SaHaBaT

8/23/2010

JaM TeRBeSaR DuNiA

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu kembali kita akhirnya, kali ni ana nak kongsi beberapa foto yang memang menarik dan begitu dekat dengan kita. Foto yang ingin diapaparkan ini adalah foto mengenai sebuah jam terbesar di dunia yang terletak di Tanah Haram Makkah Al-Mukarramah. Jam ini merupakan jam terbesar di dunia dan dipasang di sebuah menara yang tertinggi di bandar haram Makkah. Ia dijangka siap pada tahun 2012 iaitu 2 tahun dari sekarang dan merupakan salah satu dari projek memodenkan bandar makkah al-mukarramah. Mari kita tinjau projek mega ini.

Apa yang anda dapat teka seandainya melihat batang putih yang sedang diangkut ke atas ni? Sebenarnya ini adalah jarum jam gergasi tersebut. Dan latarbelakang pemandangan itu merupakan latar belakang pemandangan perumahan di Makkah.

Gambar atas menunjukkan jarum jam sedang diangkut ke atas menara di bandar ini. Manakala gambar di bawah menunjukkan jam gergasi tersebut sedang dipasang di badan menara berkenaan.


Cuba anda lihat gambar di bawah ini. Dapatkan anda melihat latarbelakang yang menunjukkan kaabah dan masjidil haram? itulah dia gambaran panorama yang dapat dilihat dari atas menara jam gergasi ini.


Sebenarnya permukaan jam ini dipenuhi dengan mentol2 yang berwarna warni bagi memudahkan kesemua peghuni bandar Makkah melihat waktu terutama sewaktu ibadah haji sedang berlangsung. Ianya melibatkan ratusan ribu mentol bagi menerangkan permukaan jam tersebut.



Ini merupakan gambaran dari ilustrasi arkitek berkenaan menara ini. Kita dapat melihat sebuah jam gergasi yang sungguh besar dan sedang dipenuhi lampu berwarna warni bagi memudahkan para jemaah haji dan penduduk sekitar kota makkah untuk melihat waktu. Bagaimana ini boleh berlaku? Jawapannya adalah terdapat ratusan ribu malah jutaan mentol yang sedang merembeskan cahanya ke sekeliling.

Kelihatan di bawah sebahagian dari jam gergasi tersebut masih dalam proses percubaan. Arkitek akan cuba menghidupakn lampu mentol tersebut bagi memastikan ianya berfungsi sebelum dipasang di menara tersebut.


Gambar di atas menunjukkan permukaan jam sewaktu malam iaitu permukaan tersebut menjadi cerah kerana ratusan ribu mentol yang telah dipasang untuk tujuan tersebut. Manakala gambar di bawah memaparkan keadaan permukaan jam sewaktu hari siang.



IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kadang2 sdih tgk..binaan yg dibuat oleh umat islam..di pndang sinis oleh umat islam sendiri..kononnya bngsa badwi berlumba-lumba di tanah arab..