SaHaBaT

9/08/2010

Salam AidilFitri 1431H/2010M


Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu kembali kita di laman blog insyallah berinformasi ini. Sedar x sedar kita dah sampai ke penghujung Ramadhan Kareem bukan. Syahdu rasanya melihat ramadhan 1431H/2010M ini berlalu pergi dengan seribu rasa di jiwa. Namun apa yang kita mampu lakukan hanyalah kuatkan ibadah terutama di hari penghabisan Ramadhan ini. Semoga ianya memberikan manfaat dan kita akan ketemu dengan Malam Seribu Malam iaitu Malam Lailatul Qadar dengan berbaki hanya 2 malam sahaja lagi. Semoga kita sentiasa dalam RahmatNya, Amiin...

Rindu pun tumbuh
di persada atma
syukur dan tafakur
bening di laman taqwa
Ramadan hadir lagi
membawa angin rahmat
bertiup dalam sepoi berkat
maknawi kehidupan
Selami makna mulusnya
sesayup pilu menyentuh kalbu
pengorbanan naluri
akan mengalir ke lembah hidup
dalam arus putih
Sedingin syurga.

Namun kini
setelah hari kian berlari
meninggal pergi
genap 30 hari berlalu
ramadhan kian berakhir
secangkir keinsafan atas segala kekhilafan
semoga manfaat lailatul qadar
dapat digapai indah
seindah menghadap Yang Maha Esa
disepertiga malam

Digubah berdasarkan sajak nukilan :
Wan Marzuki Wan Ramli, Pasir Mas, Kelantan


Sungguh sedih & pilu hati ini mengenangkan segala kesilapan dan kekhilafan yang berlaku setahun yang lalu. Semoga kita sama2 dapat menginsafkan diri ke arah menghadapi ramadhan kareem di tahun hadapan. Ya Allah, kumohonkan agar diberikan kesempatan kepadaku untuk menyambut ramadhan yang mulia di tahun hadapan dengan penuh peribadatan kepadaMu Ya Allah.

Buat sahabatku sekalian, sempena menyambut hari fitrah yang mulia iaitu HARI RAYA AIDILFITRI. Ana ingi mengucapkan tahniah kepada kalian semua kerana tabah sepanjang Ramadhan ini melawan hawa nafsu yang sentiasa membelengu di jiwa kalian. Semoga tarbiyah dari madrasah ramadhan ini sentiasa berkekalan di hati kita. Insyallah Amiin.... Terimalah secebis pantun Hari Raya 2010 dari ana di sini :

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh sata
Kelik rayo takse laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Maka dengan ini, saya MOHAMAD AIYAD BIN RAMLI putera sulung kepada RAMLI BIN HAMID & FATHILAH BINTI MOHD YUSOP ingin mengambil kesempatan yang ada ini ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
1431H/2010M
MAAF ZAHIR & BATIN


Kepada anda yang mengenali diri ini, semoga kita semua sentiasa mendapat rahmatNya dan KeredhaanNya sepanjang hayat nafas kita, insyallah Amiin...
Syukran, Assalamualaikum w.b.t.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam aidilfitri juga dai samping dariku...
smoga berbahagia slalu ye..
disamping kluarga n insan tercnta

~.~ berkata...

salam aidilfitri juga dai samping dariku...
smoga berbahagia slalu ye..
disamping kluarga n insan tercnta

Tanpa Nama berkata...

salam...abg tinta...boleh tak buat berita pasal datuk sosilawati....huhu...sy ingin tahu lbih lanjut....

PaRaDoX eLaKSaMaNa berkata...

Insyallah, nnt ana buatkn, tpi kne wat kajian mendalam dlu yerk...
Wassalam...