SaHaBaT

6/02/2006

Perbezaan Islam & Barat

Bagi saintis barat, walaupun sains bersifat sejagat, hasilnya ialah untuk orang yang mampu membayar.

Barat : Mengimani rasionalisme
Islam : Mengimani wahyu


Barat : Sains untuk sains
Islam : Sains hanyalah sebagai alat untuk mencari keredaan Allah; satu bentuk pengabdian yang ada
fungsi rohani dan sosialnya.

Barat : Hanya terdapat satu kaedah untuk mengetahui kebenaran.(empirikal)
Islam : Terdapat banyak kaedah yang berasaskan kepada penaakulan dan juga wahyu baik objektif
ataupun subjektif. Semuanya sah.

Barat : Sikap bebas emosi sebagai kunci mencapai kerasionalan.
Islam : Emosi perlu untuk meningkatkan pengetahuan sains dari segi rohani dan sosial.

Barat : Tidak memihak (neutral) seorang ahli sains seharusnya meminati ciptaan ilmu baru dan natijah
penggunaannya.
Islam : Memihak kepada kebenaran; jika sains suatu bentuk pengabdian, ahli sains mesti mengambil
kira akibat-akibat yang timbul daripada penemuan-penemuannya. Ibadat ialah amalan dan
natijahnya mestilah sesuatu yang baik. Jika tidak, ahli sains hanyalah agen yang tidak
bermoral.

Barat : Ketiadaan sikap berat sebelah. Pengesahan pernyataan sains hanya bergantung pada operasi-
operasi pembuktiannya, dan tidak pada orang yang membuatnya.
Islam : Adanya subjektiviti; arah sains adalah subjektif. Pengesahan pernyataan bergantung kepada
operasi pembuktian niat dan juga pandangan hidup sendiri. Pengakuan adanya subjektiviti
memaksa ahli-ahli sains mengaku kelemahan-kelemahan mereka.

Barat : Menangguhkan pemutusan – Kenyataan sains dibuat hanya berdasarkan asas bukti yang
meyakinkan.
Islam : Latihan pemutusan – kenyataan sains selalu dibuat dengan bukti yang tidak meyakinkan; ahli
sains seharusnya boleh membuat keputusan bila berhadapan dengan bukti yang tidak
meyakinkan; apabila sampai masa yang bukti meyakinkan telah dikumpulkan, mungkin terlalu
lewat untuk melakukan sesuatu tentang akibat-akibat yang telah merosakkan itu.

Barat : Penurunan cara yang dominan untuk mencapai kemajuan sains.
Islam : Sintesis sebagai cara dominan untuk mencapai kemajuan sains. Ini meliputi sintesis sains dan
sistem nilai.

Barat : Pemecahan – Sains sebagai aktiviti yang kompleks. Oleh itu dapat dipecah-pecahkan kepada
disiplin-disiplin, sub-disiplin dan sub-sub disiplin.
Islam : Holistik – Aktiviti sains terlalu kompleks untuk diceraikan dan diasingkan kepada bahagian yang
kecil. Sains adalah interdisiplin, Intradisiplin dan holistik.

Barat : Global – walaupun sains bersifat sejagat, hasilnya ialah untuk orang yang mampu membayar.
Dengan itu rahsia dibolehkan.
Islam : Global – hasil kajian sains untuk seluruh manusia. Pengetahuan serta kebijaksanaan tidak
dapat dijadikan sebagai barang pertukaran atau jual beli, merahsiakannya dianggap buruk dan
tidak bermoral.

Barat : Individualisme – Ahli sains seharusnya memisahkan diri mereka daripada keprihatinan mereka
tentang sosial, politik dan ideologi.
Islam : Orientasi masyarakat: melakukan sains adalah tanggungjawab sosial (fardu kifayah), kedua-
dua ahli sains dan masyarakat mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain dan saling
bergantung.

Barat : Sains tidak baik tetapi tidak juga buruk (neutral)
Islam : Orientasi nilai sains seperti kebanyakan aktiviti manusia, mempunyai nilai, ia mungkin baik
ataupun patut dipuji, sains perang saraf umpamanya adalah satu yang keji.

Barat : Setia bersama kumpulan: hasil pengetahuan baru daripada kajian adalah yang terpenting
daripada aktiviti-aktiviti lain dan patut diberikan sokongan penuh.
Islam : Kesetiaan hanya kepada Tuhan dan makhluknya – pengetahuan sains yang baru adalah satu
jalan memahami “tanda-tanda” kewujudan Tuhan dan seterusnya meningkatkan taraf ciptaan-
ciptaannya – manusia, binatang dan sekitaran. Tuhanlah yang mencipta sains, sebab itu ia
mesti disokong seperti aktiviti-aktiviti umum bukan hanya aktiviti golongan atasan.

Barat : Kebebasan penuh – kesemua usaha untuk mengawal penyelidikan sains perlu ditentang
Islam : Pengurusan sains – Sains merupakan satu sumber yang tidak ternilai harganya. Oleh itu
janganlah disia-siakan dan membiarkannya membawa kejahatan dan keburukan secara
langsung, ia mesti diurus dan dirancang dengan teliti serta haruslah dijadikan sebagai subjek
etika dan moral.

Barat : Matlamat menghalalkan cara; disebabkan penyelidikan sains itu merupakan sesuatu yang baik
dan penting untuk kesejahteraan manusia, semua kaedahnya termasuk penggunaan haiwan
hidup, manusia dan janin bayi dibenarkan.
Islam : Matlamat tidak menghalalkan cara; tidak ada keistimewaan di antara matlamat dan kaedah
sains. Kedua-duanya seharusnya halal dan mesti di dalam batas-batas etika dan akhlak.

Dipetik daripada: Apa itu Ilmu Sains


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: