![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbjcFHVqeNIaXOGlUQ9JhUiE8xwFBJ8CviJMZ26xSn2g0Z8e25nLc4i3tjeZdTk8z1s6exZXmy05-XeKTCHt3gbrxMsJPcAXxHXQueGRf0PlGrRUaH6gxyKam99EoIQt6LTbZzqQ/s320/a1.png)
LAND O'LAKES - Sebuah program realiti televisyen di Amerika Syarikat (AS) yang menjalani penggambaran di resort bogel Caliente, Pasco, memperkenalkan para peserta siri itu buat kali pertama, lapor sebuah akhbar kelmarin. Siri ini diterbitkan oleh Atlantic Overseas Pictures Television berpengkalan di amerika.
Program itu, The Nak'd Truth menampilkan lapan orang peserta yang akan tinggal sebumbung tanpa memakai pakaian selama sebulan. Mereka juga akan berkerja di resort itu yang terletak di negeri Florida.
Sebahagian peserta The Nak'd Truth itu yang terdiri daripada warga tempatan berkata, mereka teruja dapat menyertai program realiti tersebut. Namun, tidak semua peserta memaklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan mengenai penyertaan mereka.
"Sebenarnya, saya pun masih belum memberitahu sesiapa," kata seorang peserta lelaki, Wayd Dionne, 23.
"Cuma ibu saya yang tahu mengenai penglibatan saya dalam siri realiti ini dan dia menyatakan sokongannya kepada saya," tambahnya.
Sementara itu, para penerbit program realiti itu memberitahu, mereka akan mengaburkan bahagian sulit peserta selain menggunakan sudut kreatif kamera bagi mengelak kontroversi sepanjang siri itu ditayangkan.
Berikut Adalah Senarai Peserta Program Realiti The Nak’d Truth:
1 - Jennifer Fitzgerald, 24 tahun dari Land O’Lakes.
2 - Charles Hacker Jr. berumur 22 tahun dari Tampa Bay.
3 - Fayth McCarty, umur tidak diketahui, asal dari Pennsylvania.
4 - Wayd Dionne, 23 tahun, dari Lakeland.
5 - Christy Michelle, 26 tahun, berpindah dari Minnesota ke Florida.
6 - Robert Smith, 29 tahun, dari Palm Harbor.
7 - Nicole Young, 24, tempat asal tidak diberitahu.
8 - Maksim Rozanovsky, berumur 34 tahun, dari Tampa Bay.
Apa yang mereka buat sepanjang program ni adalah menjadi LifeGuard di kawasan pantai, bertugas penyambut tetamu, pembantu laundry. Ketika masa lapang, kelapan-lapan mereka menikmati aktiviti bermain bola tampar pantai, menyertai yoga serta bersosial serta berseronok bersama peserta lain pada waktu malam di Caliente’s Nude Nightclub bertempat di resort tersebut.
sumber :
http://www.iawani.com/video-nakd-truth-program-realiti-nudist.html
http://donnyien.com/entertainment-2/gambar-the-nakd-truth-peserta-rancangan-realiti-bogel-diperkenalkan/
http://nakdtruth.tv/
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan