dalam kita mengharungi hari yang semakin hari semakin dekat ke penghujung usia, adakah kita perasan bahawa di Malaysia sekarang ni banyak kes eksiden yang melibatkan kereta terbakar. Eksiden je mesti kereta terbakar punya. Ada sesetengah kes terpencil, kereta yang diparkingkan di kawasan yang selamat pun boleh terbakar tiba-tiba. Ada tak sesiapa pernah tengok atau baca? Memang ada kes macam ni. Dahulu dalam 5 tahun sebelum ni jarang ade kes kemalangan kereta terbakar ataupun kereta yang secara tiba-tiba terbakar di kawasan parking. Tetapi sejak pengenalan petrol RON 95 ni, kes kebakaran kereta semakin meningkat. Tahun ini sahaja melebihi 100 kes yang direkodkan yang melibatkan kebakaran kereta terutama selepas kebakaran berlaku. Namun sewaktu mula-mula pengenalan penggunaan petrol RON 95 menggantikan petrol RON 92, dikatakan kepada rakyat bahawa prestasi enjin akan lebih bagus, mesra alam dan selamat digunakan. Agaknya media tipu kita ke, agaknya pemimpin negara tipu kita ke? Sendiri mau ingat la, kita semua dah 50 tahun lebih merdeka, takkan nak percaya berita bohong dan karut dari pihak yang berkepentingan.

Menurut sumber http://peraktoday.com/wp/?p=5197 RON 95 sememangnya minyak yang tidak berkualiti terutama kepada kenderaan import yang berprestasi tinggi. Sebagai contoh pihak BMW telah menyarankan kepada penggunanya agar menggunakan RON 97 ke atas demi mengelakkan kejadian enjin kurang berkuasa. Macam keterangan sebelum ni, banyak lagi jenama kenderaan lain yang tidak menggalakkan pengguna menggunakan minyak RON 95. Dengan jelas lagi bersuluh bahawa minyak ini samalah seperti minyak RON 92 dahulu, iaitu minyak tahap rendah. Dahulu semua kenderaan menggunakan minyak RON 97 bukannya RON 92, kenderaan yang menggunakan RON 92 ataupun minyak merah ni hanyalah untuk motosikal lama, enjin mesin rumput, enjin motor yang tidak kompleks.

Malah menurut pendapat seorang pengguna yang sudah menjalankan ujian realistik mengenai bahayanya minyak RON 95 telah mengatakan bahawa hasil ujian tersebut menunjukkan bahawa minyak RON 95 sememangnya mudah meruap menjadi wap. Wap minyak ataupun gas yang terhasil dari pemeluwapan mintak RON 95 lebih mudah terbakar walaupun tidak terkena punca api. Cukup sekadar adanya kehadiran haba yang mencukupi, maka kebakaran boleh berlaku dengan pantasnya. Sila layari web sumber http://peraktoday.com/wp/?p=5197. Namun masih ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa semua minyak mudah terbakar, sudah semestinya begitu, kalau tidak terbakar bukan minyak namanya. Tetapi untuk RON 95 ni, ianya lebih mudah terbakar kerana terdiri dari 50% minyak dan 50% alkohol. Sepertimana kita ketahui bahawa alkohol merupakan agen cecair yang mudah meruap, disebabkan adanya alkohol di dalam campuran minyak, maka kadar pemeruapan semakin cepat berbanding minyak RON lain. Disebabkan oleh itulah banyaknya berlaku kebakaran akibat dari kemalangan di jalan raya.

Ada sesetengah pihak menyalahkan sikap pemandu itu sendiri apabila berlakunya kebakaran sewaktu kemalangan. Memang betul, tetapi macam mana dengan kejadian kebakaran yang berlaku tanpa berlakunya kemalangan? Adakah ada sebab musabab lain? Ada kebakaran akibat kemalangan yang menyebabkan kematian mangsa. Ini kerana kebiasaannya kemalangan yang berlaku banyak yang menyebabkan mangsa tersepit di dalam kereta, mereka masih lagi bernafas dan dapat diselamatkan jika tindakan cepat diambil. Namun dek kerana kebakaran, ramai mangsa yang terkorban tidak dapat diselamatkan walaupun mereka masih hidup tetapi tersepit dalam kereta. Memang betul kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu, tetapi malang itu tidak berbau, kita tidak boleh sepenuhnya menyalahkan pemandu kerana faktor jalan, kenderaan, dan faktor-faktor lain dapat menyebabkan terjadinya kematian. Justeru, tindakan kerajaan harus ditagih agar penyelesaian kepada masalah ini dapat dilaksanakan.

Suatu lagi kenaikan yang sudah tentu membebankan rakyat dan pengguna adalah kenaikan harga gula dan gas. Seperti kita sedia maklum, apabila harga minyak dan gula dinaikkan secara sekaligus, maka kita akan lihat adanya peningkatan harga makanan dan bahan mentah. Alasan pemborong dan penjual adalah kerana kenaikan harga gula dan bahan api. Kadang-kadang ada benarnya dakwaan mereka itu, peningkatan harga minyak terutama diesel (yang biasa digunakan lori) dan juga harga gula, maka mereka juga terhimpit antara mengutamakan mata pencarian mereka ataupun membantu mengurangkan beban pengguna. Jikalau mereka menjual pada harga yang sama, maka kos modal akan meningkat dan ini mengurangkan mata pencarian mereka. Mereka juga seorang pengguna, mereka turut merasai apa yang pengguna lain rasa. justeru tindakan kerajaan harus dikaji dengan sepenuhnya dalam setiap dasar kerana ianya akan membebankan rakyat terutama rakyat yang sederhana dan tidak berkemampuan.

Ada sesetengah pihak memuji tindakan kerajaan kerana ini merupakan langkah untuk mengurangkan pengambilan gula dalam masyarakat di Malaysia. Pada harga sekarang mereka mungkin akan menyokong tindakan kerajaan, tetapi jika harga terus meningkat sehingga tahap yang tidak dapat diterima, mereka juga akan melenting. Kerana dengan peningkatan harga gula, bermaksud harga makanan, kueh-mueh, air minuman dan produk lain akan meningkat. Gula, garam, minyak dan bahan mentah makanan merupakan suatu barang penting dalam penghasilan makanan. Sekiranya bahan mentah meningkat, maka harga barangan akhir iaitu makanan juga akan meningkat. Golongan kaya tidak bimbang malah memuji tindakan kerajaan kerana mereka tidak merasa bebanan rakyat bawahan malah mereka mendapat keuntungan dengan perniagaan dan penjualan produk mereka. Jika harga barang mentah keperluan harian meningkat, maka mereka mungkin mengalami peningkatan kos pengeluaran, tetapi mereka akan mendapat keuntungan lebih dengan meningkatkan harga berlipat kali ganda atas alasan barang mentah seperti gula dan bahan api untuk sistem pengangkutan meningkat. Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Itulah senarionya Malaysia hari ini.

Maka menjadi tanggungjawab kita berfikir secara rasional dalam memilih pemimpin di masa hadapan. Kita bercakap soal politik kerana dalam negara Malaysia ini, politik memainkan peranan penting dalam negara menewaskan faktor ekonomi dan sosial. Sesiapa yang memiliki penguasaan politik dalam Malaysia, nescaya akan memperolehi penguasaan dalam bidang ekonomi dan sosial. Mereka menggunakan kuasa politik mereka untuk memperolehi kekayaan melalui syarikat-syarikat mereka dalam tender kerajaan, mereka menggunakan media massa untuk menunjukkan betapa mereka prihatin kepada masyarakat dan rakyat dalam negara. Itulah Malaysia kita hari ini hasil dari perancanaan puak-puak yahudi, kapitalis dan barat. Senario ini tidak sama seperti di Amerika Syarikat. Di US, sesiapa yang memegang kekuasaan dari sudut ekonomi, maka dia akan menguasai politik dan sosial. Sepertimana pelobi-pelobi yahudi di senat/kongres US, mereka berupaya memaksa presiden US untuk menentukan dasar-dasar luar terutama yang membabitkan negara Israel. Mereka menggunakan ejen-ejen sosial mereka seperti CNN, BBC malah FACEBOOK sendiri untuk menunjukkan bahawa merekalah manusia dan bangsa yang terbaik berbanding bangsa lain. Inilah akibatnya jika terlalu taksub kepada bangsa. Betullah ujaran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, tidak kira kaum melayu ke, india ke, cina ke, malah yahudi sekalipun, sekiranya kamu beriman kepada Allah dengan sesungguhnya, maka kamu akan mendapat keredhaanNya.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri, adakah apa yang kita pilih adalah insan yang layak menjadi seorang ulul amri. Kalau sekadar melaungkan memartabatkan islam dengan membina ribuan masjid. Pemimpin bukan islam pun boleh memberikan peruntukan untuk membuat masjid. Ulul amri yang kita inginkan adalah seorang pemimpin yang mempunyai ilmu agama yang kukuh dan disulam dengan ilmu pemerintahan yang mantap. Mempunyai akhlak yang baik dan mampu membimbing keluarga sendiri untuk mendapat redha Allah. Macam mana seorang pemimpin itu ingin memimpin rakyatnya ke arah mendapat keredhaan Allah sekiranya isterinya sendiri tidak menurut syariat Allah. Sebagai seorang suami, dia sendiri seharusnya mampu mengajar isterinya menurut syariat islam.

Wassalam...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

12/06/2010

AhLaN WaSaHLaN 1432 HiJRiaH

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, tuhan yang mencipta sekalian alam semesta ini, pemberi rahmat dan pertolongan kepada keseluruh makluk ciptaanNya, mematikan makhlukNya, memberikan kekuasaan dunia kepada hambaNya, memberikan makan dan minum kepada setiap makhlukNya hatta makhluk terkecil di dunia, memberikan segalanya yang diperlukan kepada makhlukNya. Marilah sama-sama kita mengucapkan ksyukuran tidak terhingga atas nikmat yang diberikan ini. Hatta nikmat bersin sekalipun walaupun kelihatan remeh namun ada hikmah disebalik pemberian nikmat itu. Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa mengingati bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah Taala yang Maha Esa, yang tidak beranak dan diperanakkan.

Dasawarsa ini kita melihat manusia semakin hari semakin jauh dari matlamat utama sebagai hambaNya iaitu mendambakan diri sepenuhnya menjalankan amanah Allah di muka bumi ini. Tugas sebagai khalifah di muka bumi ini telah ditawarkan kepada gunung, namun segagah gunung itupun tidak mahu menerima bebanan amanah yang akan dipersoal di hari muka kelak. Namun manusia dengan kudrat tulang empat kerat yang sudah semestinya tidak mampu menandingi kudrat sang gunung, manusi sanggup menerima tugasan sebagai khalifah di muka bumi ini. Kerana apa? Kerana Allah Taala telah mengurniakan akal fikiran kepada manusia untuk berfikir dengan waras dalam mentadbir dunia ini mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh Allah Taala melalui KalamNya iaitu Al-Quran Al-Karim. Namun kita melihat manusia tetap dengan pemikiran kotornya menjahanamkan alam ini dengan 1001 kerenah walaupun mereka telah diutuskan beratus ribu nabi dan rasul.

Mengapa ini bisa terjadi? Jawapannya adalah mudah, iaitu menjadikan hawa nafsu sebagai raja dan menjadikan akal fikiran yang sihat sebagai tunggangan tidak bermanfaat. Sejarah telah menceritakan kepada kita bagaimana umat-umat terdahulu telah dilenyapkan dari muka bumi kerana sifat mereka yang sering menyekutukan Allah dan RasulNya. Menyeksa dan mencaci rasul utusanNya, membunuh para nabi yang diutuskan oleh Allah kepada mereka dan menyembah batu-batuan, pohon-pohonan iaitu makhluk Allah menjadi tuhan mereka. Kitab-kitab sebelum Al-Quran iaitu seperti Zabur, Taurat dan Injil diselewengkan dan ditokok tambah mengikut citarasa mereka sehingga hilanglah segala yang baik untuk dijadikan teladan. Kerana itulah Allah Taala telah menjamin kitab suci Al-Quran Al-Karim akan sentiasa terjamin dari pengkhianatan pihak yang zalim, walaupun ada pengkhianatan yang ingin dilakukan, namun kesemuanya telah digagalkan oleh Allah Taala. Namun berapa banyak kelompok manusia yang betul2 memahami apa yang terkandung di dalam Al-Quran? Berapa banyak kelompok yang betul2 bertindak dan berkata-kata berlandaskan Al-Quran? Dan berapa ramaikah manusia yang memanfaatkan kitab Al-Quran untuk memperbaiki diri mereka, amalan mereka dan segala urusan dunia mereka?

Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita seharusnya sedar bahawa di zaman ini sudah terlalu banyak kemaksiatan dan kekhilafan yang berlaku hatta dalam umat islam sendiri. Mereka berteriak kononnya merupakan individu yang memartabatkan islam, memperkasakan islam dalam pemerintahan mereka, menjadikan islam sebagai tunjang kepada pembangunan dan segala macam bidang lain. Namun hakikatnya itu semua hanyalah kosmetik semata-mata dalam meraih sokongan manusia untuk mereka berkuasa. Mereka bermuka-muka inilah yang menjadi pemimpin dalam dunia sekarang. Pemimpin masyarakat diutamakan dan segala kemewahan dilimpahkan kepada mereka. Akhirnya mereka sendiri menindas rakyat dibawah pimpinan mereka. Kisah kesederhaan Khalifah Ar-Rasyidin dan kisah takutnya Khalifah Umar Abd Aziz dalam menjalankan amanah sebagai pemerintah tidak pernah mereka semat di dalam hati, sekadar menjadi sapaan angin yang lalu sahaja. Inikah dia kepimpinan yang dikatakan menegakkan islam.

Tongkat kuasa yang diberikan bukanlah suatu tiket kepada sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin untuk mereka menjejak kaki ke syurga Allah Taala. Malah digambarkan bahawa menjadi pemimpin ini ibarat telah meletakkan kaki kiri ke dalam neraka, sedikit amanah yang tidak ditunaikan akan menyebabkan keseluruhan badan terjerumus ke lembah neraka yang panas lagi menyala-nyala itu. Seharusnya kita sebagai khalifah di muka bumi ini memikirkan tentang kata-kata ini. Jangan mudah menerima amanah sekiranya tidak mampu. Jangan mudah mempersembahkan diri kepada khalayak ramai dengan ego mengatakan kitalah yang mampu padahal kita hanya berniat untuk mendapat kemasyhuran dan keegoaan dunia semata. Berfikirlah sebelum mengambil dan menerima sesuatu amanah, lakukan seperti saranan Rasullullah S.A.W dalam kita menerima amanah. Sesungguhnya menerima amanah seperti sedang meletakkan sebilah pedang berkilauan di leher. Namun seandainya kalian mampu dan wajib untuk memikul amanah itu, maka laksanakannya dengan penuh beramanah, beretika dan berakhlak. Jangan jadikan amanah sebagai medan untuk kita meraih kemasyhuran, keegoan, keriakkan malah merasakan bahawa orang bawahan yang lain tidak berilmu dan tidak setaraf dengan kita.

Dewasa ini antara penyakit yang melanda individu berpendidikan agama adalah mereka merasakan diri mereka mulia berbanding individu lain. Mereka merasakan mereka lebih dipandang tinggi dalam masyarakat dan mereka terus hanyut di dalam khayalan mereka sendiri. Kita seharusnya ingat, semakin tinggi ilmu agama yang dipelajari, semakin kuat godaan syaitan datang menerjah untuk membuatkan kita alpa dalam kemungkaran Allah. Muhammad Hassan Basri dalam bukunya bertajuk Andai Syurga & Neraka Tidak Ada, mengatakan bahawa godaan syaitan kepada manusia ada 2 perkara. Pertama godaan untuk melakukan perkara kemungkaran sehingga kita tidak mampu lagi menolak godaan tersebut. Kedua ialah godaan untuk melakukan kebaikan. Godaan melakukan kebaikan merupakan godaan yang sering diberikan kepada insan yang mempunyai ilmu agama. Syaitan/Iblis akan menggoda kepada insan beragama agar melakukan banyak kebaikan dan akhirnya insan tersebut akan berasa bahawa dia sudah cukup untuk memasuki syurga Allah. Malah kelama-lamaan akan timbullah perasaan ujub dalam hati maka rosaklah segala amal ibadahnya selama ini dek kerana sifat tersebut. Inilah dia penyakit yang sedang melanda golongan beragama tanpa mereka sedari.

Maka selaku insan yang ditugaskan di bumi ini sebagai khalifah Allah Taala. Kita seharusnya menyedari setiap gerak-geri kita haruslah berdasarkan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias. Tanpa keempat-empat ini, maka tempanglah hala tuju kita. Jauhilah sifat riak, takabbur, sombong dan ujub dalam diri. Ingatlah setinggi manapun kita belajar ilmu sama ada ilmu fardhu ain ataupun fardhu kifayah. Ilmu yang kita miliki itu hnyalah setitis dari lautan ilmu Allah Taala. Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini, marilah kita sama-sama mengambil ikhtibar dari peringatan yang tidak seberapa ini. Jadikanlah hari ini lebih esok dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Ana insan yang serba kekurangan dan serba dhaif ini ingin mengucapJustify Fullkan

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIAH
1432 H / 2010 M

Semoga Allah memberkahi kita semua, insyallah, Amiinn....
Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

12/03/2010

RaNGKa 50 RiBu TeNTeRa PaRSi GHaiB DiTeMui

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni kita akan berbicara mengenai sebuah penemuan yang sungguh mengejutkan iaitu penemuan sebuah kubur besar askar parsi yang diarahkan oleh Raja Parsi, Raja Cambyses III, anak kepada raja parsi yang terkenal iaitu Cyrus The Great untuk menakluk penduduk Oasis Siwah, penyembah dewa Ammon (Jupiter).

Menurut Muhammad Alexander Wisnu Sasongko dalam bukunya bertajuk Alexander Adalah Zulqarnain, beliau mengatakan bahawa sewaktu kempen penaklukan pada tahun antara 525-522 SM oleh raja parsi iaitu Raja Cambyses III ke atas Mesir, seluruh mesir telah ditawan oleh empayar parsi. Namun penduduk di Oasis Siwah iaitu penganut agama menyembah dewa Ammon (Jupiter) tidak mengiktirafkan penaklukan yang dilakukan oleh Parsi. Maka Raja Cmbyses III telah menghantar 50 000 bala tentera parsi untuk menawan Oasis Siwah tersebut. Namun menurut catatan sejarah oleh Herodotus, beliau mengatakan bahawa tentera parsi tersebut telah ditimpa ribut pasir yang dasyhat sehingga menenggelamkan keseluruhan angkatan perang tersebut.

Peta Menunjukkan Arah Kemaraan 50 000 Tentera Parsi ke Oasis Siwah Melalui Oasis Baharia

Muhammad Alexander dalam bukunya telah mempertikaikan mengenai kisah tragik ini. Pada beliau mana mungkin rombongan tentera berjumlah 50 000 orang boleh ditimbus dalam sekelip mata tanpa meninggalkan kesan. Beliau telah mengutarakan satu teori yang mengatakan bahawa gerombolan tentera parsi ini telah tertimbus oleh ribut pasir yang disertakan juga dengan gas beracun yang tersebar melalui angin ribut itu. Menurutnya lagi, angin ribut tersebut yang dikenali sebagai angin khumasin bertiup dari barat ke timur iaitu secara tepatnya angin tersebut bertiup dari timur gurun sahara ke barat mesir dan bertiup kebiasaannya pada bulan April setiap tahun. Angin itu disertai gas beracun ekoran dari pemendapan tanah di kawasan dikenali sebagai Qattara Depression. Kawasan tersebut telah mengalami pemendapan yang amat besar ekoran dari perlanggaran plat-plat di kawasan tersebut. Antara plat tektonik yang terdapat di kawasan barat mesir moden sekarang adalah plat eropah, pelat Nubian atau plat afrika dan plat Sinai dan arab. Ekoran daripada pergerakan tektonik inilah maka terjadinya pemendapan tanah di kawasan Qattara Depression.

Angin Khumasin (Barat) Yang Bertiup Ke Arah Timur Menuju Pasukan Tentera Parsi

Kawasan Qattara Depression ini adalah serendah 134 meter dari paras laut dan berkeluasan 44 000 kilometer. Jaraknya dengan laut tengah adalah sekitar 56 kilometer sahaja. Dengan pemendapan ini, maka gas-gas asli yang beracun dari bawah tanah akan terbebas ke udara. Dengan izin Allah Taala, sewaktu itulah tentera parsi seramai 50 000 orang sedang bergerak menuju ke Oasis Siwah. Tentera ini telah bertolak dari kota Thebes ataupun Luxor (mesir moden) dan mereka melalui Oasis Baharia sebelum tiba ke kawasan Qattara Depression ini. Sebenarnya Qattara Depression ini terletak diantara Oasis Baharia dan Oasis Siwah (sila rujuk peta dibawah). Sewaktu tentera parsi tersebut sedang mara untuk menghancurkan penduduk di Oasis Siwah yang ingkar kepada empayar parsi, mereka telah mengalami suatu ribut pasir yang disertai dengan gas beracun akibat dari pemendapan tanah di kawasan Qattara Depression.

Angin Khumasin Membawa Bersama Gas Beracun Dari Pemendapan Qattara Depression Ke Arah Tentera Parsi

Namun mengapa penduduk di kawasan Oasis Siwah iaitu penduduk menyembah dewa Ammon tidak mengalami nasib sama seperti gerombolan tentera parsi ini? Terdapat sesetengah sejarawan barat mengatakan wujudnya pertolongan dari dewan Ammon kepada penduduk Oasis Siwah ini dari gerombolan tentera Parsi itu. Namun kita harus tahu bahawa kesemua penulisan sejarah ahli sejarawan terdahulu dipenuhi dengan unsur-unsur pendewaan, paganisme dan penyembahan berhala. Justeru, sejarah boleh dipetik namun harus disertakan dengan keimanan kepadaNya. Secara ilmiahnya, penduduk di Oasis Siwah tidak mengalami kemusnahan akibat gas beracun dan ribut pasir adalah kerana kawasan mereka terlindung dari mendapat musibah gas beracun tersebut. Oasis Siwah terletak di barat Qattara Depression manakala gerombolan tentera parsi tersebut berada di timur Qattara Depression. Angin khumasin iaitu angin yang bertiup dari barat ke timur tersebut telah membawa bersama gas-gas beracun dari pemendapan Qattara Depression ke arah gerombolan tentera parsi tersebut. Dengan itu, teka-teki mengapa ke mana hilangnya tentera parsi tersebut sudah terjawab. Mereka telah terbenam di dalam ribut pasir yang disertakan dengan gas-gas beracun. Namun tidak semua mati akibat ribut pasir, mungkin ada segelintir yang terselamat tetapi mereka tetap tidak dapat menyelamatkan diri dari terhidu gas beracun tersebut. Akhirnya kesemua mereka mati bergelimpangan dan akhirnya ditimbus oleh pasir-pasir gurun.

Menurut Muhammad Alexander Wisnu Sasongko dalam bukunya Alexander Adalah Zulqarnain, Alexander The Great pernah tiba ke tempat pemendapan tanah iaitu Qattara Depression ini. Sewaktu Alexander membebaskan mesir dari penjajahan zalim empayar parsi, alexander telah bergerak melawat penduduk di Oasis Siwah untuk menampilkan dirinya sebagai raja baru bagi mesir kuno. Namun secara tidak langsung, penduduk di oasis itu telah terlalu mendewa-dewakan Alexander The Great hingga mencatatkan dalam sejarah mereka bahawa Alexander The Great datang ke oasis itu untuk menziarahi ayahandanya iaitu Dewa Ammon (Jupiter). Sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa Alexander The Great adalah seorang manusia dan ayahandanya adalah Raja Philip yang memimpin kota Macedonia. Setelah kematian ayahandanya barulah Alexander The Great menaiki takhta sewaktu berumur 19 tahun dan telah meluaskan pengaruhnya ke seluruh benua eropah timur, timur tengah dan benua india.


Pakar Arkeologi Itali, Angelo dan Alfredo Castiglioni Sedang Menjalankan Kajian

Baru-baru ini, pasangan adik beradik yang merupakan pakar arkeologi iaitu Angelo dan Alfredo Castiglioni dari Itali telah berjaya menemui kawasan berkuburnya tentera parsi berjumlah 50 000 itu. Mereka telah menemui ribuan tulang rangka manusia, pakaian perang dan peralatan perang yang lain seperti pedang dan tombak. Kesemuanya bercirikan tamadun empayar parsi. Kawasan perkuburan besar-besaran ini terletak di kawasan barat mesir dan berdekatan dengan timur gurun sahara. Maka dengan penemuan ini menguatkan lagi teori bahawa mereka telah ditimbus oleh ribut pasir yang dasyhat dan disertai dengan gas beracun hasil dari pemendapan Qattara Depression. Malah menurut mereka, rangka tulang tersebut berselerakan dan terdapat sesetengah kumpulan rangka manusia yang jauh dari kumpulan rangka yang lebih besar. Ini menunjukkan adanya beberapa kumpulan yang sempat hidup kerana dapat melarikan diri dari ribut pasir, namun mungkin mereka mati akibat terhidu gas beracun yang dikandung oleh angin khumasin ini.

Gambarah Pelukis Mengenai Kisah 50 Ribu Tentera Parsi Ditenggelami Ribut Pasir

Tengkorak-tengkorak Angkatan Perang Parsi dari Thebes (Luxor Mesir Moden)

Sebahagian dari Ribuan Topi Perang Tentera Parsi Ditemui

Pedang Parsi Milik Tentera Parsi Yang Sedang Mara Ke Oasis Siwah

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membuka minda kita dalam mengkaji sejarah-sejarah lama kerana melalui sejarahlah kita dapat belajar dari kesilapan-kesilapan nenek moyang kita dan kita jadikan sebagai peringatan dan ikhtibar kepada kita. Sebagai seorang mukmin, kita seharusnya memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa. Bersesuaianlah dengan sabda Rasullullah S.A.W yang menyuruh kita menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga dapat kita manfaatkan bersama informasi yang dikongsi ini.

Sumber :
1. http://www.evilsunday.com/the-mass-grave-of-a-legendary-persian-army-lost-in-the-sahara-2500-years-ago/
2. Alexander Adalah Zulqarnain, Muhammad Alexander Wisnu Sasongko, 2009, PTS Islamika Sdn. Bhd.

Runtuhan Kuil Dewa Ammon Yang Ingin Diserang Oleh Angkatan Parsi dari Thebes

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

12/02/2010

AnDai SyuRGa & NeRaKa TiDaK AdA?


Tajuk : Andai Syurga & Neraka Tidak Ada
Penulis : Muhammad Hassan Basri
Terbitan : PTS Millenia Sdn Bhd
Mukasurat : 285 m/s
Terbitan : 2010
Harga : RM21.90

Petikan dari buku :

"Ingatlah ketika kami berkata kepada malaikat : Tunduklah kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat kecuali iblis; ia enggan dan takbur, dan ia menjadi sebahagian daripada golongan yang kafir."
Surah Al-Baqarah : 34

Tunduk dalam ayat ini bererti menghormati dan memuliakan Adam, bukan tunduk bagi memperhambakan diri kerana tunduk memperhambakan diri itu hanyalah kepada Allah. Demikian ujian yang Allah berikan kepada para malaikat. Ternyata, malaikat tidak dapat menandingi Adam dalam ujian itu.

Daripada peristiwa itu, kita dapae menyimpulkan, manusia lebih unggul daripada iblis. Ramai mufassir yang berpendapat, iblis adalah jenis malaikat. Mereka menggunakan ayat di atas iaitu, 'Maka mereka pun sujud kecuali iblis' sebagai dalil.

Menurut Muhammad Ali As-Shabuny dalam bukunya, Cahaya Al-Quran: Tafsir Tematik Jilid 1 (2000), pendapat ini lemah apabila dikaji semula secara ilmiah dan berikut adalah alasan-alasannya :

1. Sekiranya iblis termasuk kumpulan malaikat, ia tidak akan menderhaka kepada Allah kerana malaikat bebas sifat derhaka. Allah berfirman dalam surah At-Tahrim, ayat 6, "....Penjaganya malaikat yang keras benar; tidak derhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

2. Allah menciptakan malaikat daripada cahaya, sementara iblis pula daripada api. Sifat kedua-dua unsur ini berbeza. Iblis pernah berkata dalam surah Al-'Araf ayat 12, "....Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan Adam engkau jadikan dari tanah."

3. Muhammad ALi As-Shabuny berpendapat, sekiranya iblis tergolong dalam malaikat, tentu dia berkata, 'Engkau mencipta aku dari cahaya.' Al-Quran dengan jelas menyatakan, malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan Adam dicipta dari tanah.

4. Malaikat tidak memiliki keturunan, tidak berkahwin dan tidak beranak-pinak kerana mereka bukan lelaki mahupun wanita. Berbeza daripada jin yang berkahwin dan beranak-pinak seperti manusia. Allah menyebutkan perihal iblis di dalam surah Al-Kahfi ayat 50, "....patutkah kamu menjadi iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu?"

5. Keturunan tidak mungkin ada tanpa isteri dan anak-anak, jadi jelaslah iblis itu memiliki keluarga.

6. Terdapat nas yang jelas dalam surah Al-Kahfi yang membuktikan iblis itu termasuk dalam golongan jin, bukan malaikat, iaitu:

"Ingatlah ketika kami berkata kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka pada perintah Tuhannya."
Surah Al-Kahfi ayat 50.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...