SaHaBaT

8/24/2012

SeTeLaH 30 TaHuN, RaHSia 13 Mei TeRBonGKaR

"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.

"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.

"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai parang, kayu, batang besi dan botol.

"Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar."

"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ."

(Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan).

Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969

Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.

'Versi rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.

'SEMUANYA KARUT'

Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.

Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.

Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.

"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.

"Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).

"Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan pendidikan itu.

Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu yang disokong oleh polis dan tentera untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.

PLOT MENUMBANGKAN TUNKU

Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut.

Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.

Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara satu petanda wujudnya komplot mengenainya.

Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).

Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak 'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'.

Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.

"Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.

Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi.

"Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.

Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasa, saya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa."

JUMLAH KORBAN TIDAK DIKETAHUI

Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.

Ini dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.

Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut. Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.

Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.

Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya.

"Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.

"Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera," katanya.

Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.

Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka.

"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya.

Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja".

Sumber :
[1] http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/08/tragedi-13-mei-kita-diperbodohkan-oleh.html
[2] http://www.malaysiakini.com/news/67120

JanGaN LuPa KLiK NuFFNanG Di TePi BLoG...

8/04/2012

SeJaRaH 5 GeReJa ERoPaH MeNJaDi MaSJiD

Dengan kemasukan imigran ISLAM ke negara eropah telah menyaksikan agama ISLAM semakin berkembang di eropah terutama di United Kingdom. Semakin hari semakin ramai penduduk asal eropah yang diberikan hidayah oleh ALLAH TAALA dan akhirnya memeluk agama islam. Ternyata senjata islamophobia yang cuba dicanangkan oleh media pro-Zionis turut memakan mereka sendiri kerana pendudukan eropah yang berfikiran waras sudah tentu akan tertanya-tanya benarkah ISLAM itu agama keganasan??

Akibat dari semakin meningkatnya jumlah umat islam di eropah terutama di United Kingdom (UK), keperluan kepada pusat islam dan masjid juga semakin meningkat. Maka tidak hairanlah apabila banyak gereja-gereja yang sudah tidak berfungsi kerana tiada lagi penganut Kristian pergi ke gereja akhirnya diambil alih/dibeli oleh umat islam di sana dan beralih fungsi menjadi Masjid dan pusat islam yang semakin aktif. Berikut merupakan beberapa buah masjid di UK yang dahulunya merupakan sebuah gereja lama.

1 - Masjid Zakariyya, Bolton, UK

Pada tahun 1965-1967, para muallaf di Bolton dan Balcburn tidak memiliki tempat untuk beribadah. Bagi menunaikan solat jumaat, mereka terpaksa menyewa sebuah pusat sosial iaitu The Aspinal untuk melakukan solat Jumaat yang diadakan hanya seminggu sekali.

Pada tahun 1967, para muallaf mendapat tawaran untuk membeli sebuah bangunan bekas gereja yang telah terbakar. Kerana ketiadaan tempat ibadah yang kekal, para muallaf mengumpulkan dana dan berjaya membeli bangunan lama tersebut pada harga 2750 pound sterling.

Bangunan rosak teruk tersebut telah diubahsuai dengan dana yang dikumpul sehingga kini menjadi sebuah bangunan besar berkubah yang aktif sehingga kini. Ianya juga dilengkapi dengan menara azan dan kini dijadikan tempat ibadah umat muslim di sana.

2. Masjid Jami’, Kota London

Bangunan ini dibina pada tahun 1743 yang merupakan gereja agama kristian bermazhab protestan. Dibangun oleh komuniti msyarakat Huguenot, atau penganut agama Kristian Protestan yang melarikan diri dari Perancis akibat dari kekejaman dan penindasan penganut Kristian bermazhab Katolik terhadap mereka. Namun demikian, akibat dari jumlah penganut Protestan yang mengunjungi gereja ini semakin menurun ditambah pula bilangan penganut Kristian Protestan di kawasan tersebut semakin berkurangan, gereja ini terpaksa dijual.

Gereja ini sempat dijadikan lokasi untuk mempromosikan agama Kristian kepada bangsa Yahudi di kawasan ini namun cara tersebut gagal dan pengunjung gereja juga semakin berkurangan. Bangunan ini juga sempat dijadikan tempat berkumpulnya bangsa yahudi yang datang ke sini.

Situasi semasa menyebabkan gereja ini sentiasa kosong dan ianya diberi sewa kepada penganut ISLAM untuk mengadakan solat jumaat kerana di UK undang-undang telah menetapkan bahawa apa sahaja upacara keagamaan harus dilakukan di tempat keagamaan khas yang telah ditetapkan kerajaan. Dan untuk kawasan ini hanya gereja ini sahaja yang dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk dijadikan tempat beribadah. Setelah sekian lama umat islam menyewa bangunan ini untuk solat jumaat, akhirnya bangunan bekas gereja ini lebih terkenal sebagai sebuah masjid umat islam dan peranannya sebagai gereja terhapus dengan sendirinya. Akhirnya bangunan ini dikenali kini sebagai Jami' walaupun secara rasminya ianya tidak diwartakan sebagai masjid, namun ia menjadi lokasi kepada umat islam di kawasan ini untuk menunaikan solat dan menjalankan aktiviti keagamaan.

3. Masjid Didsbury, Burton Road, West Didsbury, Manchester

Masjid ini dahulu merupakan sebuah gereja bagi komuniti Kristian Methodist yang diberi nama sebagai Albert Park. Bangunan gereja ini boleh dikategorikan sebagai bangunan kuno telah dibina dan mula beroperasi pada 1883. Akan tetapi, pada tahun 1962 gereja tersebut telah ditutup dan beralih peranannya menjadi masjid dan pusat islam bagi komuniti islam di kawasan ini. Kini masjid yang terletak di Burton Road, West Didsbury, Manchester dapat menampung 100 jamaah dalam satu-satu masa.

4. Masjid Brent, London

Bangunan ini pada awalnya merupakan sebuah bangunan gereja, namun akhirnya komuniti umat islam di kawasan ini telah mengambil alih gereja ini untuk dijadikan sebagai masjid kerana gereja tersebut telah kosong dan tiada pengunjung. Kini masjid yang terletak di Chichele Road, London NW2 dapat menampung kapasiti 450 orang jemaah dan dipimpin oleh Syeikh Muhammad Sadeez. Meskipun telah berubah fungsi, bentuk dari bangunan ini tidak berubah sama sekali kecuali kubah berbulan dan papan tanda yang menandakan bahawa ianya adalah masjid dan pusat islam.

5. Masjid New Peckham, London

Jumlah muslim di London memang semakin berkembang dari hari ke hari. Bangunan yang terletak dekat Burgess Park, South London ini, sebelumnya merupakan sebuah gereja yang bernama St Marks Cathedral. Akhirnya telah diambilalih oleh Syeikh Nadzim Al Kibrisi, salah satu penyebar Islam di London, dan kini menjadi sebuah masjid.

Terjemahan dari : http://zilzaal.blogspot.com/2012/08/5-masjid-di-eropa-yang-awalnya-gereja.html

JaNGaN LuPa KLiK NuFFNanG Di TePi BLoG

7/29/2012

InJiL BaRNaBaS DiTeMui & DiSiMPaN di TuRKi


2012 : Sebuah naskhah kitab agama nasrani berjilid dari kulit binatang, yang ditafsirkan dikarang pada abad kelima namun ditemui hanya 12 tahun lepas berkemungkinan akan menjadi pengakhiran kepada agama kristian, dakwa Iran.

Kitab nasrani tersebut ditulis di atas kulit haiwan dan mengisahkan bahawa Isa tidak pernah disalib dan baginda sendiri telah meramalkan kedatangan utusan Allah S.W.T yang terakhir iaitu Nabi Muhammad, menurut akhbar Iran.

Ianya ditulis di dalam dialek padang pasir Syria, dialek Aramaik. Injil tersebut meramalkan bahawa akan datang messiah (penyelamat) yang membawa Islam kepada manusia akhir zaman, laporan itu menambah.

Pihak berkuasa Turki yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara kitab ini mempercayai bahawa ia adalah versi sahih Injil yang sebenar oleh Barnabas iaitu pengikut Isa. Laporan dari akhbar Iran telah mendakwa bahawa kandungannya akan mencetuskan kejatuhan agama Kristian dengan membuktikan bahawa Islam adalah agama yang muktamad dan benar.


Walaubagaimanapun, kebanyakan penganut kristian telah menolak dakwaan Iran dengan mengatakan bahawa ianya hanya satu lagi propaganda anti-Kristian yang menggelikan dari Iran. Press Basij (kesatuan wartawan Iran) mendakwa teks itu ditulis dalam abad ke-5 atau 6 dan meramalkan kedatangan Nabi Muhammad dan agama Islam. Akhbar itu turut memetik bahawa berita ini akan dinafikan oleh dunia Kristian.

Basij mendakwa bahawa Bab 41 Injil Barnabas tersebut berbunyi: "Allah telah menyamar dirinya sebagai malaikat Mikail dan mengeluarkan mereka (Adam dan Hawa) dari syurga, (dan) apabila Adam berpaling, dia mendapati di bahagian atas pintu masuk ke syurga telah ditulis "La Ila Ha Ilaallah, Muhammad Rasulul Allah", yang bermaksud "Allah adalah satu-satunya Tuhan dan Muhammad utusanNya."

Pihak berkuasa Turki telah berjaya merampas teks ini pada tahun 2000 dari sebuah geng penyeludupan bahan antik pasaran gelap, ekskavasi haram dan menyimpan bahan letupan secara haram.


Berita mengenai penemuan Injil Barnabas ini hanya diketahui umum pada Februari tahun ini apabila pihak Vatican (Tempat suci agama kristian) telah membuat permohonan rasmi untuk melihat dan menyelidiki kitab tersebut. Namun tidak diketahui sama ada permohonan tersebut diluluskan ataupun tidak oleh pihak Turki.

Asal-usul kitan Injil Barnabas tersebut tidak dapat diketahui dengan jelas. Turki pada mulanya telah melaporkan bahawa buku itu telah disimpan di Istana Kehakiman di ibu negara Turki, Ankara. Namun baru-baru ini ianya telah dipindahkan dengan kawalan polis bersenjata ke Muzium Etnografi di bandar ini.

Laporan Basij mendakwa bahawa penemuan yang begitu besar ini akan menggoncang dunia kristian dan politik dunia.

"Penemuan Injil Barnabas yang asal ini akan melemahkan kepercayaan penganut kristian kepada Gereja Kristian dan akan menyebabkan revolusi kepada agama tersebut." menurut sumber Basij.

"Fakta yang paling ketara adalah Injil Barnabas ini telah meramalkan kedatangan nabi penutup kepada umat manusia iaitu Nabi Muhammad dan dengan sendirinya telah mengesahkan agama Islam adalah agama yang benar."

Walaupun pihak berkuasa Turki mengesahkan bahawa teks tersebut adalah tulen, pemerhati pro-kristian lain tetap mempersoalkan kesahihannya.

Erick Stakelbeck, seorang penganalisis keganasan dan seorang pemerhati kepada hal ehwal Iran memberitahu WND.com: "Rejim Iran komited untuk memporak-perandakan kesucian agama Kristian dengan pelbagai cara yang perlu."

"Sama ada membunuh penganut agama Kristian, membakar Bible atau menyerang gereja-gereja yang wujud secara haram di Iran."

Phil Lawler menulis di laman web Catholic Culture, menyifatkan dakwaan Iran itu sebagai 'Cabaran yang menggelikan dari Iran kepada agama Kristian'.

Kitab ini telah disimpan di Palace of Justice, Ankara selepas
ia dirampas dari penyeludup haram.

Sumber :
http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2149227/Gospel-Barnabas-cause-Christianitys-collapse-Iran-claims.html
http://weeklyworldnews.com/headlines/48506/the-gospel-of-barnabas-found-in-iran/
http://myibrah.com/jumpaan-yang-merisaukan-vatican

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

7/27/2012

RoHinGya : UmmaH YanG DiLuPaKaN...

Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Pelarian Rohingya yang dilayan seperti hamba di Thailand

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

Siapakah umat Islam Rohingya?

Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh.

Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut enjinnya
Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju.

Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.

Pelarian Rohingya di Acheh

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Kalau bukan kita, siapa lagi ?

Kenapakah kami dilupakan ?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Beberapa saranan :

  • Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.
  • Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.
  • NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.
  • Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
  • Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.
  • Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.

Keceriaan mereka, kegembiraan kita....

Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.” - Hadith riwayat Muslim

Main Source :
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/07/rohingya-ummah-yang-dilupakan.html

Others :
http://uscampaignforburma.org/rohingya-people-of-burma/
http://www.islamfactory.com/articles/94/forgotten-ummah-rohingya-muslims
http://www.thenutgraph.com/forgotten-muslims/
http://malaysianrohingyarefugeessosaity.blogspot.com/2010/06/15001-rohingya-community-in-malaysia.html
http://meeky-meeky.blogspot.com/2009/02/boat-people.html
http://aliran.com/5637.html

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

7/21/2012

SeJaRaH PuaSa

Sejarah puasa Ramadan bermula pada akhir bulan Syaaban tahun kedua Hijrah iaitu dua tahun selepas Nabi Muhammad berpindah dari mekah ke Madinah. Madinah terletak sejauh 320 kilometer ke utara Mekah. Peristiwa ini berlaku pada bulan September 622M. Sepanjang hayat, beliau sempat berpuasa Ramadan sebanyak sembilan kali.

Para sarjana Islam merekodkan sejarah puasa bermula sejak Nabi Adam. Beliau berpuasa bagi membayar kafarah dosa kerana memakan buah terlarang di dalam syurga. Akibat terpengaruh dengan tipu daya syaitan, beliau dihalau keluar dari syurga dengan hikmah yang diatur oleh Allah. Allah menetapkan Adam dan keturunannya beribadah di bumi dan mentadbir bumi dengan agama Allah.

Ibadat puasa ini terus ditunaikan pada zaman nabi-nabi dengan tujuan menguatkan iman, roh dan jasad dalam menghadapi cabaran nafsu yang menggoda. Selain itu, puasa juga adalah cara mendekatkan diri kepada Tuhan serta menghapuskan dosa yang pernah dilakukan.

Pakar-pakar sejarah mendapati puasa dilakukan oleh semua manusia sejak zaman-berzaman. Bangsa Mesir purba yang menyembah berhala juga berpuasa. Bangsa Yunani juga mewajibkan setiap anak lelaki dan perempuan berpuasa. Bangsa Romawi dan Hindu masih berpuasa hingga ke hari ini.

Dalam kitab Taurat, puasa diwajibkan ke atas orang-orang Yahudi pada hari ke-10 bulan ke tujuh dalam kalendar mereka. Ia bertepatan dengan bulan Syaaban bagi orang Islam lalu ia dinamakan hari Asyura (sepuluh). Mereka berpuasa siang dan malam. Puasa yang termasyur bagi orang-orang Nasrani pula ialah puasa sebelum Ledil Fishi iaitu hari memperingati kebangkitan al-Masih dari kubur.

Menurut Imam al-Qurtubi, pada zaman Nabi Musa dan Nabi Isa, Allah juga mewajibkan mereka dan umat mereka supaya berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian mereka mengubah puasa Ramadan itu dengan menambah 10 hari sebagai nazar pendeta yang sembuh daripada sakit. Oleh itu, puasa orang Nasrani menjadi 40 hari.

Pada masa itu, Ramadan bermula pada musim panas. Mereka meminda puasa Ramadan itu pada musim sejuk. Pendeta yang sakit itu bernazar, sekiranya dia sembuh daripada sakit mulutnya dia menambah puasa sehingga menjadi 50 hari. Kemudian ia dipinda dan ditambah oleh ketua-ketua gereja dengan berpuasa yang lain dan dalam bentuk yang lain. Antaranya ialah berpuasa daripada memakan daging, telur, ikan,susu dan sebagainya.

Imam Mujahid berkata Allah mewajibkan puasa ke atas setiap generasi manusia. Rashid Ridha menguatkan pendapat ini dengan berkata, "Puasa hari ini pernah dilakukan oleh masyarakat Arab sebelum Islam."

Aisyah melaporkan orang Quraish Mekah berpuasa pada hari Asyura. Puasa hari Asyura berlaku pada 10 Muharram setiap tahun hijrah. Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi juga berpuasa pada hari Asyura. Oleh itu, beliau dan para sahabat berpuasa dengan menambah satu hari sebelum hari Asyura bagi membezakan puasa orang Yahudi dengan orang Islam.

Pada penghujung bulan Syaaban tahun kedua Hijrah, Allah menurunkan ayat 183 hingga 185 surah al-Baqarah yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadan. Selepas puasa Ramadan diwajibkan, hukum mengenai puasa Asyura pun berubah. Nabi Muhammad mengeluarkan hukum mengenai puasa Asyura yang dilakukan sebelum itu,

"Sesiapa yang ingin berpuasa pada hari Asyura, berpuasalah den sesiapa yang hendak berbuka berbukalah."

Nabi Muhammad berpuasa Ramadan selama hidupnya sebanyak sembilan kali. Lapan kali dengan 29 hari dan sekali sahaja puasa penuh 30 hari. Mengikut laporan yang lain sebanyak dua kali puasa penuh 30 hari. Allah maha bijaksana menetapkan puasa wajib pada bulan Ramadan serta menentukan kitab-kitabnya turun pada bulan yang sama.

Puasa pada bulan Ramadan adalah suruhan Allah supaya meninggalkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Larangan-larangan itu pula adalah asas keperluan hidup manusia walaupun pada asalnya ia dihalalkan pada masa yang lain. Antaranya adalah makan, minum, hubungan seks antara suami dengan isteri dan lain-lain.

Hubungan suami isteri bukan sekadar memuaskan nafsu bahkan masyarakat perlu melahirkan zuriat dan penyambung keturunan. Walaupun semua ini halal pada asalnya, apabila memasuki bulan Ramadan, Allah melarang melakukannya pada tempoh yang ditetapkan.

Sumber : http://pts.com.my/index.php/artikel/baca/

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

7/07/2012

Goethe, SaiTiS JeRMaN YanG MenGaGuMi RASULLULLAH S.A.W & ISLAM

260 tahun lalu terdapar seorang pujangga terkenal di Jerman bernama Wolfgang von Goethe. Beliau amat mengagumi kehebatan keperibadian Rasullullah S.A.W dan keindahan ajaran ISLAM yang diredhai.

Johann Wolfgang von Goethe (1749-1832), adalah seorang ahli seni dari Jerman dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti undang-undang, kejuruteraan, seni lakon, arkeologi, morfologi, mineralogi, geologi, kimia, meteorologi, falsafah, agama, sejarah, matematik, ilmu ketenteraan dan juga ekonomi. Namun, apa yang menarik pada Goethe adalah pandangan positifnya mengenai ISLAM dan konspirasi matawang. Goethe menyatakan bahawa penggantian wang emas kepada wang kertas adalah salah satu tipudaya terbesar kepada umat manusia dan direncanakan oleh mereka yang berjiwa syaitan.

Goethe dan Islam


Pada usia 24 tahun (1773), Goethe mengungkapkan kekagumannya kepada Nabi Muhammad S.A.W dan memuji ajaran Islam yang indah lagi dinamik. Kekaguman tersebut dijelmakan dalam bibit syairnya bertajuk ‘Mahomet Gesang’. Salah satu baitnya berbunyi: “Juga kalian, mari/ Dan kini lebih ajaib dia menyebar luaskan/Seluruh bangsa menyanjung tokoh ini.”

Dalam surat kepada anak tunggalnya bernama August pada 17 Januari 1814, Goethe mengatakan “Beberapa agama telah menyusahkan penyelidikan kita sehinggalah datangnya kitab al-Quran ke perpustakaan kita”. Pada Februari 1816, dia juga ada menulis, “Puisi ini tidak menolak kebenaran bahawa diri ini adalah seorang Muslim”. Tentang Nabi Muhammad S.A.W, ia juga menulis “Dia seorang Rasul dan bukan penyair, dan oleh kerana itulah Al-Quran ini hukum Tuhan. Bukan sebuah kitab tulisan manusia yang dibuat sekadar bahan pendidikan atau hiburan”.

Keyakinan Goethe terhadap kebenaran ajaran Islam turut diterjemahkan dalam kumpulan syairnya iaitu ‘West-ostliche Divan’. Judul tersebut turut diterjemahkan ke dalam huruf dan bahasa Arab bertajuk ‘Al-Diwan Al-Syarqiyyu li Al-Muallifi Al-Gharbiyyi’. Sajak pertamanya dalam buku ini berjudul ‘Hegire’ yang berasal dari perkataan Hijrah. Menurut Katharina Mommsen, syair ini ditulis oleh Goethe pada 24 Disember 1814, pada malam Natal, sewaktu penganut agama Kristian sedang merayakan kelahiran Jesus Christ menurut mereka.

Di dalam bait-bait syair tersebut, dia menyatakan: “Utara, Barat dan Selatan sedang porak peranda/Mahkota-mahkota hancur berkecai, Kerajaan bergetar/Apakah suara terompet itu menandakan wujudnya hari pengadilan akhir?/Dengarlah suara pemerintah melalui penyair: Selamatkan dirimu, dan pergilah ke Timur serta dalam kemurnian Timur nikmatilah perlindungan Yang Mulia.”

Goethe juga mengatakan “dan kebenaran itu pasti bersinar/Apa yang diakui oleh Muhammad/Hanya dengan pengertian satu Tuhan/Dia menguasai segalanya di dunia ini”. Kekagumannya terhadap al-Quran telah diungkapkan dengan kata-kata, “Apakah Al-Quran itu abadi?/Saya tidak meragukannya/Inilah buku dari buku-buku/Saya meyakini kitab suci Muslim itu”. Manakala keyakinannya tentang kebenaran ajaran Islam, Goethe berkata “Sungguh bodoh, dalam setiap hal/ orang memuji pendapatnya sendiri/Manakala Islam bererti berserah diri kepada Tuhan/dalam Islamlah kita hidup dan mati”.

Pendapat Goethe Mengenai Wang

Goethe hidup dalam zaman dimana berlakunya perubahan jual beli kepada wang kertas yang menggantikan wang emas dan wang perak. Kerana itu, dia mengarang 46 buku yang dilatarbelakangkan sikap kesangsiaannya kepada penggantian urusan jual beli dengan wang kertas. Hal ini telah dinukilkan dia di dalam buku karangannya ‘Faust II’. Dalam buku tersebut dikisahkan seorang ilmuan kimia bernama Faust yang berusaha membuat emas dari logam biasa demi mendapatkan kaedah mencipta emas tanpa bersusah payah dan memuaskan kesenangan manusia. Untuk mencapai tujuan tersebut ia membuat perjanjian dengan iblis, Mephistopheles. Keduanya kemudian bertemu seorang Kaisar yang kehabisan dana untuk menggaji tentera dan pelayan. Mephistopheles menawarkannya jalan keluar dengan mencetak kertas bertandatangan Kaisar dan diedarkan kepada masyarakat.


Goethe telah melihat ekonomi wang kertas moden sebagai suatu langkah kearah kepesatan ekonomi tanpa mengira kemanusiaan. Meskipun dia menulis dalam dekad awal abad ke-19, ia sudah meramalkan banyak pencapaian perkembangan industri akan berlaku pada abad berikutnya. Sebelum Amerika Syarikat (AS) menguasai pentas dunia, Giethe dapat merasakan bahawa suatu masa nanti AS akan cuba membangunkan terusan untuk menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik. Dengan demikian, Goethe sudah dapat mengagak bahawa dunia perindustrian akan meletus seiring dengan pengenalan sistem wang kertas.

Kenyataan Goethe bahawa wang kertas adalah ciptaan dari tipudaya syaitan menyesatkan manusia mempunyai persamaan dengan pemikiran Imam al-Ghazali yang menyatakan bahawa hikmah penciptaan Dinar dan Dirham adalah dapat mengekang keinginan hawa nafsu manusia dari dipengaruhi syaitan melalui riba. Dengan demikian, pemahaman mengenai sistem kewangan islam yang difahami oleh Imam Ghazali dan Goethe mempunyai persamaan, iaitu Dinar dan Dirham sebagai mata wang yang diciptakan oleh Allah, sedangkan wang kertas ciptaan tipudaya syaitan.

Pemahaman ini juga diperjelas oleh Jack Weatherford yang menyatakan bahawa Al-Quran melarang riba lebih jelas daripada Injil, kerana secara spesifik Al-Quran melarang penjualan yang berdasarkan riba, “sesuatu yang sudah ada (nyata) dengan sesuatu yang tidak ada (ghaib)”. Pertukaran yang nyata dengan yang ghaib ini seperti pertukaran wang kertas (dianggap sebagai jaminan tentang kewujudan sejumlah wang emas atau wang perak) dengan ayam, kambing, hutan, dan sebagainya.

Sumber :
http://en.wikipedia.org/wiki/Johann_Wolfgang_von_Goethe
http://zilzaal.blogspot.com/2012/07/goethe-pujangga-yang-mengagumi.html

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

7/04/2012

NaSioNaLisMe MeLaMPau : KoNSPiRaSi YaHuDi-NaSaRa

Raja-raja Arab yang membantu orang Kafir untuk mengambil alih Jerusalem dari Khalifah Islamiyyah dan membina sebuah negara bagi Yahudi dan Nasrani Zionist iaitu Israel. Mari kita sama-sama baca, fahami dan mendalami ayat 51 dari Surah al Maidah ini yang jelas Allah SWT melarang kita bersekutu dengan pakatan Yahudi-Nasrani,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
(Surah Al Maidah : 51)


Telah diriwayatkan oleh Auf bin Malik; Saya telah menemui Rasulullah SAW semasa Perang Tabuk, sementara Baginda SAW sedang berehat di khemah. Baginda SAW bersabda:

Terdapat enam perkata tibanya akhir zaman:
1- Kematianku
2- Penaklukan Jerusalem
3- Satu wabak yang menimpa kamu sebagaimana wabak itu menimpa biri-biri
4- Meningkatnya kekayaan, sehinggakan apabila seseorang diberikan 100 Dinar, dia masih tidak puas hati,
5- Satu wabak yang mana tidak ada bangsa Arab yang tidak kena
6- Satu genjatan senjata antara Bani al Asfar yang akan mengkhianati dan menyerang kamu kemudiannya dibawah lapan panji dengan setiap panjia mempunyai 12,000 orang tentera.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Kota Suci Baitulmaqdis telah ditawan oleh British yang diketuai oleh Jeneral Edmund Henry Hynman Allenby pada 11th Disember, 1917 selepas 730 tahun kota ini dibawah pemerintahan umat Islam. Tanah Suci Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Quds di Jerusalem adalah salah satu tempat yang paling suci dalam Islam selain Kota Mekkah dan Kota Madinah.

Mari kita kaji sejarah ringkas Pemerintahan Islam di Jerusalem :

1. Pada tahun 637, Khalifah kedua umat Islam iaitu Saidina Umar Al Khattab menawan Baitulmaqdis.
2. Ia kekal di bawah pemerintahan Islam sehingga 1099 apabila pakatan Yahudi-Nasrani (Knight Templer) dari Eropah Barat mengambil alih Jerusalem pada 1099.
3. Jerusalem telah ditawan semula oleh umat Islam di bawah kepimpinan orang Kurd Pahlawan Raja Salahuddin (Sallahudin al Ayubi).
4. Selepas 730 tahun, pada Disember 11,1917, British telah merampas Jerusalem dari orang Islam dengan bantuan beberapa golongan Arab iaitu mereka adalah umat Islam (pengkhianat Islam).

Di kaji kembali kekuatan yang ada dalam sistem ketenteraan Khalifah Utamaniyyah, pihak kafir tidak akan boleh mengambil alih (menawan) Baitulmuqaddis kecuali dengan bantuan oleh orang-orang Arab sendiri (akibat perpecahan umat Islam).

Penaklukan Baitulmuqaddis oleh British telah dilakukan dengan bantuan tentera-tentera Arab seperti berikut:

1. Tentera Arab Bersatu daripada Nejd dan Hasa (di bawah Abul Aziz Ibn Saud)
2. Tentera Kerajaan Hijaz Arab (di bawah Hussain Ibn Ali, Shareef-e-Makkah)
3. Arab Tentera Kerajaan Hijaz (di bawah Faisal Ibn Hussain ibn Ali).
4. Tentera Arab Bersatu Jabal Shammar.

Tentera-tentera British dibawah pimpinan:
1. Edmund Allenby, 1st Viscount Allenby (1861-1936)
2. T. E. Lawrence (Lawrence of Arabia)

Tanah Suci Jerusalem ini hanya diwariskan kepada hamba Allah SWT yang soleh, bukan sepertimana yang kita dengar akan dakwaan pihak Yahudi-Nasrani Zionist bahawa Tanah Suci Jerusalem ini hanya untuk mereka yang terpilih iaitu dengan gelaran "The Chosen People" berdasarkan kepada kitab Talmud, Taurad dan Injil setelah diubahsuaikan. Al Quran menjelaskan bahawa :

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ

Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Luh Mahfuzh, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang soleh.
(Surah Al Anbiya : 105)

Sepertimana yang kita semua sedia maklum setelah peristiwa penghijrahan Yahudi-Nasrani dari seluruh dunia terutamanya dari Eropah Barat bermula dari 1917 hingga akhirnya pada tahun 1948 negara Israel secara 'rasmi' diistiharkan sebagai sebuah negara, sejak dari itu keadaan umat Islam di Palestin terutamanya sedang menderita, ditindas dan dihina setiap saat akibat 'fasad' yang dilakukan oleh Bani Israel sepertimana dinyatakan di dalam Al Quran.

وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً

Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar".
(Surah Al Israa' : 4)

Tentera-tentera Arab yang berpakat dengan Yahudi-Nasrani menyerang
Jerusalem yang berada dibawah kawalan Tentera Khalifah Uthmaniyyah

Berikut adalah para pemimpin Arab yang berjuang bersama Tentera British untuk menakluk Baitulmuqaddis dari kuasa Khalifah Uthmaniyyah.

1- Hussein bin Ali
2- Faisal (anak Hussain bin Ali & pengasas negara Jordon & Iraq)
3- Abdul Aziz Ibn Saud (Pengasas negara Arab Saudi)
4- Abdul Aziz bin Mitab

Dan pemimpin-pemimpin Arab telah memerintah negera-negera yang berikut. (Sokongan dan bantuan British yang merupakan kuasa besar dunia pada ketika itu yang dijana oleh Bank of England yang dimiliki oleh keluarga Rothschild)

Keturunan Saud atau Saudi adalah pembelot kepada Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan seluruh umat Islam apabila Abdul Aziz Al ibn Saud membuat persetujuan dengan Bank Of England pada tahun 1916 dengan bayaran £5000 bagi sebulan untuk dana, dan Saud dengan penyokongnya menentang habis-habisan Khilafah Uthmaniah untuk menawan kota Madinah dan kota Mekah dari pentadbiran khalifah. Para ulama terutama menentang tindakan beliau yang bersekutu dan menerima wang tersebut, tetapi beliau dengan rasa tidak bersalah menyatakan inilah rezeki dari Allah SWT dalam bentuk cukai (Jizyah).

Dalam tahun 1919-1924, pejuang-pejuang Islam mendapat tentangan dari pihak musuh yang diketuai oleh British sehingga akhirnya British berjaya menawan Semenanjung Arab dan Jerusalem. Pada 3 March 1924, dunia yang dikepalai oleh British mengiktiraf penghapusan sistem Khilafah di dunia ini dengan sokongan Abdul Azizi ibn Saud yang telah ditabal sebagai Raja Tanah Arab secara tidak langsung umat Islam tidak mempunyai pemimpin. Seterusnya keluarga Saud pelopor fahaman Wahabbi melalui perkahwinan dengan anak perempuan Imam Muhammad Abdul Wahab.

Sultan Abdul Hamid II,Khalifah Uthmaniyah terakhir

3 Mac 1924, sistem pemerintahan Khilafah Islamiah
dimusnahkan oleh musuh-musuh Islam yang bertopengkan Islam.

Selepas itu keluarga Saud, mengiktiraf mata wang kertas sebagai mata wang 'halal' bagi menggantikan dinar dan dirham 'haram'. Yakni dengan hanya mengiktiraf mata wang kertas US Dollar sahaja sebagai mata wang pertukaran untuk pembelian minyak mentah di dalam industri dunia. Tindakan ini adalah kerana Eropah dan Barat tidak mempinyai emas dan perak. Rujuk perjanjian diantara Raja Faisal bin Abdul Aziz Al Saud dengan Barat dalam Bretton Woods (1944), selepas itu perjanjian bersama International Monetary Fund dan World Bank pada tahun 1971 dan akhirnya Raja Faisal sedar akan fitnah terhadap umat Islam di dunia ini sebelum baginda dibunuh oleh CIA pada tahun 1975 selepas sidang akhbar.

Gambar di bawah sebagai bukti dan telah tercatat dalam sejarah dunia Islam yang kian dilupai oleh generasi muda Islam akibat sibuk dengan cintakan dunia, takutkan mati (wahan).


General British Sir Allenby memasuki Jerusalem pada 11 Disember 1917

Mari kita sama-sama baca, fahami dan mendalami ayat 120, dari Surah al Baqara ini, peringat buat seluruh umat Islam.

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."
(Surah Al Baqara : 120)

Raja Abdul Aziz dengan Ejen British Sir Percy Cox pada tahun 1930
di mana beliau bersetuju untuk membuat negera Yahudi Israel di Palestin.



Abdul Aziz bin Saud bersama-sama Ejen British di Basra, pada tahun 1930

Kenyataan bertulis yang dibuat oleh Abdul Aizi iaitu perjanjian untuk membina negara Yahudi Israel di bumi Paletine. Perjanjian ini berlaku dalam satu mesyuarat rahsia dengan Egen British, Sir Cox Percy. Perjanjian ini menyatakan: "Saya Sultan Abdul Aziz Bin Abdul Rahman Al Saud al-Faisal dan saya mengakui dan masukkan ke dalam Sir Percy Cox, perwakilan Great Britain, bahawa "saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk memberikan Palestin kepada orang-orang Yahudi atau yang miskin."

Pengkhianat Abdul Aziz ibn Saud & Faisal meraikan kemenangan & kejayaan dengan pihak British di atas kapal British 1930. Individu yang bernama Ezra Belboul, adalah Ejen Zionist terkenal dan dianggap sebagai 'Wira Negara' di Israel.

Gambar pengkhianat Hussain ibn Ali pada mata wang Jordan

Terdapat bilangan yang besar golongan India didalam Tentera British hasil penaklkan British kerjasama melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris di India.


Raja Fahad bin Abdul Aziz memakai Salib di Sambutan
Hari Ulang Tahun Kelahiran Ratu Elizabeth

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.

Sahabat bertanya,
Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?

Nabi SAW menjawab,
Siapa lagi kalau bukan mereka.
(Hadis Riwayat Muslim)

Pengkhianat Saud dengan Sir Percy Cox selepas perjanjian untuk
mendirikan sebuah negara Yahudi Israel di bumi Palestin

Askar British di pintu Masjid al Aqsa pada 11 Disember1917

Hari ini anak 'Pengkhianat' Abdul Aziz Ibn Saud pemerintah Saudi Arabia iaitu Abdullah ibn Abdul Aziz dan keluarga Faisal telah berkuatkuasa Jordon dalam masa yang sama mereka menikmati kekayaan yang tersangat hebat setelah mereka menyokong dan melindungi Zionis Israel secara tidak langsung dan menjadi teman rapat kepada Amerika Syarikat.

Dalam masa kurang daripada setahun, 2 pewaris utama takhta pemerintah Arab Saudi telah mati.

Pertama:
Putera Sultan bin Abdulaziz al-Saud (80) meninggal dunia di New York, Amerika Syarikat (22/10/2011)

Kedua:
Putera Nayef bin Abdulaziz al-Saud (78) meninggal dunia di Geneva, Swiss (16/06/2012)

Putera Salman bin Abdulaziz al-Saud (76) dijangka akan diisytiharkan sebagai Putera Mahkota Arab Saudi yang baru.

Pemerintah Arab Saudi sekarang ialah, King Abdullah bin Abdulaziz al-Saud (87). Ayahanda baginda, King Abdul Aziz al-Saud mempunyai 45 orang anak lelaki.

Pemerintah pertama: King Abdulaziz al-Saud (1932-1953)
Pemerintah ke-2: King Saud bin Abdulaziz al-Saud (1953-1964)
Pemerintah ke-3: King Faisal bin Abdulaziz al-Saud (1964-1975)
Pemerintah ke-4: King Khalid bin Abdulaziz al-Saud (1975-1982)
Pemerintah ke-5: King Fahd bin Abdulaziz al-Saud (1982-2005)
Pemerintah ke-6: King Abdullah bin Abdulaziz al Saud (2005-)

Pada 25 Mac 1975, Raja Saudi Arabia sedar akan tipu muslihat pakatan Yahudi-Nasrani Zionis Israel, akhirnya Raja Faisal telah ditembak dan dibunuh oleh anak saudaranya Faisal bin Musaid (ejen CIA yang baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat) setelah baginda selesai melakukan sidang media yang mendedahkan agenda sebenar musuh-musuh Islam.

Dari ‘Auf bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda:

Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi 71 golongan, maka hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga dan yang 70 lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, maka 71 satu golongan masuk neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi 73 golongan, hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga dan 72 lagi akan masuk neraka.

Sahabat bertanya, mana yang selamat”?

Nabi SAW menjawab,
“Mereka adalah jamaah” (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sebuah hadis menyatakan bahawa zaman umat Nabi Muhammad SAW telah dibahagikan kepada 5 bahagian / fasa mengikut kerangka masa tertentu:

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).”

“Kemudian beliau (Nabi) diam”.
Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah

Menerusi hadis ini, marilah kita sama-sama mengimbau kembali sejarah Khilafah & Khalifah Islam bermula dari Zaman Nabi Muhammmad SAW (Fasa Pertama) hinggalah pada Zaman kita dilahirkan sekarang ini, iaitu fasa Keempat yang sedang menuju ke fasa kelima.

Sumber : http://www.matsumas.org/2012/07/ringkasan-mengenai-pengkhianat-islam.html

p/s : Inilah akibatnya jika terlalu asobiyah melampau agama. Nasionalisme melampau, suatu konspirasi yahudi-nasara untuk divide & rule umat islam bagi mengelakkan umat islam bersatu. Sungguh sedih melihat sesetengah puak yang mengamalkan assobiyah melampau, mengagungkan bangsa sendiri secara membabi buta melebihi sayang kepada Islam.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...